Pages

Tuesday, July 30, 2024

Wafi Lontar Peluru 🪀


Tadi tengok FB sekolah Wafi tentang Sukantara yang diadakan hari Ahad 28/7/2024.
 
Rumah Laksamana.

Memang tak jumpa Wafi dalam ni... nengok semua sama je😅

Came across gambar ni.. instinct ibu nampak macam Wafi. Haritu Wafi ada bagitau masuk acara Lontar Peluru.

So nak confirm kan... tengok kasut Asics dia.

Tidak syak lagi....

Itu lah anak ibu😁

Saturday, July 27, 2024

Minum Petang Di Taman PKNK

Keluar dari hospital kami cari makanan pula. Ayah tanya nak singgah tak Pekan Rabu. Ibu taknak sebab badan dan melengas sangat. Cuaca panas betul hari ni.

Balik utara mestilah nak cari makanan authentic kat sini. Ayah dok sebut nak cari Murtabak Ros la... cucur udang la..

Ayah google cari cucur udang yang sedap area hospital. Nampaklah review Mat Cucur Udang.

Sampailah kami ke Taman PKNK ni. Ada deretan gerai² makan tepi jalan.

Dapatlah ayah makan cucur udang rapuh dengan sambal kacang.

Cincau ais... segarnya dapat minum sejuk².

Lucky me.... lama cari. Dapatlah makan Laksa Siam. Kat menu ditulis Laksa Hatyai.
Memang puas hati. Sedap sangat walau pertama kali makan. Biasa nampak orang share tapi tak pernah jumpa. Cili tu memang diberi asing.. ikutlah banyak mana nak bubuh. Ibu letak separuh je sebab taknak pedas.

Popiah. Sos tu ayah tuang sikit je.

Orang Kedah sebut popiah ni ada sengau sikit😅 

Roti Dholl.

Nama kemain lagi tapi roti canai + telur mata gediks.

Kat Kedah ni, air 3 jenis ni baru RM6.50
  • Jus tembikai
  • Limau ais
  • Jagung cincau
Beli kat gerai tadi sebelum jumpa Aiman.

Disebabkan cuaca yang panas, terpaksalah beli air ais. Puaslah minum manis hari ni.

Aci lah... bukan selalu😃

Betul² jalan jauh hari ni.. lama atas highway. Sampai 5 entries terus dalam blog. Mujur coverage bagus. 

Kejap lagi sampailah rumah Tokwan. Lena awallah malam ni. Letih dah.
Esok pagi nak kena balik Klang dah.

Ziarah Paklong Amzar Di HSB

Ibu ayah sampai ke hospital 4.40 pm
Masa sampai tu senanglah dapat parking bahagian depan². Bila dah naik wad ayah kena keluar sebab nak belikan tuala. Bila masuk semula jenuh pusing cari parking. Banyak lagi parking tapi jalan jauh lah sikit.

Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar

Semoga Allah angkat sakit Paklong Amzar dan diberi kesembuhan segera.

Amzar ni pangkat bapa saudara pada Rawiwa dan satu² nya sepupu ayah sebelah maktok. Anak kepada Tokngah.

Belah² Kedah ni ramai bahasakan diri dengan panggilan long, ngah, lang, ndak, tam, teh dan sebagainya. Itu yang kadang tak tau pula nama mereka.

Nama panggilan ibu jadi makngah sebab ayah bahasakan diri pakngah kat anak² buah. Dah anak² buah panggil makngah pula😆

Berbalik pada ziarah Amzar ni kami tak lama sebab ada lagi yang melawat di sebelah keluarga Tokngah lelaki. Hanya dibenarkan 2 orang pelawat sahaja. Jadi kami gilir² jumpa.

Visit Aiman Di MTS

Lepas tengok Wafi ibu ayah terus gerak ke Alor Setar. Ke Hospital Sultanah Bahiyah sebab nak jumpa Makngah dan Tokwan di sana. Mereka sempat lawat anak Tokngah sebelum habis lawatan. Next waktu melawat jam 4.30 pm. 

Disebabkan ada 2 1/2 jam lagi jadi ibu ayah visit Aiman dulu. Dah beberapa tahun Aiman di MTS tapi belum berkesempatan untuk visit. 

 
Tahfiz Aiman ni kat tepi sawah.

Sebelum tu singgah kedai makan belikan Aiman mi goreng dan limau ais. Itu yang dipesannya.


Sembang² around 20 mins macam tu sebab nak bagi Aiman guna handphone. Kesian plak dia sebab seminggu sekali guna HP. Ada lagi 40 mins 😅. Bolehlah nak main game.


Rasa anak buah yang paling tinggi ni. Baka babah dia.

✌️ Aiman

Good luck Aiman.

Lepas ni insyaallah akan ke Turki pula.

Laluan ke hospital dari tahfiz MTS. 

Sawah di pinggir bandar.
 

Visit Wafi

Tadi sampai SP around 11 lebih. Singgah dulu Amanjaya Mall beli lunch untuk makan dengan Wafi.

Set nasi ayam TCRS dan ayam goreng Marry Brown. Wafi teringin cheesy wedges, mujur ada di MB.

Ibu belikan juga Tealive dan Rotiboy. Bolehlah nanti makan masa minum petang.


Happy lah jumpa ibu ayah tu... 

Ini memang impromptu nya plan.

Siap minta mommies KV kalau anak² call pesan kat Wafi untuk call ibu. Kalau tak camne nak bagitau yang ibu ayah nak datang visit.

Ikut jadual lawatan hari ni untuk pelajar lelaki dan pelajar perempuan semalam. Jadi ibu minta kebenaran dari PKHEM dulu.

Kebiasaannya tak adalah masalah untuk parents yang duduk jauh melawat anak jika bukan hari yang telah dijadualkan.


Dah rindu kat Wafi... so ibu spam gambar banyak².





Jam 12 tu memang time Wafi lunch. Seronok ibu tengok Wafi makan nasi ayam kegemarannya.

Berkelah di dewan terbuka. Masa ni takde orang lain. Bila kami dah selesai baru ada 1 family lain sampai.


Jam 1 ibu ayah nak gerak dah.

Bolehlah Wafi rehat² kat bilik.


Ok Wafi.

Nanti kita jumpa lagi.

Insyaallah next outing ibu ayah datang. Bolehlah keluar asrama sekejap.

Bekalan Ke Utara

Pagi ni ibu ayah akan ke Alor Setar untuk ziarah anak Tok Ngah di Hospital Alor Setar. Bolehlah nanti singgah visit Wafi sekejap.

Malam tadi sampai rumah ummi jam 12. Terus tidur.. tak larat dah mata. Ummi pun dah masuk tidur.

Pagi ni sebelum teruskan perjalanan, ummi bekalkan cekodok durian dan cempedak goreng. Mentang² lah durian banyak, siap boleh buat cekodok lagi😁 Kalau kami... beli durian simpan terus dalam perut je. 

Sempat minum teh-o je. Tak boleh duduk² sarapan sebab mengejar masa.

Terima kasih ummi bekalkan makanan. Nanti bolehlah share makan dengan Wafi..

Ummi kata hari ni sambung tidur lagi. Belum habis qada tidurnya😅

So yummeh cekodok ni.
 

Wednesday, July 24, 2024

Acara Tahunan 💦

Hari ni hari kedua bekalan air terputus disebabkan Henti Tugas Sementara Loji Air Rantau Panjang. Beginilah kebiasaannya... ada sahaja cabaran air di negeri Selangor ni.

Dah jadi acara tahunan pula bila ketiadaan air ni😅. Kadang tak ada air... kadang terlebih air pula bila musim tengkujuh hingga menyebabkan banjir.

Kat rumah air masih ada sebab guna tank besar. Cuma air tak naik ke sink dan mesin basuh. Kain memang tak basuh lah.. nak cuci pinggan kena ambil dari bilik air.

Air beli sahaja yang bottled. Tak perlu mengisahkan untuk masak air.

Dah pesan kat ayah beli makanan siap² otw balik kerja. Ada beberapa daerah yang tidak terjejas sebelum ayah sampai ke rumah. Nampak jauh betul ayah kerja tu😁

Memang ibu taknak masak sebab susah nak cuci². Ada benda mudah... tak perlulah nak susah² kan diri (malas pun ada🤭🤭).

Dijangka Jumaat akan selesai semuanya tapi ada beberapa tempat sudah mendapat bekalan air walaupun agak slow.

Teringat cerita Wafi bila time tak ada air ni. Tahun lepas bila Wafi beritahu kawan² baru yang dia berasal dari Selangor, kawan² panggil dia Selangor. Selangor terkenal sebab pasti ada sahaja cerita tak ada air. Gamaknya kawan² tu kerap tengok berita pasal air di Selangor. Bila cerita pasal air, kawan² pandang² Wafi lepastu gelak².

Wafi tak adalah nak marah atau sakit hati sebab dia tau kawan² melawak je.
 

Tuesday, July 23, 2024

Jemputan Dinner Dan Durian

Masa kat ofis ayah mesej, senior SAS juga jiran sekampung, Uncle Najib ajak datang rumah untuk dinner dan makan durian.

2-3 minggu lepas ajak juga tapi kami tak dapat datang kerana ada urusan lain. Malam ni free, dapatlah memenuhi jemputan.

Alhamdulillah Acik Lyn hidangkan makanan malam yang sedap². Ada asam pedas ikan parang. Bertambah² Kak Widad makan. Siap bertanya resepi asam pedas yang disediakan.


Bersama tuan rumah yang super baik hati.

Acik Lyn ni ada buat small catering dan juga seorang baker. Masa covid ada minta beliau masakkan pack food untuk family members kami yang dijangkiti covid.

Ayah dan Uncle Najib. 

Lepas makan dihidangkan pula dengan durian. Macam² jenis durian. Menurut Uncle Najib keliling kawasan rumah family mereka ni ada 100 batang pokok durian. Sekarang ni dah buah hujung².

Mereka tidak jual buah² durian tu tetapi akan memanggil sanak saudara dan juga kenalan untuk datang ke rumah mereka bagi menikmati durian yang ada. Ada durian kampung dan juga durian kahwin.

Disebabkan isi durian tebal, ibu makan beberapa ulas sahaja. Tambahan pula baru lepas makan nasi.

Puaslah Kak Widad makan durian malam ni.
 

Sebelum balik dibekalkan pula lempuk durian yang baru dimasak siang tadi.

Sedapnya bau🤤🤤

Alhamdulillah atas rezeki malam ini.

Panggilan Yang Berbeza

Godek-godek file terjumpa gambar ini yang ibu jadikan profile blog.
ok..ok.. dulu muka ibu pernah runcing 😆

Ini nak cerita tentang panggilan anak-anak kat ibu.

Abang Imi panggil.. ibu
Kak Widad panggil.. ibu
Wafi panggil.. mama

Kenapa Wafi panggil mama?
Tak boleh ke twist ke ibu?

Masa baby Wafi panggil bu.. bu..
Tapi lambat lah nak sebut i-bu.. bila sebut "ayah" cepat je 

Ibu pun dah lupa sejak bila Wafi panggil mama.. rasa kat taska lagi.

Ibu pernah tanya kenapa Wafi panggil ibu, mama?

Jawapan Wafi...

1. Alma panggil ibu dia .. mama
Macam best je...
Kan diorang rapat masa kecil.. jadi terikut-ikut.

2. Kawan-kawan kat taska/tadika panggil ibu diorang mama.
Kita pun nak panggil mama juga.

Hurmm...  ye sudah...
Tak boleh nak twist.

Tak kisahlah... asalkan mereka tau yang mereka bertiga ni ada seorang ibu je 😅

Tapi tak adalah ibu nak bahasakan diri ibu atau mama bertukar-tukar ikut anak.
Still bahasakan diri ibu je.
Boleh mereng dibuatnya kalau nak tukar-tukar 😂😂

Haaa.. lagi satu tentang panggilan yang berbeza ni, akan dijadikan modal Abang Imi kalau nak usik-usik Wafi.
Bami akan cakaplah Wafi anak pungutlah.. jumpa tepi jalanlah sebab ibu tak bahasakan diri mama kat dia.

Bami... Bami.. 
Macam tu lah mereka berdua.
Gaduh-gaduh manja.

Bami & Wafi beza 10 tahun.

Sunday, July 21, 2024

MC Reward 2024

Ini tahun kedua, company memberi Penghargaan Rekod Kehadiran Terbaik. Walaupun banyak company dah buat begitu ibu bersyukur generasi akan datang yang bekerja di syarikat dapat menikmatinya. 

Better late than nothing🥰

Harap syarikat ibu akan terus berkembang maju dan memberi banyak manfaat kepada semua pekerja.


Dalam memo disertakan kriteria tentang rekod kehadiran dan reward yang diberikan.

Tak banyak... tapi ada☺️

Alhamdulillah.


Ada lagi rezeki ibu tahun ini.

Alhamdulillah sepanjang ibu bekerja Allah bagi nikmat sihat. Ada juga sakit pening tu, adatlah sebagai manusia. 

Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat ibu serta semua rakan² ibu di sini.