Semalam Sabtu sebelum hantar Wafi balik asrama, ibu dan Abang Imi penuhi dulu jemputan walimatul urus abang kawan Wafi, Anis. Ayah tak ikut sama kerana ada perkara yang perlu dilakukan di UUM.
Majlis diadakan di Kolej Vokasional Sungai Petani. Abang Anis ni Alumni Sains Kedah (ASSAK), bekas pelajar sekolah Wafi.
Ibu ada mesej mak² kawan Wafi yang dijemput sama untuk berjumpa di majlis tersebut.
Wafi dan Alya.Few times jumpa mereka. Wafi pula dah 2 kali ke rumah Afiqah bila PB.
Alya, Wafi dan Afiqah.
Tak ada pula gambar Anis bersama tapi adalah diorang berempat selfie di luar.
Walaupun Afiqah bukan classmate tapi mereka berkawan baik.
Biasalah tu... depan ibu behave, bila keluar dewan... kemain diorang bergembira.
Yang tengah mak Anis. Masa ni mak Afiqah sudah beredar terlebih dahulu sebab nak uruskan barang² asrama.
Alhamdulillah.. atas jemputan beliau dapatlah ibu berjumpa mak kawan² Wafi.
Masa hantar Wafi, jumpa pula mak Wafa. Lamalah juga kami sembang² perihal anak².
Barulah ibu sedar kawan² rapat Wafi semuanya anak bongsu.
Wafi, Wafa, Alya dan Anis.
Mereka juga geng² kricket.
Cuma Pipah sahaja anak sulung dan tidak terlibat dengan kricket.
Seronok bila dapat kenal dan berjumpa mak² ni. Dapat bertukar² pandangan, bertanya tips etc demi kebaikan anak².