Kak Widad order pau kaya.. bila sampai 2 pcs je. Tanya kat pelayan, sepatutnya 3 pcs seperti dalam gambar. Later dia bawa 1 pc lagi.
Pages
Wednesday, October 30, 2024
Makan Malam Di Morning Kedah
Kak Widad order pau kaya.. bila sampai 2 pcs je. Tanya kat pelayan, sepatutnya 3 pcs seperti dalam gambar. Later dia bawa 1 pc lagi.
YL - Kotak Keriangan Bulan Oktober 2024
Petang tadi ambil order product Young Living untuk bulan Oktober 2024 di pejabat Oilylicious.
Tuesday, October 29, 2024
Treat Diri Sendiri
- Teh tarik
- Chocolate Banana Cake
- Seafood Spring Roll
Sekejap lagi lah ibu balik, syiok pulak duduk sini ๐
Sunday, October 27, 2024
Masakan Chinese Muslim Di Tertemu Xinjiang
Kumpul Adik Beradik
Saturday, October 26, 2024
Santai Sabtu
Jumpa pulak Firas... datang dengan nenek dan maksu. Berpeluh² budak gemol ni.Singgah reload karbo di gerai Sec6 berhampiran pasar pagi. Kak Widad teringin laksam tapi tak ada orang jual pula. Tadi yakin kalau ada nasi kerabu mesti ada laksam. Kecewa.
Makan heavy sebab tengahari tak lunch.
Petang ni nak masak, potluck ke rumah nenek. Rasa dah lama tak kumpul dengan adik beradik lepas nenek balik dari Mesir.
Friday, October 25, 2024
Beza Anak No. 1 & 2 Bila Request Sesuatu
Wednesday, October 23, 2024
Kurma Segar Manis
Sunday, October 20, 2024
Dinner Di The Coffee Bean & Tea Leaf Dan Cuba Ayam Goreng Richeese Factory
Mula-mula Kak Widad tak nak ikut tapi bila fikir nak makan bagel hangat-hangat kenalah dine in.
Ibu ambil Chicken Lasagna.
- Spanish Latte
- Karak Chai (campuran teh, susu & cengkih)
Saturday, October 19, 2024
Lauk Fresh Hari Ni
Dapatlah 1 mangkuk besar & 1 mangkuk kecil.
Satu mangkuk besar ni Kawi habiskan. Haaa.. eloklah tu... karang sapa pulak yang nak menyedutnya. ibu makan 3-4 biji je dah cukup. Ayah memang tak makan, ambik sayur je.
Puas makan kerang besar² dan fresh ni. Terasa lembut je isinya.
Pasar Pagi Pantai Remis
Riadah Di Taman Tasik Shah Alam
- Tasik Barat
- Tasik Tengah
- Tasik Timur
Friday, October 18, 2024
Beza Ayam Geprek, Ayam Penyet & Ayam Gepuk
Kalau dulu kita biasa makan nasi ayam, nasi tomato, nasi minyak dan sebagainya. Namun, sekarang ni dah banyak peniaga tempatan jual ayam penyet, ayam geprek dan ayam gepuk.
Kadang ibu pun keliru bila nak order set ayam tersebut. Awal-awal dulu masa keluar ayam penyet ibu ada lah pernah buat di rumah. Sambal tak pedas sebab ada tomato. Bila keluar pula ayam geprek dan ayam gepuk ibu dah keliru, apa bezanya. Cuma yang ibu perasan ayam gepuk ni sambal dia pedas berbanding ayam penyet.
Tadi member office open order untuk lunch hari ni. Ada lah tiga-tiga menu ayam tersebut. Ibu terajin lah sikit google info.
Ibu baca di sini.
Sama Tapi Tak Serupa, Ini Beza Ayam Geprek, Ayam Penyet & Ayam Gepuk
Pada suatu ketika dulu, rakyat Malaysia diperkenalkan dengan sajian Indonesia, ayam gepuk. Hidangan ringkas itu menyajikan ayam dan juga sambal.
Dengan hanya sekilas pandangan, hidangan itu terlihat biasa, namun apa yang membuatkan ia luar biasa ialah sambal, yang merupakan 'watak utama' dalam sajian itu.
Setelah mencuba buat kali pertama, pasti akan datang kembali untuk merasa kesedapan sambal tersebut.
Ia dihidangkan dengan ayam yang rangup dan sambal cili yang pedas hingga mampu memikat selera orang ramai.
Apa beza ayam geprek, ayam penyet & ayam gepuk?
Awalnya, ramai yang menganggap ayam geprek, ayam penyet dan ayam gepuk adalah sajian yang sama kerana cara penyediaannya seakan serupa.
Oleh sebab itu, ramai yang menganggap setiap hidangan ayam rangup yang mempunyai sambal itu adalah ayam gepuk, walaupun ia berbeza.
Walaupun sajian itu sudah lama terkenal, namun masih ada yang keliru dan tidak tahu bagaimana untuk membezakan hidangan itu.
Ketiga-tiga jenis makanan ini asalnya mempunyai persamaan iaitu ayam goreng yang ditumbuk dalam lesung dan disapu sambal.
Jadi sebenarnya, apa yang membuatkan hidangan itu berbeza antara satu sama lain? Mari ketahuinya di bawah ini.
Ayam Geprek
Kredit: Idn Times
Merujuk Idn Times, hidangan ini merupakan antara yang popular dalam ketiga-tiga sajian itu. Ayam geprek biasanya menggunakan ayam tanpa tulang.
Sebelum digoreng, ia disalut dengan tepung berperisa kemudian goreng seperti biasa.
Setelah siap dimasak, ayam itu perlu ditumbuk menggunakan lesung sehingga hancur bersama sambal.
Perkara ini dibuat supaya sewaktu makan, anda tidak perlu lagi memotong ayam dengan sudu atau mencubit isinya.
Itu merupakan kelebihan ayam geprek kerana cara makannya yang praktikal tanpa perlu membuang tulang semasa makan.
Biasanya ayam geprek dihidangkan bersama sambal bawang yang pedas dan sedap. Walau bagaimanapun, apabila ia menjadi semakin popular, terdapat banyak varian yang dikeluarkan.
Seperti ayam geprek yang dihidangkan dengan keju mozzarella cair atau ayam goreng bersama sos telur masin.
Ayam penyet
Kredit: Idn Times
Bagi ayam penyet pula, sebelum digoreng atau dipukul biasanya ayam akan dilumuri dengan rempah kuning sehingga ia meresap.
Rasa yang ada pada ayam penyet membuatkan ia lebih sedap daripada ayam geprek.
Sajian ini boleh dikatakan salah satu keistimewaan di Indonesia dan menggunakan belahan ayam seperti dada, paha dan juga bahagian lain.
Perbezaan lain ialah sambal dalam hidangan ini hanya disapukan di atas ayam, yang diperbuat daripada tomato atau pes cili.
Hasilnya, ayam terlihat sedikit leper, tetapi tidak dihancurkan.
Ayam gepuk
Kredit: Idn Times
Menurut Idn Times lagi, ayam gepuk ini boleh dikatakan gabungan antara ayam geprek dan ayam penyet.
Sebelum ayam geprek dimodenkan, ayam gepuk telah muncul terlebih dahulu pada tahun 2013.
Sebuah restoran bernama Ayam Gepuk Pak Gembus telah ditubuhkan di Jakarta dan ia merupakan sajian ayam gepuk pertama yang dirasai kebanyakan rakyat Malaysia.
Ayam gepuk ini juga menggunakan ayam yang digoreng garing. Sajian itu disajikan bersama sambal cili bawang putih yang sangat pedas berbanding dua sajian di atas.
Ayam gepuk ini tidak ditumbuk seperti ayam geprek tetapi hanya dipukul menggunakan lesung sama seperti ayam penyet.
Selepas sudah mengetahui perbezaan tiga hidangan itu, selepas ini bolehlah menikmatinya dengan berselera. Semoga bermanfaat.
Sumber: Idn Times
Ibu baru tau yang Ayam Gepuk Pak Gembus ni franchise dari Indonesia rupanya. Patutlah staff restoren yang biasa ibu pergi ni rata-rata dari Indonesia dan kebanyakannya lelaki muda.
Abang Imi suka sangat kobis goreng tu. Tapi memang sedap, ratah macam tu je pun boleh.
Tuesday, October 15, 2024
Pemergian 2 Orang Ahli Keluarga
Pagi ni bangun tidur ibu check whatsapp grup.
Assalamualaikum. Dukacita nak maklumkan abah ina (cik mat) dah meninggal di sg besi pagi ni. Innalillahi wa inna ilaihirojiuun.
Abang nenek, Hj Mohamad Asri Bin Hj Suandi (ibu panggil Wak Asri) meninggal jam 2 pagi tadi.