Seawal jam 2 am, ibu terima panggilan dari acik Rita menyatakan sepupu kami acik Ipah telah kembali kerahmatullah. 2 minggu sebelum tu ibu ada melawat beliau di Hospital Teluk Intan. Masuk hospital 10.1.2019 dan meninggal pada 3.2.2019
Tak sampai sebulan apabila doc diagnose beliau mengidap kanser serviks tahap 4 dan pergi meninggalkan suami dan 6 anak tercinta.
Al-Fatihah.
Seawal jam 6.30 pagi kami bertolak ke Klang. Bawa nenek dan Cik Cha.
Singgah breakfast di Kuala Selangor. Wafi dah lapar sangat🙄
Sampai jam hampir jam 10 am. Waze bawa entah ke mana2.. kebun yang mempunyai jalan kecil.. aduhhh..
Bila sampai jenazah baru dimasukkan ke van jenazah.
Berkumpul di rumah arwah dan berjumpa sanak saudara. Hampir jam 11.30 am baru kami meninggalkan rumah arwah. Sebelum balik berjumpa dulu dengan suami arwah, Nazri. Semoga sepupu lelaki tabah menghadapi ujian ini.
Balik tu singgah dulu di Restoran Lembah Bernam di Parit 4. Nak makan daging eksotik😆
Order daging rusa masak black pepper. 200g berharga RM16.
Ada lagi daging landak, pelanduk, udang galah, belut dan beberapa hidangan lain.
Nenek rekues nak makan daging rusa je.
Sebab sampai pun masih awal jadi lauk pauk semua banyak.. ulam2 memang best. Masing2 ambil lauk ikan je. Ibu, cik cha dan nenek ambik ikan puyu goreng. Sedap. Ibu ambik juga baung goreng.
Lepas makan, nak cari mangga manis di Mango King. Tapi yang ada mangga biasa rasa masam manis. Beli juga sebab taknak balik tangan kosong.
Pemandangan sekitar sawah padi di Sabak Bernam.
Singgah dulu di Muzium Padi aka kilang padi PLS. Pernah datang sebelum ni tapi sebab nak bawak mereka.. dah alang2 sampai situ.
Entrance fee RM5 untuk semua peringkat atau ketinggian 95cm ke atas. Nanti mereka bagi souvenir berupa beras paket yg comel.
Bergambar dulu sebelum naik.
Ada bilik tayangan. Masuk ni dalam grup sebab ada tayangan untuk bahasa Melayu, English dan bahasa cina. Tayangan tentang proses penyediaan tanaman sehingga packaging.
Belajar tentang beras.. beras masih ada lapisan kulit, perang dan putih.
Arkib.
Kedai lama.
Nak menjaja ke tu😁
Mini telaga.
Barulah elok bergambar.
Ni kedai jualan di tingkat bawah. Pelbagai beras ditawarkan dengan pakej harga yang berbaloi.
Packaging kedap udara memang cantik dan compact.
Seronok gak shopping beras. Ibu beli beras wangi 2kg, RM20 dan beras biasa 5kg, RM13. Manakala Cik Cha dan nenek beli beras perang 2kg, RM10 Harga asal RM16
Rehat sambil pekena cendol beras.
Ini di.luar kilang.
Replika beras yang comel.
Banyak ikan koi dalam.ni.. rasa nak serok bawak balik😂😂
Berlatar belakangkan sawah padi.
Ok.. selesai.. balik ke pangkal jalan.
Sebelum balik singgah di Pasar Pasir Penambang.. beli kepas sekilo dan sotong 1/2 kilo. Tak banyak dah ikan2 segar srbab dah petang.
Sampai rumah nenek jam 5 pm.
Alhamdulillah perjalanan yang lancar.