Pages

Wednesday, December 29, 2021

Keputusan MPKAFA

Keputusan MPKAFA telah diperolehi. Sehari lewat sebab tak boleh tembus web. Mujur Cik Elis checkkan.
 
Minta izin dari Wafi sebab semalam Wafi tak bagi ibu tengok bila ada sms reply. Bila kawan-kawan dah dapat barulah Wafi benarkan tengok.

Alhamdulillah Wafi dapat 7A 1B.
Lepas ibu forwardkan result Wafi tak jawab ibu pun. Call pun tak angkat. Ibu suruh Kakak bagi hp pada Wafi pun taknak angkat juga.

Kakak kata Wafi murung.
Sedih.

Ini mesti sebab BFF Nayli dan Dania dapat 8A.

Ibu biarkan dulu.
Nantilah balik kerja baru cari Wafi.

Balik rumah tu pun Wafi masih tak mahu cakap dengan ibu.
Bila ayah balik cakap-cakap dengan Wafi barulah nampak ok sedikit.

Bila Wafi dah nak sembang barulah ibu tengok.
Wafi kata nangis tiga kali.

Pertama bila dapat result.
Kedua selepas solat Zohor.
Ketika selepas solat Maghrib.

Patutlah bila ibu tengok mata Wafi nampak bengkak. Lamanya Wafi nangis.

Wafi sedih sebab tak capai target. Lagi satu BFF dapat semua A.

Subjek Jawi dan Khat dapat B.

Allahu.. Wafi.. Wafi... panjang lagi perjalanan awak. Awak dah buat yang terbaik.

Terus usaha.
Terus usaha.
Terus usaha.

Ibu doakan awak cemerlang dunia akhirat.


 

Tuesday, December 28, 2021

3H 2M Muar, Johor 2021 - Penyata Kewangan

Ok... last entry Family Day Shohari Clan 2021.
Segala pendapatan dan perbelanjaan direkod untuk ketelusan.

Seperti biasa duit penginapan homestay guna duit family. Duit makan setiap keluarga bayar RM150.

Selain dari itu ada sahaja sponsor di kalangan adik beradik.

Tshirt sukaneka dari Cik Cha.
Baju kurung Kedah dari Cik Elis.
Kek Birthday nenek dari Cik Elis.

Juga lain-lain perbelanjaan yang tidak diclaim.

Semoga kalian terus dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

Terima kasih atas keringat dan sokongan semua.

Minta maaf jika ada kesilapan dan ada yang tidak menyenangkan sepanjang family day kali ini.

Insyaallah jumpa lagi pada pertengahan tahun 2022.



 

Monday, December 27, 2021

3H 2M Muar, Johor 2021 - Gambar keluarga lagi dan bertolak balik

Gambar family lagi.

Family ummi.

Family Rawiwa.

Family Cik Ujang.

Family Cik Elis.

Family Cik Nora.

Family Cik Cha.

Family Cik Ami.

Family frontliner, Cik Baya.

Family Cik Biela.
Ambik gambar ni. Cantik view.
Owner homestay yang suggest ambil dari angle macam ni jadi nampak rumah.

Si bongsu Cik Fatin.

Gambar-gambar lain random sahaja.
Simpan sini buat kenangan.











Habis bergambar masing-masing kemaskan barang-barang.
Cik Nora sambung berjalan ke Melaka. Cik Cha singgah ke rumah bapa saudara Cik Zamri. Cik Ujang balik  ke Klang begitu juga Cik Ami terus ke Kajang.

Yang lain singgah makan dulu. Cik Wada ajak makan daging salai. Bila check restoren selepas exit Pedas/Linggi 

Ada beberapa kedai tepi jalan. Kami makan di Warisan Kundur.

Lepas makan selain kami mereka solat dulu di surau berdekatan. Kami singgah RnR Dengkil. Dalam kereta masing-masing tidur keletihan.

Sampai rumah dalam jam 5.30 pm macam tu.
Alhamdulillah.


 

 

3H 2M Muar, Johor 2021 - Gambar di Tingkap Rumah

Masing-masing sibuk nak ambil gambar di tingkap Rumah Melaka.
Maklumlah.. rumah sendiri tingkap ada gril.




Acahacah cari Cik Man.
Masa ni Cik Man dah bertolak balik kerana bertugas.