Pages

Sunday, February 25, 2018

Kejohanan Sukan Tahunan SKBK 2018

Pagi2 Wafi dah bersiap dengan gembiranya.
Masuk satu acara je... prektis hampir 3 minggu.
 
Ada senamrobik, murid, guru, ibu bapa dan semua warga SKBK, Ikut jadual 8.30 am tapi dekat 9.30 baru start sebab mulakan dengan acara kumpulan rumah2 masuk ke padang.

Ibu dan ayah tersalah tempat.. tunggu di tempat Tahun 3 rupanya.. Tahun lepas pun sama. Jadi terlepas acara Wafi. Masa ibu sampai.. sukaneka kelas kedua sedang berlangsung.

Wafi yang gembira bila Nampak ibu. Dahaga katanya.. tak bawakkan air sebab taknak bawak beg. Ibu belikan air kosong sejuk.. lega katanya.. alahaii siannya.

Wafi cakap dah selesai sukaneka.. tapi tak dapat pingat. Ibu cakap takpe... yang penting masuk bahagian.

Cikgu kumpulkan murid2 yang tak dapat hadiah di padang.

Cukupkan murid untuk kelas 2 Gigih. Oklah.. ada 3 grup je.. jadi semua murid akan dapat hadiah.

Tunggu giliran.

Ehhh.. ibu pulak yang nervous.. Wafi jadi pelari terakhir.

Alhamdulillah... kumpulan Wafi dapat nombor 2..

Dapatlah perak.

Good job dear.

Dengan kawan2 tumpang yang sama2 dapat pingat.

Perak untuk tahun ini.. tahun lepas gangsa.
Insyaallah next year, tahun 3 Wafi dan kumpulan dapat juara.

Hoyayyyyy..

Saturday, February 24, 2018

Kerja.. kerja.. kerja

Hari ni sabtu tidak bekerja. Memandangkan bulan ni 28 hari je dan year end closing akhir bulan ni.. maka agak kelam kabut lah juga. Dengàn stock take dan auditors will be coming next mid month.. boleh dibayangkan the hectic.

Maka terpaksa lah juga bawa kerja balik yang mana akan rasa bersalah. Setiap kali bawa balik kerja mesti memikirkan adakah hidup ini hanya untuk bekerja.. tak cukupkah 10 jam masa diperuntukkan untuk kerja2 ofis?

Aghhhhhh... till when?
Am i going to do this for the rest of my life?
Absolutely no.. no.. no

Ya Allah.. please give me guidance.

Make me strong.
Make me patience.

Wednesday, February 21, 2018

Ayam Masak Lemak Cili Api Stail Negeri Sembilan

Hari ni nak kongsikan resepi masakan lemak cili api style Negeri Sembilan yang dipelajari dari seorang unimate, Puan Hanis.. Biasa tumis bahan tumisan tapi yang ini tak perlu tumis. Tiada gula juga dimasukkan sebagai penambah rasa. Tetapi rasa tetap sedap. Masakan Nampak pucat tetapi sebenarnya kuning dah cantik. Faktor cahaya dari hp cap ayam hehe...
 

Bahan2
1. 1/2 ekor ayam dipotong kecil
2. Cili padi hijau (ikut suka kepedasan)
3. 1/2 - 1 ibu jari kunyit hidup
4. 2 batang serai (dititik)
5. Kentang (kentang habis gantikan bendi)
6. Santan
7. Garam

Cara2
1. Blendkan cili padi dan kunyit hidup.
2. Masukkan ayam, cili yang sudah diblend dengan kunyit hidup, serai dan kentang dalam periuk.
3. Masak atas api perlahan untuk kecutkan ayam.
4. Agak2 separuh masak, masukkan santan dan masak hingga ayam masak. (yang ni baru masukkan bendi)
5. Perasakan dengan garam dan angkat, sedia dihidang.

Masakan yang ringkas tetapi sedap.
Lepas ni masak style macam ni.

Tuesday, February 20, 2018

Tangan tertimpa pintu bonet

19.2.2018
Pagi tu bercadang untuk ke TH.
Sebelum tu tambahkan air dalam container bonet depan. Tetiba penutup bonet tertutup.. arghhhhhh

Wafi... wafi.. panggil ayah.. tangan ibu tersepit.

Luckily masa tu Wafi pergi ruang tamu nak tanya ibu tentang telefon..

Tapi rasa lama plak ayah sampai...

Cik ana oooo cik ana
Tolong2.. tangan tersepit. Ain yang keluar..
Ain.. ain.. panggil ibu.

Tak lama lepas tu ayah n cik ana datang tolong buka.. adoii... tak boleh buka selak plak.

Nak tak nak kena angkat pintu bonet tu gak... tapi pakai tangan je lah..

Alhamdulillah.. terlepas.

Terus bengkak.. sapu minyak gamat dan urut sket2.. rasanya effect kat urat saraf. Tulang ok.

Ya Allah.. tak terbayang kalau tiad orang huhu...

Terima kasih Allah kerana menggerakkan hati2 mereka untuk menolong.

Monday, February 19, 2018

Perjalanan pulang yang mencabar

Ahad pagi, 10 am bertolak dari Kulim. Short break sempena CNY. Memang dah agak jalan mesti jammed since esoknya hari bekerja.

Jalan mulai perlahan lepas Changkat Jering. Nak ke Terowong Menora tu hampir 2 jam disebabkan kenderaan yang banyak ditambah kawasan berbukit.

Turun dari terowong pun dah perlahan. End up ayah keluar exit Simpang Pulai untuk melalui jalan dalam. Jalan dalam banyak pula trafik light dan sekali lagi kenderaan bergerak perlahan.

Ayah decide untuk transit lagi di rumah ummi. Masa tu pun dah jam 4.15 pm. 6 jam lebih dari Kulim ke Tapah.

Lepak-lepak je. Sempat ibu masakkan sardin dan telur dadar. Dalam kereta dah makan maggi goreng dan roti sardin. Memang ada bekalan makan minum sebab pernah terjadi tak bawa makanan, anak2 kelaparan dan untuk berhenti di RnR masih jauh ke depan.

Sempatlah ayah tidur sepuas2nya. Masa ni ummi dan the cousin masih di rumah atuk manakala cik Anuar pergi memancing. Ingat nak gerak jam 9 mlm tapi bila check di waze, jalan masih sesak.

Tepat jam 12 am, kami gerak balik. Ikut jalan dalam dan masuk di Tanjung Malim untuk ikut hiway. Sesetengah tempat kenderaan bergerak perlahan. Masuk hiway, ibu dah tak sedar.. terus tidur. Bangun2 dah sampai Puncak Alam.

Alhamdulillàh.. sampai jam 3 am. Fuhhhh... 3 jam juga. Biasa 2 jam sudah sampai.

9 jam Kulim =》Klang
Pitammm.

Sampai2.. semua terus zzzzzz...


Friday, February 16, 2018

Abang Imi tamat kursus memandu

Sempena cuti CNY kami akan balik kampung. Macam biasa transit Tapah. Malam tadi selepas maghrib bertolak dari rumah. Jalan sangat clear. 2 jam sampai. 

 Abang Imi bergambar bersama keluarga ummi. 2 bulan lebih di Tapah, belajar memandu kereta dan motosikal. Lepas ni takdelah Isyraf kena buli.

 Bersama hero2 kain pelikat. Kalau ada Abang Muhammad.. cukuplah sepupu berlima.

Partner beli makanan kambing dan pergi belajar.

Sekarang otw ke Kulim. Setakat ni jalan clear. Semoga dipermudahkan urusan kami
 Aam

Wednesday, February 14, 2018

Romanesco

Baru seminggu Jaya Grocer dibuka di Eco Ardence. Antara hypermarket yang suka dikunjungi sebab barang basah terutama sayur dan buah-buahan yang segar.

 Sayur ni pertama kali nampak di JG. Macam batu karang pun ada. Ia umpama kacukan cauliflower dan brocoli.

 Nama sayur ni Romanesco dan diimport dari China. Harga lebih kurang brokoli je. Beli belahan yang paling kecik je sebab nak cuba.

Balik rumah.. goreng ala tempura. Guna je tepung bestari. Rasa seperti cauliflower. Sedap.





Sunday, February 11, 2018

Pertemuan yang dinanti

Tengaharì tadi kami ke majlis aqiqah dan kesyukuran baby Izz Zidane Zulfayre. Ibu Zidane, ibu kenal masa beliau bekerja di UI dulu. Sekarang uruskan bisnes family.

Bersama Datin Mira Yahya.. setelah lama terputus hubungan, jumpa semula di FB.

Majlis dan makanan yang sedap2 belaka. Ada clown dan transformer sempena meraikan harijadi Izz Zhariff. Tak ambil pic sebab Wafi takut pula.

Alamakssss... double.. tak reti nak delete sbb guna hp.

Quite number of years tak jumpa Mira since she left UI. Happy to meet you sis.  Whatsapp lebih byk tentang kerja hihi.

Alhamdulillah.. food yg sangat sedap dan menepati selera. Ada char koey teow, kambing bakar, cendol, daging salai msk lemak cili api, kuzi kambing, ulam2an dan bbrp lagi juadah yg disediakan beserta kuih muih yang sedap2 belaka.

Semoga pertemuan ini sentiasa dirahmati Allah. Didoakan agar Mira dan keluarga sihat2 hendaknya.

Saturday, February 10, 2018

Nama Anak-anak Haiwan

Buku gemuk dan kecil ni ibu beli masa Kakak Widad belum ke tadika lagi. Bacaan ringan.. tentang anak haiwan dalam bahasa inggeris. Kalau dalam BM, anak kucing kita panggil anak kucing tapi dalam BI ia dipanggil kitten.

Contoh lain..
Anak anjing = puppy
Anak khinzir = piglet
Anak burung hantu = owlet
Anak itik = duckling
dan lain2..

Tapi apa yang Kakak Widad masa kecil sebut dalam BM untuk anak biri2 ni?

Dengan konfidennya..

Lamb = titik-titik

Adoiyai.. tergelak besar ibu masa tu.. ye lah.. masa tu mungkin tak biasa ñampak biri2.. biasa kan nampak kambing je.

Sampai sekarang kalau nampak anak biri-biri, ibu akan teringatkan kakak widad masa kecil.

Alahaiii.. cepatnya masa berlalu.. you're still my adik ya kakak widad😍😍

Thursday, February 8, 2018

Bertemu Cikgu Azlina Ina

Ahad lepas otw balik dari beli dryer machine tu kami singgah di Red Houze Bakery Azlina Ina. Masa ni kedai baru buka tak sampai seminggu pun. Tiap2 hari lalu sebab masa pergi balik ofis.

Cikgu Azlina Ina ni famous sebab rajin mengajar cara2 buat kek dan cookies di FB. Setiap tutorialnya pasti ramai peminat.

Cikgu ni sangat friendly. Kek2 jualan beliau semua menarik dan sedap. Ambil beberapa slice dan bekas. Masa beli cookies.. beliau pesan... ni boleh buat kat rumah.. senang je.. haha.. ibu malas je.. ambil lah sebalang.. kakak widad yang conquer.. sedap sangat katanya.

Memang kena repeat.

Kedai buka 9 am - 6 pm setiap hari.

Sunday, February 4, 2018

Mesin Pengering Pakaian

Setelah tertangguh beberapa kali akhirnya petang tadi misi mencari dryer machine (mesin pengering) dilaksanakan. 3 kedai je.. Onking, TBC dan Senheng, Setia Alam.  Di 3 kedai ada jenama Electrolux dan Beko, manakala di Senheng ada Sharp dan LG.

Budget dalam RM1500 sahaja.. disebabkan budget kecil maka misi pencarian untuk Vented Dryer je instead of Condensed Dryer.

Macam agak mengada2 ehh... duduk kampung, ampaian di luar tetapi masih nak miliki dryer machine... tak tau lah keperluan ke kehendak hikhik.. sebab memikirkan bila cuaca lembab dan mendung, ampaian di luar tidak mencukupi maka pakaian dijemur dalam rumah... sidai di kerusi makan dan sofa bawah kipas.. dah macam rumah kongsi.

Tambahan pula haritu dapat giliran kutu ofis, tu yang terfikir kena beli something yang nampak.

 Untuk ranged vented ada 6.5kg dan 7.5kg.

Tak perlu pasang tiub ventilation tu sebab ruang terbuka dan luas.. masa nak beli cuak juga sebab ingat kena letak outdoor.

Jenama Beko dari Europe.. to be exact dari Turki.. warranty 12 tahun. Yang vented tu around RM1300 dan condensed sebelah kiri RM1900-RM2100.

 Ini di Onking. Banyak barang elektrik beli di situ.

Lazada pun ada.. lebih murah.

Setelah menimbangkan beberapa perkara seperti penggunaan, harga, jenama, ruang, warranty, after sales service dll, ibu ambil jenama Electrolux 7.5kg dengan harga RM1,580.00. Warranty 2 tahun. Beli di Onking. Penghantaran percuma.. dapat free bracket kot nak gantung kat dinding.

Dalam jam 8.30 pm dryer sampai. Nak review tentang produk ni pun belum lagi sebab sedang digunakan.. nanti2 lah yer.

Friday, February 2, 2018

Surga Yang Tak Dirindukan 1 & 2

Antara filem Indonesia yang sangat menarik untuk ditonton.
Kedua2nya ibu tonton di Astro sahaja.
 


Pras menikahi Meirose kerana kasihankannya. Meirose yang pada mulanya berniat untuk membunuh diri akibat tekanan perasaan dari perbuatannya. Setelah berpoligami, Pras pula rasa bersalah dengan isteri pertama Arini. Arini pada mulanya sukar menerima bila dirinya bermadu dan cuba menyesuaikan diri. Akhirnya Meirose pula membawa diri bila dirasakan dialah punca Arini dan Pras tidak bahagia.
 

Sinopsis (goole)

Pernikahan Arini (Laudya Cynthia Bella) dan Pras (Fedi Nuril) mendatangkan kebahagiaan dengan hadirnya Nadia, putri mereka. Pras yang baik dan setia selalu menenangkan Arini. Berbagai kisah perselingkuhan di sekelilingnya, termasuk sahabat dekatnya, tidak sekalipun mengusik kepercayaan Arini terhadap sang suami. Arini pun berusaha mengabdikan diri sepenuh hati sebagai ibu dan istri.
Perjalanan takdir kemudian berujung ujian bagi cinta Arini dan Pras. Suatu hari, dalam perjalanan menuju kantor, Pras harus menolong korban yang mengalami kecelakaan mobil. Alangkah kagetnya Pras saat mengetahui korbannya adalah seorang perempuan dalam balutan baju pengantin.
Mei Rose (Raline Shah) berusaha bunuh diri setelah laki-laki yang berjanji menikahi ternyata menipunya. Padahal di perutnya ada janin berusia tujuh bulan. Mei Rose berhasil diselamatkan, namun mengalami koma, sementara anak laki-lakinya, Akbar, lahir dengan selamat.
Pras tidak tega meninggalkan bayi dan ibu yang ternyata hidup sebatang kara tersebut. Di luar dugaan, Mei Rose melakukan percobaan bunuh diri lagi. Beruntung Mei Rose diselamatkan Pras. Pras jatuh kasihan pada Mei Rose. Mei Rose meminta Pras untuk menikahinya.
Tidak disangka, Mei Rose sangat berbahagia dengan pernikahannya dengan Pras. Mei Rose merasa terharu dan bahagia bisa dinikahi oleh laki-laki sebaik Pras. Dengan demikian Pras melakukan poligami.
Pras semakin hari semakin merasa bersalah pada Arini. Saat Pras berusaha menceritakan poligaminya pada Arini, ayah Arini meninggal. Suasana semakin berat bagi Pras saat mendengar pengakuan ibu Arini kalau ayahnya juga poligami. Demi kebahagiaan Arini, ibu merahasiakan poligami ayahnya dan ikhlas menerima takdirnya.
Akhirnya kenyataan poligami Pras diketahui juga oleh Arini. Bahtera perkawinannya yang ideal, runtuh seketika. [3
 
SYTDR 2 sempat rakam jadi boleh tengok banyak2 kali tanpa jemu dan dengan air mata sobsob.

 
Arini dan Nadia ke Budapest, Hungary atas jemputan Masjid Dar es Salam. Juga untuk mempromosikan buku Arini bertajuk Istana Bintang. Di sana terjumpa pula Meirose dan anaknya Akbar. Arini cuba menyatukan kembali Pras dan Meirose bila dapat tahu kansernya sudah sampai ke otak dan usia yang tidak panjang.. sedih.. terharu..
Jalan cerita yang sangat menarik.
Masyaallah.. satu lagi.. cantiknya lokasi penggambaran.. terasa dingin sekali.

5* untuk SYTDR