Pages

Sunday, May 12, 2024

Printer Canon E470

Ibu simpan sini untuk rujukan. Senang masa akan datang bila technician tanya bila beli printer 😁. Printer lama ada masalah, tak boleh baiki. Pakai pun almost 10 tahun. Sudah sampai masa jangka hayatnya. Kalau company pun akan depreciate 10 years untuk computer hardware.
Beginilah bila Wafi balik, diangkut sekali printer letak kat luar. Itulah printer lama, mungkin dia penat kot asyik keluar masuk keluar masuk.

Bila sepah begini, adalah extra penghuni dalam rumah.
Sekarang ni kosong.. ibu pandang ayah, ayah pandang ibu 😁

Susah bila printer rosak kat rumah, terutama Wafi nak kena print kerja yang cikgu bagi. Tahun lepas dah rosak tapi takde lah nak beli lagi sebab mikir takde sapa dah kat rumah nak guna. Masalahnya bila Wafi pulang bermalam keraplah kena print/photostat kerja sekolahnya tu. Dah ibu kena pergi kedai printing. Colour print RM1 manakala black RM0.50
Jenuh juga nak membayar harga begitu.
Play safe, beli je lah sebab for sure Wafi akan guna bila PB nanti.

Friday, May 10, 2024

Dinner Di Seteshen@118

Jumaat hari taknak masak.. dah pesan kat ayah makan siap² sebelum balik. Lepas habis ofis ibu singgah beli buah²an untuk hantar ke rumah nenek. Ingat nenek dah masak boleh tumpang makan hahaha.. sekali nenek kata nenek tak masak sebab tadi pening.

Haaaa... sudah... perut lapar dah ni.. Ajomlah kita makan kat luar lepas Maghrib. Tengahari tadi ibu tak makan sebab pagi dah makan nasi lemak.

Ajak Cik Fatin dan Abang Izzat makan kat Seteshen@118.
Kata nak makan western.

Alfredo Ayam.

Claypot Buntat ambil set daging blackpepper dan tempura squid.

Monday, May 6, 2024

Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran

Rasa ini last entry sempena Syawal tahun ini. Sabtu lepas ummi dan Paklong Anuar mengadakan Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran. Alhamdulillah rezeki mereka tahun ini dapat panggilan haji. Mereka panggil adik beradik kedua-dua belah keluarga, jiran dan rakan terdekat.

Jumaat malam tu ibu sampai dah Chenderiang bersama Cik Cha dan anak-anak. Ayah ada Rugby Tounament di UUM jadi tak dapatlah ikut. Sampai pun dah jam 12 malam.. ngam2 sampai Lagu Negaraku berkumandang di radio. Kena keluar kereta berdiri ke cemana 😁, dah lah hujan lebat bila sampai di Tapah. Nenek, Izzat and beberapa anak buah pun baru sampai.

Diorang bakar kambing.

Friday, May 3, 2024

Breakfast Date Di Kafe Salim

Hari ni ibu ayah cuti.. masing² nak habiskan cuti tahun lepas. Tak ambil karang burnt pula. Haaa.. eloklah habiskan. Ibu ada 3.5 hari lagi 

Rasa ini kali pertama sepanjang kami cuti bekerja untuk breakfast sama². Biasanya kalau weekend ayah lebih gemar lek²an bangun lewat sebab setiap hari jam 5.30 am sudah keluar rumah. 

Brekafast santai di Kafe Salim. Buka 7 - 11 am sahaja.

Sampai² order dan bayar makanan dulu. Pelayan akan berikan no meja.

Jamuan Hari Raya Persatuan Alumni UUM

Dari Putrajaya kami ke Universiti Malaya pula untuk menghadiri Jamuan Raya Persatuan Alumni UUM.  Majlis dari jam 3 - 5 pm.

Sampai pun dah jam 3.30 pm sebab masa kat The Mines tu entah mana² lah jalan yang kami lalu. Ibu rasa ini kali pertama ibu masuk Universiti Malaya, universiti tertua dan terulung di Malaysia.
Ada namalah kan.. sebab 30 years back ada je orang yang tak pernah dengar Universiti Utara Malaysia😅

Majlis di adakan di He & She Cafe.
Masuk² cafe ibu hanya kenal beberapa muka sahaja. Kebanyakannya adalah senior/super senior. 
Walau ibu batch ke 10, 1997 (biasa di U kita ikut batch tahun bila konvo) ramai yang tidak dikenali. Tambahan ibu bukan jenis yang terlalu aktif di kolej. Berkawan pun dengan batchmate dan coursemate kebanyakannya. Juga bukan jenis yang peramah.. agak² pemalu gitu🤭🤭

Nampak Uncle Dato Taqi dari jauh. Coursemate ibu. Hi² Bye² je sebelum beliau balik awal.

Majlis Rumah Terbuka ASAS

Hari Pekerja 1.5.2024 sudah dijadualkan untuk kami hadiri 2 majlis Hari Raya.
Mula² ke Majlis Rumah Terbuka ASAS (MRTA) dari jam 11 am - 4 pm. 

Tema ikut rumah.
Sampai ke kasut warna merah.

Before 11 am kami sudah sampai ke dewan majlis.
Dewan ni betul² berhadapan dengan Sekolah Alam Shah, Putrajaya.

Daftar dulu.

Biasalah mereka.. asal jumpa bergambar.

Dewan cantik.

Adik Beradik Datang Beraya

Ibu ada invite adik beradik untuk datang minum petang lepas kawan² ayah habis beraya. Ini untuk elakkan crowded dan dapatlah layan setiap tetamu yang datang.

One with Nenek Kuantan.

Arissa peminat no. 1 makngahnya mac n cheese😁

Kakngah Amira kata kurang seorang BFF. Alya tak sampai lagi masa ni.

Cik Ami all the way from Kajang.

Harith dah biasa main pondok², adik beradik semua gegirl.

Wednesday, May 1, 2024

Baraan Rumah Kedua

Around 1.30 pm sampai pula ke rumah kami. Makanan ibu dah siapkan awal-awal.

Mac and cheese ni ibu dah bakar pagi tu, cuma masih ada dalam oven lagi.
Ibu masak yang paling ringkas sebab hari Jumaat dan Sabtu ibu kena frozen shoulder. Ahad pagi masih ada sisa kesakitan tapi tahan lah sikit. Itu yang tak berani nak masak macam-macam ikut perancangan awal. Sebenarnya sakit almost seminggu tapi bila boleh tahan kita tahan je lah. Bila dah sakit tu, Sabtu lah baru jumpa doktor.

Menu ringkas
  • Mac and cheese
  • Roti jala kari ayam (order dari Suria Kitchen)
  • Ketupat Palas & serunding daging
  • Jeli kelapa (order dari Cik Biela)
  • Buah rock melon dan anggur
  • Kuih raya
Jeli kelapa yang super fresh dan sedap.

2 jenis air kotak, Chrysantemum dan Kranberi + Epal less sugar.
Air kotak ni sebelum raya dah beli selain kordial. Untuk elakkan bancuh air, kita hidangkan air kotak. Kurangkan penggunaan tangan kekdahnya 😁

Kuih raya homemade by Kak Widad.
Ada tart nenas, choclate chip dan cornflake madu.
Yang lain ibu beli seperti tiram, Bangkit cheese dan kerepek ubi pedas juga masin.

Hidang terus atas meja. Takde buffet table sebab tak ramai tetamu.

Tetamu yang sampai awal.

Ayah keluarkan toys Wafi jadi anak2 kecil boleh main.

Before 3 pm semua tetamu gerak ke destinasi yang seterusnya.

One of collegue ayah sampai lambat sikit sebab dari rumah Auntie Fida tu mereka ke Kuang dulu.

Alhamdulillah.. terima kasih buat tetamu yang sudi berkunjung ke rumah kami.

Baraan Raya Pada 19 Syawal

Ikut perancangan hari Sabtu 27hb ayah dan beberapa orang officemate akan beraya bersama-sama. Beberapa hari sebelum tu ayah dapat schedule Sabtu kena attend training kat kolej pula. Jadi terpaksalah raya bersama-sama tu dibuat pada hari Ahad. Crowd pun berkurang. Hanya 2 rumah je yang available untuk dikunjungi. Rumah Auntie Fida di Saujana Utama dan rumah kami.

Berkumpul dulu di Saujana Utama.
Ni semua officemate dan ex-officemate ayah.
Tuan rumah sediakan western food, spaghetti bolognaise, garlic bread and mushroom soup serta roasted drummet.

Auntie Fida, no 3 dari kanan.
Kita pernah pergi sini sebelum Wafi daftar asrama tahun lepas.

Ni kalau Bami, Widad dan Wafi kecik lagi mesti suka rumah macam ni, bertangga. Mereka obses dengan rumah bertangga.
Mereka kata rumah orang-orang kaya.
Dulu selalu mereka tanya kenapa rumah kita takde tangga.
Hurmmmm....

Gambar ramai-ramai sebelum gerak ke rumah kami pula.


 

Tuesday, April 30, 2024

YL : Geranium Free


Petang tadi ibu singgah ofis Oilylicious untuk pickup order yang dah sampai. Barulah sempat ambik untuk ER bulan Mac dan April 2024.

Dah beberapa kali terima mesej untuk collect tapi dek kerana kekangan masa asyiklah tertangguh. Bila order bulan April sampai haruslah cepat² ambik sebab ada Bloom cleanser. Pencuci muka ni Wafi dan Kawi dok pakai. Nak kena post pada Wafi sebab dia dah pesan kalau sampai terus post.

Unboxing essential oil nampak pulak Geranium. Rasa tak order.

Ibu terus mesej Teacher Watie, kotlah termasuk orang lain punya.

Rupanya betul ibu punya gift.
Dapat dari Young Living Malaysia di bawah Program Kesetiaan Essential Reward.
Every month ibu maintain PV 100.

Geranium ni ibu guna sebagai perfume. Selain Geranium ibu guna Joy. Harga Joy murah sedikit berbanding Geranium. Bila dapat free lagi lah bahagia.


 

Sunday, April 28, 2024

Stalk Wafi

Semalam Sabtu Wafi terlibat dengan Kejohanan Merentas Desa. Takde lah desa sangat sebab buat pun di Kem Lapangan Terbang. Seronoklah Wafi sebab boleh keluar dari kawasan sekolah. Tahun lepas merentas desa dalam kawasan sekolah.
 
Gambar² kejohanan ibu tengok di FB official sekolah. 
Dah namanya pun mak².. sekilas je dah boleh cam anak sendiri. Tengok dia senyum. Untuk mengiakan... ibu perasan kasut tu. Asics.

Bila tunjuk kat ayah.. ayah terus perasan jam yang dipakai Wafi.

Hari ni Wafi cuti peristiwa.
Bolehlah rehatkan kaki.

Saturday, April 27, 2024

Hantar Abang Imi

Hari ni giliran Abang Rahimi pula balik ke sarang. Seminggu ni kelas online. Start esok dah kena masuk kelas. Puaslah Bami duduk rumah.. 
ehhh... tak sangat pun. Bila cuti lepak dan tidur rumah nenek sebab ada Abang Izzat.
Weekdays keluar malam dengan Abang Izzat kunun nak spent timelah dengan cousin.

Ibu bekalkan Bami nasi putih dan ayam masak palekko. Dalam masakan ayam ibu campurkan carrot. 

Ini pinggan ibu, jadi adalah telur masin. Anak² tak makan telur masin.

Sementara gate buka, kita selfie dulu.
Ibu je hantar sebab ayah ada training di ofis.

Abang Imi breakfast burger yang dibeli di kedai Terminal Klang Sentral. Kat rumah tadi tak sempat nak makan lagipun Bami taknak makan berat. Takut perut meragam dalam bas pula. Nanti sampai rumah sewa bolehlah makan 

Kali ni naik bas Darul Iman sebab slot 11.30 am hanya ada Darul Iman.
Bas lain yang ke Unisza adalah Sani Express dan Musafir.

Babai Bami...
Take care sayang.

Kosong dah bilik Bami tiada penghuni.

Ibu ayah kembali berdua...
🤧🤧🤧


 

Rezeki Daging Dendeng

Ini officemate ibu, Habib bagi seorang sebekas Daging Dendeng. Biasa dengar tentang daging ni tapi rasanya macam tak pernah makan. Bila Daging Dendeng KA menjadi fenomena, teringain jugalah nak beli. Ada je daging dendeng keluaran syarikat lain dijual di petrol pump tapi tak terasa pula nak beli.

Makan dengan nasi.. wallaweiiii

Sedap.

Taugeh mentah ibu letak dalam mangkuk dan siram dengan sup kambing panas. Jadilah buat² ada sayur.

Rezeki hari terakhir puasa ganti + sunat, dapat makan daging.. kira dah boleh raya lah ni🤣🤣
 

Bihun Sup Kambing


Ibu jaranglah nak masak daging kambing. entah berapa tahun sekali beli. Beberapa minggu lepas nampak daging + tulang kambing frozen di Econsave. Satu plastik dalam 1kg takde lah mahal sangat. Bolehlah nak buat ghaso².

Balik rumah terus masuk freezer sebab takde idea nak masak apa. Hari Rabu lepas petang hujan lebat jadi teringinlah makan something yang panas² untuk berbuka puasa hari ke 8.

Tingggg... terus teringat sup kambing macam kat resto mamak. Singgah kedai nak beli perencah sup tapi yang ada peket besar. Mau berapa tahun nak habis.

Balik rumah prep bahan2 yang ada. Tumiskan 4 sekawan dalam Noxxa, masukkan 2 helai daun pandan.

Masukkan  bawang merah+bawang putih +halia+ lada putih yang telah kisar. Masukkan daging+tulang, kacau bagi nampak kecut sikit. Tambahkan air secukupnya dan guna HP 35 minit.

Bila cukup masa keluarkan wap dan tambah garam dan secukup rasa. Biarkan mendidih dan daging empuk sebelum offkan Noxxa.

Condiments untuk bihun sup
1. Fishball dan fishcake dipotong² dan goreng
2. Daun sup
3. Taugeh
4. Bawang goreng
5. Sambal kicap
6. Bihun celur

Inilah kejadian bihun sup kambing. Sudah cukup pedas sebab ada lada putih kisar. Ibu terlebih letak  sambal kicap pulak😅

Puaslah makan daging kambing sebab makan berdua je.  
Abang Imi makan kat luar dengan Abang Izzat.

Itupun banyak lagi dan makan pada hari esoknya.

 

Wednesday, April 24, 2024

Hidangan Nasi Lemuni di Syawal ke 12

Ahad lepas kami menyantuni jemputan kawan ayah di Precint 11, Putrajaya. Sekali jalanlah lepas Kajang terus ke Putrajaya.

Uniknya mereka menghidangkan Nasi Lemuni. Inilah kali pertama ibu tengok nasi lemuni. Ingatkan nasi ulam tapi kalau nasi ulam pelbagai dedaun dihiris halus. Menurut tuan rumah ia ada campuran daun lemuni berwarna purple dan dikisar untuk ditanak bersama beras.
Masa mula-mula ambil nasi ni ibu rasa dulu tanpa lauk lain. Rasa takleh lah describe sebab pertama kali makan tapi adalah rasa ulam yang tersendiri.

Makan nasi lemuni macam makan nasi lemak bila dihidangkan bersama lauk lain. Banyak jenis lauk tuan rumah sediakan seperti telur rebus, ikan masin, ayam goreng, sambal udang, sambal ikan bilis dan timun.

Untuk merasi keunikan nasi lemuni ibu hanya mengambil sambal udang, sambal ikan bilis dan hirisan timun. Kalau ambil banyak sangat lauk tenggelam pulak rasa nasi ni nanti.

Macam lah lagi tuan rumah hidangkan seperti mi kari, ketupat palas beserta rendang dan serunding daging. Dapatlah rasa semua bila ambil serba sedikit.