Pages
Sunday, August 31, 2025
Ambang Kemerdekaan dan Hari Kebangsaan Ke 68
Majlis Kahwin Di Paut Event, Sijangkang
Hari ni lepas hantar Wafi di KTM, ibu ayah terus ke Sijangkang, Klang bagi menghadiri majlis perkahwinan anak sepupu ibu.
Tahniah Alyaa dan suami.
Semoga mawaddah sakinah warrahmah❤️
Acik Atim, sepupu ibu dari Subang. Jumpa waktu nak balik jadi tak sempat berbual lama sebab mereka sekeluarga akan ke Pahang pula.Saturday, August 30, 2025
Sisters Day Out
Lepas abang dan ayah balik solat Jumaat baru dak dua orang ni keluar. Mereka ke i-City sebab kakak nak bawa Wafi makan di Suki-Ya.
Tq Kak Widad bawa Wafi jalan². Masuk i-City semata² nak makan. Ingatkan nak jalan² beli barang.... selamat duit ibu.😁
Pagi Sabtu
Tengahari nanti tak masak sebab anak² sarapan pun lewat. Petang bolehlah makan kat luar.
Lepas tu nak ke Dataran Shah Alam menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan 2025 peringkat Negeri Selangor. Wafi dah teruja nak pergi bila tahun lepas tak dapat join.
Happy weekend semua🤎🤎
Wednesday, August 27, 2025
Cuba Tepung Segera Bestari Goreng Cempedak
Beli cempedak ni nasib-nasib je lah.. mujur buahnya elok, tebal dan manis.
Tuesday, August 26, 2025
Ribut
Monday, August 25, 2025
Naik Pangkat
Sunday, August 24, 2025
Hutang 40 Tahun
Masa kat Klinik Kesihatan minggu lepas seseorang tanya nenek... ini mak Faizahanum ke? Bila nenek mengiakan, seseorang itu mengenalkan diri sebagai Norizan Bakri. Nenek terus teringatlah family nya. Duduk kat Batu 8, sebelah Tadika ABIM. Ibu pulak yang lambat recall.
Norizan beritahu nenek, dulu masa sekolah, beliau ada pinjam duit ibu 50 sen. Asyik teringat belum pulangkan.. takut tak jumpa di Padang Masyar. Dalam beg tak ada syiling 50 sen, itu yang diberi RM1 pada nenek.
Allahu... ibu pun tak ingat langsunglah pasal duit tu dan kenapa beliau pinjam. Kalau pinjam tu mesti masa sekolah agama sebab sekolah kebangsaan bukan satu kelas.
Walaupun duduk sekampung dan tak jauh pun rumah tapi lost contact. Tak terserampak pun kat mana² majlis. Nenek beritahu cucunya sudah 6 orang.
Kalau ikut tiap² hari ulang alik kerja, ibu lalu kawasan rumah Norizan. Cari kat medsos tak jumpa pula namanya.
Cik Biela cakap banyaknya duit Kak Anum sebab kalau tahun 1985 ibu darjah 6, besar tu nilai 50 sen. Ye lah.... ibu pun tak ingat camne boleh simpan duit dan beri pinjam pada kawan. Kalau ikut zaman sekolah rendah belanja yang arwah atuk bagi cuma 20 sen.
Semoga dengan duit yang dipinjam dulu telah memudahkan urusan beliau.