Pages

Monday, June 30, 2014

Racun menghalau semut

Bagi rumah yang ada masalah semut, boleh mencuba racun penghalau semut macam gambar di atas.
Dalamnya berbentuk serbuk kekuningan.
Taburkan di laluan atau lubang semut.
Boleh digunakan untuk pelbagai jenis semut (seperti pengalaman ibu).
Insya allah semut akan cabut lari.
Boleh didapati di kedai2 hardware atau kedai2 runcit.
Harga mungkin berbeza tapi dalam RM1 jer.

Sunday, June 29, 2014

Ramadhan Kareem



Salam Ramadhan.
Semoga ibadah yang kita jalani sepanjang bulan puasa ini akan diberkati olehNya.
Juga anak2 ibu yang berpuasa dapat melaksanakannya dengan sabar.
Aaminnn.....

Wednesday, June 25, 2014

Kesalahan2 Dalam Menutup Aurat

Copy n paste.
Tak dapat nak buat link sebab copy dari FB.
Buat tatapan dan panduan kita semua.

Tuesday, June 24, 2014

Cara melipat stokin


Makan2 di ofis


Ni acara brekfes di department ibu.
Sesaja potluck sebelum ramadhan.
Ada yang rajin memasak, ada yang gigih menempah juga tak kurang gigih ke pasar pagi hihi...
Makan di pantry jer.
Pilih dan jamu..
Puding roti dan roti sosej.
Nasi lemak, kuetiau goreng, cucur udang, karipap & pisang goreng.
Bihun singapore pun ada.

Tauhu telur... sambal sotong dan sambal tumis tu ibu buat, nasi lemak orang lain sediakan.
  
Juga spageti...

Hingga jumpa makan hari raya nanti :)

Monday, June 23, 2014

GST



GST ooo GST....
Bulan ni penuh dengan training GST.
Last 2 weeks di Kastam, Port Klang.
Minggu ni di The Royale Chulan.

Hurmmm... HR pulun nak kasi setel sebelum puasa.
Lebih ramai staff dari various department kena attend.
Yang tak tahan tu hari Jumaat :'(
errr.... ada shopping complex tak yang dekat2 hihi...

Saturday, June 21, 2014

Goodie Box

Ini lah goodie box yang ibu sediakan untuk kawan2 Wafi di sekolah.

Nak beli tupperware, kat rumah pun takde buat koleksi... tipuware jelah.
Beli di Mydin, Subang Jaya. Sebab beli dengan harga borong, dapatlah sebiji RM1.40
Beli pun tak banyak, cukup untuk kawan2 Wafi jer, juga Ain and the geng.
Cousin yang lain tak dapat... hehehe... jangan marah... lenkali yek (ntah bila lah)

Print jer nama... tiap2 tahun sama jer cuma tukar tarikh dan gambar.
Dalam isi jajan dalam 4 jenis jer.. tahun ni takde air kotak sebab budget tak boleh lebih.
Lebih praktikal kan.

Bila ibu ambik Wafi dari skul adalah nampak beberapa bekas siap nama..
kan..... boleh digunakan.

Biasanya, bila anak2 syurga ni sampai ke sekolah, cikgu2 gigih menulis bekas makanan mereka, walaupun plastik yang berisi makanan beli di gerai2.


Friday, June 20, 2014

3 toks : hari ke-3

Aktiviti memasak lagi kesesokkan hari nya.
The toks kan jarang dapat masak bersama.

vaaaaaa.... ada keli sambal, ayam goreng, tempe goreng, sup sayur dan asam pedas ikan.
Nenek bawak mangga dari rumah. Alhamdulillah, tahun ni mangga menjadi.
Panggil jiran2, nenek masi dan family kak mimah.
Juga cik baya join sekali.

Lepas makan2, apalagi... aktiviti berjalan2 dan shopping.
Petang tu ke Mydin, Subang Jaya. Masyaallah, nak ke sana.... jem di bulatan. Selalunya kalau ikut kesas, dekat jer pun tapi rupanya jalan tu dah divert plak.
Melayan telinga orang sebelah lah dok membebel kahkahkah...
Ayah kenalah monitor Wafi yang tak boleh dok diam tu.
Anak dara yang dok nak bergambar jer.

Tangkapan ayah.... baju batik untuk ke kelas.
Saiz baju dah mengecil!
Apalagi.... pantang kalau jumpa benda ni.
Layan kan je lah.

Thursday, June 19, 2014

3 toks : hari ke-2

Hari ke-2 toks di rumah kami.
Aktiviti masak n makan2.
Depa bertiga masak arr... dan kami makan hihihi...
Panggil cik ana dan cik ujang makan sekali.
Yang lelaki kan baru balik dari gotong royong bersihkan kubur.
Ada fresh oren yang sangat sedap... maklumlah tokey kedai makan yang buat.
Ada ikan bakar cicah ayaq asam... kedah mari... lain lah sket cara pembuatannya.
Lepas makan dan berehat2, jam 2.30 tu kira bergerak ke GM Klang plak, aktiviti membeli-belah.
Banyak gak baju2 yang depa borong, ibu beli cadar anak2 jer.
Tok ngah dah letih tu... Kawi yang abang Imi cakap kenapa muka widad cam tu, teman tok ngah sambil berborak2. Ada jer yang digelakkan diorang tu.

Wednesday, June 18, 2014

Ujian Prestasi dan Kemahiran


Hurmmm...... ada gak exam..
Exam oriented.

Pronya di pihak ibu bapa tau perkembangan anak2 dan di pihak sekolah senang untuk menilai pencapaian pelajar.
Cons nya pulak pelajar2 ni akan belajar untuk berjaya dalam peperiksaan.

Ibu nak wafi enjoy bermain sambil belajar.
Itu sebab ibu hantar ke skul seawal umur yang mungkin.

Tapi dah begitu jadualnya, terima sahajalah. Banyak sebenarnya kinda yang mementingkan jatidiri dan kendiri anak2 di peringkat awal ni. Tapi ibu tak dapatlah nak hantar ke kinda yang begitu sebab kekangan masa dan logistik.

Insyaallah yang terbaik buat Wafi.
Good luck on your 1st assessment.

Monday, June 16, 2014

Deko Ruang Santai


Ruang tamu ke dua kununnya...hihi... sebab ruang ni dulu kira macam dining hall lah tapi telah diubah menjadi ruang santai2.
Tempat ibu melipat kain dan iron baju.

Kemudian upgrade sket sebab nampak sepah sket la bila kain yang telah kering berlonggok atas sofa sebab ibu tak sempat melipat.

Kami cadang memasang wallpaper bagi menaikkan seri.. chewahhh...
Set meja dan kerusi tu beli di Kedai Perabot Amin dengan harga RM550. Bajet kecik jadi perabot ringan lah. Bukan solid.

Masih kosong lagi. Ingat nak tambah bantal2 hijau dan putih. Juga lampu terendak. Nantilah... sikit2 tunggu ada duit lebih.

Sekarang join grup FB Jom Hias Teratak Impian. Dapatlah idea dari otai2 yang bijak menghias.

Ambil mana yang memenuhi keperluan dan yang penting poket sendiri hihi....

Sunday, June 15, 2014

Yong Tau Fu

Selamat berhujung minggu.
Minum petang kami hari ini.


Resepi yong tau fu ni ibu jumpa di FB hasil dari share kawan2 tapi tak ingat penyumbang asal resepi ni. Mintak maaf yer tak dapat tag. Semoga cik mendapat rahmat.

Yong Tau Fu

Bahan2
Kuah hitam

2 sb taucu
2 sb tepung jagung
2 sb tepung gandum
3 sb kicap pekat
3 sb sos tiram
4 sb gula
3 cawan air


Blend bahan2 sehingga taucu halus. Masukkan ke dalam periuk dan masak sehingga kuah pekat.

Kuah merah

1/2 cawan kacang tanah yg digoreng (ibu guna almond-itu je yg ada di dapur)
2 sb tepung jagung
2 sb tepung gandum
4 sb gula
1/4 garam halus
3 cawan air

Blend bahan2 di atas sehingga kacang hancur. Ketepikan.

2 ulas bawang putih diketuk
3 sb cili blend (ibu guna cili kisar siap beli)

Panaskan sedikit minyak dan goreng bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili blend. Goreng hingga garing. Kemudian masukkan bahan yang diblend tadi dan masakkan dalam 5 minit atau hingga kuah pekat. Sesuaikan rasa.

Bolehlah dinikmati dengan fishball, crab ball, sosej, kangkung, sotong atau apa sahaja.

Taburkan bijan yang telah disangai dan bawang goreng.


Selamat menjamu selera.
Bismillah....

Saturday, June 14, 2014

Chicken Pox

Ini Kawi masa kena chicken pox.
Haaaa... nak sangat...
Seminggu gak ler mc nya.
Dengan nak periksa lagi...
Sabor je la..

Maktoks and the gang-1st day

Maktok and the gang dari Kulim sampai pagi Sabtu 07.06.14
Ini adalah first trip toklang dan tokngah ke rumah kami.
Maktok kan tiga beradik jer, jadi masa ni lah dapat datang ke rumah. Ini pun cuti sekolah dan makngah balik ke Kelantan.

Pagi tu kami berempat je ke kenduri aqiqah dan kesyukuran anak Uncle Zaki dan Autie Emilia.
Toks semua dok rumah, berehat2.

Jam 3 barulah keluar untuk berjalan2.
1st trip ni kita ke Shah Alam lah dulu.

Ini di Kompleks PKNS. Berehat sekejap. Munchies2 dulu. Tapi budak kecik ni makan RVC macam kelaparan lah sangat.

Ini pulak baru keluar dari SACC mall. Bersolat asar di sana.
Cadangnya nak makan tapi semua tempat tak menepati selera lah pulak. Sebab masing2 lapar nasi. Tengahari dan pagi pekena nasi lemak yang ibu sediakan je.

Akhirnya, Restoran Sup Ani Utara yang menjadi pilihan. Ini di Seksyen 7. Masa sampai sini dekat nak maghrib. Maka kami bersolat di Stesen Minyak Shell kalau tak silap. Di seberang jalan jer.
Ramai student dalam tu. Mebi itu surau paling dekat dengan mereka tatkala menjamu selera.

Destinasi seterusnya, I-City. On the way balik pun. Tapi parking... jauh bebenor.
Penat nak menapak. The toks tak ikut serta sebab tak larat nak berjalan.
Orang pun boleh tahan ramainya. Cuti sekolah kan...
Dapatlah sorang main satu game.

Sebelum2 ni kalau pergi park je lah sebelah taman tu.. tapi sekarang tak boleh kot.
Masa kami nak gerak dalam jam 9.30 tu, makaihhhh... punyalah banyak kereta yang baru nak masuk.
Few months back kami patah balik sebab tak tahan nak menunggu queue untuk dapatkan parking.
Tapi jangan risau, parking memang besar cuma nak masuk je yang sengsara.

Balik tu singgah lagi ke pasar malam yang terpanjang di Setia Alam.
Toks nak beli barang dapur sebab keesokan harinya mereka nak masak untuk lunch.

Wednesday, June 11, 2014

11.06.2014, 4 tahun usia mu.

Hari ni genaplah umur Wafi Hanani Bt Sharizal 4 tahun.

Terima kasih Ya Allah kerana meminjamkan anak yang comel ini kepada kami.
Jadikan lah anak ini anak yang soleh dan menyenangkan hati kami semua.
Peliharalah anak ini di dunia dan di akhirat.
Sesungguhnya kasih sayang kami kepadanya adalah kerana Mu Ya Allah.

Amin....

Sunday, June 8, 2014

Majlis Pernikahan Acik Upah




Gambar2 dari majlis pernikahan sepupu ibu, Nurzuifah Bt Sharif aka Upah.
Majlis pada 31.05.2014, tetapi ibu tak dapat join sebab bekerja setengah hari dan terpaksa berkejar untuk membeli hadiah dan beberapa barang dapur.
Ayah jer lah yang pergi.

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan semoga Acik Upah dan suami kekal bahagia hingga ke jannah.

Thursday, June 5, 2014

Migrain vs Gastrik?

Ujian dari Allah....
Selepas lunch semalam ibu mula sakit kepala. Badan pulak seram sejuk dan sengal2.
Sepatutnya ibu nak ke klinik selepas ofis tapi perlu mengambil Bami di SCM.

Sampai di rumah bersihkan diri dan ambil panadol.
Tidur dengan lena walau Wafi memerlukan perhatian.
Alhamdulillah Bami n Kawi boleh tengok2 Wafi sementara ayah balik.

Pagi tadi baru jumpa doktor.
Demam dah tiada tapi sakit kepala masih bersisa.
Tekanan darah rendah.
Migrain juga?
Entahlah... sebab ibu tak pasti migrain tu camne sebab sebelum ni kalau sakit kepala doktor tak pernah sebut pun ttg migrain.

Antara tanda2 pening dan mual2.
Ada kawan cakap kemungkinan gastrik.
Ibu memang ada rasa tak selesa di perut tapi tak beritau pun pada doktor sebab ingat takde kaitan.

Makan ubat dan berehat dulu lah.
Juga jangan stress seperti yang dipesan oleh doktor.

Tuesday, June 3, 2014

3 hari cuti jer pun!

Nangis la pulak.... bila ibu hantar ke skul pagi tadi.
Gitulah gamaknya kalau dah seronok sangat cuti. 3 hari duduk di rumah atuk.
Isnin semalam Wafi taknak ke pergi skul.
Ok lah... since ummi pun ada boleh lah tengok2.

Behaved lah sangat until kakak dok sibuk telefon ibu bila balik dari skul.
Haiyokkkk... geram betul.

Ibu memang takde nak telefon rumah sebab nanti nenek marah.
Nenek kan pantang kalau jaga cucu kita dok sibuk tanya cucu macamana kat rumah hahaha...

Ini gambar Wafi lepas bangun tidur hari sabtu lepas.
Sabtu kan ayah ada di rumah jadi tak perlu lah hantar ke nursery.
Jimat sket duit nurseri ibu!

Balik dari ofis, Wafi dok terkam ibu katanya nak ke Tesco.
Huaaaa.... ikut kan je lah sebab dah mula merajuk bila ibu cakap lain kali.
Bawaklah segala 'orang kampung' yang diajaknya.

hihi... kita makan2 je lah kat sana.

Monday, June 2, 2014

Rindu lah kat awak!

Dua malam Wafi tak balik rumah :'(
Tidur rumah atuk.
Mulanya pada hari Jumaat malam nak tidur sana tapi kakak taknak.
Dah meraung2 otw balik tu. Sampai rumah sambung lagi mengamuknya. Habis baju2 yang ibu lipat dicampak2.
Kawi yang rasa bersalah ajak balik ke rumah atuk. Adoiiii... dah malam sangat la. Ibu dan ayah dah ngantuk!

Hari Sabtu dah sebut2 nak tidur rumah atuk. Takde kakak pun takpe. Macam tak caya jer.
Ibu pujuk balik pun taknak. Ibu cakap nanti nak t*t*k  camner. Takper katanya.

Ok lah since ummi pun ada boleh tolong jaga.
 Pagi ahad masa ibu sampai rumah atuk masih dok terbongkang.
Atuk kata Wafi terjaga tengah malam dan tidur sebelah atuk.
Hahaha.... dah agak dah mesti terjaga tengah malam cari ibu. Nasib baik tak hisap tete* atuk.

Memang begitulah tiap malam. Wafi kan tidur dengan kakak dalam bilik mereka. Bila tengah malam akan cari ibu.

Bila dah dua malam, kakak pun dah rindu pada si adik.
Malam tadi Kawi tidur dengan ibu. Rindu nak peluk Wafi katanya.

Wafi memang super best la...
1st time tidur rumah atuk without any problem.
Ehhh... dah dua malam tidur sana.

Malam ni balik tau... tapi kalau nak tidur sana pun takpe cuma takde lah ummi.
Dengan Cik Fatin jer lah yer :-)