Pages

Monday, December 31, 2012

♪ Rasa Sayang ♫

Minggu ni balik dari sekolah, Wafi nyanyi full version lagu Rasa Sayang
Sangat cheeky



♫♫
Rasa sayang hey rasa sayang sayang hey
hey lihat nona jauh rasa sayang
sayang hey

Rasa sayang hey
rasa sayang sayang hey
hey lihat nona jauh rasa sayang
sayang hey

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan

Rasa sayang hey
rasa sayang sayang hey
hey lihat nona jauh rasa sayang
sayang hey
♫♫

Sunday, December 30, 2012

Piknik di Riverside, Janda Baik

Very last minute punya plan. Hari Jumaat baru tau! Ingat nak rehat jer this weekend sebab cuti sekolah ni dok berjalan jer.. mengah betul. Rasa cam tak cukup rehat jer bilamana sabtu alternate kerja halfday, ahad berjalan2 huhu..

Perjalanan dari Klang ke Janda Baik tak delah jauh sangat.. Dalam 1 jam 15 minit jer.. Orang takde lah ramai sangat pagi tadi mungkin sekolah dah nak buka, jadi ramai dah ibu bapa  rehatkan anak2 dari sebarang aktiviti.

Pondok yang kami sewa tu berharga RM17 sehari... sekali parking untuk 1 kereta dan tandas. Tambahan RM1 untuk setiap kereta. Murah lah harga tu.. Tak tau lah tempat lain sebab tak survey pun. Ni pergi pun just pegi duduk.. Semua auntie mimi dah settlekan.

 Wafi seronok sangat berendam. Kali ni seronoklah sebab air tawar.

 BBQ pit disediakan tapi uncle zaki bawak sendiri. auntie mimi bawak dapur masak juga.

Cuaca sangat baik hari ni. Nyaman sungguh. Kalau hari hujan, air akan keruh. Air bersih dan sejuk. Ibu tak mandi pun sebab ABC. Kalau tak... mau terjun tiruk dalam tu!

Ada sotong masak portugis.. Lamb terbaikkkkk... sedap sangat.

Menu potluck hari ni nasi lemak, beehoon goreng, ayam bakar, lamb, sotong, sandwich telur dan juga biskut batik.

Sebelum balik tu, Encik Hussien tuan punya Riverside bagi durian, husben auntie mimi kutip sendiri .. makan lagi. Reseki jangan ditolak!

Bertolak balik jam 3 pm... PUAS!

Alhamdulillah... piknik yang menyeronokkan... asal anak2 baik2...
Mungkin boleh repeat untuk kuarga kita plak next time!

Saturday, December 29, 2012

Birthday Picnic

Birthday nenek jatuh pada hari Krismas tiap2 tahun. Tahun ni sempena birthday nenek yang ke 63 tahun, kami sepakat untuk meraikannya di taman bersebelahan Muzium Shah Alam.

Sambutan ala kadar jer sebab atuk admitted kat HTAR. Alhamdulillah, kat hospital atuk baik2 jer. Atuk bagi green light untuk kami berpiknik. Kena tanya dulu sebab takut atuk kecik hati pulak. 

Cuaca baik2 jer tak de panas sangat dan tak hujan. Almaklumlah sekarang ni kan musim hujan.

Sampai2 kat park, kakak widad bawak the cousin melawat kawasan. Panaskan badan sket.

Doa selamat diketuai Pakcik Zie.

Cik Ana tukang jaga air ker tu?
Memasing potluck. Ada nasi lemak, sambal sotong, mee lidi, pasta, nugge, popiah, cempedak dan tempe goreng.

 Lilin tu bebudak yang tiup pun.

Masing2 berebut nak potong kek. Oh ya... kek sponsored by Abang Mi, Kajang. TQVM.

Alhamdulillah, sessi makan2 berakhir jam 12 noon.
Ibu tak dapat ambil gambar banyak sebabnya Wafi dok melekat jer. Tak sihat. Asyik nak merengek jer. No cooperation at all. Bila nak balik baru ok sket.

Semoga nenek diberi kesihatan yang baik dan sentiasa dirahmati Allah.
Amin...

Friday, December 28, 2012

Abang Imi sudah ke sekolah menengah

Pagi ni Bami mendaftar tingkatan satu di SMK Meru.
Sesi pendaftaran dari jam 8 ke 10.30 pagi.
Ibu, ayah, Kawi pergi hantar sekali... kira satu kampung gak lah hehe...
Wafi jer pergi school hari ni.

Besar dah anak ibu nih.

Masuk ke kelas 1 Dedikasi. Punyalah banyak kelas... kalau tak silap sampai ke kelas 1 X.
Waktu zaman sekolah ibu masa tu ada 9 kelas jer... Perdagangan, SRT/SP dan Pertanian.
Bila lalu kelas ibu, teringat zaman sekolah2 dulu..

Pendaftaran berjalan dengan lancar. Jam 9 pagi dah selesai. Semua form lengkap except tak bawak buku rekod kesihatan. Sebenarnya ibu dah salah bawak, ingatkan buku rekod masa kecik dulu, rupanya ada buku biru yang sekolah rendah sediakan. hehe... sib baik cikgu kata hari rabu nanti bawak..

ok Bami.... dah naik sekolah menengah ni ibu harap Bami lebih bertanggungjawab lah yer..

Sunday, December 23, 2012

Baby Gaga in da house!!!!






KLCC lagi!

2 minggu lepas dah ke sini. Tapi ayah cakap macam tak puas berjalan sebab hari tu kan nak lawat uncle zaki. 
 Tempat yang sama, depan christmas tree. Tapi kali ni Cik Fatin join sekali.

Sampai pun awal dalam jam 9.45 gitu.. jadi tak ramai orang lagi. Tengahari tu ada performance kat stage tu. Orang punyalah ramai yang menonton.

Kat belakang Suria KLCC tu (depan fountain) ada acara Young Buskers Performance.
Kat Convention Centre plak ada Comic Fiesta 2012. Tengok ramai anak2 muda @ remaja beratur panjang dari Suria KLCC ke Conv. Centre berpakaian/karektor animasi kesukaan mereka. Macam2 gaya. Pelik pun yer jugak. Rambut yang biru lah.. hijau lah.. putih lah.. Siap ada bawak pedang besar lah.. ntah.. watak comic apa pun ibu tak perasan. Tapi Hagemaru takde lah plak hehe..

 Sesampai kat pool tu, Wafi takmau mandi.. Takut masin lah tu..

Abang Imi siap teman. Lama2 dia pulak yang hover. Main sampai jam 12 noon. Adehhh... panas dah. Orang dah mula ramai.

2 remaja yang sudah kebosanan. Pool ni untuk 12 tahun ke bawah. Bami boleh jer nak masuk tapi dah masuk alam remaja kan... segan lah dia.

 Habis mandi, sambung plak ke playground.

 Kena beransur pulang sebab Wafi dah restless.

 Ada plak tall clown.. Wafi takut sebenarnya..

Gambar pakai phone jer tu yang tak sempat adjust cahaya. Boleh lahhh..

Dalam LRT otw balik tu Wafi dah cranky sangat. Pujuk2 dengan menetek barulah tertidur. Sampai di Taman Daya pun masih tidur, jadi tak dapatlah singgah Amcorp Mall. Plan asal nak makan kat sana. Cuaca pulak panas terik.

Jadinya, Setia City Mall juga. Food Court dah buka. Makaihhhh... Sizzling me RM8.90 (kalau kat Tesco baru RM5.40). Sib baik sedap dan tengah lapar pun.. Sangat selesa lah walaupun little bit pricey. Choice takde lah banyak sangat compared to foodcourt kat KLCC. As long as yang operate tu bukan mat bangla.. ibu ok lagi. jangan jadi macam kat Jusco BBK sudah!

Wednesday, December 19, 2012

Wafi naik motor balik school!

Start hari ni selama 4 hari parking kat ofis ada dibuat kerja2 membaikpulih. Semua kenderaan kena melalui Gate 2. Adeh... jauhnya nak menapak ke depan. Ibu decide mintak ayah hantarkan since dapat merasakan kepayahan memakir cik nazariah jika tempat tak cukup.. tak berapa pro kan... Sampai2 kat ofis boleh jer kereta2 parkir kat dalam.. eeee geram sungguh.. bos ni cakap lain... bos nu cakap lain. Hangin lah gak!

Balik tu mintak cik biela ambik ibu kat depan ofis naik motor. Mencabar lah gak sebab ibu pakai kain ketat. Ingat nak balik rumah dulu ambik kereta dan kemudian ambik Wafi tapi cik biela cakap terus jer lah ambik. Sesampai di school, Wafi dok tercengang2 dengan muka tak sihatnya.. demam n batuk. Tak keluar suara dia atas motor. Takut lah tu sebab ni first time dia naik motor kan hehe..

Ckgu kakak Ana (panggilan Wafi) cakap Wafi batuk2 since tengahari. Demamnya dah kurang. Balik rumah jer nak BF. Langsung taknak lepas. Ibu tak boleh nak sediakan dinner. Lepas ayah balik tu bawak ke klinik. Since Wafi ni batuk2 dan muntah, kena lah check paru2 takut melarat plak. Doktor bagi ubat tanpa neb.

Balik tu singgah beli makanan. Ingat nak makan kat restoran tu jer tapi memandangkan Wafi batuk2 dan muntah, tapau balik jer. OTW tu dok BF dan tertidur.
Masa ibu update blog ni pun masih batuk2 jugak, kena tengok2 gak dalam buai tu sebab takut muntah lagi.
Cepat sembuh yer Wi.. Malam ni jangan bangun kejut kan abang main tau! (macam semalam).