Pages

Thursday, April 24, 2014

Catu oh Catu !!!!

Notis catuan Peringkat ke-4
Maksudnya Jalan Rebung termasuk sekalilah.

2 hari catu, 2 hari ada air.
Start catu jalan rumah kami 9.30 am dua hari kemudian 12.30 - 4.30 baru ada huhuhu...
Kata mereka ikut kawasan tinggi rendah.
Hurmmmm.....

Wednesday, April 23, 2014

Kakak Berkursus


Ni kakak Widad masa mengikuti Kursus Kepimpinan Badan Beruniform SK Bukit Kapar.
Kursus ni diadakan di Kem Bina Negara, Meru.
Seronok kakak sebab dapat pergi dengan BFF dan tidur sebilik.
Sehari sebelum pergi pun dah tak sabar2 asyik dok bercerita jer.
Transport tidak disediakan dan penjaga kena hantar dan bawa pulang disebabkan lokasi pun sekitar sekolah sahaja.
Kawi pergi dengan ayah Rabiatul sebab nak ber'geng' katanya dan balik dengan ayah.

Kawi cakap kalau ada kursus macam ni nak pergi lagi.
Hoho.... baiklah cik adik tapi kenalah apply apa yang dipelajari.

Tuesday, April 22, 2014

Lempeng Biasa Yang Sedap di Sebuah Gerai Kampung.

Ni bekfes di Gerai Cik Edi. Gerai lama tapi bersih. Yang berkunjung pun orang2 kampung jer.

Ada nasi lemak, lontong, cekodok, kuih muih, bihun, nasi impit, ayam goreng, paru berlada juga beberapa lauk pauk lain dan yang femes sekali lempeng + sambal kampung.

Ibu yang first time datang sini. Anak2 dah biasa sampai. Haritu ibu EL sebab nak jaga Wafi yang demam.
Ibu tengah nak bagi ubat pada Wafi. Ubat yang last tu, Wafi termuntah huwaaaa....

Pilihan ibu lontong dan teh tarik. 

Haaa... ni yang paling orang suka, lempeng dengan kuah pencicah.
Memang sedap.

Walau hanya sebuah gerai lama, tapi masakannya memang menepati selera kampung ibu.

Sunday, April 20, 2014

Lenovo A516 pembelian dari Lazada


Bami berkehendakkan telefon baru sebab Nokia yang lama tu dah tak berapa nak 'in' katanya.
Kawan2 ibu plak beli dari Lazada dan takde problem dan servis cepat.
Ibu gugel2 lah telefon yang mampu milik.
Beli di Lazada basic la.. takde screen protector dan SD card. Yang tu kena beli sendiri.
Software semua dah instal.


Ibu order lunch hour dan keesokkan harinya jam 3.30 pm dah sampai. wahhhh... pantas kan sebab stok tu dah ada. Yang hantar plak staff/courier dari Lazada sendiri.
COD (Tunai sewaktu terima).... baguskan... tapi boleh jer bayar sebelum terima barang.
Lenono A516 ni ibu dapat beli RM398.
Harga di Lazada ni turun naik. Jadi kalau nak grab kena pandai2 lah yer.
Ibu memang dah allocate RM250 untuk beli telefon Bami dan yang selebihnya Bami guna duit yang dikumpul.
Ibu nak Bami usaha untuk mendapatkan sesuatu bukan tadahkan tangan sehaja. Banyak bulan gak Bami menabung.

Alhamdulillah, setakat ini telefon yang diterima dalam keadaan baik dan warranty juga disediakan.

Saturday, April 19, 2014

Bami dan Wafi ke Tahfiz

Abang nak solat zuhur di Tahfiz. Wafi pun nak ikut juga.
Abang pulak rajin melayan kehendak si adik.
Waf kata abang2 kat tahfiz tu baik2.
Cikgu kat situ bagi kurma dengan kacang.
Makanan sunnah tu sayang....

Friday, April 18, 2014

Sekitar Majlis Perkahwinan Aqilah dan Muizz

Gambar-gambar sekitar perkahwinan sepupu ibu, Aqilah dan Muiz.

Ini rewang pada hari Jumaat malam, 28.03.2014. Cik Fatin sedang sibuk mengelap daun pisang untuk digunakan membungkus kuih koci dan lemper pada keesokan harinya.

Majlis pernikahan di Masjid Bukit Kapar sebelum Zuhur, hari sabtu 29.03.2014

Marhaban wanita pada malam harinya. 

Antara 'rewanger', mencuci cawan2.

Cik Amir, Cik Ujang dan Cik Zie yang duduk2 bersembang sementara nak tolong angkat2 pinggan.

Atuk Leh (atuk ikan keli) dan Nenek Zaharah selaku tuan rumah.
Juga Atuk Turiman (atuk kura-kura) dan Nenek Lilik yang jadi penyambut tetamu.

 Lovely brothers and sisters. 

Ni pulak hari persandingan di pihak keluarga Muizz di Kota Setia, Perak,
Sebuah bas disediakan. Wafi dapat kawan baru.

Majlis start 12.30, dan masih awal lagi jadi kami ke Menara Condong di Teluk Intan. Waktu ni baru jam 10.45 am.

 Rombonga Cik Kiah turun dari bas.

Sambutan dengan berkompang.

Sama cantik sama padan. Bagai pinang dibelah dua. :-)

Habis majlis kami ke Lumut pulak.

Udang kering yang fresh.

Ikan bilis mata biru yang segar.

Berehat sambil menikmati air kelapa. Ibu masih tak percaya yang Bami nak turut serta. Ingatkan nak duduk rumah jer. Minta temankan Kawi yang tak dapat serta sebab ada kelas tambahan di sekolah. Nasib baik kakak tak kisah. Itu pun ibu mintak dia cuti tapi tak mahu sebab nanti banyak buat homework. Alhamdulillah, kakak well behaved dan ada tanggungjawab.

Cik Biela dan nenek juga turut serta. Wafi pun sangat behaved di dalam bas. Cuak juga ibu nak bawak sebab long distance kan.. takut dia tak serasi sebab first time. Gigih tu tengok kawan2... tengok tv. Sekejapan jer tidur.

Mi di Mastan Ghani juga air jagung yang fenmes di sana.

Seronok sesi jalan2 naik bas bila anak2 tak meragam. Ayah lagi lah suka sebab tak payah drive dan boleh enjoy the scenery dan yang penting boleh TIDUR!


















Thursday, April 17, 2014

Count and match the numbers





Ni aktivit count and match the number.
Ibu minta Wafi guna pembaris tak mau plak. Senget2 lah gitu.
Worksheet ni 1 hingga 3.
Wafi dah habiskan sampai sepuluh.

Wafi belajar solat



Wafi kalau nak solat, tak boleh kena paksa, tak boleh diminta-minta. Dia akan solat ikut waktu sendiri.
Alhamdulillah, sekarang kat sekolah teacher cakap suara kuat dan bacaan pun dah hafal.
Tak macam mula2 tahun, mulut tak mahu bukak tapi yang paling worst dia tak nak join dengan kawan2.
Di rumah pun, rajin baca bacaan solat tapi baca bila dia rasa nak baca.

Kadang2 bila ditanya solat apa tu, solat dhuha atau solat yang bukan untuk waktu tu. hadoiiii...

Kalau nak sesuatu dan ibu suruh tunggu lepas ibu habis solat, mesti dia cakap tadi kan dah solat.
Ibu cakap lah tadi solat maghrib sekarang nak solat isyak... macam tu lah contohnya.

Itu telekung baru dari Bandung. Ibu kirim dari pakcik Zie.
Sebelum ni guna kakak Widad punya.
Dua2 pun sedang elok dipakai.



Wednesday, April 16, 2014

Mengenal nombor dan mengira

Ni aktiviti Wafi, belajar mengenal nombor dan mengira.
Worksheet tu ibu print dari web dan ibu belikan sticker.
Nombor 1, jadi Wafi kena lekatkan satu sticker dan begitu seterusnya.
Selepas habis setiap satu nombor dan sticker tu ibu suruh Wafi mengira.
Alhamdulillah, nombor 1 hingga 10 dah lancar.

Monday, April 14, 2014

Bami n the gang.

Ini cerita Bami beberapa minggu lepas. Janji dengan kawan-kawan untuk tengok game Selangor vs Kelantan sempena pembukaan padang Stadium Shah Alam.
Mula-mulanya nak pergi dengan kawan-kawan since kami ada program tengahari tu maka ayah yang akan hantar.

Bami dan kawan2, juga Aiman si penyokong tegar Selangor.


Aiman yang bersemangat nak tengok game dengan Bami.


Awal-awal dah sampai.


Aiman yang banyak bijak...
Classmate dan ex-schoolmate.
Semoga persahabatan mereka akan berkekalan.

Tuesday, April 8, 2014

Majlis Kesyukuran dan Aqiqah Baby Noura Amily

Jemputan Majlis Kesyukuran & Aqiqah untuk baby Lily ni 2 minggu lepas, 29.03.2014
Kawi dok tanya rumah yang kita nak pergi tu katne...
Bila ibu sebut rumah auntie Syima yang ada playground depan rumah, terus Kawi ingat.
Yang ada clown masa hari jadi anak auntie Syima tu kan... (majlis Nurin beberapa tahun lepas).
Auntie Syima dan Uncle Ayedt ni dulu classmate ayah masa Matrik UUM.

Gambar2 baby Lily yang cumil. Juga kakak Wafi yang montel. Seronok dia dapat pegang baby. Terus cakap dia tu kakak.
Wafi dan kakak Widad dok berkenan kat toys yang ada bawah buaian baby tu. Wafi tanya kenapa tak tutup buaian tu. Dia teruja sebab first time tengok buaian berbentuk cengkerang.
Sedap2 makanan yang dihidangkan. Ibu cuma makan kambing bakar dia.. complete dengan salad dan roti. Juga brownies, tapai pulut dan teh tarik yang marbeles. Ehhh... kata 'cuma' tapi banyak beno yang dimakan hihi...
Tak dapat makan yang lain2 sebab tengahari tu dah makan kat rumah Atuk Leh.

Terima kasih auntie sebab jemput kami.

Semoga baby Lily sihat dan montel. Minum susu ibu banyak2 tau!


Monday, April 7, 2014

Ayam Masak Kicap


Selalunya bila ibu masak kicap, ibu akan goreng dulu ayam tu separuh masak. Tak boleh goreng lama-lama nanti liat plak. Haritu kawan ibu ajar ayam tak perlu goreng.. masak terus macam kari tu. Kemudian tambahkan sket santan.

Wallahhh...  lagi senang hihi.. lemak-lemak gitu.
Ibu santan bubuh santan bukan sket, lebih kan lah sebab anak2 pun suka makan yang berkuah2.

Kalau style ayah, gorengkan bawang kemudian bubuh kicap, bubuh sos cili and tomato.. baru masukkan ayam yang dah digoreng separuh masak. Takde rempah 3 sekawan tu... Sempoi tapi sedap gak.



Rinduuuuu


Lama dah tak update blog... Entah apa yang dibizikan pun tak tau huhu...
Start 1st March sibuk untuk year end closing... After 3 weeks dengan year end audit plak.
Time rehat memang pulun rehat @ nap... legakan mata dan minda.
Bila malam exhausted sangat..

Laptop ibu pulak buat perangai... internal mouse dah macam jammed.. ditambah plak dengan broadband patah arghhhhh....
Relax... relax....

Nanti-nanti lah ibu upload gambar2 aktiviti anak2.
ok.. sekarang masa untuk lelapkan mata seketika.