Pages

Friday, May 30, 2014

Hytex Warehouse Sales 30.05.2014 - 01.06.2014


vavava... kali ni Hytex warehouse sales kat Dewan Orang Ramai Meru.
Sebab dekat bolehlah menyinggah kan...
Kalau sampai ke Kepong... memang mintak maaf la yer.
Sekarang kalau kat Kepong pun diorang buat di dewan juga instead kat kilang Hytex tu.
Padat and sendat lah kat dewan tu.

Sebab hari jumaat 30.05.14 adalah hari pertama dan jam 1pm baru dibuka, makanya takde lah ramai sangat orang.
Lagipun semua berhemah waktu memilih pakaian. Berbanding di Kepong. Sungguh menakutkan macam esok2 dah takde baju untuk dibeli lagi :'(

Jadi ibu bolehlah memilih dari rak ke rak dengan tenang dan tanpa rampasan huhu...
Target untuk mencari baju dan seluar harian untuk Wafi.
Harga range 3, 5, 6, 8, 10 etc.
Macam panty atas tu RM3 jer.
Brand seperti Looney Tune, Pooh, etc.
Corak tak ubah pun dari Bami kecik sampai Wafi dah membesar hahaha...
Semua yang ibu beli kain2 memang cantik dan selesa untuk cuaca di Malaysia.

Ambik bedak baby sampai 2 set sebab Kawi kalau berbedak from face to toe :-)
1 set consist of 2 harga RM9, brand Tenderly.

Ada lagi masa ni sapa2 yang berdekatan untuk membeli.

30.05.2014 : 1pm - 6pm
31.05.2014 - 01.06.2014 : 10am - 6pm

Thursday, May 29, 2014

Pulangnya mereka ke tempat asal


17.05.2014 bersamaan 17 Rejab 1435, kehilangan salah seorang keluarga terdekat iaitu Wak Sitah (panggilan ibu untuk saudara terdekat ini).
Wak Sitah ni antara keluarga/jiran terdekat yang ibu kenali sejak dari kecil. Ada anak yang sebaya ibu tapi telah meninggal dunia beberapa belas tahun dahulu. Al-fatihah buat Suhana Bt Amat, BFF.
Perginya arwah tanpa mengetahui penyakit yang dihidapi dari peringkat awal.

18.05.2014 bersamaan 18 Rejab 1435, salah seorang adik atuk, iaitu atuk saudara kepada rawiwa, Atuk Goden pula telah kembali ke rahmatullah meninggalkan sepupu2 ibu yang 3 orang. Atuk Goden ni muka memang iras atuk dan sentiasa tersenyum.
Atuk Goden ni jugalah yang kadang-kala menjemput dan menghantar Bami dan Kawi ke sekolah.
Perginya arwah kerana penyakit hati yang telah dideritai selama bertahun2.

Semoga syurga tanpa hisap bagi kalian dan ditempatkan bersama2 orang yang soleh.
Al-Fatihah.

Friday, May 23, 2014

Minnie Mouse Wafi


Wednesday, May 21, 2014

Projek Kitar Semula

Ni aktiviti anak2 dan ayah sewaktu cuti dan ibu sibuk di ofis huhu...
Mengumpulkan barang2 lama dan boleh dikitar semula.

Ada besi2 ampaian yang ibu dah kumpulkan di tepi rumah.
Basikal Wafi yang sudah patah. Periuk nasi dan iron yang sudah tidak boleh dibaiki.


Barang2 tu semua ayah hantar ke pusat barangan lusuh untuk dijual.
Kedai pulak kat tepi jalan besar nak masuk rumah kita. Dekat jer boleh lah bawak.
Kalau tak tunggu jer mamat pakistan datang naik van cari barang lusuh.
Mana yang besi, plastik, kertas mereka akan asingkan dan timbang.
Hasil jualan barangan di atas ialah RM22
Boleh lah untuk minum2 petang.

Daripada biarkan barangan tu campak di tapak pelupusan, jualkan jer lah.
Tapi kalau campak di tapak pelupusan pun takpe sebab mesti akan ada pengumpul barangan lusuh yang akan cari dan jual. Itu sumber rezeki mereka.

Monday, May 19, 2014

Projek DIY

Mulanya kami order wallpaper dari sebuah kiosk hiasan dalaman di Tesco, Setia Alam.
Sekali... dah tutup dengan deposit sebanyak RM50 yang belum dapat dipungut setelah hampir sebulan grrr..
Jadinya kami ke GM Klang untuk projek pencarian wallpaper.

Kedai wallpaper ni yang kat GM dulu iaitu bangunan setingkat.
Mulanya kami ke bangunan baru... pusing2 punyalah ramai orang.
Bila bertanya rupanya di bangunan expo.
Wallpaper seperti di atas. Pasang di satu dinding jer.
Harga di GM, Klang RM50 segulung (1.5 kaki x 33 kaki)
Kalau beli 5 dan ke atas free 1.
Untuk saiz dinding 10 x 15 kaki kami guna 4 roll sebab first time buat kan jadi ada yang potong lebih dan lebih rumit sebab ada lampu di dinding.
Nampak macam mudah tapi dekat sehari jugak buat.
Maklum lah... sangat amatur.
Ada juga bahagian yang tak puas hati :'(
Pejam mata jer lah... keras tangan gitu lah hahaha...

Jadi ruang tamu utama nampaklah kecik sket sebab kami letak wallpaper nada gelap.
Next... ruang tamu ke 2.

Friday, May 16, 2014

Mencari Hadiah Hari Guru


16 Mei setiap tahun akan disambut untuk meraikan guru2 yang mengajar.
Hari2 sebelum tu mulalah anak2 mencari2 hadiah yang sesuai untuk diberi kepada guru2.
Tahun ni ke kedai 99cents pula.
Seperti biasa saranan ibu beli sesuatu yang boleh digunakan oleh cikgu.
Cawan kecik2, bunga2 plastik, plak2... bukan dalam list.
Makcik kecik ni pun sibuk nak membeli juga.
Barang dia lah... jumpa cekak rambut... beli... jumpa gelas plastik princess... beli.

Harga kat sini memang affordable.

Kakak Widad beli sendiri hadiah untuk cikgu tu. Memang sudah diperuntukkan.
Ibu top up sket jer.

Selamat Hari Guru!

Wednesday, May 14, 2014

Risau juga kadang kala ni...



Hari Isnin semalam, ibu dan ayah ambil Wafi di sekolah since kami berdua pun tak kerja... (ehemmmm.... dating berdua hahaha... jangan marah).
Masa ambil tu awal lagi dalam jam 5.15 pm.
Bila sampai tu anak2 syurga sedang solat. Bergema suara mereka.
Bila cikgu bawak Wafi keluar, cikgu cakap Wafi taknak solat.
Kena marah dan kena duduk belakang.
Adoiiii... Wafi... Wafi...
Ikut suka kamu jer..
Bila ditanya kenapa taknak solat, dok sengih jer.
Haishhhh...
Tapi bila kat rumah dah janji akan solat.. siap set jari lagi tanda 'janji'.
Alhamdulillah..

Tuesday, May 13, 2014

N9 : Relax2 di Tiara Beach Resort

Tempat yang dituju sebenarnya...
Prima Inland Sea Resort (dahulu dikenali sebagai Tiara Beach Resort selepas itu Best SWestern Prima).

Menginap di sini dengan harga bilik RM150 semalam.
Owner En. Sham.
In case next time nak pergi boleh hubungi nombor 012-2233616
Juga ada di blog www.jomcuti-tiarabeach.blogspot.com
Apartment ni Cik Ami yang suggest.


Mandi di sebelah petang. Ini pool kecik.. kanak2 sesuai.. Tapi yang perasan kanak2 pun boleh mandi :)
Wristband beli sendiri. Yang ni penjaga apartment yang belikan. Dapatlah murah sket.
RM40 dewasa RM30 kanak2 untuk pakej 2 sesi.
Jadi kami berlima dalam RM180
Kalau beli sendiri RM55 dewasa dan RM35 kanak2 untuk pakej 2 sesi.
Jimat RM55.

Ini dihari ke-2.
Banyak mandi di pool yang lebih besar.


Pairing dengan Bami je.. Ayah tak nak join... (sudah).. rugi :)


Bami dan Kawi yang tak habis2 seronok.
Wafi dah penat katanya.. Tu yang duduk tepi.

Next time boleh pergi lagi tapi kalau nak pegi ke tempat yang relax sket macam Avilion ke hahaha...
RM650 semalam... ada bran... boleh lahhhh...


Sotong ni tempat tarikan tapi Wafi tak berapa nak mau masuk situ... haisshhhh... apa lah kamu ni.

Sebenarnya ini percutian yang tidak dirancang.
Tapi sebab ibu dapat refund dari LHDN tu yang dapat berjalan.
Alhamdulillah.. dapat lagi beli barang lain yang boleh dilihat daripada refund tu. Alhamdulillah...

Monday, May 12, 2014

N9 : Istana Adat

10.05.2014, memulakan perjalanan ke Negeri 9.
Plan asal nak ke Muzium Lukut ditunda.
Maka kami ke Muzium Adat di Seri Menanti.

Dalam perjalanan singgah di Ulu Bendul.
Rehat dulu... sambil mendengar deruan air sungai yang menggamit perasaan.

 
Permata hati yang behaved plak pagi tu hahaha...

Di hadapan Istana Lama Seri Menanti.
Istana ni tidak berpaku.
Main congkak...
oppssss tidak boleh bergambar di dalam.
Banyak gambar2 sultan2 lama dan terkini.


Ada plak geng motor besar buat lawatan.
Cuci mata tengok Harley Davidson.. bami teringin!
Istana hitam katanya... Cool sangat.
Ok.... sehingga jumpa lagi.


Singgah sebentar di restoran dihadapan jalan masuk ke istana.
Untuk dapatkan ini.... Coconut Shake... perghhhhhh.... sedappp...

Sunday, May 11, 2014

2

Ini gambar masih dalam draf.
Kenangan buat Wafi.

Friday, May 2, 2014

Catuan dihentikan dahulu...


Alhamdulillah..
Seperti yang diumumkan, catuan dihentikan.
Tapi mungkin akan diadakan semula pada musim panas nanti.

Ok... tong2 sudah dibasuh dan dijemur.
Tunggu untuk disimpan jer..
Simpan mana pun tak tau hihi....