Pages

Friday, September 30, 2011

Excited? Berdebar?

Esok abang Imi & kakak Widad akan menyertai rombongan cik kiah sekolah agama.
Ibu plak yang excited & gementar.. ececece....
Bukan first time pun diorang gi field trip.
Dulu masa tadika pun dah pegi gak.
Kakak Widad masa 6 tahun Taski Abim,
field trip sekitar Shah Alam
Tapi kali ni dua2 orang pegi sekali
Nak masak apa?
Nak sediakan apa?
Berapa belanja nak kena bawak?
Well behave tak diorang?
Macamana kalo diorang terlepas dari kawan2?
ishhhhh.... macam2 pulak yang ibu fikir..
sangat gembira dapat naik van bersama2 rakan
Bukan jauh pun & bukan anak2 ibu tak penah pegi sebelum nih kan?
Tapi kali ni pegi ngan kawan2.
Ke kilang coklat Beryl, Pusat Sains Negara, Planetarium Negara & satu lagi tak ingat la plak.
Kakak widad request nak bawak nasi goreng, nak makan ngan kawan2.. 
Abang imi plak tak kisah.... yang penting duit belanja lebih sket... hurrmmmm....

Anak2 yang buatkan ibu GERRRRAMMMM



Selalu nak cubit2 pipi mereka.
Bila diorang dah besar2 nanti nak cubit2  pipi dah tak sesuai plak..hehehe... 

Thursday, September 29, 2011

Departmental Jamuan Raya 2011


Kami adakan jamuan pada Jumaat 23/09/2011.
Lunch hour 1.00 - 2.30 pm.
Masing2 bawak juadah sendiri.

Ada nasi impit, kuah kacang, rendang ayam, ayam goreng berempah (ni ibu bawak), sambal udang, sayur campur, makaroni goreng, kek coklat, kek buah, agar2 koktel, buah-buahan dan tak lupa jajan yang disponsor oleh KY.

 Boss... silakan...

Tahun ni wat kat meeting room sbb kalau buat kat ofis, memasing dok kat tempat sendiri lepas ambik food.
So this year, boss cakap barulah best togeder-geder & sembang2 lebih.
Yessss..... ai like.

Wah... perut pun sudah kenyang.

Acara membuka hamper dari supplier plak.
Hamper2 dpt waktu puasa lagi, since balik dari cuti raya memasing bawak kuih raya, tu yang tak bukak2 lagi.
Alhamdulillah... dah habis syawal tapi rezeki kami masih banyak lagi...

Saat mereka berkumpul bersama

Gambar2 ni masa malam raya.
Cousin2 semua berkumpul2.

Widad, Adnin, Izzatun, Isyraf, Ain & Wafi
Wah... ngadap kuih raya... ekceli bukanlah kuih raya sebab tu jajan. Tu yang sekali ngadap boleh abis..
Demi cucu2 terchenta, nenek beli sebungkus besar.
Kalo tak raya jangan harap nak beli junkfood nih hehehe...

Beli dah abih... tinggal lerr budak kecik ni terkontang-kanting ngan bekas kosong..
Sian dia... baru nak makan yang ke 3 biji... kakak ngan cousin2 dah abihkan..
Pastu tinggal pegi camtu jerr... chehhhh...
Tunggulah.. wafi besar... wafi ikot korang!!!!

Wednesday, September 28, 2011

Telinga tak payah korek????

Semalam gi jumpa doktor sbb telinga kanan tak berapa nak dengar.
google image
Puncanyer hari sebelum tu gatal tinga pehtu korek ler ngan cotton bud.. last2 tak dengar mcm ada menda tersekat.
Bila doktor check, ada infection.
Pastu dia kata kena sembur.. adoiiii... ngeriss..
Sbb 10 tahun lepas pun penah kena.
Doktor ckp tinga ibu ni abnormal sket sbb lubang dia menyelit ke dalam sket.
Tak taulerr camne bentuknyerr.
Doktor cakap tinga ni tak payah kuarkan sbb bendasing akan kuar sendiri.
Ya kot sbb sblm ni pun doktor cakap benda yg sama & ada kawan pun cakap gitu.
Tapi rimasla kan sbb kdg2 bila tinga lembab mesi gatal & tangan pun gatal nak mengorek.
Jadi bila dah sembur kuar.... alhamdulillah dah terang tapi mcm terlebey terang la pulak... hehehe...
bunyi serkop bergesel pun boleh dengar hahaha....

Tuesday, September 27, 2011

Anak dara bergincu..

Bila ibu tengah siap2 nak keje, si kecik ni pun kerjakan sekali lipstik ibu.
Sib baik lipstik light pink jerrr... tak lerr susah sangat nak bersihkan.
Masalahnyer dah nak sgt kuar rumah baru perasan si wafi ni main lipstik.
Kelam kabut ler jugak.

 Nanges bila ibu nak lapkan mulut dia yang comot.

Lipstik tu tertutup tapi wafi ni lagi pandai.. dia korek pakai jari jemari dia yang kiut miut tu..

Sunday, September 25, 2011

Penginapan kami di PD

Kami dok kat Residence Desa Lagoon Resort.
Apartment 1 bilik semalam RM290.
Sebab walk-in during peak season mahal ler.
Tak leh nak cari2 tempat lain sbb takut langsung tak dapat duduk.
Mula2 pegi tempat nih geli laa sbb hijau2 berlumut kat belah bawah.. ala2 resort atas air.
Sbb dah takde tpt lain.. dok je lahh.. pejam mata malam.
Siang jalan.

Ada 2 swimming pool. Ni yg belah kami duduk. Kat ujung tu utk kanak2.
Air dia bersih tapi bau klorin. Mebi baru lepas cuci.

Ni yang belah satu lagi. Tak ramai orang mandi.
Yang kat sebelah gazebo tu jakuzi rasanyerr.. tapi time kami ke sana diorang tak pasang pun.
Jadi nyer kanak2 yang conquer.
Jalan terus menghala ke pantai.
Bbrp ratus meter jer. 200m kot.. entahlerr... sbb bab2 panjang balapan ni ibu tak reti sangat.

Ni pandangan dari atas lobby.
Resort ala2 atas air.
Kat situ ada bberapa ekor biawak.
Mungkin diorang bela kot.
Ibu geli lerr... pintu kena tutup takut menatang tu masuk.
Ni antara resort yg best sbb takyah ada lif @ byk sgt tangga.
Jadi boleh lepaskan anak2 kalo diorang nak ke swimming pool.
errrr... ibu bagi 3 bintang lerr resort ni.

Saturday, September 24, 2011

Pagi di pantai

Belum habis cerita di PD.
Ni hari ke-2. Pepagi (errrr tak la pagi sangat @ 8.30 am gitu) dah ke pantai.
Anak2 teruja nak mandi laut.

Bekfes roti, tuna & air kosong (jer???)
Abang Imi nanges sbb terpaksa beralah ngan kak Widad.
Diorang berebutkan tuna kurang pedas.
Masing2 pertahankan diri sapa yg patut dapat tuna tu.
Abang Imi macam biasa terpaksa beralah tanpa rela.
Tu yang sedih sangat.

 Dah sejuk mandi... sun bathing plak.

 Muka takde perasaan... tengok orang sana-sini.

Pantai yang bersih..
Pagi2 memang ada petugas MDPD bersihkan pantai.
Ranting2 kayu kat gigi pantai tu diorang sapu.
Ada gak orang tak tanggungjawab tinggalkan bekas polisterin... mungkin belah malam.
Petugas MDPD dah settlekan..

Belakang nun resort kami.
Pantai dia putih halus.... walau tak sehalus Pangkor.

Pantai ni agak private la gak sbb cuma ada satu laluan untuk public.
Tu yang ada tourist nak naik boat pegi tour (tapi tak tau ke mana)
Kami tak dapat naik banana boat sbb tak cukup quorum.
Sebelah tu selesa resot. Staf Hyundai  wat xtvt.

Mereka berempat mandi tak hengat.
Air kat sini bersih.

Binatang pun sayangkan anak!

Aksi ni di'shoot' oleh cik fatin di PD Ostrich Showfarm.

Anak monyet ni digelar JJ.
Sebab dia nakal bbrp jam dikurung kemudian dilepaskan kepada ibu dia.
JJ yang berumur 13 bulan sedang menyusu ibu dia.

Si ibu memeluk dengan penuh kasih anaknyer..
Pandangan yang penuh sifat keibuan.
Ada lagi gambar lain yang mana, pandangan JJ yang begitu manja bila dipeluk si ibu .

Bila tengok gambar2 ni sangat teringat pada anak2.
Imi, Widad, Wafi.... ibu sangat2 sayang kalian.
Jadilah anak2 yang baik, soleh, solehah dan mendengar kata.

Masih ada manusia yang mencampak, mentongsampah, mem'flush' anak2 yang tak berdosa!!!!!!

Thursday, September 22, 2011

Penangan Burung Yang Marah

Kat sana-sini orang memperkatakan tentang permainan "angry bird".
Sampaikan t-shirt2, cenderahati, patung2... semua angry bird.
Abang Imi pun tak terkecuali.
Ni semua Cik Baya la punya keje.
Sapa soh install game tu dlm pc.
Dah berebut2 anak2 buah nak main.
Siap ambik nombor lagi.

Cik Ujang yang jadi pilot lori besar pun tak terkecuali.
Kalau siang hari keje dok pegang stereng, bila malam menjelma lappy depan mata.
Pantang cuti... angry bird la jawabnyer. Byk gak level yg dah settle.
Kalo game tu boleh kuar duit dah bertambah kaya gamaknyerr hehe...
Sampaikan Cik Ana pun dah geram sbb tu lappy baru tu...
Tak katam belajar lagi.

Ibu - angry mother

Sepetang di Teluk Kemang

Lepas dari PD Ostrich Showfarm, kami singgah jap kat Batu 7 (kalau tak silap)Teluk Kemang.
Tak pegi beach pun sbb dah tak larat nak berjalan. 
Banyak kedai2 jualan.
Abang Imi ngan Kak Widad nak naik gak KMX nih.
RM5 utk 10 minutes.
Cik Fatin naik tapi kena bayar sendiri hehehe...

Jadilah... daripada takde kan... Wafi.
Ada gak dia cuba2 naik keta mainan battery operated.
Tekan pakai kaki jalan sendiri.
Kejap jer sbb budak yg jaga tu asyik nengok2 jer.

Ni plak, lepas dinner.
Kami ke Teluk Kemang tapi tak ingat batu berapa.
Diorang ada pasang lampu.. cerah.
Ramai orang.
Pantai plak bersih.. pasir halus.
Tak jumpa pun sampah.
MDPD memang memainkan peranan dan yang penting kesedaran kebersihan orang ramai yang semakin meningkat.

Yoooohoooooo... nak kemana tuh..
Yang ni tak tau napa boleh ada rumput2 tumbuh.
Senang sket nak gerak budak kecik nih.
Malam tu dekat kol 11 baru balik resort...
fuhhhh penat.. fengsan!

Wednesday, September 21, 2011

PD Ostrich Showfarm

Lepas check-in resort (walk-in), kami ke Batu 9, Teluk Kemang untuk ke Ostrich Farm.
Sebelum tu isi perut kat gerai tepi jalan, makan cucur udang, keropok lekor, pisang goreng.
Order plak cendol & air kelapa yang WOW.. sedap...

Gerai ni belah tepi kiri selepas je masuk simpang ke PD Ostrich.
Memang mabeles dikala perut berbunyi2 hehehe...

Yang hitam jantan, betina plak kelabu dan mata dia sangatlahh cantiknyer.
Burung unta ni dari Afrika, jadi bila dok kat Malaysia yang beriklim panas & lembab, bulu2 dia senang tercabut.
Sian dia....

Telur ostrich ni tersangatlah kerasnyerr hingga boleh menampung berat sehingga 120kg.
Kalau nak pecahkan telur dia kena guna gerudi..
Makkaihhhh...

Pegang, memang keras macam batu. errrrr... tangan capa cenonet tu!!!!

Wafi pun tak sabar2.. tu yang ada aksi duduk atas telur.. dia plak syiok bukan main.

Ada plak snake show.. ni ular jagung namanyer..
eeee.. geli ibu nak megang.. kalo nampak gambar ni pun dah meremang bulu roma.

Ada gak kambing2 kat sini.
Sangat jinak. Yang hitam tu kuat makan.
Kambing2 ni makan dedak + jagung.
Rumput2 tak main kay.

Signboard dlm farm.

Kak Widad jadi orang pertama naik sbb yang lain penakut.

Cik Fatin si ikan patin dah cuak dah.
Bila dah turun dia kata bontotnyer masih geli2 sbb kena otot2 ostrich.

Abang imi pun takut2.
Burung ni kena tutup mata dia supaya senang nak kontrol.
Ostrich adalah haiwan kedua berlari pantas selepas cheetah.
Tu yang 2 orang kena jaga, kalo idak mau dibawak lari budak2 ni hahaha...

Jaga2... ada budak nak bawak lari telur...

Di hadapan PD Ostrich Showfarm.

Masuk dewasa RM8, kanak2 ... lupa plak sbb ayah yang bayar..
Ada personal guide juga.
Semua enjoy masuk sini.
Ada kedai jual cenderahati juga.
Recommended.

Tuesday, September 20, 2011

Hari Malaysia - Muzium Angkatan Tentera

Sempena cuti Hari Malaysia 16.09.11, Jumaat lepas, kami ke PD pepagi.
Selepas bekfes nasi lemak, mee kari 'power', beehoon kat Warung Puan Halus, terus kami ke muzium.
Muzium ni sebelum menghala ke PD & Teluk Kemang.

Helikopter tebuan.

Terowong Parti Komunis Malaya (PKM)

Tuala wanita buatan sendiri ahli PKM wanita.

Antara uniform2 yg dipamerkan.

Replika kem dalam hutan.

Kebuk mampatan. Ni lepas askar kuar dari kapal selam kena masuk dlm sini nak balancekan tekanan. Ala2 oven gitu.

Antara ruang pameran. Moden & selesa.
Fail peribadi Leftenan Adnan.

Antara kereta kebal yang dipamerkan.

Kereta bersenjata yang sudah dibaikpulih.

Waktu lawatan & masuk adalah percuma.

Anak2 suka pegi tempat nih.
Banyak benda yang diorang belajar tapi kalau nak tengok satu2, satu hari tak abih.
Ada beberapa bilik2 pameran seperti Era Kerajaan Negeri Melayu, Era Portugis, Era Jepun, Era Inggeris, Era Kemerdekaan & berapa bilik pameran lain.