Pages

Saturday, January 18, 2020

Birthday Januari

Selain dari ibu, Iman Hakimi juga lahir Januari... 15hb.

Ehhh... patut ibu tiup sama2 🤣🤣🤣
Semoga Iman menjadi anak yang cerdik dan abang yang behave.

Idea ibu tau letak batang kalerful tu... sampai nangis Aqib bila Cik Biela ambil kayu tu.
Cantikkan... terus berseri meja tu.

Oh ya... selain kami berdua, Allayarham atuk pun lahir Januari, 9hb.

Semoga atuk ditempatkan bersama2 orang yang beriman.
Al-Fatihah.

Sunday, January 5, 2020

Departmental lunch and surprise birthday

Sempena tahun baru 2020, bos ibu bawak makan tengahari. Kena cari tempat makan yang dekat sebab ada 1 1/2 jam je.
So decide makan kat Restoren Kambing Kontena di Setia Taipan.

Jadi ada department Finance & Account, HR dan Admin.

Sebelah kanan mostly HR.

Bukan selalu pun makan sama walau bos sama😀

Tetiba lah adik restoren tu bawak kek.. adehh malu bila rakan2 nyanyi lagu birthday.

Takmau pandang kamera.. malu.

Potong je lah.

Kenapalah korang ingat harijadi ai... ai is malu u...
Rasa takde letak kat media sosial☺️☺️

Satu je pandang kamera.
Blushing habis.

Saturday, January 4, 2020

Sambutan ulangtahun ke 47

Alhamdulillah di atas kurniaan yang Allah berikan.
Tahun ni celebrate bertiga je.
Buat pun pada 1hb.. advance sebab ayah balik kampung.

Kad ucapan dari Wafi.

Gigih buat sorok2 dari ibu.. tutup dan kunci pintu.

Yayyyyy..... lepaslah belanja masa cuti2 nanti.

Halah halah... main suap-suap pulak.

Laaagiiii.

Tq inche jalan rebung.. belikan kek azlina ina.
Mujur kek kecik.je.. jenuh nak habiskan 3 orang.. siap hulur kat jiran lagi.

 Tq sayang ibu ehh mama.

Close up..
Habislah cikwada baca... nanti dia cakap.. minta maaf laaagiiii🤭🤭
Yang pic kanan tu Wafi... tapi Wafi kata tak cantik, itu yang dipadamnya.
Ibu tak kisah pun.. apa yang anak2 ibu beri, ibu gembira sangat😍😍😍

Semoga ibu diberi kesihatan yang baik dan sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah.

Thursday, January 2, 2020

Hari pertama persekolahan 2020

Habis dah cuti sekolah 2019. Satu bulan setengah rasa sekejap je. Wafi duduk rumah bersama abang dan kakak. Bila kakak ke Tapah dan abang ke Muadzam, Wafi duduk dengan nenek.
 
Ceria di hari pertama.
Dah tahap 2, sekarang Tahun 4 Alfa.
Pagi bersekolah kebangsaan manakala petang di SRA.
Masih transit di Pintar Sayang.
Van pun sama dengan Cik Ayu.
Hari pertama ibu tak cuti pun... Wafi dah besar, pandai dah setel sendiri hehehe..
Petang jam 5.45 dah sampai rumah.
Mujur ayah ada. Ibu pun rushing balik sebab nak hantar ayah ke Klang Sentral sebab bas ke Kulim rescheduled dari jam 10.30 pm ke 7.30 pm.
Ingat AA flight je ada reschedule, bas pun ada ya.

Since ibu puasa, lepas hantar ayah singgah di Mohd Chan untuk berbuka. Solat maghrib di Petron sebelum balik.


Lepas tu balut buku pulak.. adeh... dah 4 tahun dapat buku baru kan since silibus baru. Mujur buku latihan dah balut haritu. Sepatutnya buku teks dapat masa bayar yuran 28hb, maybe tak sedia lagi tu yang diberi masa 1st day sekolah.

Ingat nak balut untuk jadual Jumaat je, since sambil tunggu Wafi siapkan homework, kita setel kan lah semua. Weekend boleh rehat2 hehe..

Ok.. setel update hari pertama sekolah untuk memori di masa akan datang.