Pages

Saturday, August 31, 2024

Di Ambang Kemerdekaan Ke 67

Malam tadi ibu dan Abang Imi ke Dataran Shah Alam kerana ada sambutan Hari Kemerdekaan ke 67 peringkat Negeri Selangor. Buat di Shah Alam jadi bolehlah join sebab dekat kalau tempat lain susahlah nak pergi. Ayah tak dapat join sebab ada meeting dan habis lewat.

Keluar rumah jam 7 lebih bawa sekali Adam, Denin dan Aqil. Solat Maghrib di Petronas dulu jadi tak adalah kelam kabut untuk sampai ke Masjid Negeri sebab nak parking di situ. Waze bawa ke masjid melalui Federal Highway jadi masuk masjid melalui pintu belakang. Masa kami sampai parking banyak lagi. Ibu pun baru tau parking kat bahagian situ. Lainkali boleh terus ke situ 

Masa sampai dah ramai orang berdiri belakang pagar. Dapatlah ibu dan Denin menyelit². Sekarang semakin ramai pengunjung memeriahkan sambutan malam kemerdekaan. Early days  kurang orang sampaikan ibu ayah boleh cari spot paling startegik. Sekarang, ikut je lah mana ada kosong untuk saksikan parade.


Disebabkan ibu duduk, nampaklah pagar tu. Nak berdiri karang kasihan pula orang belakang tak nampak. 

Wednesday, August 28, 2024

Menyantuni Undangan Walimatulurus Anak Datuk Bandar MBPJ

Jemputan kahwin pada hari Ahad 24 Ogos 2024 di Dewan Sivik MBPJ bagi meraikan perkahwinan anak perempuan Hj. Mohamad Zahri Bin Hj. Samingon & Dr. Siti Rohana Binti Saad. 

Hj. Mohamad Zahri Bin Hj. Samingon merupakan Datuk Bandar Petaling Jaya sekarang dan merupakan senior ibu ayah masa di UUM. Dikenali juga dengan panggilan Wak sejak dari UUM. Dulu ayah kerap join aktiviti mahasiswa bersama beliau.

Datuk Bandar dan wife in purple colour.
Yang lain tu batchmate juga yang sama aktif join program Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) masa di UUM. 
Ibu aktif di peringkat kolej sahaja 😁
Sesekali lah join aktiviti Persatuan Pelajar Islam dan Northern Varsity Accounting Club (NOVAC).

Geng-geng yang kerap berjumpa.
Sue, Bad, Azrul, Awa, Kak Lin dan suami.

BFF ayah.

Kebetulan duduk sebelah pentas, dapatlah nengok artis menyanyi dari dekat.

Doa Buat Kekasih.

Dato' Khadijah Ibrahim.

Datuk Malek Ridzuan.

Tahniah buat Dr Faten dan suami, Amierul.
 
Ayah dan JKO kami dulu masa kat Matriks, Uncle Syukor.

Bukan gegirl je yang tak habis-habis bergambar, diorang pun sama pantang kalau dah jumpa 😁
 

Tuesday, August 27, 2024

Kak Widad Dating Dengan Nenek

Last week masa ibu balik rumah nenek sorang², nenek ada tanya mana Widad. 

Dah lama Widad tak bawak nenek pergi makan.

Ibu bagitaulah Kak Widad tak sempat nak pergi masjid sebab balik kerja dah penat. Sebelum ni kan kerja 9 am - 7 pm.

Balik rumah ibu sampaikan pesanan nenek😁

Hari ni Kak Widad balik awal jadi bolehlah ke masjid. Sebelum Maghrib tadi Kak Widad purposely ambik nenek kat rumah (biasa nenek naik motor sorang²) bawa ke masjid, jadi lepas Isyak bolehlah bawak nenek medang² (minum²).

Ni Kak Widad share gambar. Kemain nenek... mi goreng Melayu makan kat kedai mamak. Sedaplah tu sebab last week dah rasa Cik Wada order mi basah ni.

Wajib ada ayam goreng. Kak Widad dah tau dah apa yang nenek suka.

Ni gambar 30/7/2024, sama gak.. Kawi bawak nenek ngeteh kat Royal Afra. 
Ayam goreng tu wajib😁

Favourite nenek juga, tosai garing.

Biasa diorang makan share² je.

Terima kasih Kak Widad bawa nenek ngeteh.

Monday, August 26, 2024

Menjompot

Ahad pagi mood terajin sikit sebab teringin buat jompot/jemput/cekodok bawang. Nak buat ni kena ramai sikit dalam rumah baru seronok nak makan. Minggu ni tak sempat Jalan-jalan Cari Sarapan sebab pagi malas nak keluar rumah.

Sepinggan besar jompot bawang.

Cik Elis ada beritahu, boleh juga buat jompot dari lebihan nasi. Dah tak perlu bubuh air panas untuk hasilkan jompot nasi. Lepas ni boleh lah try. Rasa pernah makan kat rumah nenek sebelum ni. 

Cicah dengan sambal sardin. 
Cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia blend je semua. Tak ada hirisan bawang sebab anak-anak kalau jumpa tepikan semua 😬
 
Add-on nasi goreng kampung.

Nasi dekat seminggu dalam peti ais bila dibuat nasi goreng kampung pedas, laju je semua makan. Boleh sambung makan sampai tengahari.

Lunch takde dah nak masak lagi sebab ibu ayah akan attend kenduri kahwin.

Saturday, August 24, 2024

Kunjungan Dari Kak Lin & Suami

Semalam kawan ibu ayah ex-UUM beritahu ada karnival di MTS jadi beliau akan visit anak yang belajar di situ. Ibu dah tau tentang karnival tersebut sebab sudah diwar²kan dalam grup kariah. 

Ibu ajaklah Kak Lin (panggilan kawan² walau beliau sebaya) singgah rumah bila selesai urusan anak. Beberapa kali Kak Lin datang MTS tapi setiap kali tu lah kami ke utara atau ada urusan di luar. Minggu ni kebetulan free, itu yang jemput datang.

Mereka sampai almost jam 7 malam. Makan² dulu. Solat Maghrib kemudian sambung lagi makan dan sembang².

Dah nak balik baru ambil gambar sama².

Suami Kak Lin dan ayah.

Kak Lin ni coursemate Accounting ibu tapi ada beberapa projek sama dengan ayah masa di UUM.

Selfie je lah since takde sapa pula nak ambilkan gambar.

Dah makan baru ambil gambar makanan😅

Semua juadah ibu beli sahaja selepas balik dari kenduri tadi. Ibu hidangkan laksa, rojak, burnt cheese cake, swiss roll cake dan kek pisang.

Buatkan teh-o panas dan Sarsaparila ais.

 Ayah nak bergambar pun sembang lagi😁

Terima kasih Kak Lin singgah rumah. 


Khabar Dari Asrama

Ini gambar makngah Sila share. Petang ni makngah hantar Wafi balik semula ke asrama.

Hari Khamis Wafi dapat MC. Tak sihatnya semenjak Rabu tapi Khamis baru jumpa doktor. Wafi kata badan panas, suara pun dah serak selain selesema.

Bila dah dapat MC tengahari tu minta ibu telefonkan makngah untuk bawa balik ke Kulim. Wafi sudah minta kebenaran PKHem untuk Pulang Bermalam MC sehingga hari Sabtu.

Jumaat ibu call dah kebah, harap Wafi dah cukup sihat untuk kembali ke sekolah.

Tadi sebelum balik asrama, makngah bawa Wafi beli makanan di Secret Rescipe. Tengok sempat juga Wafi beli barang di Watson.
 

Majlis Walimatulurus Wafi Sofea & Terjumpa Kawan UUM

Tengahari tadi ibu ayah santuni jemputan kahwin anak dua pupu ibu yang diadakan di Gerbang Hall.
Anak no. 2 bernama Wafi Sofea.

Nama Wafi diambil sempena nama Wafi Sofea. Tapi tak bolehlah letak nama Sofea dihujungnya, tersama plak. Malas nak fikir banyak².. letak je lah nama sama dengan kakaknya.. Hanani😅

Gambar ni Cik Cha yang share masa pengantin sampai. Cik Cha sampai awal dengan nenek.

Masa nak ambil makanan, ayah terperasan kawan UUM. 

Uncle Soboq

Related dengan majlis ni, Uncle Soboq dan Uncle Helmi, bapa pengantin adalah rakan sekerja di Maxis HQ.

Begitulah kitaran hidup ini... kat mana² jika Allah izinkan tetap kita akan bertemu.

Gambar berempat.
Mereka pernah datang ke rumah kita sekitar tahum 2009.. 15 tahun lepas. Masa tu ada small gathering kawan² UUM.

Auntie Elise yang cantik. Dari zaman study dulu sweet sangat dan juga lembut.

Bersama dua pupu ibu, Acik Jumaiyah. Mama Wafi Sofea.

Arwah bapa Acik Jumaiyah dan arwah atuk adalah sepupu.

Semoga ikatan kekeluargaan tetap utuh.
 

Teman 10 Ribu Langkah

Pagi ni ibu ambil Cik Ami di rumah nenek dulu sebelum ke Dragonfly Park. Dah pesan  6.45 am ibu sampai.. ehhh.. tak siap plak lagi😬
Kak Widad tak dapatlah join sebab pagi ni jam 6 pagi dah ada di kedai.

Cik Ami ada misi... masuk cabaran 10 ribu langkah sehari yang dianjurkan oleh Kementerian. 

Berbuah dah mangga kat taman ni. Elok plak kat tengah² laluan buahnya tu.

Rasanya buat 5 pusingan tu. Capailah target hari ni sampai terlebih jadi 13 ribu langkah.

Ibu maintain 3 pusingan je😅

Cukuplah untuk hari ini.


Friday, August 23, 2024

Pengantin Jannah

Hari ni Jumaat sepupu ibu, Jannah nikah sebelum solat Jumaat. Buat sekali majlis bersanding di sebelah malam. Sampaikan DJ bagitau belum dibuat orang buat majlis hari Jumaat malam di kampung kita. 

Ok juga buat malam sekaligus cuma jemputan saudara mara, rakan terdekat dan jemaah kariah sahaja sebab masa dan tempat terhad pula.

Dari Khamis, saudara mara rewang cuma ibu tak dapatlah join sebab komitmen kerja. Malam pula dah penat.

Ibu share je lah gambar yang diorang ambil.

Geng bunga telur, taknak nangis kupas bawang kat dapur.

Geng masak kat belakang.

Cik Man & the gang.

Angah dan Aqil.

Dak kecik Cempaka & Dina ready² nak tengok pengantin.

Macam biasa... budak² berkumpul depan pelamin nak tengok pengantin cantik.

Sempatlah ibu rewang sekejap kat dapur dengan sepupu² ibu. Isi² mi Jawa dalam mangkuk.

Pengantin atas pelamin.

Makan beradab.

Dah tak ramai tetamu masa ni. Apalagi... lepak² lah adik beradik.

Bella behave malam ni.

Drama Queen.

Dengan Atuk Jep, bapa pengantin.
Adik bongsu arwah atuk.

Bergambar dengan pasangan pengantin.

Cik Ami baru menyelit.

Mana yang ada ke lah.. ada yang dah balik rumah nenek tidurkan anak.

Teringin plak makan mi Jawa.

Achik Gmie pencipta lagu Kg Bukit Kapar. Kebetulan DJ majlis malam ni. Kebiasaannya memang beliau lah diambil untuk memeriahkan majlis keluarga kami.

Siannya Yummy.. sampai tutup telinga bila ada firework.

Comelnyaaa Cem.

Photobomb by Cik Baya.

Kali ni dapatlah ibu ambik gambar banyak² dengan Cempaka. Mood ok malam ni. Kalau tak... jangan haraplah nak dekat.

Nama anak patung Cem, Baby😆

Jam 11.30 malam baru kami gerak balik.
Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar.

Tahniah Atuk Jep dan Nenek Noor dapat menantu.
Tahniah Jannah dan suami, semoga bahagia hingga akhirnya.