Pages

Tuesday, October 31, 2023

Self Reminder

 

Cik Nora Dah Sihat

Hari Sabtu masa kami singgah solat di RnR Genting Sempah, dapat panggilan dari Cik Nora. Suara tersekat-sekat. Mungkin coverage U-mobile tak cukup baik di situ. Cik Nora minta sampaikan pada nenek yang Cik Nora berada di wad kecemasan HTAR. Awal pagi tu Cik Otin hantar sebab demam Cik Nora tak baik-baik dari hari Isnin. Bila tak tahan sangat tu yang bawa juga ke hospital.
Allahu...

Meruntun jiwa bila ada adik-beradik tidak sihat.

Lantas masuk kereta dan ibu khabarkan dalam grup whatsap Shohari Clan.
Alhamdulillah masih awal ramai yang response.

Cik Elis share gambar ni hari Ahad masa tu mereka nak datang visit Cik Nora hari Ahad.
Gigih eh diorang parking area petrol pump seberang jalan HTAR. Tu yang perlu lalu jejantas. Tak sure sekarang macamana parking kat HTAR sebab masa kerap ke sana urusan atuk memang hazab lah juga. Pernah bawa Naza Ria bila nak keluar parking betul-betul 1 inci dengan kereta sebelah. Jenuh juga nak adjust keluar padahal bila sampai tak banyak kereta. 

Selepas Covid ni betul-betul pihak pengurusan monitor pelawat yang masuk. Hanya 2 orang sahaja dibenarkan pada satu2 masa dan akan diberikan pas. Dulu mungkin sama tapi agak lenient. Tu yang macam sekampung yang datang dalam wad. Gawat juga. Memang agak tidak selesa bagi pesakit yang masih memerlukan rehat.

Kebetulan mereka sampai pada waktu yang sama. Cik Nora ditempatkan di Wad 2. 
Anak-anak tinggal di bawah dengan ayah masing-masing. Kanak-kanak tidak dibenarkan naik ke wad.

Cik Nora terharu bila adik beradik datang melawat.
Ibu dan nenek lawat secara online sahaja 😀

Cik Cha dah pesan siap-siap bawak buah yang tak perlu pakai pisau hahhaha..
Yang pakai pisau tu dalam drama je 😁😁

Apa entah yang diorang bawak tu, rojak ke?
Kenapa rasa Cik Amie yang begitu lapar 😆😆

Cik Amie share gambar ni, katanya kot lah makngah nak share dalam blog.. hahahaha.. tu yang diorang posing helok sket.
Masuklah... tanda ingatan 😄

Adik beradik ibu
Cik Amie no. 7
Cik Elis no. 4
Cik Nora no. 5

Masa ibu tulis entry ni Cik Nora dah discharged hari Isnin masa kami dalam perjalanan balik ke Klang.
Alhamdulillah.

Semoga keluarga sentiasa sihat dan dalam lindungan Allah s.w.t

اللَّهمَّ عافِني في بدَني اللَّهمَّ عافِني في سمعي اللَّهمَّ عافِني في بصري

“Allāhumma ‘āfinī fī badanī. Allāhumma ‘āfinī fī sam’ī. Allāhumma ‘āfinī fi basorī”
“Ya Allah, sihatkan tubuh badanku. Ya Allah sihatkan pendengaranku. Ya Allah, sihatkan penglihatanku”.



 

Monday, October 30, 2023

Bihun Goreng Ala Shila Amzah

Chehhhh.. tajuk pun nak sama dengan bihun goreng Puan Hazel. Haritu terbaca kat blog PH tentang bihun ni terasa memanggil² nak cuba.  Sebelum tu di FB terlintas resepi Bihun Goreng Ala Shahila Amzah oleh Azie Kitchen. Masa keluar kat FB tu belum terasa nak buat. 

Tadi kat ofis dah fikir nak buat bihun goreng untuk juadah buka puasa. Bahan semua ada kat rumah. Kalau takde pun apa yang ada je lah.

Maka inilah kejadiannya. Gambar gelap sebab siap masak ngam² Azan Maghrib. Gelap dah kat luar tu 

Resepi asal ada dalam blog Azie Kitchen.
Ibu hanya guna teknik gaulkan kicap cair, minyak bijan dan sedikit lada sulah dan perap sekejap bagi bahan mesra.

Bahan lain ibu guna chili paste tomyam sebab nak buat bihun tomyam. Teringin makan something pedas dan sedikit masam. Tapi cili paste tu takde lah masam pun. Ibu tambahkan beberapa biji cili padi yang dibelah dua dan 3 helai daun limau purut. 

Hanya ada fish ball, fish cake dan sotong. Sayur pula tambah kacang panjang dan potongan sebiji tomato.

Cili paste tu dah cukup rasa jadi tak perlu tambah garam. Cuma ibu tambahkan sedikit serbuk secukup rasa.

Kalau tengok resepi asal tak perlu bubuh air tapi bihun yang ibu guna perlu tambah sedikit air.  Sebelum angkat bihun tu rasa dulu teksturnya.

Ibu dapati dengan menggaulkan dahulu kicap cair warna bihun lebih cepat sekata berbanding menambahkan kicap selepas masukkan bihun.

Suka teknik begini. Memudahkan kerja.

Cuma ibu terlebih masak bihun ni. Tak pandai nak agak bila masak untuk 2 orang. Ibu guna 1/2 bihun. Lepasni kena letak 1/4 je lah. Bihun lebih ni bolehlah buat sarapan esok pagi. 
 

Sunday, October 29, 2023

Sampai Dah Gambar Rasmi Konvo Kakak Widad

Hari ni sampailah gambar rasmi konvo Kakak Widad yang diambil oleh Official Photographer.

Gambar studio.

Plague Anugerah Jabatan yang kakak pegang tu tak nampak sebab diperbuat dari kaca transparent.

How we wish Wafi was here also🤧🤧

Puashati dengan harga yang dibayar. Kertas yang digunakan lebih berkualiti. Gambar pun terang.


Gambar atas pentas guna gloss paper je.

Ibu ambil pakej termasuk frame. Bila dapat frame baru perasan frame tu warna gold. Ibu lebih suka kaler kayu. Tengoklah macamana nanti. Nak beli lain atau guna je. Frame Bami dulu dari kayu.



2 gambar ni ibu simpan sini... OP ada send pdf kat email kakak.

Pantai Rhu Sepuluh dan Pantai Penarik Yang Sangat Cantik

Pantai Rhu Sepuluh

Dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Besut tu memang lalu pesisir pantai. Bila dari jauh nampak pantai yang sangat cantik kami rasa teruja lalu ibu minta ayah berhenti untuk melihat dari dekat dan mangambil gambar. Bila tanya kepada makcik RELA di situ, katanya ini Pantai Rhu Sepuluh.

Ini dari kawasan parkir. Tengok macam ni pun dah teruja, cantik sangat.


Kalau pakai kamera atau HP yang lebih canggih pasti lagi lawa ambil pemandangan di sini. Yang amatur ambil gambar ni kira dah ok sangat.




Sebenarnya kalau lihat dengan mata sendiri jauh lebih cantik.

3 beautiful colours!


Di sini pasir pun putih dan sangat halus.




Ahhh... damainya!



Hanya ada beberapa pengunjung yang berehat-rehat di bawah pokok. Mungkin masa kami sampai tu tengahari jadi tak ramai pengunjung yang datang lagi.

Seperti biasa, walaupun hanya tandas awam tapi sangat bersih.

Bila ibu google ada beza antara Pantai Rhu Sepuluh dan Pantai Penarik.
Tapi masih di jajaran yang sama.


Pantai Penarik

Ini pula gambar-gambar yang ibu ambil dari kereta dari Besut ke Kuala Terengganu. Perjalanan balik kedudukan ibu disebelah kiri dan pantai juga di sebelah kiri dapatlah ibu ambil gambar. Walau dari jauh yet too near to the beach pemandangannya sangat memukau.

Di Pantai Penarik ni banyak gerai-gerai Ikan Celup Tepung (ICT). Boleh pilih je mana-mana gerai yang mahu. Disebabkan kami tak singgah sebab masa tu masih kenyang lagi jadi tak tahulah pula rasa seafood dan range harga di situ.



Laut dan langit biru yang bergabung sangat mendamaikan.



Ibu hanya dapat ambil gambar beberapa keping je sebab ada yang terlepas dek kerana begitu menghayati keindahan pantai.

Susah untuk digambarkan dengan kata-kata.
Kena pergi dan tengok dengan mata sendiri.

Sepanjang lalu kawasan pantai hanya ucapan Masyaallah yang mampu kami ucapkan 💋💋
 

Saturday, October 28, 2023

Santai Sabtu

Mengenangkan minggu lepas sudah berjalan jauh jadi minggu ni nak betul² relax kat rumah.
 
Seharusnya ambil peluang untuk keluarkan peluh. Hari ni memang betul² santai berjalan pusing tasik 5 kali. Dapatlah 4.81 km. 

Beberapa hari lepas betis rasa sakit mungkin haritu naik 4 tingkat kolej kakak bawa barang. Tapi kat ofis pun tiap hari turun naik 3 tingkat tak pulak sakit. Mengada² lah kaki ni, manja sangat.

Balik tu siap² beli breakfast nasi lemak berlauk jadi boleh skip lunch. Sampai rumah ibu sapu tepi² rumah. Barulah nampak bersih. Last week ada orang potong rumput tapi ibu tak sempat sapu bila hujan turun hampir setiap hari. Hari kerja memang tak adalah nak bersihkan luar rumah🤭

Berehat² sambil layan Netflix di rumah sendiri memang nikmat.

Petang lepas Asar ajak ayah ke SCM (wajiblah ayah ikut sebab malam nak keluar berkumpul tengok rugby dengan kawan²) sebab ibu nak beli baju di McVoque. Butik berhantu buat ibu dan kakak. Plan nak beli 3 helai baju, bila keluar jadi 5 helai😁

Masuk sini sorang² sebab ibu takkan minta ayah tunggu. Bolehlah ayah ngeteh kat Teh Tarik Place.

Dinner di Food Court SCM. Ibu kurang berkenan makan kat situ. Makan situ harga agak overrated. Better makan kat restoren dalam SCM tu.

Ibu pilih Beef Lasagne, RM19.90

Salah satu sebab tak berapa suka makan situ ialah tukang masak warga asing. Adehhh... memanglah mereka pakai mask semua tapi tetap tak gemar.

Mungkin juga resto lain dalam SCM juga menggunakan tukang masak warga asing sebab tak nampak dapur mereka. Wallahualam.

Bila ibu post pic ni, kakak tulis "mana anak² u sis"😜😜😜

Gini lah bila hidup berdua!
 

Widad Daftar Di UNISZA, Kampus Besut

Isnin 23.10.23, selamat sudah Kakak Widad mendaftar di Unisza, Kampus Besut, Terengganu. Dulu dikenali sebagai Kampus Tembila. Kawi mengambil program Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian) Dengan Kepujian. Tempoh pengajian selama 3 1/2 tahun. Nanti bolehlah Kawi transfer kredit subjek yang sudah belajar semasa di Politeknik. Alhamdulillah kebanyakan subjek yang kakak ambil di poli mendapat markah yang baik.

Kampus Besut hanya ada 3 fakulti sahaja iaitu
  • Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK)
  • Fakulti Biosumber dan Industri Makanan (FBIM)
  • Fakulti Farmasi

Masa orientasi baru Kakak tahu yang kakak akan belajar di kampus pada tahun pertama. Tahun kedua belajar secara online manakalau tahun ketiga sambung semula di kampus. Jadi ibu pesan, kalau nak aktif buat masa tahun 1 dan tahun 3. Tahun pertama sahaja duduk di kolej dan tahun seterusnya perlu duduk luar. Tak apa lah.. itu lambat lagi. Nanti sahaja fikirkan.

Haritu Cik Yah ada beritahu Unisza banyak adakan program yang melibatkan masyarakat setempat. Program komuniti. Ahhh... best ni. Kot ada program lepaskan anak penyu ke laut pasti seronok!

Walau kakak belajar di Unisza seperti Abang Imi tapi tak sama kampus kerana Bami di Kampus Gong Badak. Jarak dalam 1 1/2 jam perjalanan.

Pendaftaran bermula dari jam 9 am - 1 pm. Masa kami sampai dalam jam 8.40 pagi jadi pihak urusetia sedang set-up tempat pendafaran. Kakak minta ibu temankan tapi ibu berdiri je lah kat depan parkir kenderaan. Mana boleh masuk ke tempat pendaftaran. Bolehlah ibu ambil gambar momen-momen anak ibu mendaftar. Peluang begini pasti akan ibu abadikan. Tanggung jawab ibu ayah untuk beri pendidikan yang terbaik untuk anak-anak kan!

Kaunter ni mereka check dokumen yang dikehendaki. Di sinilah kakak minta pegawai tolong cetakkan satu dokumen yang diterima hari sebelumnya. Pasti ada pelajar yang tidak sempat print disebabkan tempoh waktu yang singkat.

Daftar kolej kediaman pula. Kakak baru jumpa kawan baru jadi mereka pakat untuk jadi roomate.

Mula-mula dapat kunci tapi bila masuk bilik di tingkat 4 tu dah ada seorang pelajar duduk di bilik tersebut. Jadi mereka berhubung semula dengan urusetia. Urusetia berikan bilik lain di blok berbeza.

Kali ni tingkat 2 je.. lega dah ibu. Sebelum tu ibu dan nenek dah panjat sampai tingkat 4 bawa barang kakak. Boleh longgar lutut 😁. Paling kuat semangat neneklah.. demi nak masuk tengok bilik cucu perempuan sulung masuk U. Ibu lagi suka bilik ni, takyah naik tinggi. 

Teringat masa ibu masuk Matriks UUM tahun 1991. Masa tu pelajar Matriks perempuan duduk di Kolej Telekom. Ibu dapat tingkat 3. Lelah juga lah tapi takde lah masalah.. best je sebab floormate semua best!
Bila masuk Tahun 1-4, dapat Kolej MAS pula. Masa tu 99% batch kami dapat 1st floor je... ahhhhh.. nikmat! Tak perlu panjat tangga. Cukuplah 1 1/2 tahun naik turun tangga masa Matrikulasi. Patutlah dulu kurus hahahhaha. Kolej MAS terbaik bagi kami sebab bilik paling besar antara kolej-kolej kediaman di UUM. Paling best bila dapat bilik di bahagian wing yang ada 4 bilik sahaja. Bila masuk tahun kedua, ibu tukar bilik bahagian tengah pula. Maintain sehingga Tahun ke 4.

Ibu tolong kakak kemaskan serba sedikit bilik. Sapu2 dulu dan pasangkan cadar. Nanti kakak wipe lah segala locker dan almari sebelum letak barang. Sticker wall tu memang dah ada kat situ. Mungkin pelajar sebelum ni yang pasang. Biar je lah dulu. Nanti pandailah Kawi nak buat camne. Takut bila koyakkan rosak pula cat dinding. Mujur kaler tu lembut je dan memang Kawi pun pilih barang kebanyakkannya tema warna light biru.

Minta roomate kakak ambilkan gambar. Roomate kakak belum mula mengemas sebab asyik mengangkut barang disebabkan datang berdua dengan ayahnya. Ayah kawan kakak tak naik pun hanya tolong angkat barang sehingga depan tangga.

Mungkin lantai kolej kediaman sekarang sudah menggunakan jubin. Zaman ibu masih pakai simen sahaja. Ibu siap belikan kakak karpet tatami. 

Roomate kakak dari Kuala Terengganu, Amirah.

Senang anak-anak sekarang, mesin basuh dan dryer di sediakan di setiap floor. Masukkan je duit biarlah ia bekerja. 
Cafe pun ada banyak kiosk. Bolehlah pilih makanan yang digemari. 
Kakak kata harga bukan harga student. Kakak compare dengan masa belajar di Sabak Bernam.
Nak buat camne dik... hidup ini keras!
Tapi still rendah lagi compared di tempat sendiri.

Jarak antara fakulti dan kolej kediaman agak jauh juga rasanya lebih dari 2 km walau di kawasan yang sama. Bas disediakan to/fro setiap 30 minit.
Tahun pertama tidak boleh membawa kenderaan sendiri. 

Blok pelajar perempuan dalam kampus yang sama manakala blok belajar lelaki di Taman Ilmu.

Kami tidak menunggu lama sebab perlu meneruskan perjalanan balik sebab ibu ayah hanya mengambil cuti Isnin sehari je.
Bolehlah kakak berehat dan kemaskan barang dulu. Jam 2 pm kakak ada Majlis Suaikenal.

Oh ya, yuran untuk course kakak bagi 1st semester ini adalah RM2,180.00
Yuran keseluruhan pengajian RM29,651.00 dan ditanggung kerajaan RM20,621.00
Jadi sepanjang pengajian hanya perlu membayar yuran RM9,030.00

Kakak belum apply mana-mana biasiswa (jika layak) dan buat masa ini belum ada keperluan untuk apply sebarang pembiayaan pelajaran atau PTPTN. Ibu guna sahaja Insurans Pendidikan kakak. Insyaallah mencukupi untuk membayar yuran pengajian dan kos sara hidup. Tapi still ayah dan ibu kena tambah untuk bagi selesa belajar. 

Ok kakak, nanti kita jumpa lagi. Insyaallah ibu ayah akan datang Terengganu lagi.

Sayu je kakak bila ibu ayah nak balik.
Nanti bila-bila kakak boleh balik. Naik bas malam, tidur bangun tidur bangun sampailah ke Klang 😆



Sebelum keluar kawasan kampus, ayah berhenti di pintu masuk/keluar untuk mengambil gambar kenangan. Kebetulan takde orang lain. Bila dah siap barulah ada parents lain yang juga mahu mengabdikan gambar di situ.

Kami gerak balik jam 11.30 am.
Balik waze pun tunjuk jalan ikut pesisir pantai sebelum masuk ke LPT2 melalui Telemung.
Sebelum tu kami singgah ke Kampung Losong, Kuala Terngganu untuk membeli keropok lekor dan keropok kering sebagai buah tangan.

Alhamdulillah jam 10 malam ibu ayah sampai di rumah.