Pages

Saturday, July 31, 2021

Periuk

Beberapa hari lepas viral tentang periuk nasi yang disajikan atas meja bersama hidangan lain. Ada yang setuju dengan alasan lebih praktikal. Golongan yang tidak bersetuju kata tidak sopan letak atas meja. Hurmmmm...

Apa jua alasan, raikan pendapat masing-masing.

Ini lauk dan sayur yang dimasak petang tadi. Sayur tu dimasak atas kuali.. dah masak masukkan dalam periuk sebab ia ada penutup kaca. Tak perlulah letak tudung saji. Hanya guna tudung saji kecil untuk tutup pinggan ikan.


Haaaaa... periuk macam ni. Tapi periuk comel ni tak pernah duduk atas api. Hanya untuk hidang makanan sahaja sebab macam tak sesuai untuk memasak. 

Biasa ibu hidang nasi ambil pinggan dan ceduk dari periuk nasi lepastu letak pinggan atas meja. Sapa nak tambah ambil sendiri dari periuk. Periuk tu tak angkat pun dari rumahnya. Kadang letak nasi tambah dalam mangkuk.. itupun jarang. Biar sahaja nasi tu panas dalam periuk.

Makan sendirikan... mana-mana yang praktikal je. Kalau untuk tetamu akan hidang nasi dalam mangkuk atau casserol. Pinggan pula tak ada pinggan tetamu. Pinggan yang sama sahaja guna sebab beli pinggan untuk pakai harian. 

Petang tadi si comel undut-undut Indah Cempaka singgah rumah. Geramlah Kakak Widad dan Wafi. Tengok pipi pau tu😃

Hari ni beregu badminton menyumbangkan pingat gangsa, pingat pertama Malaysia.

Tahniah!

Semoga atlit lain akan terus cemerlang.
 

Misi Bantuan Kemanusiaan

Tajuk taknak kalah😃😃😃

Beberapa hari lepas dapat perkhabaran sepupu ibu Cik Hilda dan suami Cik Dena telah positif C19. Seluruh ahli keluarga di rumah yang sama perlu menjalani kuarantin kendiri di rumah sebab bergejala rendah. Macam di rumah nenek haritu... satu rumah ada yang positif dan ada yang negatif.

Adik beradik ibu yang lain dan juga keluarga sebelah atuk sudah mula menghulurkan bantuan makanan. Disebabkan ibu masih bekerja, hari ni sahaja baru berpeluang membeli barang dapur untuk dihulurkan kepada Nenek Ina sekeluarga.

Setel buat pembelian dan delivery.

Telur sepapan, ikan siakap, cencaru, kembung, pari, sotong, ayam, ikan masin, kangkung, bayam, terung, cauliflower, cili, roti, kaya, aiskrim, Yakult, biskut, wafer dan jajan2.

Semalam dah inform kat grup family yang ibu akan beli something. Dalam kepala dah plan beli barang basah berupa lauk dan sayur.

Dapat pulak mesej dari Cik Wada... ehh.. macam tau2 je🤭

Cik Wada juga bagi kiriman wang untuk topup belian. Alhamdulillah semoga bertambah2 rezeki Cik Wada sekeluarga.

Bila tahu Cik Ujang ada sumbangkan makanan kering seperti beras, minyak masak, tepung dan sebagainya, ibu decide untuk beli bahan basah pula. Jadi nenek Ina boleh masak makanan complete untuk keluarga. Buah sahaja tak beli sebab di kedai tak jual hari ini.

Aiskrim, wafer dan biskut2 untuk cucu-cucu Nenek Ina. Harap tidak kena kecam kot cucu-cucu tak makan hahhahha.... bolehlah buat kudap-kudapan. 

Bak kata Ummi... sedekahlah walau sebiji kurma😊😊

Semoga Nenek Ina sekeluarga cepat sembuh dan dijauhkan dari virus jahat ini.

Lepas hantar barang singgah sekejap di rumah nenek. Rindu pokok-pokok nenek. Port ibu paling suka bila menyapu sampah. Banyak plak bunga keluar.

Masa sampai nenek tengah angkat-angkat pasu bunga.. ada sahaja lah nak dibuat dengan tanaman nenek tu.

Sempatlah ibu bersarapan cempedak goreng bawah pokok jering. Sambil2 berVC dengan Cik Ami yang jauh nun di Kajang sana.

Cik Ami nak pergi kedai cari barang dapur.  Cil Ami paling lama tak balik rumah nenek. Sabarlah ya.. mujur sekarang boleh berVC. Walau jauh.. dekat di hati!
 

Friday, July 30, 2021

Lauk Katering Semasa Kuarantin

Simpan di sini kenangan kami adik beradik semasa pandemik Covid 19. 

Semasa ada ahli keluarga yang disahkan positif Covid19 dan dalam keadaan tidak sihat seperti demam dan sakit kepala juga hilang deria rasa  kami adik-beradik lain bersepakat untuk menghantar makanan siap dimasak. Oleh kerana komitmen kerja, maka kami telah memesan dari seorang kenalan yang biasa membuat katering kecil-kecilan dan sudah biasa mengambil pesanan makanan. Kami hantar juga makanan kepada keluarga yang kuarantin kendiri disebabkan menjadi kontak rapat. 

Makanan dihantar 2 kali sehari iaitu makan tengahari (12 pm) dan makan malam (6 pm).
Menu pula tukang masak yang decide. Ok juga sebab tak perlu kami pening kepala memikirkan apa yang perlu dimasak. Pack makanan dikira RM7/kepala. Jika tambah nasi RM1.50. Beras yang digunakan adalah beras wangi. Hanya individual pack (rumah nenek) sahaja tambah nasi. 3 rumah lain kami order lauk dan sayur sahaja. Nasi mereka masak sendiri sebab boleh adjust berapa banyak biasa makan.

Selain dari makanan, kami juga menghantar bahan kering seperti telur, roti, frozen food, aiskrim, biskut dan beberapa keperluan lain. Rezeki mereka juga lebih apabila ada beberapa wakil menghantar bantuan makanan kering seperti beras, tepung, minyak dan sebagainya.

Positif Covid19: Keluarga Cik Baya (6 orang), Cik Biela, Cik Awie dan Cik Piqa
Kontak rapat : nenek, Cik Fatin, keluarga Cik Cha (5 orang) dan keluarga Cik Nora (6 orang).
Jumlah keluarga/rumah : 4 buah

Screenshot sahaja dari FB tukang masak.

Hari Pertama.

Hari Kedua

Hari Ketiga

Hari sebelumnya baru dapat tahu result yang di rumah nenek 3 +ve dan 2 -ve , maka makanan di bungkus asing.
Antara sebab kukuh mengapa kami tidak membenarkan aktiviti memasak di rumah nenek yang bercampur +ve dan -ve. Kita tidak mahu ada pertembungan ketika di dapur. Pinggan mangkuk dan segala utensils pun tidak boleh kongsi. Guna sahaja bekas pakai buang.

Hari Keempat

Hari Kelima

Hari Keenam

Hari Ketujuh
Hari Kelapan

Hari Kesembilan

Hari Kesepuluh dan terakhir

Alhamdulillah, selesai sudah urusan kuarantin sehari sebelum Hari Raya Haji.
Berkorban 10 hari kuarantin kendiri di rumah.

Apabila ada di kalangan keluarga kita ditimpa musibah, kita sokong mereka. Jangan biarkan mereka down. Terkurung di rumah bukan sesuatu yang menyeronokkan!
 

Thursday, July 29, 2021

Menu Jagung

Selepas habis waktu bekerja terus ke dapur. Dari tengahari dah plan nak buat cucur jagung untuk minum petang. Ada udang 5 ekor ibu dah keluarkan siap-siap .. aduhh.. 5 ekor pun Kakak Widad tinggalkan masa masak udang buttermilk haritu😩😩😩

Sedang siapkan bahan Kakak Widad masuk dapur... tanya boleh tak ibu buatkan bubur jagung. Adeh... jagung ada 4 tongkol je. Kena bahagi dua je lah macam ni.

Jadilah cucur jagung. 
Resepi ni ibu dapat dari Cik Ana.

Cucur Jagung

Bahan-bahan
  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 tongkol jagung disagat
  • 1 paket yis Mauripan
  • Udang dibuang kulit dan potong
  • 3 SB udang kering rendam dan tumbuk
  • 2 biji cili merah buang biji dan hiris
  • 1/2 biji bawang besar potong dadu
  • 1 SK garam
  • Sedikit pewarna kuning
Cara-cara

1. Campurkan bahan-bahan di atas dengan air biasa. 

2. Tutup bekas dan biarkan 30 minit bagi bancuhan mengembang.

3. Goreng sehingga masak.

Lembut di dalam.. rangup di luar ketika panas.
Bila dah sejuk jadi lembut.

Cicah dengan sos Siam.
Ibu makan dengan sambal sotong pagi tadi.

Siap juga bubur jagung. Kakak Widadlah makan banyak sekali. Wafi dan Abang Imi tak berminat.

Ibu bancuh Sunquick ais. Air panas tak buat sebab cuaca panas hari ini. Bagi sejuk sikitlah minum ais.

Siaplah hidangan minum petang hari ini. Minum petang dan dinner sekali.
 

6 JENIS GARAM : GARAM MANA YANG TERBAIK?

Sharing dari grup Oilylicious oleh Ticer Watie.

Garam ni orang kata kena pantang, ambil garam banyak-banyak nanti boleh kena darah tinggi, boleh kena sakit jantung. Ya betul ! Tapi kalau garam tu sendiri boleh beri kebaikan pada tubuh, kenapa nak pantang, kan? Yang paling penting, pilihlah garam yang terbaik 🤩


🍁Garam putih (Refined Salt/Table Salt)

Tidak seperti garam lain yang bersifat alkali, garam putih ini bersifat asid. Garam putih merupakan garam proses yang dihasilkan melalui kaedah pemanasan garam semulajadi dengan tahap kepanasan yang sangat tinggi sehingga 650°c yang memusnahkan hampir keseluruhan komponen-komponen penting di dalam garam semulajadi. 

Garam putih juga diluntur menggunakan bahan kimia (sebab itu warna garam jadi putih bersih) sehingga hilang kandungan mineral dan diganti dengan kandungan kimia. 

Selain itu, garam putih juga mengandungi bahan tambahan untuk menjadikan garam putih ini tidak menyerap kelembapan. Oleh itu, garam putih akan sentiasa kering dan senang ditabur ke dalam masakan. 

Sesetengah pakar mendakwa bahawa ramai pengguna garam putih ini mempunyai masalah kesihatan yang berkait rapat dengan penggunaan sodium. Kandungan bahan kimia yang tinggi di dalam garam putih menyebabkan pengguna garam putih ini menderita sakit kronik seperti Alzheimer, strok, sakit jantung dan penyakit autoimmune. Jadi, garam putih bukanlah garam terbaik yang boleh digunakan.


🍁Garam laut (Sea Salt)

Garam laut adalah salah satu di antara garam yang popular. Garam ini diambil dari laut, kemudian diproses melalui proses penyejatan yang menjadikan air laut tersejat dan terhasillah garam laut ini. 

Ia mengandungi mineral seperti zink, potassium, iron dan hanya mengandungi sedikit iodin semulajadi jika dibandingkan dengan ionized salt. Namun begitu, garam laut adalah lebih baik dari garam putih kerana garam laut melalui proses tapisan yang sedikit atau tidak ditapis langsung. Tekstur garam laut ini biasanya lebih kasar berbanding garam putih.

Walaubagaimanapun, isu pencemaran laut seperti pencemaran mikroplastik menjadikan ramai yang ragu-ragu mengenai keberkesanan garam laut walaupun sudah dimaklumkan bahawa mikroplastik sudah ditapis daripada masuk ke kawasan pemprosesan garam.


🍁Garam Pink Himalaya (Himalayan Pink Salt)

Garam pink Himalaya datangnya dari lombong garam Khewra yang mempunyai kedalaman 5000 kaki  dari puncak Gunung Himalaya, Pakistan. 

Warnanya yang merah jambu menunjukkan bahawa garam ini mengandungi kandungan iron yang sangat tinggi. Garam pink Himalaya merupakan antara garam yang kaya dengan mineral dan mengandungi 84 unsur surih yang diperlukan oleh tubuh termasuk kalsium, magnesium, potassium, kuprum dan iron. Garam ini juga boleh membantu melancarkan fungsi badan seperti mengurangkan kekejangan otot, meningkatkan kesihatan gula dalam darah dan menggalakkan pertumbuhan sel-sel baru pada tubuh.


Kebanyakan pakar memperakukan bahawa garam pink Himalaya ini sebagai garam yang terbaik yang boleh digunakan. Harganya pula jauh lebih murah dari garam exotic yang terdapat di pasaraya.


🍁Garam Laut Celtic (Celtic Sea Salt/Sel Gris)

Celtic Sea Salt lebih dikenali dengan grey salt kerana warnanya yang kelabu, hasil dari warna tanah liat yang menjadi tempat garam ini didapati iaitu di Brittany, Perancis. Celtic sea salt diambil dengan cara mengorek atau mencakar tanah liat menggunakan tangan. Campuran di antara tanah liat semulajadi dan tanah menghasilkan garam kristal yang sentiasa lembap dan kaya dengan mineral sehingga dikatakan menyamai mineral yang terkandung di dalam garam pink Himalaya.   

Grey salt boleh membantu membaikpulih keseimbangan elektrolit di dalam tubuh, mampu mengekalkan kesihatan fungsi sel-sel di dalam tubuh, mengelakkan kekejangan otot, serta memaksimumkan penyerapan nutrient ke dalam tubuh. Namun begitu, Celtic Sea Salt ini harganya lebih mahal berikutan proses untuk mendapatkannya adalah sukar. 


🍁Garam Lava Hitam (Black Lava Salt) 

Black Lava Salt merupakan sejenis garam yang bewarna hitam dan berasal dari gunung berapi di sebuah pulau Hawaii dan Cyprus. Garam ini merupakan garam yang tersejat dan diambil di permukaan kolam yang terbentuk secara semulajadi kerana limpahan dari lahar gunung berapi. Black Lava Salt sebenarnya hanyalah garam laut yang bercampur dengan arang aktif yang ditemui di kawasan sekitar gunung berapi. 

Black Lava Salt bukan sahaja mampu mencantikkan kulit, malah kandungan arang aktif yang terdapat di dalam Black Lava Salt ini bertindak sebagai agen detox yang mampu menyingkirkan bendasing dari tubuh, selain membekalkan mineral-mineral penting untuk tubuh dan sangat baik untuk sistem penghadaman. 


🍁Kala Namak

Selain Black Lava Salt, ada juga sejenis garam hitam yang berasal dari India iaitu Kala Namak. Kala Namak merupakan garam pink Himalaya yang dicampur dengan arang aktif, herba, biji-bijian dan kulit kayu. Kemudian ia dipadatkan menjadi ketulan besar dan dibakar selama 24 jam sebelum ia dibiarkan sejuk, disimpan dan dibiarkan selama yang mungkin sebelum digunakan. 

Bentuk Kala Namak adalah seperti batu hitam kemerahan, tetapi apabila dikisar halus, warnanya menjadi merah jambu. Kandungan sulfur yang tinggi menjadikan Kala Namak sebagai garam yang amat penting untuk membantu mereka yang mengalami masalah pencernaan. Kala Namak juga merupakan garam pilihan untuk mereka yang mengamalkan perubatan Ayurveda.

Nasi Lemak sebelum mulakan jadual

Sebelum masuk home office sempat lah buat breakfast berat sikit hari ni.
Nasi lemak.
Dah turunkan sotong kembang dan kelapa parut dari freezer ke chiller. Cili kisar baki hari raya raya haji pun banyak lagi. 
Pagi tinggal blend kelap parut untuk dapat pati santan dan blend bawang.

Siap dah.
Bilis goreg takde sebab tiada stok.
Kakak Widad makan dulu sebab ada kelas jam 9 pagi.

Wafi makan selepas habis google meet jam 9 pagi. Ayah pula makan selepas habis kelas pertama.
Masing-masing ada jadual sendiri jadi tak dapat makan bersama.

Paling best adalah abang Imi, tak ada komitment lagi sekarang ni.. selepas subuh tidur lagi. Wahhh.. seronoknya dia. Kalau masa intern haritu 8.30 am sudah terpacak di KPM. balas dendam betul.

Ibu relax-relax sikit hari ni. Selepas on laptop dan check email baru breakfast.
 

Wednesday, July 28, 2021

Mi Goreng Basah

Hari ni habis web meeting jam 5.05 pm. Berdesup terus ke dapur sebab teringatkan buah pulasan yang dibeli tadi. Beli online sahaja. Delivery RM4. Sekilo RM8, beli 3 kilo RM20. Tengah nak makan ayah kata nak masak mi tapi perencah mi goreng tak ada. So ayah tak jadi masak sebab tak pandai guna cili kisar.

Hurmmm.. terpaksalah ibu take over. Baru nak relax-relax. Tengok bahan-bahan apa yang ada di rumah je. Fishball dan fishcake tak ada. Teringat ada resepi tambah cuka makan. Jadi nak try juga.

Mi goreng basah yang simple.


Mi Goreng Basah

Bahan-bahan

1. 1 paket mi kuning
2. 1 biji bawanh besar hiris
3. 3 ulas bawang putih hiris
4. Ayam bahagian isi potong
5. 2 SB sos cili
6. 1 SB sos tomato
7. 2 SB sos tiram
8. 1 SB cuka makan
9. 3 SB cili kisar
10. 2 SB kicap manis
11. Gula
12. Secukup rasa
13. Sayuran yang ada - kacang buncis dan kobis potong nipis. Tomato potong 6.

Cara-cara
1. Panaskan minyak dan masukkan bawang merah dan putih. Bila naik bau masukkan cili kisar dan masak sehingga terbit minyak.

2. Masukkan sos cili, tomato, tiram, cuka dan kicap. Gula bubuh sikit dan secukup rasa. Gaul rata. 

3. Masukkan ayam dan masak sehingga masak. Masukkan air dalam 1-2 cawan.

4. Masukkan sayur-sayuran kecuali tomato. Masak 1-2 minit.

5. Masukkan tomato dan mi. Gaul rata 2-3 minit. Boleh angkat dan hidang.

Seorang 1 mangkuk je sebab buat satu bungkus. Sedaplah pulak... tak cukup ayah cakap. Lainkali masak lah lagi. Ini pum nak habiskan sebungkus mi yang dibeli sebelum raya haji hari tu.

Tak cukup pedas tambah cili potong. Tambah pulak dengan EO Lime Flavouring. Terangkat bau flavouring ni.

Ini makan petang cum dinner... harap malam tak lapar.




 

Lunch Break

Jam 11.30 tadi kakak Widad tanya.. boleh tak adik masak, adik kelas lambat lagi ni?
Ehhh.. sila.. sila .. kalau adik tak masak, ayah nak masak. 
Ibu macam biasa, bila WFH memang tak akan masak untuk lunch. Biasa ayah masak atau beli sahaja since ayah pun ada kelas.

Kentang-kentung Kawi di dapur.
Bau sampai ke bilik ibu.

Jam 12.45 pm ibu ke dapur. Dah tak tahan bau makanan.
Ayam lemak cili api dan bayam + tempe tumis.
Ibu potongkan buah oren dan pear.

Siap untuk lunch hari ini.
Oh ya.. since abang Imi masih dalam pantang, ayah masakkan telur masak kicap.
Wafi pun apa lagi.. tumpang sekaki lah dia.

Thank you Kakak Widad siapkan lunch.
Petang ni masak untuk dinner tak?
 

Tuesday, July 27, 2021

Walaupun berharga RM10

Jam 4 pm perlu ke ofis untuk mengambil cheque dan bank in ke Maybank Setia Alam. Urgent... begitulah.. Bila staff yang bekerja dihadkan jadi macam ini lah, nak kurangkan contact. Mana yang boleh buat kita buat huhuhu..

Selesai urusan rasmi, dah alang-alang keluar dari rumah, singgahlah sekejap di Giant. Belikan barang keperluan kakak Widad dan sedikit jajan Wafi buat kudapan semasa PDPR.
Kedai banyak yang tutup. Hanya berasaskan makanan sahaja yang buka. Nampak kek oren teringin lah dan beli.

Sampai rumah selepas bersihkan diri, siapkan meja makan untuk minum petang. Masa ini pun sudah 6.15 pm

RM10
Ini sudah potong tengah baru teingat nak ambil gambar.

Mula-mula ayah pandang sebelah mata je.

Bila ayah rasa sepotong... ehh sedap lah.. ingat macam kek yang biasa-biasa tu. 
Haaaa.. tu lah.. lainkali rasa dulu.
Ini kek oren cheese. Walaupun hanya berharga RM10 sebiji tapi rasanya mewah dengan keju. Lembut, lembab dan gebu. Bukan berderai macam kek biasa.

Lepas sepotong.. sepotong masuk mulut.

Minum petang dengan segelas air Sunquick ais.
Tak ada pun buat air panas sebab cuaca kat luar pun panas lagi.

Ada juga putu mayam beli dengan seorang pakcik yang berniaga gunakan motor di depan Maybank. Ini memang kegemaran Kakak Widad. Mula suka bila makan di rumah nenek. Sedap putu mayam ni. Sini jual RM4/sebungkus (5 keping). Beli 3 bungkus RM10. Sebungkus hantar rumah nenek.

Ada pula orang jual Nanosprayer ni di depan bank. RM110 termasuk sanitiser. Belilah juga. Rasa bila keluar rumah ada sahaja benda nak dibelinya. Macam banyak benda pulak diperlukan. Bolehlah guna untuk spray parcel yang diterima dan spray dalam rumah. 
 

Sunday, July 25, 2021

Nasi Impit Noxxa

Selama ini nasi impit rebus yang segera je. Malam tadi cuba masak guna Noxxa. Nak makan untuk breakfast.

Nasi Impit Noxxa

Bahan-bahan
1. 1 post beras
2. 3 pot air
3. Sedikit garam
4. 1 SB minyak masak
5. 1 helai daun pandan

Cara-cara
1. Campur semua dan HP 30 minit
2. Bila dah cukup masa biarkan wap keluar sendiri.
3. Keluarkan dari inner dan masuk dalam bekas lain atau biarkan sahaja dalam inner Noxxa.

4. Tekan-tekan nasi tadi guna gelas atau senduk sahaja. Biarkan sejuk.

Boleh gandakan beras dengar nisbah 1:3

Sedang elok tekstur.
Lembut.
Rasanya kalau tak letak minyak pun ok. Next time boleh cuba.

Makan dengan kuah kacang sahaja yang sudah diperangatkan.

Makan perlahan-lahan sambil berborak-borak dengan keluarga,

Kakak Widad goreng mi segera juga.
 

Saturday, July 24, 2021

Cempedak Kayangan

Ayah dah lama teringin nak makan cempedak goreng. taknak yang beli dah siap goreng. Cempedak sebesar ibu jari tapi tepung punyalah tebal. Nak yang goreng sendiri.

Ibu ok je asalkan ada cempedak tu. Gigihlah ayah cari. Jumpa kat gerai tepi Jalan Iskandar. Ayah minta penjual carikan yang sudah masak dan boleh goreng terus. Mereka kata cempedak madu. Guarantee manis.

Nahhhh.. sebesar ini ditunjukkan. 

Berapa dik?

RM60 bang.. ini 6 kilo. Sekilo RM10.

Ayah macam krik.. krik... hahaah.. tak sangka pula begitu mahal harganya. Itu lah.. ayah mana pernah beli buah cempedak. Ibu kalau beli pun setakat ambil yang 2-3 kilo sahaja. itu pun bila harga RM8 sekilo.

Ambil je lah.. mujur ayah bawa duit lebih.

Bila ayah bawa balik dang ibu angkat.. memang berat..

Cuak.

Baru beberapa hari sebelum tu terbaca di grup masak Apa Tak Jadi Hari Ini ada seorang tu beli sebiji RM48 tapi dalam nya hanya ada 8 ulas sahaja yang lain penuh dengan serat (ibu tak tau istilah apa yang patut digunakan). Ibu juga pernah beli ulas dalam tu tak berbaloi dengan apa yang dibeli.

Bismillah.. buka-buka..

Alhamdulillah.. penuh dengan ulasnya.
Puas hati.
Rasa pun manis dan isi lembut.

Kadang beli cempedak+nangka yang keras sikit tu. Bila digoreng tekstur tak lembut. Geram je dengan peniaga yang tidak jujur.

Siap goreng.
Ya Allah.. masa goreng satu rumah dah bau.
Anak-anak dah tak sabar nak makan.

Share juga dengan Cik Ujang.
3 kali goreng juga. Sekali goreng memang banyak.
Biar masing-masing puas hati makan.
Bukan selalu kan.

Ibu hanya guna tepung gandum, garam, kunyit dan air sahaja untuk buat batter. pernah juga try resepi guna tepung beras, kapur tapi result tak seperti yang diharapkan. End up buat yang simple je. Walau kita dah follow instruction tapi result tak sama dengan orang yang kita follow tu. Itu lah namanya hasil air tangan seseorang. Kita cuba lagi!




Rindu Travel

Ketika sedang mengemas drawer ternampak dompet ini. Souvenir dari seorang rakan baik sekembalinya dari London. Dompet ini ibu bawa ketika melancong ke  negara jiran sebelum ini. Sekembalinya dari Acheh buat kali kedua sudah plan untuk ke Hatyai misi jalan-jalan cari makan, Covid pula melanda. Hurmm... 

Rupiah currency.
Dari travelling 2 kali ni, baki rupiah yang ada dalam RP2.1m (lebih kurang RM600). Boleh lah jalan ke daerah lain pula. Kena cari mangsa lagi sapa kena ikut lepas ini :-)

Sambunglah menabung.
Ada rezeki boleh jalan-jalan lagi.
 

Kuah kacang

Sehari sebelum hari Raya Korban ibu ada sediakan kuah kacang. Inilah kali pertama ibu buat sendiri... ya... pertama kali buat from scratch. Sebelum ini hanya tolong nenek samada sediakan bahan atau tolong-tolong masak. Bahan yang digunakan pun seingat-ingatnya sahaja dan cara memasak memang follow cara nenek.

Kali ini berazam buat sendiri sebab dengan PKPD risau tak dapat balik rumah nenek. Polis memang kerap buat sekatan jalan raya SJR betul2 depan rumah nenek. Alhamdulillah haritu tiada SJR dapatlah ibu balik sekejap hantar makanan dan tapau balik. Tak sampai 15 minit dah sampai rumah semula.. risau nak berlama-lama dalam keadaan pendamik ini.

Kuah Kacang

Bahan-bahan

1. 400 gram kacang tanah
2. 5 sudu besar cili kisar (kalau suka pedas boleh tambah)
3. 2 biji bawang besar
4. 5 ulas bawang putih
5. 2 inci lengkuas 
6. 1 inci halia
7. 5 biji buah keras
8. 3 sudu besar udang kering
9. 2 batang serai (diketuk)
10. 2 sudu besar asam jawa Adabi/air asam jawa
11. 1 keping gula kabung
12. Garam, gula putih, serbuk perasa.

*boleh juga tambahkan serbuk cili untuk dapatkan warna yang lebih merah pada kuah kacang. Ibu tak letak sebab tiada stok cili powder.

Cara-cara
1. Masukkan kacang tanah dalam air fryer 10 minit. Boleh juga goreng tanpa minyak/sangai atau goreng dengan minyak banyak biar sekata. Angkat bila hampir perang jangan sampai coklat sebab bila dah angkat masih berlaku proses masaknya.

2. Sejukkan dan blend secara basah. Masukkan air dalam blender dan blend kasar.

3. Masukkan dalam periuk dan masak sehingga menggelegak. Ibu reneh dalam 20 minit.

4. Blend bahan-bahan no 3 hingga 8.

5. Guna kuali dan panaskan minyak. Masukkan serai kemudian tumis bahan blend. Bila sudah naik bau, masukkan cili kisar dan tumis sehingga naik minyak.

6. Perasakan  gula kabung, garam, gula, serbuk perasa dan asam jawa. Tutup api.

7. Masukkan bahan tumisan ke dalam kacang tanah yang sedang direbus. Tambahkan air jika pekat. kuah kacang mesti ada rasa manis lebih.

8. Bila dah pekat tutup api.. 

Kuah kacang versi nenek ni takde guna santan jadi ia tahan lama. Biasanya akan dipanaskan pagi dan malam jadi warna akan menjadi semakin gelap. Lama kelamaan rasanya lebih lemak. Mungkin juga sebab penggunaan buah keras. Periuk pun tidak perlu ditutup rapat. Memadai dengan tudung saji yang jarang atau sehelai suratkhabar sahaja.

Bolehlah makan dengan lontong atau nasi impit.
Ini ibu makan dengan lemang.. apedehal.. kita yang makan dia hahaha...