Pages

Friday, September 30, 2022

Solat Hajat dan Bacaan Yasin SRA

Malam ini diadakan Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat di SRA Bukit Kapar Timur untuk calon UPKK dan PSRA.

Dimulakan dengan Solat Maghrib, Solat Hajat, bacaan Yaasin, Solat Isyak dan Tazkirah/Ceramah.

Masa ibu sampai Azan Maghrib berkumandang. Masuk surau tak nampak lah Wafi sebab bersama murid lain. Siang tadi mereka ada ceramah motivasi. Kiranya bersambung sampai ke malam sehingga jam 10.


Bolehlah duduk bersama ibu bapa bagi program ceramah.


Wafi tanya kenapa ibu pakai mask... aiΔ·kk itu pun nak persoalkan haha. Kan dah jadi norm walau tak wajib pun. Kat ofis pun masih pakai juga.


Tengahari tadi whatsapp ibu dan pesanannya

Nanti ibu jangan pakai lipstik tebal tau!

Aiyooohhhh... takdenya lah ibu nak bermekap punπŸ˜…πŸ˜…

Semasa sesi ceramah.

Antara pesanan penceramah tentang AKHLAK.

A - Amalan kita kepada Allah.
K - Komunikasi dengan anak-anak
H - Hormat antara ibubapa dan anak-anak
L - Luahkan pujian kepada anak-anak
A - Ajarkan benda baik dan buruk
K - Jadikan anak sebagai kawan

Ini antara BFF Wafi, Amani. 

Ini gambar yang ustazah share untuk sesi motivasi anak-anak pada siang hari.

*spot Wafi?

Kakak kata

Senang je... yang tengok kamera πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ 

Ini pula sesi bersama ibu bapa.

Ya Allah, Kau permudahkan anak-anak dalam peperiksaan UPKK dan PSRA
Berilah mereka ketenangan
Berilah mereka kesihatan yang baik
Berilah mereka ketajaman fikiran
Semoga mereka dapat menjawab dengan betul, tepat dan mengikut skema jawapan
Berkatilah ilmu yang dipelajari
Rahmatilah guru-guru yang memgajar mereka
Berilah mereka 8A dan Mumtaz

Aamiin.. Aamiin
Ya robbil alamin...
 

Sate Daging

Masa kat ofis tadi Kakak Widad share gambar sate ni. 

Malam semalam kakak dah tanya boleh tak nak ambil daging korban untuk buat sate. Ibu ok je lah. Cuma tanya kakak bahan cukup ke. Since bahan semua ada, kakak onz je lah.

Sate lembut sebab guna bahagian daging yang premium.

Kuah sate yang cukup rasa.
Blurr sikit gambar ni.

Nipis plak kakak potong timun ni. Susah nak cucuk. Kena cucuk few pieces.

Daging yang diperap.

Siap cucuk dengan lidi.

Kakak guna grill pan @ magic pan je.

Ibu pernah buat sate SEKALI dan TERAKHIR.
Renyah😁😁😁😁

Beli senang... tinggal makan je hahhaha

Terima kasih Kakak Widad buatkan sate untuk dinner. Ada juga telur masak kicap dan sayur kobis tumis.
Alhamdulillah atas rezeki hari ini.


 

Wednesday, September 28, 2022

Kerinting Rambut

Dah lama lah Wafi minta mesin yang boleh curly kan rambut. Haritu lalu kat salon di SCM harga dia mahal lah pulak. Mungkin itu khas untuk salon jadi brand mestilah high end kan. Kat Parkson pun ada tapi harga lebih RM200.

Semalam masa belikan Abang Imi kipas berdiri kat Lotus, nampak plak curling hair machine ni. Check harga RM39. Ehh... harga reasonable lah.. untuk pakai kat rumahkan....saja suka-suka. Mesti Wafi happy dapat ni.


Inilah tools yang ada dalam kotak :-

1. 2 units curling iron (2 saiz berbeza)

2. Hot brush for styling 

Masa Wafi balik dari SRA kita buatlah surprise. Nampak sangat keterujaannya. Lama dah teringin katanya.

Lepas mandi dan solat terus dikerjakan rambutnya. 

Alhamdulillah dapat menggembirakan anak iniπŸ₯°

 

Monday, September 26, 2022

Gambar-gambar Abang Rahimi Selepas Konvo

Ibu masuk sini je lah semua gambar Bami lepas konvo tu. Ambil gambar family je lah since gambar Bami dengan kawan-kawan tak dapat lagi.

Gambar bawah pokok je sebab semua taknak kena panasπŸ˜ƒπŸ˜ƒ


Semoga Abang Imi terus sukses.
Lepas ni sambung degree pula.


Macam gaduh dengan abang je😎


Kakak dan abang yang pernah jadi BFF 😁😁

Our sunshineπŸ’™πŸ’™πŸ’™πŸ’™πŸ’™

Aiseyyyy... kesian Wafi.. terselit bawah bouquet. Gambar studio pun samalah ya sebab di posisi yang sama.


Abang dan ayah.


Barulah ibu perasan, Bami ni tinggi betullah dari ibu.
Ibu terasa merendah pulak. Kalau ikut, Bami tak adalah tinggi mana pun hehe..




Latar belakang tak ada graduan lain sebab spot yang ada banner Konvo tu ada berhampiran dewan.





Spam lagi gambar kita bertiga.


Ibu dan Bami lagi.
Ini pun Bami dah pesan takleh lama-lama sebab kawan-kawan nak gambar sama-sama.
Ok lah.. its your day!


Selfie berlima.


ok.. ok.. last.

Kakak kata teringin nak pakai jubah abang.
Labuh lah sikit since jubah ni kan ada saiz.
Insyaallah tahun depan turn kakak pula.

Warna jubah ni sama dengan UUM cuma UUM ada selempang di belakang dan mengikut warna fakulti. Fakulti ibu dulu warna gold.

Kakak dah chup bouquet ni. Nak letak bilik katanya.


Mujur adik kakak ni rajin layan kemahuan kakak dia.
Buat boomerang plak!

Masa ni ayah dah jalan ke gerai konvo cari air sejuk. Panas dah katanya. Nak masuk kereta dulu.

Jam 2 pm dah ni.
Bami nak ambil gambar bersama kawan-kawan lepastu nak pulang jubah dan ambil sijil pula.

Kami rehat-rehat lah dalam kereta makan minum sementara tunggu jam 3.
Boleh dah bergerak balik.

Alhamdulillah selesai sudah tanggungjawab ibu ayah untuk Bami mengenggam segulung diploma. 
Next phaseπŸ’šπŸ’š