Pages

Tuesday, August 31, 2021

Lempeng di Pagi Hari Kebangsaan oleh Chef Wafi

Hari yang indah.. di awal pagi hujan rahmat. Sejuk je pagi ni. Sayang nak tinggalkan katil hahha..

Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang disambut penuh sederhana. Hanya persembahan di Dataran Pahlawan Putrajaya. Tiada parade namun tetap kita raikan sebagai semangat patriotisme agar generasi akan datang meneruskan kesinambungan Hari Kebangsaan ini.

Ibu rasa dari zaman sekolah rendah akan mengambil kesempatan untuk menonton persembahan Hari Kebangsaan di kaca TV. Rasa seronok.

Pagi ni ibu goreng wedges sahaja. Wafi datang dapur cakap...

Boleh tak ibu lainkali buatkan lempeng tapi taknak letak santan (kelapa).

Kalau dah macamtu mestilah Wafi teringin makan sekarang.. anak ibu... ibu taulah.. Lantas ibu satukan tepung, garam dan air. Wafi tolong kacau.

Wafi kata nak try buat sendiri... ehhhhh.. ibu lagi suka.

Ibu masukkan sedikit minyak.. lepastu Wafi masukkan batter. Tunjuk bila masa nak balikkan dan bila nak angkat.

Lepastu Wafi setelkan semua.

Baru dapat 2 keping ibu ambil gambar dulu.

Walau agak tebal sedikit tapi for the beginner ibu bangga dengan Wafi.

Well done Wafi😘😘😘

Harap lepasni boleh goreng telur sendiri.. takut sangat dengan minyak. Idea Cik Wada goreng dalam non stick pan sebab tak perlu minyak banyak atau tak perlu minyak langsung.
 

Monday, August 30, 2021

Cucur Jagung Di Ambang Kemerdekaan

Kalau ikutkan hampir setiap tahun sebelum Covid, malam 31hb Ogos kami akan mengunjungi Dataran Shah Alam untuk memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Selangor. Selepas itu akan check-in mana-mana hotel yang telah ditempah awal. Kiranya short getaway juga. Ini tahun kedua kita tunggu detik 31hb Ogos di rumah sahaja. Kalau bernasib baik ada jiran sekampung yang akan memasang bunga api. Nampak lah meriah kan.

Jadi malam ni sambil-sambil menonton TV kita makan cucur jagung bersama teh-o.
Selepas maghrib tadi goreng.


Resepi Cucur Jagung

Bahan-bahan
1. 3 cawan tepung gandum
2. 3 tongkol jagung (hiriskan biji-biji)
3. 2 biji cili merah (buang biji dan hiris)
4. 1 1/2 biji bawang merah (hiris)
5. 10 ekor udang (buang kulit dan potong 1/2 inci)
6. 3 SB udang kering (tumbuk)
7. 1 SK garam
8. 1 paket yis Mauripan
9. Air

Cara-cara
1. Campurkan semua bahan di atas. Air tu secukupnya.. adunan tidak terlalu pekat.
2. Peramkan 1/2 jam dan batter akan mengembang
3. Panaskan minyak dan jemputkan dalam minyak atau guna sudu.
4. Goreng sehingga keperangan
5. Angkat dan toskan

Dapat 2 pinggan besar... hantar rumah Adam juga.. berbagi rezeki.

Lembut tekstur cucur ni.
Ayah makan bertambah-tambah. Ayah cakap ni kalau add in dalam mi goreng mamak memang mantap... eh eh... mamak pulak dapat nama.

Cicah dengan sambal sotong baki semalam.

Dinner ini sahaja.. hari ini kan ibu tak masak sebab tengahari tadi ibu tapau nasi dari Warung Syukri yang viral.. makan kenyang sampai ke malam.

 

Semangat Hari Kemerdekaan

 Ayah tumpang bendera Adam.

Adam nak ambil gambar untuk projek kelas.





Semoga Malaysia terus aman dan tenteram.

Sunday, August 29, 2021

Pokok Cempedak dan Pokok Jering

Ibu simpan sini sebagai kenangan.
Pokok cempedak dan jering ni tumbuh sendiri.. maksudnya dari pokok yang induknya dah lama kena tebang bila bukit ni ditarah untuk buat rumah. Rezeki kamilah cucu-cucu dapat makan hasil tanaman arwah atuk dan nenek ibu.

Pokok cempedak yang rajin keluarkan buah walau tak banyak. Cukup buat kami cucu-cucu arwah nenek yang duduk di tanah yang sama.

Sebelum ni Cik Ujang yang tengokkan buah ni tapi bila dah ukur tanah, pokok ni di tanah Cik Yah maka Cik Rasul pulak take over jaga pokok. Kena bungkus buah cempedak ni.

Buah ni takde besar sangat.

Tapi ulas dia besar-besar. Ini untuk sekali goreng.
Walau warna tak oren atau kuning pekat tapi rasanya tetap manis.

Cempedak yang telah digoreng.


Ini lah pokok jering, tumbuh bersebelahan je dengan pokok cempedak.

Selepas ini kedua-dua pokok akan dipindahkan atau ditebang bila kami akan besarkan jalan lagi 12 kaki ke tanah lot 4028A.

Besarlah lagi jalan dan boleh selisih 2 buah kereta. Laman rumah pun akan lebih besar.

 

Stylus Ipad

Masa Wafi beritahu nak beli pen untuk Ipad ibu macam krik-krik je. Wafi demo lah macam mana nak guna. 
Beli je lah Wafi sebab harga yang diberitahu pun kurang dari RM10. Wafi sendiri cari di Shoppee dan minta ayah orderkan.

Rasanya dah beberapa bulan Wafi guna, ibu takde lah nak ambil tahu sangat sebab ibu takde guna Ipad pun.

Beberapa malam lepas, sebelum tidur ibu pinjam lah Ipad Wafi skrol blog. Wafi suggestlah guna pen Stylus Ipad tu untuk mudahkan skrol. Ibu pun ok je lah.

Bila dah guna... ehhh... senanglah.
Takde lah sakit jari ibu skrol dan tekan.
Guna pen Stylus ni jari pun tak sakit.
Kalau tangan lembab pun akan effect masa buat schrolling tu. Bila dah guna pen ni tiada masalah.

Wafi gembiralah sebab ibu guna Ipad dia, jadi bolehlah Wafi pinjam henfon ibu.
Hurmmmm... ada agenda rupanya!


 

Lempeng Kelapa

Pagi ni buat lempeng kelapa gara-gara update status kawan ibu di FB yang makan lempeng kelapa beserta kari. Malam tadi ibu dah google resepi. 
Walau ibu pernah makan lempeng kelapa yang nenek buat tapi ibu tak pernah buat lagi sepanjang hidup. Biasa buat lempeng biasa je sekadar tepung, air dan garam atau ada tambahan telur dan margerin.


Resepi Lempeng Kelapa

Bahan-bahan
1. 1 cawan tepung gandum
2. 1 cawan kelapa parut (ambil bahagian putih)
3. 1 1/4 cawan air
4. 1/2 SK garam

Cara-cara
1. Campurkan semua bahan di atas dan jadikan batter
2. Lenserkan non-stick pan dengan minyak masak
3. Masukkan 1 1/2 senduk batter dan leperkan atas pan
4. Bila dah nampak sedikit garing bahagian atas, terbalikkan
5. Angkat bila permukaan sudah keperangan

Sedia untuk dinikmati.
Makan dengan sambal sotong.

Makan begitu sahaja pun sedap sebab rasa lemak-lemak masin.

Mama, lempeng ni macam ada rasa lemak santan

Owh... bukan santan, itu kelapa parut.

Rasanya ini pertama kali Wafi makan lempeng kelapa.

Ahad yang nyaman


Sengaja ambil gambar depan rumah tadi jam 10.45 am.
Nyaman je.. matahari tak nampak lagi. 

Breakfast hari ni merangkap lunch dan dinner.

Nasi kuning beserta sambal sotong, bilis, kacang, telur rebus dan timun.

Ehhh.. ada lempeng kelapa.
Makan dengan sambal sotong.

Teh tarik sempena hari yang indah.

Ibu ziarah atuk Asri dan nenek Ani sebentar tadi.
Ini gambar yang Cik Yah post haritu.

Atuk dah boleh gerak sikit walau hanya gerak setapak semenjak keluar dari hospital Khamis lepas.

Petang ni plan asal nak ke taman tasik lagi.. tapi tengoklah cuaca macamana. Kot nak lepak atas katil je layan filem Tamil..

Sabtu yang dimanfaatkan

Hari ini adalah hari Sabtu yang perlu dimanfaatkan sebab bermula minggu hadapan Sabtu ibu perlu bekerja untuk menggantikan Sabtu yang sepatutnya bekerja semasa PKP haritu. Entahlah ibu pun kadang tak faham ada hari kena ganti tetapi gaji telah dipotong. Jadi bulan Ogos ni gaji dipotong sebanyak 20%! (tanda seruan tu hahahahha... bertabah lah ya).

Jadi pagi ni selepas Subuh lepak2 je atas katil, bergolek2 (ishh... buruk perangai) sebab lepas ni kan kena kerja. Tak puas hati pun kena kerja jadi masa yang ada enjoy  sahaja lah. Masuk dapur jam 8.30 am. Siap kemas dan sapu2 rumah kecuali ruang tamu, dining room dan bilik tidur anak-anak. Itu semua tugas ayah dan anak-anak. Ibu malas nak buat. Settlekan territory ibu je. Kain pun ibu dah keluarkan dari washing machine masuk dalam bakul. Biasa ayah yang jemur di ampaian.

Jam 10.20 am ibu setel semua... buat breakfast dan lunch.
Masa untuk menonton tv sambil buat kerja ofis sikit. Sambil-sambil tengok news dan blogwalking.

Sempat ibu masuk bilik kakak tengok dah kemas ke belum. Kalau tak penuhlah katil dengan buku-buku. Naik rimas bila masuk bilik anak-anak. Kena diberitahu .. kalau tak buat kena bebel.. kalau tak buat juga memang naik hijau lah ibu.

Cadar tu pun tak tarik habis.. ishhhhhh

Errrr... macamana patung Dora Wafi ada kat situ?

Lauk tengahari yang simple. Dekat jam 1 pm baru ke kedai beli ikan kembung.. nak makan baru goreng.

Masak lemak taugeh, sambal belacan dan kembung goreng.
Ada juga telur goreng tambah sos dan kicap tapi tak berapa kena.. itu untuk mereka yang kurang makan ikan.
Ada telur masin tapi terlupa ambil. Dah nak siap makan baru perasan.

Sebab lauk camnilah nasi ibu penuh dalam pinggan tu hehe..
Ikan 2 ekor tu. 
Adillah kan sebab ibu tak ambil telur.

Petang jog di track Bandar Hillpark. sengaja guna laluan baru.



Pusing kawasan perumahan tu dalam 4.4 km.. masuk dalam trek tasik pulak.
Cukuplah 5.2 km.
Cuaca pun sedang elok je.

Kakak Widad sambung lagi round tasik dalam 3-4 pusingan. Kemudian sambung trek luar... Ibu dah tunggu dalam kereta. 

Dapatlah Kakak Widad balas dendam sebab last week kurang semangat.. 10.2 km
Fuhh.. ibu belum mampu.

Dinner untuk Wafi dan abang Imi.
Nasi goreng telur + ikan, paling simple.

Sayur sambal goreng tu dari rumah nenek, panas-panas lagi.
Ibu dan siap-siap makan sayur je tadi masa singgah sana.

Jam 9 layan filem Tamil pula. Ini hero dia Aravind dari keturunan Bodhidharma.

Filem dimulakan dengan dokumentari tentang Dharuma (Surya ). Dharuma ialah putera Kerajaan Pallava dan beliau sangat mahir dalam seni perubatan dan pertahanan diri. Gurunya, Gurumatha menghantar beliau ke Cina untuk mengubati sebuah penyakit berjangkit di sana. Pada mulanya, rakyat Cina tidak menyukai kehadiran Dharuma. Tetapi, beliau mendapat penghormatan daripada rakyat Cina selepas kejayaan beliau mengubati seorang budak perempuan. Beliau kemudian mengajar seni perubatan, teknik hipnosis dan Kung fu kepada sami Cina untuk membantu mereka mempertahankan diri dari perompak. Malangnya,selepas beberapa tahun beliau diracuni oleh rakyat Cina selepas mereka mendapat tahu beliau ingin pulang ke kampung halamanya, India. Tujuan beliau diracuni adalah kerana sifat tamak rakyat Cina yang tidak ingin tuah keluar dari negara mereka. Dharuma memakan makanan yang diracuni oleh mereka walaupun beliau sedar yang makananya mengandungi racun. Secara beransur-ansur menjadi seorang tokoh utama pemikiran Cina. Kini filem kembali kepada zaman sekarang. Kerajaan Cina melancarkan "Operasi Merah untuk menentang India. Dong Lee (Johnny Tri Nguyen) diamanakan oleh kerajaan Cina untuk melancarkan "Operasi Merah. Operasi ini dimulakan dengan menyutik virus ke atas badan seekor anjing liar di Bandaraya ChennaiIndia.Sementara itu, Subha Srinivasan (Shruti Hassan, seorang penyelidik muda India cuba untuk memulihkan Bodhidharma dengan menggabungkan DNA beliau dengan itu, sangat dekat dengan salah satu keturunannya, Aravind (Surya . Penjelmaan seorang rahib abad ke-6 dengan menyediakan akses kepada pengetahuan yang luas, berkesan akan melawan ancaman Cina, tetapi Dong Lee menggunakan semua kaedah yang diwarisi daripada Bodhidharma untuk menjalankan misinya dahsyat.


Ni ha tajuk dia 7am Arivu.
Filem 3 jam.

Sempatlah lipat kain untuk 3 hari sebab baru kering dek hujan setiap hari.
Esok je lah simpan kain tu.

Saturday, August 28, 2021

Exercise di petang hari

Nak lah juga keluarkan peluh walau cuaca agak panas.




 Puas hati dengan track baru ni.

YL - Kotak Keriangan Ogos 2021

Dah seminggu kotak keriangan dari YL ni sampai. Bulan ni awallah sampai compared to last month.

Mari tengok apa yang ibu order. 

Diffuser Sweet Aroma.
EO Thieves
EO RC
EO Peppermint
Hand Sanitiser Thieves

Inilah diffuser Sweet Aroma.
Corak ketupat luarannya.

Rasmikan bersama EO Aromaease. Minyak ni dapat free je.. bulan ke 6 apabila buat ER berturut-turut.

AromaEase™ has a cool, minty aroma and contains powerful constituents of Ginger, Cardamom, Peppermint, Fennel, and Spearmint essential oils that provide calming sensation when used aromatically.

Comel je saiz diffuser ni kalau duduk sebelah dengan Dewdrop.

Diffuser ke 8

More to go!
 

Wednesday, August 25, 2021

Pokok Ayah dan Bulan Kemerdekaan

Ayah cakap pokok bunga ayah dah berbunga lebat.. cantik warnanya... tapi tak lama sebab nanti akan jatuh angin tiup.

Dah taruk bajalah.

Ayat ringkas Cik Ujang.

Ayah tau tanam je... lepastu siram, trim pun dah malas.
Baja lagilah tak pernah letak sampaikan Cik Ujang yang letakkan.

Sampai tumbuh pokok pakis kat pasu.
Hurmm.. tu kalau ibu rajin ibu cabutlah... kalau tak nanti sama besar dengan pokok.

Ini satu lagi... beli set hidroponik.. orang ada ayah pun nak ada haaha.. terpengaruh rakan sebaya. Last-last sekali tanam je.. itu pun pokok sawi dan bayam Brazil. Lepastu terbiar.
Boleh pulak letak pasu pokok lidah ular ibu tu.

Bendera ayah recycle je tahun lepas sebab masih elok.. lepas guna simpan balik kekdahnya.. Bendera besar tak jumpa lagi kat drawer mana entah.

Ayuh semarakkan bulan Kemerdekaan!

1 Ogos sehingga 30 September 2021.

 

Kerja Ibu, Kerja Wafi

Sudah hari ketiga rupanya bekerja di ofis. Dua hari betul-betul penat bila balik ke rumah. Lepas solat Isyak terus lah tertidur. Sebelum tu sempat bertanyakan Wafi kerja PDPR mana yang dah setel dan mana yang belum habis. Ibu tandakan dalam checklist. Wafi siapkan sendiri kerja.. harap-harap semua dah hantar kepada cikgu mana yang perlu di hantar. Ibu check whatsap mesej kelas Wafi mana yang cikgu buat online quiz dan mana kerja yang kena snap and send.

Hari ni nekad balik awal. Sharp jam 5.02 pm dah touch card. Sudah janji dengan Sales Advisor Honda, Rashid untuk collect road tax dan cover note insurance di showroom sebelum jam 5.30 pm. 

Sampai rumah awal lagi, 5.45 camtu. Teruslah singsing baju. Kakak Widad dah keluarkan sawi dan ikan bawal. Sebab masih dalam kelas lagi tu yang kakak kata tak dapat masak untuk dinner.

Tak apalah Kawi, tengahari tadi pun dah masak spagheti jadi petang biarlah ibu masak. 

Cempedak goreng.
Cakoi inti kacang merah (ayah beli).
Sawi tumis bawang putih.
Air asam.
Bawal goreng.
Papadom.

Ibu buka puasa merangkap dinner untuk ayah dan anak-anak.

Sekarang style Wafi bila ibu balik dan dekat padanya mesti dia terus pakai headphone dan memang sedia duduk di meja kerja. sebab dah tau apa ayat yang ibu akan tanya.

Sebelum ibu buka mulut, jari Wafi dan letak kat mulut tanda senyap... ssssyyyyyyyhhhh

Wafi dah siap kerja?

Itulah ayat ibu hari-hari without failed!

Sunday, August 22, 2021

Sehari lagi sebelum masuk ofis!

Pagi ni lewat sikit breakfast.. dah siap-siap masak ada urusan tentang tanah pula. Setelkan dulu baru relax-relax sarapan jam 11 am macam tu. Bihun goreng je itupun masuk dalam Noxxa je sebab malas nak kacau-kacau. 3 minit steam dah ready.

Lepas solat Zohor ingat nak rehat-rehat sambil baring-baring sebelah Wafi. Mata tak boleh lelap pula. Layan socmed dulu. Jam 3.30 tu keluar lah pergi hantar kereta ke car wash.

Esok officially masuk office kan... biar semangant sikit setelah hampir 3 bulan tak mandi bila car wash tutup.

Balik rumah terus masak, bahan semua dah sediakan pagi tadi. Lunch pun dah dekat nak solat Asar sebab masing-masing masih kenyang tengahari tadi makan bihun.

Ayam goreng, cauliflower dan cendawan inoki goreng serta tumis taucu telur. Tak ada kuah nanti Wafi tanya pulak.

Gloomy je hari ni.. macam nak hujan tapi tak jadi. Awal pagi tadi sekitar jam 1.30 am hujan berpanjangan.. tak sedar bila hujan berhenti. Sampai ke petang terasa sejuk.
Ini jam 5.30 pm tadi waktu ibu dan Kakak Widad nak keluar jogging.

Sampai taman tasik Puncak Bestari macam nak hujan.

Lari satu round peluh pun tak keluar.
Kakak Widad lari dua round je sebab cuaca yang sejuk buatkannya kurang semangat. Sambil-sambil tunggu ibu, Kakak Widad layan socmed di tepi tasik.



Haahhhh.. 5 kali pusing tasik baru puas hati.

Harap next week boleh lari lagi.

Dinner tadi habiskan makanan lunch.. takde sapa nak masuk dapur lagi sejuk-sejuk ni hahha.. 

Malam ni sambil layan movie TV3 The Foreigner lakonan Jackie Chan, sempatlah ibu update blog. Iklan tu kan lama.. jadi bolehlah killing the time!