Pages

Tuesday, May 31, 2011

haru biru

tak tau lerr apa nak jadi kat blog ni.
godek sana-sini hancussss jadinyer

Batuk, pegilah jauh-jauh....

Ahad pagi Wafi dah mula batuk2.
Bila malam tido, nampak macam ta selesa.
Isnin gi school, nampak ok jer..balik pun sama tapi bila lepas maghrib macam ada bunyi.
Bawak gi Klinik An-nur, Dr Zainal ckp ada kahak yang tebal.
Alahai... kesiannyer anak ibu.. tapi dr. cakap tak perlu neb.
Dapatlah ubat kahak/lendir & batuk  + selsema.
Selsema taklah kuat sangat.
Batuk mungkin sebab sejuk since hari Sabtu malam Kak Widad pasang air-con sampai ke pagi.
KAWI ni jenis cepat berpeluh..bila malam dia tumpang bilik ibu... tak sedar sampai ke pagi air-con terpasang.
Yang tak tahan Wafi...
Sian sebab batuk macam gatal sangat tekak dia..
Ya Allah, Kau peliharalah anak2-ku.
Berilah kesihatan yang baik buat mereka
Hanya padaMu aku berserah
Amin..

Monday, May 30, 2011

Filem Kongsi

Since ayah nak belanja, Jumaat lepas 8.20 malam subscribe Astro First citer Kongsi.
First time tengok kira dah suku jalan.
Tengok balik malam tu 3 kali.
Filem aksi yang taklah ganas sangat tapi kelakar.
Banyak aksi yang lucu contohnyerr... bila Jimmy jatuh kat karpet, Mikail terputus jari, Tumulak cubit tetek dia, perompak yg hati mesti kejam tapi bila nampak lori terbalik terus kecut & beberapa babak lain.
Subsribe 48 jam, dekat 10 kali gak tengok.
Best ..3 1/2 bintang, ok lah tu!!!!

Friday, May 27, 2011

Fesyen Rambut

Rambut Wafi kan dah panjang.
Sebelum gi school kena dandan dulu.
Salah satu nyerr camni.

Umi kat school memang rajin ikat2 rambut Wafi.
Bila balik jadi camni.
Biasanya sebelum pegi school pun ibu dah siap2kan rambut dia.
Ala… lebih kurang jerr sebab nak cepat pagi2.
Kalau hari cuti jerr lepaskan rambut tapi sekejap jerr sebab serabai lerr.
Kadang2 kesian plak si Wafi ni sebab kecik2 lagi rambut dah kena ikat2.
Nak lepas… rambut tebal & panjang.
Nak potong pendek sayang plak..
Nanti2lah.. bila ibu dah bosan, ibu mintak untie lily potong hehehe…

Pancit

Adoiiiii... pagi2 nak gi keje tengok tayar cam kurang angin jer.
Bawak lerr dulu sementara nak sampai ke Kedai Tayar Ah Tong kat batu 5.
Sampai2 tak bukak lagi. Tunggu 10 min. Bekfes dulu kat restoran sebelah.
Bila diorg check tempat yg bocor tu ekceli dah 2 kali tampal..
Adehh... den mana tau..
Tukar lerr.. second hand tyre..kalau baru RM260
Terbang pepagi RM40.
Sebelum ni tayar yg sebelah tukar second hand gak kat situ
Alhamdulillah dekat setahun dah...ok.
Keta pun bawak gi keje jerr 12km pegi balik.



Thursday, May 26, 2011

Awalnyerrr jaga..

Pukul 3 pagi, Wafi buat projek baekkkkk punya.
Dah bersih2... nak main2 pulak.
Pastu nak makan2 lagi..
Adoiiiii.... pukul 5 pagi baru nak tido.. tu pun jenuh tepuk2..
Goleng2 sana-sini..
Kat atas katil nak panjat2 pulak.
Last2 baring depan tv..hahhhhh...
Terbongkang sampai ke pagi..
Pagi ni 6.30 baru ibu terjaga. Ngantukssss...
Kelam kabut...sempat lerr goreng keladi ngan goreng meehon wat bekal abang n kakak.
Dekat pukul 8 kejut Wafi pun takmo bangun.
Ibu dah lambat..
hahaha pagi ni pegi school tak mandi...
Wafi busyukkkkkkk...

Wednesday, May 25, 2011

Tak boleh kena marah

Ibu, kenapa ibu marah adik tadi

Kak Widad punya keluhan.
Rasanya ada satu hari tu (2 tahun lepas masa Kak Widad umur 7 tahun) ibu marah kat dia… lepas tu dia tulis ayat tu kat depan pintu bilik tidur ibu.
Bukan tak biasa pun kena marah… dah buat salah tapi tak serik.. kena marahlah..
Satu lagi ayat yang biasa Kak Widad ucap kalau kena marah..”ibu janganlah marah2”

Ibu jawab “ abih tu takkan nak ketawa.. gelak2

Ermmmmm…tak jadi nak marah, kami gelak sama2.
Camner nak marah nih!!!

Dia pun sibuk nak mengemas

Ni masa ayah sibuk nak packing pegi Kuantan.
Si kecik ni pun sibuk gak..
Sibuk nak naik atas beg..
Memang pantang nampak beg besar.. mesti dia nak dok atas..
Penah satu hari tu ibu packing baju dalam 1 beg yang lebih besar, bolehnya dia masuk dalam.
Haisshhhhh.. Wafi..Wafi… 

Monday, May 23, 2011

Puting

Dulu BAMI & KAWI memang penghisap tegar puting... terutamanya BAMI.
Masa KAWI lahir pun, BAMI masih sama2 hisap..naik jongang gigi.
Sib baik bila tumbuh gigi kekal, cantik jerr gigi BAMI.
Sebelum WAFI lahir, ibu ada beli gak putting.
Bila Wafi lahir..ciwek, nangis…takmo pulak.
Rasanya ada 4-5 jenis putting, tapi semua ditolak.
Bila Cik Elis soh bagi Alma punya putting brand NUK mau plak dia.
Tapi guna pun dalam 2-3 bulan jerr.. tu pun kat school.
Kat rumah ermmmmm… hampehhhh…
Puting ibu lagi sodap kan Wafi kan!!!!
Tapi ada satu hari tu ntah kenapa dia boleh ambik puting n masukkan dalam mulut.. elok jerrr…
tapikan... satu hari tu jerrr...

Nyot..nyot..kat sebelah cabinet TV

Sambil gosok2 mata.. ngantukss lerr tu..

Tengok tv..santainyerrr…

Sebelah BAMI, BAMI telan air liur… hehehe.. BAMI pun pakai putting cam tu masa kecik.. 

Sekarang kalau ada sapa suakan puting dalam mulut dia memang dia nak muntah..
Takpelah Wafi... asalkan tak nangis sudah lerr..

Saturday, May 21, 2011

Sebelah kaki ke menara gading

Cik Wada akan ke Matrikulasi Selangor, Banting
Daftar pada 23/05/2011
Selamat belajar yerr Cik Wada, dengar2nyerrr dah tak sabar2 nak masuk kelas…

Adik beradik sebelah ibu

Hari ni nak citer tentang adik beradik ibu yang 11 orang tu.
Ni gambar masa raya 2010.

 Dari kiri : Cik Nora, Cik Echa (Aqil), Ibu (Wafi), Cik Biela, Cik Baya, Cik Elis (Alma), Cik Wada, Umi, Cik Amie (Izzatun).
Kira dulu cukup tak….. alamak apesal 9 jerrr…. Ooooo Cik Fatin takde hahaha…
Cik Patin kan kategori kanak2 lagi tu sebab dia takde dalam gambar….haisshhhh susah tol nak cukupkan korum..
Haaaa ni gambar Cik Patin…. Adinda bongsu…sorry lerr cik patin… gambar ni je yg ada dlm pen-drive.
Yang ni plak Cik Ujang…. Adik laki sorangggg….

Makan, ialah tu....

Sekarang dah pandai nak makan sendiri.
Agaknya nampak kawan2 lain kat school makan pakai sudu.
Kat rumah apalagi, sibuk nak pegang sendiri.
Sekali dua, ibu tolong suap sambil tangan pegang sudu masuk dalam mulut.
Lepas tu nangis.. sebab nak makan sendiri.
Tapi ni kalau makan macam ala2 nak belajar makan sendiri.
Nasi ok.. bubur, ohhhh tidak..
Kalau time makan... no way, kena ibu suap.
Baru boleh kenyang.

Ni lah jadinya kalau beria nak makan sendiri

Bila dah tumpah2 camni kena tengok2 sebab nanti Wafi masukkan dalam mulut.
Dia lebih pada nak main... tapi takpe sbb ni kira pelajaran gak, merangsang motor halus..
Adalah lebih baik sebelum nak bagi makan (kalau makan kat atas lantai) bentangkan kain yang bersih atas lantai, jadi yang jatuh boleh masukkan dalam mulut.
Kalau letak baby dlm baby chair, makan kat meja, kena pastikan meja betul2 bersih dan suci sbb sure dia akan kutip2 gak.
Dah namanya pun budak tecik...sepah2kan barang.. makanan.. adalah biasa hehehe...

Friday, May 20, 2011

Cik Bila jadi mangsa

Since malam ni ayah bertolak gi Kuantan, ibu harus mencari peneman.
2 malam tuhhh....
hehehehe... sib baik Cik Bila cuti...mangsa terbaru lalalala....
Ibu ni kan pengecut sket... kalo takde orang beso, tak berani dok berempat ngan anak2.
Walopun Ujang ada kat depan, abg Man kat belakang....
Nasib laaa cik bila oiiiii......

Rahimi vs Chelsea 2011

Imi : ibu, imi tadi tak belanja.
Ibu : apesal?
Imi : kan imi nak kumpul duit beli tiket.
Ibu : berapa imi nak kumpul satu hari?
Imi : 2 ringgit laaa..kalau 15 hari cukuplah 30 ringgit.
Ibu : abih tu, imi nak makan apa, tak lapar ker?
Imi : imi bawaklah bekal..lagi pun kan imi dah makan banyak kat rumah J
Ibu : ok… tapi air masak jangan lupa minum banyak2 tau.

Itu lah anak sulung ibu.
Tiap kali ada benda yang dia nak, mesti bersungguh2.
Alkisahnyerr ayah nak bawak Imi tengok ini.

Imi & ayah beria sangat nak tengok Chelsea main kat Malaysia.
Tak kisah untuk membayar separuh tiket hehehe.. ayah sponsor lagi separuh.
Ibu sangat sokong apa yang anak2 ibu buat.
Berjimat dan berhemah & pandai menguruskan kewangan sendiri.

Dah nama pun peminat setia Chelsea, ke Cherating pun bawak 3 helai baju Chelsea.. salah satunyer untuk mandi.

Alma admitted

Pagi ni dpt mms dari Cik Elis.
Alaaa... sian nyerr Alma Nur Damia.
Kena acute bronchitis (radang paru2)
Malam2 batuk susah nak nafas, takleh tido lagi..
Admitted kat DEMC.
Cepat2 sembuh yerrr laling Alma.
 Nanti cuti2 bulih main ngan Wafi kat umah atok.

Walker

Dulu BAMI & KAWI berkongsi walker.
Kununnya senang lerr kalau nak gerak2 n bolehlerr belajar berjalan.
Tapi BAMI & KAWI berjalan pun setahun 2 bulan rasanya..
Dulu cetek pengetahuan tentang fungsi walker ni.
Bila kelahiran Wafi, ibu belajar sedikit lerr tentang fungsi walker ni.
Tujuannya untuk menguatkan otot sebelah bawah tapi tidak otot kaki
sebelah atas.
Jadi walker ni lebih kepada menyenangkan baby takyah usaha lebih sebab
boleh tolak dengan kaki lalu walker ni akan melungsur laju.
Walker juga agak bahaya jika tidak dipantau penggunaannya terutama kalau rumah
yang bertangga (rumah kami tak bertangga yerrr.... tangga besi adalaaa....)
Kalau baby dah boleh panjat atau keluarkan diri dari walker sendirian juga boleh
mengundang bahaya.
Tapi apa yang penting, setiap baby gear perlu dipantau oleh orang dewasa
kalau nak guna.
Kat rumah, Wafi belajar berjalan guna apa yang dia rasa boleh.
Kreatif betul Wafi ni.
Tengoklah….
Dia guna bangku untuk bergerak.
Cute betul..


Thursday, May 19, 2011

Merajuk nak makan nasi juga!

sedia utk ke sekolah.. muka masam mcm kena tembak jerrr..

Sekarang ni, Wafi bila balik dari school kalau nampak BAMI @ KAWI makan nasi dia pun nak join sekali.
Hari tu ibu bagi biskut tapi dia merajuk.. menangis..
Hahaha tak puas hati apesal orang lain makan nasi tapi saya kena makan biskut hehehehe..
Adoiiii... awak tu kat school dah makan bubur yerrr.
Bagi juga nasi putih... amboiiiii..... makan tak hengat..kunyah macam ada gigi enam belas batang... ada 4 batang jerrr yerrr...
Cumanya ibu takde la bagi gulai2 @ sambal @ apa2 pedas @ masin.
Tak pelah Wafi asal awak sihat...makan nasi kosong pun jadi laaa...
Tunggu lahhh 1-2 bulan lagi, umur dah setaun lebih baru variety sket yerrr..

Wesak Day, cuti....

Yeayyyy.... cuti lagi 1 hari.
Nikmatnya bercuti bagi orang yang bekerja kan!
Boleh ler mengulit anak2 hehehe..
Ibu n ayah decide takmo ke mana sebab BAMI & KAWI nak peksa start hari Rabu.
Pagi2 (tak laaaa pagi sangat hehehe) dlm kol 9.00 bekfes (lambatnyerr) kat selekoh felda.
Nenek, atok, cik baya, cik bila, cik fatin pun join sekali.
Balik tapau ayam goreng utk lunch sbb ibu malas nak masak lauk ngeeee......
Start kol 10.30 BAMI & KAWI wat revision sampailaaa kol 1.00 tghari.. (in between tu byk lerrr take a break kunun)
Petang plak lepas asar hujan... bunyi guruh/petir kat luar..
Semua kumpul kat family room.. hahaha .. main lerr apalagi..kecuali KAWI ntah wat apa kat bilik.
Ibu plak lipat kain huhuhu.. sapa nak tolong nih!!!!

Aktiviti berjimba2....
pegang tangan semua...

yeayyyy..clap your hand...clap your hand...

Wednesday, May 18, 2011

Biarkan Wafi meneroka sambil belajar

Sekarang ni kalau abang ngan kakak nak belajar, dah tak boleh berdua.
Mesti Wafi pun nak join sekali.
Susah lerr macam ni.. kalau tinggalkan kat luar ngan ayah, mesti ketuk2 pintu jerit2.. nangis2..
Bila bawak masuk bilik sekali, ambik pen/pensil conteng2 buku (takpe lagi), panjat n duduk atas meja (tak boleh jadi ni sbb baby kalau turun nak terjun jer).
Kalau hantar keluar, mula lahh meraung..
Last solution, biar jerr dlm study room tu... biarkan Wafi ni meneroka..
Waktu2 camni lahhh baby nak belajar kan.....

Abang baca suratkhabar pun Wafi nak baca gak.. sambil2 conteng2 lerr apalagi.



Biarkan saja baby meneroka segenap pelusuk...tu nak punggah buku2 laaa tu..sambil kutip2 apa yang patut..

Tu buku latihan KAWI lerr.. pantang nampak KAWI takde..ambikkkk...

Apalagi....nak tolong buat latihan lerr tu...

Nota : asalkan Wafi ceria... kami pun happy...

Buaian

pusing2 dlm buai
Sekarang kena hati2 bila masukkan Wafi dalam buai.
Kena pastikan betul2 tido baru leh tinggal.
Hari tu terkejut sangat bila masuk2 bilik tengok buai cam kosong jerr..mana pegi budak kicik nih!!
Toleh kiri kanan..takde.. suara takde..huhuhu..
Rupanya dalam buai... DUDUK.
Patutlahh kain buai tu mengecik..
Bila nampak ibu, Wafi ni plak bulehnya gelak2.
Syok agaknya buai tu berenjut.
eeee... gereammm betul.
Sib baik dia dok diam2, bila ibu ada mula lahhh nak keluar.


nak turun, kena angkat terus sbb
buai boleh jatuh


Isap apa tu??

Malam tido punya lahhh lasak...
Tertonggeng sana sini.
Bila lapar cari ibu..pastu tido round 1 katil.. bukan 1 yer tapi 2 queen bed.
Terasa betis ibu sejuk2... jer.. rasa ada orang isap2..
ooooo huuuuuu rupa2nya baby nyotnyot..
hahahaha pejam mata tapi nak minum
hambekkk ko.. betis ibu jadi sasaran
cute laaa wafi ni..
lenkali nak minum bukak mata yerr bukan main tala suka hati..
kadang kala perut ibu pun jadi mangsa..
ooooittttt baby busyukkkk niihhhh
buat ibu senyum geli hati...

Monday, May 16, 2011

15 Mei, Hari Guru

Semalam beli hadiah untuk BAMI & KAWI sempena hari guru.

note book
 KAWI : Ibu, lenkali kalau hari guru, ibu gaji yerrr
BAMI : Buku nota jer ker bu...cikgu nak buat apa buku2 nota ni.. diorang kan dah ada. Tahun depan kita beli yang lain yerrr..
IBU : Takpe laaaa.... yang penting kan ingatan..Ada kawan-kawan yang tak bagi langsung sebab emak-bapak diorang takde duit... cikgu tak marah pun...

Alhamdulillah, anak2 sangat memahami.
Tiap sorang nak empat hadiah.. 2 sekolah kebangsaan, 2 sekolah agama..
Tahun depan, BAMI & KAWI kumpul duit dulu yerr kalau nak beli hadiah yang best2..
bungkus cantik2
Ayah pun guru gak... guru murid dewasa... Selamat hari lecturer ayah....heeee....

Semut gigit


Pagi hari Sabtu waktu kejadian ibu tak perasan.
Masa tu ibu terlelap sbb malam sebelum tu tido lambat.
Bila BAMI & KAWI dah gi sekolah, ibu ngan baby baring kat depan tv.
Baby baik sangat... tengok tv + nyonyot... tak gi mana.
Dapatlah ibu rehat sejam setengah.
Bangun dari tidur, perasan bawah mata baby bengkak sket n merah.
Dah rasa mesti semut punya kerja sbb ada bbrp ekor semut kat tepi2 dinding..Ridsect!!!!!!
Kat tangan pun merah gak... adoiyyyyyy.... sian baby...sib baik tak masuk telinga!
Petang dah start bengkak... baby garu2 tangan dia kat badan ayah sbb ayah yg carry baby masa gi tesco.
Mesti gatal sangat tapi tak tau nak garu guna jari satu lagi..
Ibu plak tak terpikir nak letak ointment lepas kena.. bukan apa... takut baby garu2 kat mata plak..
Tapi tang mata wafi memang tak gosok2 pun...
Bila mata bengkak sebelah, muka cam senyum jerr hehehehe...
Hari ahad bawah mata tu nampak merah n bengkak..
Nasib baik pagi ni gi school bengkak dah surut banyak.. Alhamdulillah.

Thursday, May 12, 2011

Cik Wada keje kat McDonald

Ni waktu cik wada keje kat McDonald, Puncak Alam.
Waktu ni tengah tunggu result SPM.
Keje pun tak lama sebab sudah kena berentikan.
Ada orang tak suka... rugilah diorang sebab sesuka berentikan cik wada.
Apa pun cik wada tahniah sbb dpt masuk Matrikulasi Selangor.
Jauh tu kat Banting...
 senyum manjang..
make sure baki tu cukup yer

Wednesday, May 11, 2011

Belajar merangkak


Wafi sewaktu beberapa hari belajar merangkak.

Ops Bateri

Usaha Cik Wafi utk keluarkan bateri remote.
Chaiyok2.

Monday, May 9, 2011

Jemputan Majlis

Jemputan daripada Watie GBOB sempena Majlis Ulangtahun pertama Rania Quzayra + ulangtahun Bling Lustre + Pelancaran Famekids + Mother's Day.
Tempat kat Wisma Bling Lustre, Puchong.
Sampai dlm pukul 1.30 pm.
Bila nak parking terperasan family Farah Farhan (pemilik Sarakids & Pakar Laktasi to-be), Saiful, Sara & Syasya.
Cepat2 turun cepat dari kereta sbb nak jumpa Farah,
Soft spoken jer Farah ni n kecil molek.
Memula tu kenalkan dulu yg ibu silent reader blog Farah.
Sembang sket2 sbb nampak Farah pun nak cepat. Ni mesti dah rindu kat sang putera.
Sampai kat majlis Watie, terserempak plak kat Najlah Ishak, dulu pengacara WHI.
Ada 12 booth kat Bazaar Bling. Sempat beli buku utk Kak Widad.
Kat situ ada clown, jadi bebudak ni dapatla belon yg digubah2 tu.
Sembang2 kejap ngan Watie.. alahaiiii sibuk betul lerr host kita tuh!!!
Ada penyanyi 80-an Jack Dzull & juga kumpulan Mirwana.
Kitorang gerak dalam pukul 3.15 pm lepas upacara potong kek & singgah rumah Atoq Azhar.
Jumpa plak Mazian Saat yang turun dari Johor (singgah rumah atoq) sbb nak check-up kat hospital pakar esok harinya.
Wafi behaved & BAMI/KAWI enjoyed semalam walaupun cuaca tersangat lerr teriknye.
Buat kat sini
Baru sampai, rehat dulu
Abang clown, wafi teruja tengok rambut colourful
Makan belon kucing
Watie & Najlah (dua2 fotogenik)
KAWI dgn abang clown
Jack Dzull

Mirwana

Wafi n Rania Quzayra

The most happening host, sape lagi Cik Watie lerrr...