Pages

Wednesday, January 31, 2024

Makan Malam di Kunak Western Food

Hari Selasa, Abang Imi ajak makan chicken chop di Kunak Western Food. Ok je janji ibu tak perlu drive. Ibu pun tak confident lah jalan ke sana jadi guna waze je. Waze tu nak senang je lah, dibawanya ikut DASH. Ok jugalah sebab petang tu orang balik kerja jadi jimatlah masa tak perlu lalu kesesakan jalan raya. Bila nak sampai, kami pun rasa pelik kenapa jalan yang diberi lain sangat. Kena lalu rumah orang. Dahlah masuk Kampung Melayu Subang yang banyak rumah-rumah. Bila nak sampai tu memang kena masuk lorong ke dalam. ahhh... sudah... ibu call Kawi betul tak nama kedai tu Kunak. Kawi kata gerai tu dah pindah. So betullah tempat yang kami nak tuju tu.

Rupanya gerai ni pindah bersebelahan dengan rumah owner disebabkan salah satu gerai MBSA mengalami kebakaran dan semua peniaga diarahkan pindah pada bulan June 2023. Gerai sekarang ni di Kampung Melayu Subang manakala gerai MBSA sebelum ni terletak di Subang Perdana.

Yang tak bestnya, parking susah pula. Mujur kami sampai tu awal lagi jadi boleh lah park kereta di kawasan car wash tapi kena jalan ke belakang lalu rumah-rumah orang. Kalau parking situ penuh tak tau lah mana nak park sebab jalan besar situ tak ada bahu jalan pula.

Tuesday, January 30, 2024

Nasi Lemak dan Hantar Wafi

Hari Sabtu ETS Wafi jam 10.24 am. Ayah pula nak gather dengan geng SAS dan minta buatkan nasi lemak sambal sotong. Jumaat malam tu lepas balik bawak Wafi window shopping, ibu buat preparation untuk nasi lemak. Yang penting sambal tu lah sebab kena masak lama. Hampir jam 12 setel semua. Esok pagi barulah masukkan sotong. 

Cuma tak puas hati bila dah siap sambal jadi kurang pedas. Sebelum ni kedai yang sama ibu beli cili kurang pedas dan campurkan dengan cili pedas. End-up sambal jadi terlalu pedas dan kena adjust. Kali ni pakai cili kurang pedas, bila siap memang tak pedas lah bagi tekak ibu 😁

Buatlah sekali untuk makan kat rumah.
Sambal tu ibu asingkan untuk buat sambal kosong dan sambal sotong.

Terpaksa guna beras basmathi untuk dapat tekstur nasi yang berderai. Lagi-lagi nak masak banyak. Ibu kan selalu fail bab nasi lemak ni. Bila guna beras basmathi aroma lemak dan wangi tu kurang.

Bawa Wafi Window Shopping

Hari Khamis lepas masa Cuti Thaipusam, bawa Wafi keluar tapi taknak turun dari kereta. Tiba-tiba takde mood. Jadi lepas ibu beli barang kat kedai, balik je lah rumah. Malam tu baru Wafi cakap nak cari barang sebelum balik asrama. Disebabkan ibu kerja hari Jumaat tu dan ayah cuti, kami decide pergi lepas ibu habis kerja. Ayah lah terpaksa hantar ibu pagi tu. Wafi kata nak masuk Typo dan Smiggle.

Masuk Typo dulu, riki-riki tumbler.


Wafi penggemar stokin cute-cute tu. Tapi tak beli.

Thursday, January 25, 2024

Biskut Lee Min Ho

Masa kat Kuching nenek nak medang-medang teh dengan biskut. 
Dok cari-cari biskut kat 7E bawah hotel penginapan kami. Pusing rak sana-sini tak jumpa biskut yang berkenan padahal banyak je biskut atas rak tu.
Ibu tanya nenek nak biskut macamana?

Alaa... biskut kelapa Lee Min Ho

Hahhhh... biskut Lee Min Ho😮😮😮
Ibu takleh brain... ada ke biskut camtu sebab ibu tak pernah dengar atau nampak.

Ibu cakap kat nenek.. mungkin kat Kuching tak ada jual kot biskut camtu. Tak pun ada kat kedai/pasaraya lain. 7E je tak jual.
Nenek kata biasa makan kat rumah sebab ada kat TV itu yang pernah beli.

Kemahin nenek ni... layan Kdrama juga ke 😁😁


Masa beli barang Wafi kat Village Grocer ibu jumpa biskut kelapa Lee Min Ho ni.
Owhhh... memang ada. Ibu belilah sepeket nak bagi kat nenek.

Belum sempat ibu hantar biskut kat nenek, Cik Baya hantar gambar. Owh... dah beli. Ada je banyak kat Econsave.

Manalah ibu nak perasan, kalau beli biskut pun biasanya biskut cracker Muncyhs. Takpun beli yang assorted biscuit.

Biskut pelakon2 ni tak ngalbo 🤣😂


Wednesday, January 24, 2024

Pulang Bermalam

Sempena Cuti Thaipusam, Negeri Kedah ambil sebagai cuti peristiwa. Jadi dapatlah anak² sekolah bercuti selama 3 hari. Kali ni Wafi balik berempat dengan kawan² latest intake yang baru daftar 3/1 tempohari. Ada Najlaa, Mia dan Alma. Alma akan turun di KL Sentral.

Ibu macam biasa ambil time off untuk jemput Wafi. Hujan sepanjang jalan dan beberapa tempatnair bertakung di tepi jalan. By 6 pm ibu dah sampai di Stesen KTM Sungai Buloh. 6.40 pm Wafi dan kawan² sampai.

Ambil gambar bersama mommies dan anak².

Alhamdulillah sudah ada geng PB setelah few times balik solo.

Monday, January 22, 2024

Kos Haji

Simpan sini buat rujukan akan datang.

Kos mengerjakan haji sekarang. Ada yang telah diberi subsidi. 
Akan datang tidak tahu tapi yang pasti bermula 2022 sudah meningkat.
 
Sosioeconomic status SES berdasarkan negeri.
Bolehlah check kedudukan SES kita.

Semoga rezeki menunaikan haji Allah permudah dan percepatkan.

Saturday, January 20, 2024

Santai Sabtu

Pagi tadi masa nak keluar rumah jam 7 am nampak masih gelap. Ye lah.. kot nak hujan. Jadi ibu tunggu 10 minit lagi. Sampai Dragonfly Park dah cerah namun orang tak ramai lagi. Terjumpa dengan Cik Ana dan Ain yang baru sampai juga.

Selepas 1 round tasik, Cik Man dan Cik Baya pulak sampai. Ehhh... dah macam family reunion pulak datang park. Cik Baya kata ada lagi yang nak sampai. Tengok-tengok Cik Zie dan Cik Elis pun sampai. Mereka tidur rumah nenek sebab malam tadi Cik Elis urut dengan Nenek Ina.

Hari ni kaki ibu kuat sikit, jadi bolehlah certain tempat tu lari sikit, pelan-pelan. Yang lain tu jalan je. Dapatlah 3 kali pusingan tasik.

Ambil dari status whatsap Cik Man. Sementara tunggu Ain sampai.

Thursday, January 18, 2024

Makan Malam di Satay Lab

Malam ni ibu dan Abang Imi dinner di Satay Lab, Eco Grandeur. Tengahari ibu dah pesan kat Abang Mi, ibu tak masak untuk dinner. Ibu akan sampai rumah lewat sebab ibu nak ambil parcel di OHSB. 

Ibu puasa hari ni jadi alas perut dengan telur rebus dulu. Masuk je Noxxa, HP 1 minit siap. Lepas solat Maghrib baru gerak ke Satay Lab.

Suasana dalam restoren. Suram² begini bukan pilihan ibu🤭. Kita ni dah lah rabun dapat pulak tempat begini.. rasa tak puas melihat.

Bukannya mau Bami nak bergambar.

Teh tarik sedap, rasa lemak dan kurang manis.

Bami makan Ayam Buttermilk.

Ibu pilih ayam penyet.

Bila makanan sampai, ayah call beritahu sudah sampai LATAR dan akan singgah untuk makan bersama. So kita makan perlahan² tunggu ayah.

Ayah ambil sup kambing. Lupa pulak nak ambil gambar sebab masa tu ibu dok tengok Telegram grup SBP/MRSM Tuan Hashim. Malam ni meriah sebab keputusan MRSM keluar. Pasti parents yang anak memohon MRSM excited dan berdebar². Semoga anak² berjaya mendapat tempat.

Keluar dari restoren, ambillah gambar bertiga.
Muka Bami dah nampak kecik sket. Semoga terus istiqomah untuk jaga badan dan kesihatan terutamanya.

Ibu dan Bami masuk Jaya Grocer untuk beli stok buah-buahan.

Bami : alahhhh... tak payahlah ambil gambar

ehhh... sapa yang lahirkan Bami 😅😅😅
 

Wednesday, January 17, 2024

Lawatan ke Kompleks Arkeologi Sungai Batu

Hari ni cikgu sekolah Wafi share di telegram aktiviti Paksi 1.
Seramai 40 orang pelajar melawat Kompleks Arkeologi Sungai Batu.
Adalah terselit beberapa gambar Wafi.

Last week Wafi dah beritahu tentang lawatan ni.




Seronok pelajar-pelajar ni bila dapat peluang pergi lawatan sambil belajar.

Monday, January 15, 2024

Kedai Buku Hasani (Hasani Books)

Masa awal-awal masuk sekolah, Wafi ada beritahu tentang kawan-kawan dok cerita beli buku di Kedai Buku Hasani. Wafi pula beritahu mereka biasa beli buku di MPH atau Kedai Buku Popular. Dah kawan-kawan kata tak pernah dengar. Samalah macam Wafi tak pernah dengar Kedai Buku Hasani. Kedai buku ni mula bertapak di Sungai Petani dan sehingga sekarang sudah ada banyak cawangan. Ayah kata lama dah kedai buku ni dan pernah datang visit student intern.

Masa bawa Wafi outing katanya nak ke kedai buku cari novel. Kebetulan Kedai Buku Hasani ni terletak berdepan dengan Amanjaya Mall. Jadi kita singgah dulu. 

Kedai ni ada 2 tingkat. Tingkat atas buku-buku rujukan dan buku kerja sekolah. Ibu tak naik sebab bahagian novel terletak di bawah. Ibu ambil beberapa gambar di sini.

Dulu Abang Imi suka beli buku Gempak Starz dan masih simpan segala koleksi.

Quote


 

Sunday, January 14, 2024

Penang 2024 : Singgah Beli Buah Tangan Di Jeruk Madu Pak Ali

Sebelum gerak balik kami singgah Jeruk Madu Pak Ali di Jalan Chowrasta. Senang situ sebab ada parking bertingkat di Pasar Chowrasta. Area situ banyak kedai² yang menjual souvenir seperti t-shirt, beg, key-chain, fridge magnet, makanan dan sebagainya. Segala macam jeruk juga ada dijual.

Kami beli di sini sahaja.

Penang 2024 : Brunch Nasi Kandar di Restoren Raffee

Cik Fatin ajak makan Masi Kandar di Restoren Raffee. Ia terletak di Pulau Tikus. Nama pulau tapi bukan pulau.  Masa kami sampai belum.jam 11 pagi. Depan restoren ni ada parking persendirian dengan bayaran RM3. 

Pinggan untuk 3 orang. Waktu minta pesanan beritahu tidak mahu kuah manis. Disebabkan bahagian ayam ada kepak sahaja, Cik Cha dan Cik Fatin ambil ayam madu. Masa tengah makan, mereka keluarkan ayam goreng panas-panas jadi Cik Cha minta seketul ayam bahagian paha berharga RM7.50.

Penang 2024 : Sunstone Hotel

Datang Penang ni takde book hotel awal sebab mula² kami tak sure dapat masuk Penang ke tidak. Beberapa hari lepas dapat tahu Penang ada masalah bekalan air berjadual disebabkan kerja² penyelenggaraan. Bila tengok news dah ok. Cik Fatin gamble je book masa kami berada di Amanjaya Mall.

Lepas hantar Wafi ke asrama, kami terus gerak ke Penang. Perjalanan 50 minit je. Cik Cha nak singgah ke USM dulu, mengenang kembali zaman study. Dapatlah bergambar² kenangan di Fakulti Komunikasi dan Desasiswa Aman.

Ingat lepastu nak ke Batu Feringhi... jauh pula perjalanan dalam sejam walaupun tak sampai 25km. Jadi, kita teruslah check-in hotel jam 5.30 pm

Stay di Sunstone Hotel, Georgetown.

Cik Fatin book bilik Triple room, 1 king bed dan 1 single bed, harga RM148.00
 Tapi.... no window. Apa lagi.. kena bebel lah dengan kakaknya ni😁. 

Masa checkin Cik Fatin ada tanya tentang bekalan air. Menurut receptionist ok dah.. satu hari je takde.



Lobi hotel.

Hotel di corner lot. Depan tu flat perumahan.

Simple je setup bilik ni. Lantai kayu jadi takdelah sejuk sangat tambahan disediakan 2 pasang selipar.

TV comel. Kena dok depan² baru nampak 🤣🤣

Toilettries juga lengkap dalam bilik air.

Extra 2 biji bantal.

Kopi peket dan kacang yang disediakan.
Yang menariknya ia buatan Pulau Pinang. Memang support industri pelancongan.

Iron dan ironboard juga mesin penapis air Coway disediakan di luar bilik.
 

Bawa Wafi Outing

Ini cerita semalam 13.1.2024

Ingatkan nanti jumpa Wafi akhir sesi persekolahan rupanya pelajar dibenarkan Pulang Bermalam pada cuti Thaipusam. Kalau ikut Kedah tak ambil cuti Thaipusam tapi tahun ni diambil sebagai cuti peristiwa. Mereka akan bercuti direct dari Jumaat hingga Sabtu. 

Wafi akan PB menaiki ETS. Itu yang kena hantar handphone. Ambil dulu di rumah Tokwan kemudian hantar ke sekolah. Boleh juga minta Makngah hantar tapi Wafi nak outing pula. Makngah kan busy dengan F5 student yang ambik exam. Itu yang tak nak kacau. 

Jadi ibu yang akan bawa Wafi outing. Ayah tak dapat join sebab jaga konvo pula. Ibu ajak Cik Cha dan Cik Fatin. Bolehlah ganti² drive. Sambil tu ambil kesempatan bercuti² di Penang.

Kami gerak dari rumah ummi almost jam 7 am. Sampai sekolah jam 10.40 am. Tunggulah dulu sebab Wafi hanya boleh keluar jam 11 am.

Saturday, January 13, 2024

Penang 2024 : Makan Malam Di Padang Kota Lama dan Sup Hameed

Sampai Penang, kami tak adalah plan makan di tempat yang spesifik. Memang datang Penang nak makan nasi kandar tapi Cik Cha kata masuklah mana² restoren. Dah makan kat Penang pasti sedap. Esok sahajalah makan nasi kandar sebab malam nak makan benda lain. Cik Fatin suggest makan kat Padang Kota Lama.

Sotong kangkung RM19

Kerang rebus RM14

Friday, January 12, 2024

Lunch Bibimbab Di Ofis


2 hari lepas adik-adik di ofis suggest nak buat bibimbap untuk lunch hari Jumaat. 

Bahan-bahan yang perlu dibawa :-
  • nasi
  • sosej/daging/ayam
  • telur mata
  • taugeh
  • cendawan shitake/butang
  • bayam
  • carrot
  • gochujang
  • sesame oil
  • sesame seed
  • seeweed
ayam korea
sos 
- gochujang
- sesame seed
- madu
- bwg putih + halia
ayam popcorn

Masing-masing ambil sorang satu bahan yang diperlukan. Ada juga yang bawa buah, air pilihan dan kuih-muih.
Biasalah... bila dah 15 orang ni macam-macam yang nak volunteer bawa apa.

Ibu bawa telur goreng.
Semua makanan yang dibawa tu perlu dimasak dulu. 

Monday, January 8, 2024

Sambal Abang Syukor

Bila duduk berdua ibu tak adalah beria nak masak kat rumah. Masak pun simple (selalu pun sama 😊). Weekend pun biasa ayah ajak brunch atau late lunch. 

Bagi memudahkan kerja masak memasak, ibu beli sambal dalam botol. Ada a few yang ibu dah cuba macam Sambal Nyet Khairul Aming, Sambal Geprek Nasi Kukuk Boss, Acar Ikan Masin Dapur Cikin dan lain-lain. Ada je beli yang kat kedai petrol pump. 

Ibu try pula sambal dari Abang Syukor.
  • Sambal Merah Bilis Petai (RM16.90)
  • Acar Ikan Talang (RM16.90)
Kakak Widad terbeli 2 acar ikan talang, terpaksalah bawa balik kolej satu.
Ibu pun tak sure camne harga 3 botol jadi RM42.70, mungkin ada diskaun RM8.

Isi.
Hirisan ikan talang tu penuh. Kalau nak ambil better kacau sampai ke bawah jadi dapatlah bawang dan sambalnya sekali,

Puaslah dengan isi petainya tu.

Ambil sesudu kecik. 
Sayang... makan sikit-sikti 😁

Ambik sesudu juga. Ikan talang ni tak masin sangat, sedang elok.

Yang habis dulu pasti sambal bilis petai!
 

Sunday, January 7, 2024

Bowling Time!

Petang semalam Cik Hannis ajak main bowling. 
Ehhh.. kami onz je sebab tak ada benda pun nak buat. Cik Wada arrange lepas Maghrib, takdelah tergesa-gesa. Main di Klang Bowl, Harbour Place Klang. Nak pergi Setia City Mall pasti ramai.

Kami sampai dulu jadi tunggu yang lain sampai. Kena ambik giliran sebab ada beberapa team lagi sebelum kami walau ada 31 lane.

Cemmmmmmmm.. itu baju baby!
Muka bangun tidur, takde mood.

Ali macam biasa dengan superhero dia.


Imannnnnnn

Ini je lah geng yang dapat hadir.