Pages

Sunday, July 30, 2017

Sambung beraya

Kebetulan unimate yang diduduk di Perak available, marilah kita sambung beraya.




Cik Mazura yang tinggal di Ipoh.. tinggal Iqy je yang ada, kakak2 dah duduk asrama.
Very cheeky boy.
Yang ni kita pergi dalam jam 9.30 pm gitu.
Dihidangkan pula dengan mi Mastan Ghani sebab kebetulan mereka ke Teluk Intan sebelum tu.

Esok pagi kita checkout dalam jam 11 am selepas Wafi naik dari pool. Pagi tu ayah je temankan sebab yang lain masih dalam gebar.. penat beraya dan berjalan semalamnya.

Anak2 nak breakfast dulu.. brunch lah sebenarnya. Ingat nak cari kedai mamak jer tapi sebab most of the kedai kat seberang jalan.. kami teruskan juga perjalanan. Jauh juga mencari kedai makan.. sebab dah hamper jam 12 kami makan nasi je.. settle.

Bagitau acik Fauzan, kami dah makan berat.. tapi dah kena sound kena lunch juga hehehe...
Kami pasrah.

Sampai Tanjung Malim dalam jam 1.45 pm..
Huwaaaa.. nak nangis bila diberitahu ada nasi kerabu homemade.
Mana leh tahan.. perut yang penuh tetiba je jadi kosong hehe..
Sedap sanggattttt... originally kelantanese taste..



Rumah Cik Fauzan di Tanjung Malim.. tinggal bertiga je anak2 di rumah.. 3 girls di asrama.

Alhamdulillah.. selesai sudah program jejak ziarah raya 2017.
Umur panjang bertemu dilain masa.
Semoga diberi kesejahteraan dan kesihatan yang baik2.


Wednesday, July 26, 2017

Reunion Raya 2017

Sambutan hari raya bagi bekas pelajar Sekolah Menengah Teknik 89/90 telah diadakan di dewan Kolej Vokasional Ipoh.
Dulu masa kami belajar takde dewan ni.. Ini kali ke-3 penganjuran jamuan raya yang telah di namakan REUNION RAYA di sekolah yang ibu dapat join.
Biasanya penganjur akan rotate.. macam pada tahun lepas diadakan di Ampang... 2015 pula diadakan di sekolah.

Sebahagian bekas2 pelajar dan guru2.

Zawati, ibu, Aizam, Shida dan Azwati.

Bersama Cikgu Hasyimah yang mengajar BM di tingkatan 4 & 5. Beliau merupakan guru kelas 4P1 & 5P1.
Tahun 89/90 tiada pertukaran kelas bila naik ke tingkatan 5.
Oh ya.. sekolah teknik ni hanya ada kemasukan ke tingkatan 4 dan 5 sahaja.
Juga sedikit pelajar tingkatan 6.

Perangai dah macam budak sekolah... semua happy.

Ni ayah crop pic.. purple warna rasmi SMTI.

Kek sumbangan rakan. Masing2 membawa potluck. Hidangan berat juga diadakan iaitu nasi minyak, ayam masak merah, dalca, pajeri nenas dan sambal udang.

Ibu bawa buah naga dan buah pear yang ditabur asam kulit limau dan hirisan cili padi.. semua suka..
Mostly ramai yang tak dapat merasa semua makanan sebab masing2 lebih excited bertemu dengan rakan2 dan bersembang2. Makanan lebih ditapau.. bila dah balik masing2 kelaparan.. hahaha.. baru lah cakap.. ruginya tak makan itu ini...

Masalah takleh rotate pic plak ggrrrrr
Ini acik Aizam.. dulu classmate di 4&5P1. Juga unimate dan collegemate di Kolej MAS.

27 tahun baru dapat berjumpa secara live... walaupun dapat connect di FB dan Whatsapp.

3 orang kuat RU.

owhh... bertambah lagi orang kuat.. memang sangat komited mereka ini di setiap aktiviti bekas pelajar 89/90.

Bersama sebahagian guru..
Cikgu Rahman, Cikgu Ali (Sejarah), Cikgu Kunjit, Puan X, Cikgu Hashimah (BM) dan Cikgu Jeyanthi.
Cikgu Hashimah masih di kolej ni lagi cuma tidak mengajar... berada di barisan pentadbiran selama 10 tahun.. lagi setahun nak pencen dah.

Duduk sebelah kanan tu Ustaz Husni.

Ehhh.. dapat lucky draw.

Barisan AJK yang sememangnya superb...
Sangat komited dan berdedikasi disetiap penganjuran RU.
Kira AJK seumur hidup lah hihi..

Inilah presiden@pengarah RU yang sangat dihormati, En. Halim Buyong.
Tonggak kepada RU. Semoga usaha dan bakti beliau sentiasa dirahmati Allah.

RU dah habis tapi cerita dan kenangan masih lagi rancak samada di FB @ grup whatsapp.
Dari pre RU dan post RU memang mesej beratus2 dan dan ribu juga.
Memang tak terlayan dan termiss. skrol je lah.

Semoga ke temu di lain masa.

Tuesday, July 25, 2017

Perjalanan ke Tapah

Dah plan tidur di rumah ummi jumaat malam sebab sabtu pagi 22.07.17 akan ke SMTI dulunya.. sekarang Koleh Vokasional Ipoh sempena Reuniun Raya Teknik 89/90.

Jumaat petang tu sampai rumah rushing ler juga.. sebab ada baju yang tak pack lagi.
Dengan baju melayu Bami tak bergosok dan seluar yang tetas nak dijahit pula.

Tapi manage jam 8.30 siap semua.. tinggal jalan je.


Sebelum tu singgah di rumah Cik Rasul.. ada buat jamuan raya untuk jiran2 dan pusat tahfiz Rahim.


Alhamdulillah.. since anak2 pun dah lapar.. jadi tak perlulah singgah mana2 kedai makan.
Ada satay, lontong, rendang raja dsb.


Amboiii Amir.... berspek hitam malam2 yer.. gaya mesti lebih.


Banyak plak iklan... lepas tu ke rumah nenek plak.. ambik lontongn dan karpet yang dibeli di Nilai untuk dibawa ke Tapah.


Sampai Tapah dalam jam 12pm.
Ngantuk sesangat.. hihi.. tidur dalam kereta pun.. driver ditemani oleh Kawi.

Pagi2 ummi dah siapkan bekfes mi goring dan macam2 lagi lah juadah atas meja tu.
Rezeki... kami makan je hehe...



Aci tak... pakcik Anuar bawak balik durian elok kami nak bertolak ke Ipoh.
Takleh makan banyak lah.. karang sendawa bau durian satu dewan bau huhu...
Ambik beberapa ulas je lepas tu kena berus gigi semula.

Dah lah durian sedap...
Takpe2.. lepas ni nak kena cari juga durian kampung ni..
Memang meletup2..

Ok2.. kami gerak ke Ipoh jam 9 am.
Dalam sejam sampai lah di sekolah.





Thursday, July 20, 2017

Raya lagi


Biasa kita akan beraya bersama2 (baraan) dengan adik beradik ibu aka juga cousin Rawiwa.
Sapa yang ada sahaja.. sebab ada yang masih beraya di kampung suami/isteri masing2.


Ni depan rumah Atuk Jep.
Yang ni kita start lepas asar gitu.

Di rumah Atuk Atin & Nenek Nok di Kampung Melayu Subang.
Satu2 nya adik perempuan arwah atuk.


Di rumah keluarga Cik Hannis.
Jam 10 am dah sampai sini.. kami disediakan heavy breakfast.. nasi minyak, ayam masak merah, acar, mi kari dan pasta.. makaihhh,.. Alhamdulillah.... semua sedap2 belaka.

Rumah ke dua... Nenek dan atuk long di Sungai Way.
Yang ni abang sulung nenek.

Atuk long masih gigih melayan kami walaupun sedikit uzur.

Mak dara dan budak2 chomel.

Sebelum gerak ke Kampung Malaysia Tambahan, Sungai Besi.
Mana yang sempat bergambar


Wednesday, July 19, 2017

Aktiviti di transit


Ni antara aktiviti Wafi masa cuti sekolah 2 minggu di transit.
Masa ni bulan puasa.
Walaupun takda silibus macam sekolah tapi jadual tetap ada.
Masa mengaji, solat, tidur, main dan tengok tv/cd.
Jadi taklah rasa lama menunggu ibu pick-up.

Lepas main dam... nak belajar plak main chess.
Layankan aje.



Wednesday, July 5, 2017

Roti Puri

Syawal ke 11.
Masih menggantikan puasa dan bila ternampak video roti puri, teingin nak makan.
Bergegas balik dari ofis nak ke kedai beli tepung.. boleh plak terlupa ambil beg Wafi di transit.
Ambil lepas buka dan hantar kakak ke tuisyen.



Roti Puri

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh yis
3 sudu besar minyak masak
2 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan air suam

Cara-cara:
- tepung gandum, yis, garam, gula, minyak masak gaulkan kesemua bahan tersebut.
- masukkan air panas..gaul rata..uli sampai adunan tidak lekat ditangan..kemudian bulat2kan..perap selama 15 minit..
- setelah adunan kembang..lenyekkan dengan penggelek..
- panaskan minyak..masukkan adunan sekeping2. siram2 kan minyak panas atas aduna tadi bagi puri mengembang.
- Bila dah agak kekuningan, boleh angkat.

Boleh dihidang bersama sambal sardin atau kari pekat.


Nak masukkan pic ni yang lebih terang tapi takleh rotate plak hihi..
sis redha :-)