Pages

Wednesday, May 27, 2015

Program Ziarah, Yong Peng.

Sesi perjalanan diteruskan.. adehh... 2 hari 1 malam jer pun tapi entry tak abis2 lagi.
Ni hari Sabtu 9 Mei 2015. Main program sebenarnya. Yang jalan2 gi Ayer Keroh dan Batu Pahat tu selingan hehehehe..

Kami je dari Batu Pahat. Yang lain berkumpul di RnR Seremban dan konvoi ke Yong Peng untuk program ziarah rakan UUM, Puan Yan.

Pit stop di KFC, pekan Yong Peng. Ada sesi taklimat sedikit daripada tuan penaung.

Perjalanan melalui ladang kelapa sawit.
Dari pekan Yong Peng dalam setengah jam sampai rumah destinasi. Dalam jam 12 lebih dah sampai.

Rakan dari Miri, auntie Sherry juga turun untuk sama2 dalam program ni.

Berbual2 sambil mengimbas kembali kenangan silam.
Wafi ada kawan, Aisyah setahun muda. Seronok main dengan kawan baru awak yer.. Aisyah ni anak uncle akmal dan auntie niza. Sebelum ni pun dah pernah jumpa tapi sekejap2 jer tak sempat enjin panas pun!.
Aiman Azeem ni anak uncle azhar. Sebaya ngan Bami. Pandai layan budak2 kecik.
Kawi kat mana2 pun jadi baby sitter. Suka budak2 tapi suka sangat sakat adik sendiri ggrrrr...

Bergambar ramai2. Ini semua sebahagian classmate masa kelas matrik 1.18
Kami gerak sebelum asar tinggalkan rakan2 yang baru sampai sebab tak dapat join awal.

Singgah dulu di Alai, Melaka dalam jam 6 pm.
Makan2 di Restoren Ala Kassim. Ibu dok bayangkan betul2 tepi laut.. rupanya gerai kat tepi2 perumahan jer.
Makanan semua menepati citarasa kami. Sedap dan segar. Terasa kelembutan isi ikan. Tak tunggu lama sebab uncle azhar dah order siap2.
Lain kali boleh ulang tempat ni.


Sebelum maghrib kami dah gerak keluar. Lagi 2 kereta terus pulang ke KL.
Kami stay semalaman di Mutiara Alai Homestay. Satu bilik RM90 (kalau tak silap sebab ayah yang buat urusan).
Bilik cukup untuk memuatkan kami berempat.
Ehhh... lupa nak bagitau, Bami tak join sesi cuti2 ni sebab hari jumaat tu kan masih sekolah, jadi dia tak mau cuti. Kawi dan Wafi awal2 lagi ibu dah inform cikgu.
Cermin mata yang Wafi pakai tu takde power. Souvenir dari nenek mah yong peng. Dulu nenek mah ada kedai cermin mata tapi dah tutup. Banyaklah bingkai2 yang disedekahkan. Bingkai cermin tu berharga RM228.. wowwwww...

Homestay ni ada sediakan alatan memasak di luar. Tapi takde lah kami nak masak2 sebab stay untuk berehat jer. Kesian driver jalan jauh kan hehehe...
Ada kolam renang kat sini.
Sebab ada dua keluarga jer masa tu dan yang satu lagi tu tak keluar maka kolam renang tu dua beradik lah yang conquer.
Jam 11 am dah check out sebab nak relax2 je otw tu. Lagipun dah dok teringatkan Bami yang kat rumah.
Bami ok je kalau kami tinggalkan sebab boleh ajak kawan tidur rumah. Tapi kena tengok keadaan jugak sebab takkan lah selalu tak join kan... karang orang panggil anti-sosial plak ekekeke...

Alhamdulillah.. habis gak cerita Melaka-Johor-Melaka-@jln rebung












Sunday, May 24, 2015

Hotel Pintar dan Mi Racun di Batu Pahat

Safely arrived di Hotel Pintar, Batu Pahat. Senang je nak cari hotel ni, selepas jer UTHM. Itu pun kami guna waze juga hehehe...
Sepanjang perjalanan dari Taman Mini memang masing2 tidur kecuali driver la.

Hotel ni pun ayah yang book hasil dari pencarian di google dan juga review internet.
Baru dibuka Disember 2014.
Standard room RM150 tapi ada promotion RM110.
Kat lobby, simple deco, bersih dan staff pun sangat friendly.

Boleh guna internet juga di lobi ni. Wifi juga ada.
201 tu bilik kami.
Katil king.. tepi2 pun luas. Tak perlu wardrobe sebab dah tersedia rak gantung.
Depan katil tu ada ruang yang besar untuk ayah tidur di bawah. Kami tak ambil extra mattress sebab ada bawak comforter.
Si kecik dan si kakak dah tak sabar nak baring2.

Highlight kat toilet.. Bersih dan kemas. Toiletries tu dia bungkus as a gift (ada sabun, syampu, sikat, berus gigi, ubat gigi, cap dan tak ingat laa hihi). Sayang nak guna. Memang tak guna pun sebab disediakan juga body shampoo dan shampoo juga dalam bilik mandian. 

Memang pintar la telefon tu letak di atas sebab kanak2 memang tak dapat capai. Bila kita tengok tv dan tiada aktiviti dalam certain masa, tv tu akan off sendiri.
Juga lampu di luar bilik pun akan terpasang bila kita keluar dari bilik. 
Air panas dan sejuk disediakan di pintu masuk level.
Haaa.. jangan tak caya.. ada 2 milo paket dan nescage as complimentary. Setakat ni ibu belum jumpa hotel sediakan paket milo.

Hotel ni memang ibu rekomen.
Bagi 5 bintang!
  
Petang tu jam 6.30 kita keluar untuk cari dinner. Gugel2 mi racun yang terkenal kat Batu Pahat. Ada di Taman Soga kalau tak silap. Senang cari juga dengan bantuan waze.
Kakak makan chicken chop. Si adik nak makan nasi  goreng.

Ni lah dia rupa mi racun tu. Ada gearbox. Yang ni satu gearbox berharga RM7.
Kalau 2, lain lah harganya.
Rasa macam mi hailam yang manis. Nampa sikit tapi ibu pun terpaksa hulur kat ayah sebab kenyang makan cuit sana sini.

Sebelum balik tu kita singgah di pasar malam. Sesaja nak merasa pasar malam di tempat orang.
Dapat juga beli beg untuk Kawi dan Wafi.
Juga buah tembikai sebagai buah tangan ke rumah rakan ibu keesokan harinya.

Saturday, May 23, 2015

Yang setahun sekali jer.


Rutin setahun sekali.
Nampak sangat tak berapa nak rajinnya.
Demi penjimatan sanggup tu menjahit baju sendiri dan anak2.
Baju yang fashion2 kita upah juga yer.. dah lupa buat pola (alasan klise!)

Last minit juga baru nak buat. Almaklumlah... puasa lagi berapa minggu je lagi.
Itu pun sebab nenek dah tanya.. dah buat baju raya belum?
Nenek selalu pesan, buat awal2 jadi bulan puasa boleh concentrate pada amal ibadah.
ai.. ai.. chief!

Wednesday, May 20, 2015

Taman Mini Malaysia 2015

Bergegas dari Zoo Melaka ke Taman Mini Malaysia. Sekejap jer sebab dekat dah dalam 5 minit drive rasanya.
Berkejaran sebab nak tengok show 12.00 noon sebab hari Jumaat.
Tapi bila sampai dan check kat kaunter, rupanya show jam 11.00 am, sama dengan bird show kat Zoo Melaka.
Alahai... keciwa. Rupanya yang ayah tengok dalam web diorang tak update. Dulu memang ada tapi sekarang dah takde.
Dah sampai, kita masuk je lah.. harga tiket tak ingat plak berapa.
Sebab pagi tu berkejaran, memang tak sempat proper bekpes. Masa kat zoo tu sambil2 makan roti bungkus. Sesampai kat taman mini kami makan sandwich sardin. Wahhh... sebungkus boleh habis makan berempat. Masing2 lapar.

Start dengan rumah Perlis.
Rasanya pernah ambik gambar posisi ni tapi entah mana letak gambar tu.
Ibu pernah merasa masak guna dapur kayu masa kecik dulu kat rumah nenek.
Siap main pondok2 masak lagi tau! Masak sayur pucuk paku dalam tin susu. Tapi kalau sekarang anak2 nak main mesti ibu tak bagi hehehe.... Tapi dulu nenek ok jer.

Typewriter macam ni pun pernah guna. Dulu atuk ada. Terror kan atuk... dulu setiausaha parti & belia kat kampung.
Bergambar dengan dancer jer yang tunggu kat rumah ni.
Ala2 gadis pingitan gitew.

Kita ke rumah Kedah pula. Kedudukan rumah mengikut peta Malaysia. Dari Perlis hingga ke Sarawak,

Ada perkahwinan orang Melayu. Ada hantaran bagai. Juga pelamin raja sehari.

Mula2 dok teka benda ni.. kolah mandi, tempat basuh kain hahahaha...
Sib baik dancer di rumah Kedah bagi pencerahan. Itu tong untuk menampi padi lah.. Sepatutnya ada kepungan baru lah jelas hehehe.. Takpun sepatutnya ada maklumat kat situ kan.
Ni kat depan rumah Melaka. Ada demo gasing. Rekues dari pakcik untuk tunjuk kat anak2.
Masa kami datang ada 2 tourist dari Singapore jer. Sebelum tu ada student tapi dah balik. Jadi taman mini kami yang empunya!
Ni kat rumah Selangor. Ada demo masakan. Tapi takdelah adik kat situ nak mendemo sebab tak ramai orang kan. Ada plak pakej makanan tradisional Melayu. Pakej RM3/hidangna. Hari tu ada kopi secawan dan 3 ketul roti jala beserta kuah kari.
Makan pun kena bersimpuh yer. Budak 2 ni yang kasi peghabih.
Asal usul nama Selangor.

Pergi ke setiap rumah tapi dah tak ambik gambar. Banyak rumah yang kurang dijaga dan rosak juga.
Pihak pengurusan perlu buat lah sesuatu agar tempat ini terpelihara. Sayang kayu2 dan atap2 kat situ dok mereput.

Di kat tepi rumah Sabah. Yang ni naik beranda jer sebab dalam memang rosak teruk dan berkunci rapi. Nampak lah dari celah2 dinding.
Tangga naik ke rumah Sarawak. Ibu tak naik sebab ngeri jer. Tapi ada tangga kayu kat sebelah kiri. Ini rumah panjang. Dalam banyak bilik2.

Puteri2 sedang buat tarian sendiri sebab tak dapat tengok show kan...

Lepas tu kami teruskan perjalanan ke Batu Pahat pula.

Tuesday, May 19, 2015

Zoo Melaka 2015

Jumaat 08.05.2015, ambik cuti sebab asalnya nak ikut ayah g wat marketing dan esoknya ada program ziarah kawan di Yong Peng.
Walaupun marketing tu cancel sebab dah bagitau cik mek nak jalan2, maka kita teruskan program.
Seawal 7.30 pagi bertolak dari rumah untuk ke Zoo Melaka.
Pagi hari bekerja, makan jalan sedikit jem lah kat Meru tu tapi alhamdulillah still dalam perancangan masa.
Dalam jam 10 pagi dah sampai Melaka.



 Harga tiket masuk ke Zoo Melaka.
Juga do's and dont's

Sementara menunggu ayah ambik kamera. Ishhh... sib baik parking tu tak jauh. Boleh plak tertinggal.

Kanak2 yang ceria sebab dapat bercuti... kawan2 lain semua sekolah.
Excited nak tengok zirafah.

ooo zirafah... ooo zirafah
Tingginya ooo zirafah
Kaki panjang leher panjang
Tingginya ooo zirafah

Beberapa hari sebelum tu dah pektis lagi ni balik sebab lupa.. Sib baik ibu masih ingat.. kalau tak jenuh nak skrol blog ni cari lagu. 

 Cuba cari iguana?

 Kuda dan tak ingat binatang apa tu... bau dia .... memanggggg berbau. Ke itu skunk. Tak ingat dah.


Seladang.. tanduk ngeris tu.. Siap ada yang luka.. ganas betul. Tapi bila nak masuk kandang tu, berderet2 mereka bergerak.

Ni kawasan harimau.. tau je lah harimau di siang hari... dok tido jer. 

Cubaan ayah ambik gambar harimau.
Ehhh... ada duofie2 plak hehehe...

Jumpa plak batu kura2 ni. sebenarnya ada dua kiri kanan tapi Wafi takut nak naik sorang2.. tu yang jadi double dengan kakak.

Ada gak few binatang yang kita tak pergi dekat sebab nak mengejar Bird Show.

Dari entrance nak ke tempat ni ambik masa dalam 45 minit gak ler.. yang ni Wafi dah penat.. tu yang
takmau ambik gambar kat sini. Padahal dah beria nyanyi lagu gajah. Meh ulang...

Gajah berkaki empat (gelek2)
Hidungnya sangat panjang (gelek2)
Telinga selebar daun tapi gajah tak makan orang
Kalau adik ingin tahu
Apa makanan gajah lalalalalala lalalalalala
Gajah makan tebu



Bird Show jam 11.00 am.
Tu yang berkejaran ke sini.
Sempat ambik angin, fuhhh berpeluh2 jalan.
Sampai2 sini memula Wafi tu takde mood sebab penat. Nasib baik lah burung2 tu menghiburkan hatinya.
Overall semua seronok.

Selepas habis show dan beli souvenir, kami berkejaran ke Taman Mini Malaysia pula.