Pages

Monday, July 13, 2026

Ikan Rebus Goreng

Cerita semalam, akhirnya dapatlah juga buat ikan rebus. Jumpa 2 ekor ikan kembung dalam freezer. Jadilah untuk makan seorang.

Sunday, July 12, 2026

Segmen Pencarian Bloglist Roziah Muhammad Nor #4 (Jul - Dis 2026)

Mari kita sama² meriahkan Segmen Pencarian Bloglist Roziah Muhammad Nor #4 (Jul - Dis 2026)

Cara Penyertaan

1. Buat satu entri di blog anda dengan tajuk: Segmen Pencarian Bloglist Roziah Muhammad Nor #4 (Julai - Disember 2026).

2. Letakkan banner segmen dan backlink ke entri ini.

3. Tinggalkan link penyertaan anda di ruangan komen entri ini.

Tempoh Segmen

1. Tarikh mula: 6 Julai 2026 7.00am

2. Tarikh tamat: 12 Julai 2026 11.59pm


Ada masa lagi ni... jom kita🥰

Makan Tengahari Di Aroma Ikan Bakar Jeram | Jalan² Pantai Remis

Semalam kami berlima ibu, nenek Cik Fatin, Cik Biela & Auni pi jalan-jalan cari makan kat Aroma Ikan Bakar Jeram. Keluar jam 3 petang, lewat sikit keluar lunch sebab nenek tengahari ada jemputan kahwin. Dari rumah Cik Biela tunjuk jalan yang agak dekat iaitu melalui Kg Bukit Kerayong. Sebelum ni kalau ibu ayah ke Pantai Remis akan lalu Jalan Kapar.

Saturday, July 11, 2026

Sarapan Di Kopitiam Hock Kee I Langkahan Pagi

Pagi ni ibu park kereta di area Jaya Grocer selepas masukkan baju² terpakai dalam tong recycle. Nampak bangunan baru Kopitiam Hock Kee baru dibuka. Lepas briskwalk singgah sini.

Friday, July 10, 2026

Makan Mee Bandung Di Rumah Alam

Lepas keluar dari homestay adik beradik lain terus ke Port Dickson tapi kami nak singgah dulu di Rumah Alam di Sungai Mati, Johor.

Rumah Alam ni rumah peninggalan kedua ibu bapa Zainal Alam Kadir (ZAK). Beliau yang dikenali sebagai seorang wartawan dan pengkritik hiburan di Malaysia, khususnya melalui akhbar New Straits Times pada era 1990-an dan awal 2000-an. Beliau banyak menulis ulasan album, konsert dan perkembangan industri muzik tempatan.

Family Day 2026 : Game Teka Nama Anak dan Family Photos

Last entry FD 2026.

Sebelum balik, Cik Ami arrange satu game iaitu Teka Nama Anak.
Nenek duduk atas buaian. Sorang-sorang 11 anak dari belakang nenek hulurkan kedua belah tangan. Nenek kena teka siapa. Biasalah.. bila anak ramai ni jenuhlah nak meneka nama hanya dari tangan 😁.

Yang pasti nenek teka betul 1st try tentulah Cik Ujang, lelaki sorang kan. Juga Cik Cha sebab tangan paling gebu. Yang lain tu cucu-cucu dok bagi hint 😅
Mana yang nenek teka betul dapatlah hadiah duit dalam peket. Dah setuju setiap anak bagi sampul duit RM10.. saje nak seronok-seronok. Tak tau lah kot ada yang bagi lebih 😆. Akhirnya.. semua pun nenek dapat teka.

Wednesday, July 8, 2026

Nak Murah Punya Pasal

Nak murah punya pasal... ambil parcel di collection centre.
Dekat je dari rumah memang laluan hari-hari.
Biasa beli barang secara online hantar ke rumah.

Monday, July 6, 2026

Cara-cara Menyiang/Mengupas Ubi Keladi


Haaa... marilah kita memenuhi kehendak Puan Hazel cara-cara menyiang ubi keladi.
ehhh... menyiang tu macam siang ikan atau siang sayur pulak. Tapi maksudnya sama je kan iaitu membuang kulit.

Sunday, July 5, 2026

Terima Hadiah Pemenang Top Komentar Jun 2026 Di Blog Roziah Muhammad Nor

Ibu ada  menang Top Komentar bulan Jun 2026 di Blog Cie. Walaupun bukan terbanyak tapi disebabkan Cie buat rotation, adalah rezeki ibu💃💃💃
Alhamdulillah🤲🤲

Saturday, July 4, 2026

Jalan² Berdua I Personal Class

Masa breakfast tadi tanya Wafi ada barang tak nak beli untuk bawa balik asrama. Ada.... sambil senyum² .. hurmm.. kalau senyum ada makna maksudnya kena pergi mall lah tu. Masalahnya hari ni satu kereta pun takde kat rumah, kereta ibu Bami bawa ke Ipoh, ayah pulak ada nak pergi lunch date dengan kawan-kawan. Nak pinjam kereta adik-adik karang kena hantar semula pula. 

Cekodok/Jompot/Bakwan Sayur Campuran Nasi & Tepung Gandum

Pagi ni ibu sediakan cekodok sayur untuk sarapan. Memandangkan nasi semalam ada lagi jadi ibu decide untuk guna buat cekodok. Bosan juga kalau asyik buat nasi goreng dari leftover nasi. Kadang pagi taknak makan berat sangat. Nenek selalu lah buat tapi ibu tak pernah practice lagi.

Thursday, July 2, 2026

Tumbler Cristiano Ronaldo Hadiah Dari Kak Notie

Semalam tengahari sampai lah hadiah tumbler Cristiano Ronaldo yang kacak ehemmmm .. sempena GA : Meriahkan Piala Dunia anjuran blog Kak Notie. Beberapa hari ni boost di blog² yang memenangi GA beliau. Sebenarnya ibu menang pada masa tambahan atau masa kecederaan 😅😅. Rasanya Kak Notie bagi hadiah pada semua blogger yang komen kat entry tersebut. 

Wednesday, July 1, 2026

Ada Budak Nak Balik

Esok Wafi balik PB 4H3M malam jadi ibu kenalah stock-up barang dapur. 
Karang dia cakap ibu tak masak 😜

Lepas kerja semalam terus lah ke NSK Klang Sentral, situ paling senang dan dekat. Tujuan asal nak beli ayam-ayam Abang Imi  tapi bila teringat Wafi nak balik, kenalah tambah barang yang nak dibeli.

Keladi ni wajib beli kalau Wafi ada kat rumah. Ibu beli Keladi Siam sebab lebih lembut dari Keladi China. Kalau dapat keladi kampung lagi sedap tapi itu nak kena beli kat pasar malam atau gerai-gerai tepi jalan. Dah ada kat NSK ibu beli terus je lah. Kalau keladi kampung ibu lebih suka beli saiz yang lebih kecil. Lagipun keladi kampung teksturnya lebih "pulen". Ibu tak sure nak guna perkataan apa dalam BM.