Ibu masih lagi mengganti puasa yang tertinggal. Haishhhh... orang lain dah habis puasa enam pun.
Sebab ABC tak boleh lah mulakan dari awal huhuhu...
Tadi masa kat ofis teringin plak makan udang goreng tepung.. tak patut kan waktu2 puasa pun teringin makan udang.
Itulah gara2 masa lunch hour buka blog masakan. Petang tadi ibu baca blog www.aziejaya.blogspot.com
Petang sebelum keluar ofis ibu telefon ayah untuk makan kat luar malam ni.
Lewatlah sket keluar sebab nak habiskan kerja yang ibu kena submit esok.
Keluar pun selepas solat maghrib. Sebelum tu ibu dah berbuka dengan roti + sardin sebagai alas perut.
Bami tak join sebab letih sekolah dari pagi jadi tapawkan sahaja untuknya.
Udang goreng tepung yang diidamkan... tapi tak sesedap kat Muara & Jeram sebab digoreng dengan kulit sekali :(
Somtam.
Ada juga sup ekor dan daging goreng merah. Juga nasi putih untuk ibu.
Yang lain order nasi goreng USA.
Wafi order mee goreng... wahhhhh... dah pandai order sekarang yer.
Tengok....
Licin pinggan dia.
Kenyang cepat tapi kepuasan tu kurang.
Nantilah kalau dah habis puasa ganti barulah boleh outing dan makan yang lain sket :))