Gathering sempena Old
Boys Weekend pada 9 & 10.09.2017 yang ayah join.
Lebih menarik kali ni
disertai Cik Wada, Cik Baya & family, Cik Ami & family juga Cik Nora
& anak2. Yang lain tak dapat join ler sebab anak2 nak periksa UPSR, start
11-14.09.17
Separated pool, dewasa & kanak2.
Keluar agak awal dalam
jam 9 am since kita boleh check in dalam jam 10 am. Ingat nak jalan2 di
Alamanda tapi sebab cuaca agak panas dan anak2 nak heavy breakfast kita keluar
ke restoran mamak je lah.. Itu pun lepas check in kita lepak2 jap… masak air..
minum2 sket. 11.30 am baru keluar… sebelum tu tengok pool dan kawasan permainan
kanak2.. sampai restoren, brunch terus je lah. Nenek tak nak makan berat since
kita pun nak buat sup kaki lembu.. wallaweiii… Lepas tu beli barang2 untuk
masak kat kedai runcit di situ je.
Tak lama lepas kami
sampai apartment, Cik Ami pun sampai
bawak sate Willy.. sedap2… walau perut kenyang, jamah juga.. sambil2 tu masak
sup kaki yang dah siap direbus dari rumah (nenek lah yang kerjakan hehe)
seperiuk noxxa. Sambil2 tu buat sambal kicap ikhtiar hidup.. hehe.. sebab lupa
nak bawak blender keck.. kita guna belakang botol sos je tumbuk2 cili tu..
jadik!!
Geng2 lain sampai tak
lama lepas tu.. bawak lagi makanan.. memang mewah ler.
Cik Wada bawak ayam
xxxxx… Cik Nora bawak ayam kicap, cendawan goring, gereh, sambal belacan,
kerang rebus dan ulam timun. Memang naik 2 kilo ler… asyik makan2.. dan makan.
Geng2 kelaparan... sampai2 terus makan.
Petang tu lepas asar,
turun bawak semua anak2 dan makpak anak2.. sibuk nak mandi pool. Hujan renyai2
plak… Dalam sejam gitu hujan plak makin lebat… kita postpone lah ke esok
harinya.. Cuaca pun tak menentu.. tengahari tu panas berdeting2… petang hujan
lebat.
My lovely siblings.
Nak tunjuk juga swimming suit baru :-) fuhhhhh... selimmmm
Petang tu gorengkan ler
nugget.. semua lapar lagi.. kira dinner
juga.. makan lagi lauk2 yang masih berbaki. Sambil2 tu dok bersembang2… apartment
ni sediakan mesin basuh dan dryer… apalagi.. membasuh sakan lah semua.. senang
kerja.. sabun dan fabric softerner pun disediakan.. kami pun ada beli.. ingat
owner tak sediakan..
Rehat, sembang... layankan si kecik2.
Bilik senua berkatil
queen.. ada 3 bilik.. the boys tidur kat ruang tamu.. bentangkan toto.. jalan…
yang nak ngorok lantak korang ler heheheh…
Ibu, Kawi, Wafi dan
nenek satu katil.. Cik Ami & family sebilik… Cik Wada, Cik Baya & Cik
Nora serta anak2 duduk sebilik.. Tak cukup katil tidur atas toto je.. Nampak
semua selesa…
Ye lah… rumah pun
best.. berbau harum dan perabut yang minimal dan sesuai.. memang terbaiklah.
Oh yaa… malam tu ibu
tak ikut ayah pergi dinner di Sekolah Alam Shah (SAS) pun sebab macam dah
letih.. ayah minta kawan pick-up sahaja..
Esok pepagi lepas
bekfes macaroni goring & nasi goring, semua turun mandi.. ibu je lah macam
biasa dok rumah sebab nak kemas bagai… datang 2H 1M pun rasa penat nak kemas
hehe.. Kena ensure rumah tu kemas macam kita masuk.. itu yang kita amalkan..
Check out lepas Solat Zohor, owner bagi permission walau kita tak minta sebab takde tenant lain selepas itu.. Ok kan… takde rushing.. tu pun diorang bagi keluar jam 4pm.. takleh ler sebab ada tempat lain nak singgah.. Ibu, ayah & Kawi ke SAS nak tengok pertandingan tarian peringkat SBP manakala yang lain ke Taman Botani… nak naik perahu Dondang Sayang tengok sebahagian Putrajaya.. oh ya.. naik di Taman Botani RM15 seorang sahaja.
The enjoyable kids.
Perasa durian... ni ada foodtruck di SAS.
Harga affordable.
Cik baya and the gang singgah Tesco Setia Alam.. isi perut dulu sebelum balik.
Sampai rumah dalam jam
5 pm..
Pengsan.
Tapi menyeronokkan.
Looking for another outing..
Maybe later... Bami & Kawi nak peksa besar.
Cuakkk.