Pages

Sunday, September 22, 2019

YLEO - Applied Vitaflex & Clay Diffuser Class

Pelawaan Teacher Watie untuk join kelas yang dianjurkan oleh rakan EO sangat2 ditunggu since kelas ni buat di Alami Residency, Shah Alam.
Ibu whatsapp kat Azza Aziz untuk register. Tuan rumah Sabrina.
Menggagau juga nak ke sana sebab kena tengok waze sendiri. Selalu kan ibu jadi wazer hehehe...
 
Kelas sepatutnya jam 2 pm tapi dek menunggu yang lain sampai dekat jam 3 juga baru start.
Kelas handle by Azza.
Oh ya.. fee adalah RM40.00 seorang.
 

Mula2 kelas DIY clay diffuser.

Sementara tunggu clay kering.
Bahan2 DIY ni disediakan oleh penganjur.

Sambil dengar penerangan oleh Azza.
Masa belajar Applied Vitaflex takde pula ambil gambar sebab masing2 sibuk praktikkan apa yang diajar.

Bergambar selepas kelas.
Ada sesi makan2 juga since masing2 potluck.
Tuan rumah sediakan air dan roti jala.
Ibu bawa moist choc cake yang sedap,


Clay diffuser yang telah kering.
Just titiskan 2-3 essential oil yang digemari.
Bolehlah rasa bau-bauan nya.

Alhamdulillah.. kelas yang sangat bermanfaat.
Insyaallah akan dipraktikkan apa yang telah dipelajari.

Saturday, September 21, 2019

Mykori Dessert Cafe, Setia Alam

Di ofis, ayah text ibu yang Kakak Widad ajak pergi Mykori.. katanya biasa orang post di ig. Dia pun teringin. Ok.. layankan je since lepas tu kita pun nak hantar ayah di stesen bas Klang Sentral.

Cafe ni francais.. yang kat Setia Alam ni kafe terletak di tingkat satu.. atas restoren MK Fatimah.
 Actually dah habis makan baru teringat nak ambik gambar.

 Setup yang simple. Masuk2 je dah boleh order. Banyak pilihan tapi ambik yang agak normal di mata kami😀😀

 Sementara tunggu pesanan siap. Buaian tu centre of attraction😁

 Ambik mangkuk yang kecil je... kiri RM14  dan kanan RM17
Nama tak ingat plak.

Yang kiri tu ada filling buah mangga dan strawberry fresh.. rasa manis2 manja.
Yang kanan lebih rasa masam sket dengan filling frozen berries merah dan biru.

 Yang ini toast ditambah dengan oreo, coklat dan aiskrim teh dan kelapa RM19.
Total burnt RM50 untuk 3 hidangan😥😥
Yang ni ibu suka sebab makan panas2...terasa coklat.

Ok.. tak kenyang sebab makan dessert dulu.
Kita topup dengan tosei dan roti canai juga teh ais, teh o ais dan air kosong.
Total burnt RM9.50

Boleh buat perbandingan hahaha...🤣🤣🤣

Wednesday, September 18, 2019

Bawa nenek makan tosei

Petang tadi ibu balik rumah nenek sebab nak hantar kit check gula dalam darah nenek punya. 

Sambil2 makan nasi nenek cerita yang balik dari Langkawi, nenek Ina bawak pergi breakfast di MK Fatimah, Setia Alam. Nenek kata makan tosei.. sedap sangat. 

Nenek teringin nak makan lagi.. tapi takkan lah nak pergi sana naik motor.
Ayah cakap... jomlah.. sebab nenek teringin makan.

On lah.. walau nasi kat pinggan tak habis lagi ni😂 Lepas solat maghrib, siap2 nak keluar..
Cik Fatin tak ikut sebab dah ada appointment dengan kawan lain nak dinner.

 Happy nenek dapat makan tosei.. nenek kata sama rasa waktu sarapan tempohari.
Fuhhh... lega.. dapat memenuhi keinginan nenek.. ye lah.. takut cook tak sama.. rasa pun tak sama😁

Tosei garing... cukup teksturnya... tak terlalu garing dan tak terlalu lembab.

Wahhh... nenek semenjak dua menjak ni.... pakai shawl je😘😘
Bertambah lawa😍

Adoiiii Wafi... kata tak nak makan sebab kenyang.. tosei sampai ke... tak sempat Cik Biela makan dia dah cuit2.. over lah pulak dia.

Ibu pesan roti canai je...
Lepas tu order rojak makan ramai2.

Alhamdulillah.. kenyang.
Dah boleh balik.. mandi.
Seharian.

Sunday, September 15, 2019

Eksperimen Wafi ke atas telur dan cuka

Wafi kan suka mencuba sesuatu hasil dari pemerhatiannya di Youtube channel.
Biasa dia akan tanya dulu bahan2 yang ada di rumah. Since bahan semua ada... on je lah.

Bahan-bahan
1. 1 biji telur
2. Cuka masakan
3. Gelas

Cara-cara
1. Masukkan telur yang telah dibasuh dan dikeringkan terlebih dahulu.
2. Tuangkan cuka masakan menutupi telur.
3. Tunggu 2 hari.

 Hari pertama
Lapisan pada kulit telur terhakis sedikit demi sedikit. Proses ini pun boleh nampak bila mula2 kita tuang cuka.
 Hari kedua.
Lapisan kulit telur telah terhakis sepenuhnya.

Boleh basuh telur untuk buang sisa2 lapisan dari kulit telur.
Yang tinggal hanya selaput.
Kalau dipicit2 ia seumpama bola lembut.

Tapi AWAS
Telur lembut ini boleh pecah.

Eksperimen sukses.
Cuka boleh  menyebabkan hakisan ke atas kulit telur.

Dr Wafi😀😀

Monday, September 9, 2019

Cuti Keputeraan KDYMM Agong


9.9.2019
Hari ni cuti umum.
Alhamdulillah.
Semoga Allah memberi kesihatan yang baik kepada KDYMM Agong dan Raja Permaisuri Agong.

Hari ni hari terakhir percutian di Pahang.
Checkout dari hotel jam 10.00 am
Hantar Bami balik ke Poli.

 Bye bye Bami.
Insyaallah jumpa lagi Jumaat ni😁

 Belilah sedikit jajan buat kawan2 Bami.
Makan sama2 tau.. ingat nak beli KFC tapi tak buka lagi.
Kita beli di pasaraya TMG je lah, sebelah hotel je.

Since kita balik pun ikut Kuala Pilah, singgah pula di Strada Cafe milik junior ayah.
Kita lunch dulu.

Masyaallah.. portion makanan memang berbaloi dengan harga.
Semoga dilimpahi rezeki yang melimpah ruah kepada pemiliknya.
Strada Cafe.
Checked✔

Pagar Putih, Kilang Susu Farm Fresh

Tempat ni Bami yang suggest.. pernah datang sekali dengan kawan2.
Jenuh cari di waze Pagar Putih... tak jumpa.. Cik Elis yang tolong google kan sebab tak dapat trace nama yang sesuai.

7km je dari Poli Muadzam.

 Boleh google nama ni.

 Sebab kami pun sampai dalam jam 5.30 pm jadi gambar tak berapa cantik. Kalau datang tengahari mesti lawa.

 Kalau ada lembu tenusu mesti cantik view belakang tu😀

 Ini memang rare😂

 Adoiiii... geram betullah tengok pic2 ni😬 kabur.

 Bila si kecil ambil gambar.

 Macam nak hujan pula.

 Our precious jewels😍😍

Atas tu ada kilang susu Farm Fresh.
Tidak dibuka untuk orang ramai.

Alhamdulillah.
Sudah sampai.
Checked✔

ZZ Hotel, Teluk Cempedak, Restoren Mabiq dan Tong Villion, Muadzam Shah

Lepas berkunjung ke Terowong Sungai Lembing, kami terus menghala ke Teluk Cempedak. Plan last minit je sebab plan asal nak duduk di Muadzam je lepas tu balik Ahad. Tapi Bami cakap sekejap sangat dan ajak ke Kuantan. Kesian plak sebab sekejap sangat. Ok lah... bukan selalu datang Pahang kan.

 Kami stay di ZZ Hotel, Teluk Cempedak. RM140 semalaman. Booking hari sabtu pagi masa stop breakfast di Kodai Sarapan D'Sawah. Mujur ada bilik kosong.

Sampai2 tu check in dan kemudian jalan keluar sikit cari makan. Banyak je gerai2 makan lat situ.. kami ambik set 1-3 orang makan RM59 tambah sotong goreng RM12. Makanan sedap dan sangat puashati.

 Lepas isyak kami turun tepi pantai.. ambik angin sambil sewa windbag RM10.

 Lepak2 sambil tengok persembahan api.

Esok paginya dikhabarkan mak sedara ayah meninggal di Gambang. Singgah kubur dan rumah Nina. Nina ni kira 2 pupu ayah lah. Lecturer di UIA Gambang.

Dekat jam 1 pm kita patah balik ke Kuantan sebab nak makan di Restoren Mabiq.

Rupa2 nya Rest. Mabiq 1 sedah renovasi jadi kita ke restoren yang ke 2.

 Di hadapan kedai.
B
 Memang betul2 lapar sebab pagi tu cuma alas perut.

 Ramai pengunjung.

 Makanan yang betul2 menepati citarasa dan harga yang sangat berpatutan.
 Tempat yang sangat selesa.. ni di hadapan KPJ Kuantan.

 Lepas lunch kita terus menghala ke Muadzam.
Check in di Tong Villion.
Kali kedua datang sini.

Bilik yang sangat selesa untuk kami berlima. RM270 semalam.

Terowong Sungai Lembing

7.8.19
Lepas ambik Bami di Poli, kita menghala ke Kuantan. Sebelum tu singgah di Terowong Sungai Lembing yang dulunya adalah lombong bijih timah.
 Terowong ni dibawah kelolaan Majlis Perbandaran Kuantan.

 Harga tiket.

 Jadual operasi. Kami sampai dalam jam 1.30.pm. Bolehlah masuk sebab Sabtu.. jadi tiada waktu rehat.

 Naik keretapi lombong.. dalam 100 meter je.. sayang.. lupa nak ambil gambar keretapi. Lepastu kenalah berjalan kaki. Jangan risau... dinding2 lombong telah dibina.. begitu juga ada saluran udara dan air cond. Cuma bila dah sampai ke dalam, berpeluh juga lah.

 Gelap sikit.

 Yang ni kena naik tangga.. kemudian turun balik. Tangga agak curam.

 Pelombong2 dulu hanya berseluar pendek sebab dalam tu panas. Mereka akan bekerja selama 4 jam sebelum ditukar kepada kumpulan yang lain. Ini disebabkan kekurangan oksigen.

Belakang tu jauh lagi.. tapi untuk tujuan muzium, MPK buka beberapa ratus meter sahaja.

Penerangan yang mudah difahami di beberapa bahagian.

Demo. Berat 20kg.. tak terangkat. Cara untuk memecahkan batu2 sebelum diasingkan timah.

Keluar dah dari terowong.

Dikenali sebagai El Dorado East.
Ceritanya, ada satu masa tu pelombong2 yang tidak diberi gaji telah melombong secara haram pada malam hari. Dalam sehari mereka boleh mendapat dari RM500 ke RM3000. Mereka dapat sehingga RM1 juta dalam beberapa malam sehinggalah kegiatan mereka terbongkar.

Kesan letupan yang mereka buat ada lagi sehingga sekarang.

Kenderaan yang digunakan untuk membawa batu-batu keluar dari lombong.

Di pintu masuk.
Masa ni terasalah panas litlit😎😎

Alhamdulillah..
Checked✔