Pages

Wednesday, June 26, 2013

Cerita jerebu di sana sini

Sudah hampir seminggu, negara diselubungi oleh jerebu.
Terutamanya di negeri2 yang berdekatan dengan Indonesia.
Jerebu disebabkan pembakaran/kebakaran terbuka di sana.
Beberapa hari jugalah kain di ampaian berbau asap.
Di kawasan Klang, jerebu mula teruk pada hari Ahad dan semua sekolah di sini diarahkan bercuti ganti dari hari Isnin sehingga Rabu, iaitu hari ini.

 
Gambar lama - halaman tepi, nyaman bila di sini

Alhamdulillah, semalam petang hujan walaupun tidak lebat tetapi memulihkan sedikit persekitaran.
Tengahari semalam diadakan solat sunat memohon hujan, juga diadakan pembenihan hujan.
Walau tak semua negeri hujan, masih ada harapan untuk keadaan menjadi nyaman sediakala walau sekarang ni musim panas.

Pagi ni agak nyaman walaupun jerebu masih bersisa.
Kesihatan anak2 perlu diberi perhatian. Juga pada mereka yang mempunyai masalah pernafasan.

Sunday, June 23, 2013

Ayam goreng Bestari


Ayam goreng yang menjadi pojaan sekarang ni.
Digoreng dengan tepung Bestari.
Buatnya pun senang.
Perap 1/2 jam kemudian salutkan dengan tepung dia.
Goreng.
Dah sejuk pun masih lembut dan sedap.

Google image

Ni lah tepung dia.
Banyak dijual di kedai runcit juga pasaraya2.
Ada dua jenis, biasa dan pedas.

Next projek, nak wat stok ayam perap untuk bulan puasa nanti.


Friday, June 21, 2013

Saya sibuk ni!!!

Ibu masa kecik2 dulu suka main 'pasaran'.
Ehh... bukan pasar gelap atau pasar malam, tapi pondok2 lah namanya.
Pasaran ni orang jawa yang sebut.
Main pun bukan kat tepi rumah tapi kat kebun arwah 'mak satu'.
Siap boleh masak2 lagi. Ingat lagi masak sayur bening pakis dalam tin sardin.

Sekarang anak2 main kat dalam rumah atau keliling rumah.
Habis tu dah takde kebun.

Ni aksi Wafi masa menyusukan baby dora.
Peutup kotak tu ala2 dulang laa.. macam2 letak. konon macam kedai lah.
Hp ibu pun jadi mangsa, Wafi letak depan dua botol tu.
Dah ibu nak ambik gambar, tu yang dia agak marah laaa...
Pinjam sekejap jerrr tau... (ehhh... hp ni ibu punya laaa).
Baby nak susu.

Ishhhh... ketat pulak baju ni.


Syyyy... diam2.. baby nak tidur.
Ni baby patung tergolek lepas dipakaikan bedak. Penuh muka ngan badan dia.
Lantai pun penuh dengan bedak.. habis semua licin.
Sapa nak mop lantai ni!!!!

Wednesday, June 19, 2013

Jalan2 di Jusco BBK

Ni Sabtu dua minggu lepas. Tak tau nak ke mana jadi ke Jusco BBK jer. Yang dekat. Untuk ke SCM macam dah best lah pulak kalau setakat nak tengok2 hehe..
Sampai pun dah dekat jam 1 pm sebab sebelum tu kan mencari jajan Wafi di kedai borong, juga ke 2 PLY.
Parking banyak lagi walaupun kat luar tu diorang renovate.

Bila masuk dalam jer... rupanya kat tengah tu pun renovate gak.. sesak napas rasanya. nak ke ladies pun kena gi 1st floor hihi.

Dah alang2 ke situ, cuci2 mata jer lah.

Nak kasi Wafi leka, belilah hello kitty ni.
Peace dari kakak.

Baju purple, tudung merah hurmmmm....
Pose istimewa dari kakak Widad.
Ibu pun nak gak. Sempat ibu beli aksesori kat belakang tu. Rantai dan gelang yang membuatkan kakak widad merajuk sebab dia malu bila ibu pakai. Hukallohhhh... cam tu pun boleh.
Nak naik juga.

Tak bergerak pun. Sekadar bergambar.

Ibu rasa kuda tu jeritlah Kawi! Berat!
Kan comel bila senyum.
In good mood.

Wafi yang manjaaaaaa sangat.

Mana abang???
Masa ni abang ngan ayah gi solat zuhur lah....

Monday, June 17, 2013

Snail saya


Ni 3 minggu lepas, Wafi bawak balik lukisan dari school.
Tak siap lagi sebab banyak katanya.
Ni mesti siput kacukan sebab sebelah mata biru sebelah mata coklat hehe...
Skil motor halus semakin bertambah baik. Kaler dalam garisan.
Kanak2 dengan imaginasi yang tinggi.
Sangat colourful.
Kalau ibu, cengkerang tu bubuh jer warna coklat, badan dia hitam.. siap lah (malas punya ibu hoho..)

Wednesday, June 12, 2013

Sambutan Hari Lahir Wafi di taska

Ni pulak semalam 11.06.2013, sambutan hari jadi di sekolah.

Gigih bangun awal. Ibu nyanyi2 kan dulu takut Wafi nanges walau malam dah pesan banyak kali pagi kena bangun awal, tak boleh nangis.


Macam nak mendung jer. Nasib baik sampai school tak nangis. Gigih ibu menyanyi dalam kereta.
Dina, Ika, Damia, Wafi, Kaseh & Khalesya.
Tak tau lah diorang ni nyanyi apa. Kakak Ana tolong ambik gambar.


Kaseh yang ceria.
Senyumlah sket.. garangnya muka.
Tak senyum pun.
Masam lagi muka.

Standby, kawan2 nak nyanyi.

Happy birthday to you....

Allah selamatkan kamu....
Selamat hari jadi....

Tiuplah Wafi...

Ummi kata Wafi tak nak tiup lilin tu.

Ummi Rose lah tiup.

Ummi suruh potong kek... pun tak mau.
Ummi juga yang potongkan.


Ibu, Naim, Qori dengan Darwisy cakap kek yang ibu buat sedap...Alhamdulillah... kek munge2 untuk anak montel ibu nih.




Kad/kertas (hihi...) ucapan daripada kawan-kawan Wafi.
Most of them 3-4 tahun jer.

Pra sambutan hari lahir yang ke-3

Ni buat ahad lepas, 09.06.2013
Actually hari tu hari lahir Alif (2nd cousin Wafi), selang dua hari jer.
Malam tu baked simple kek jer.

Sememeh jer hihi... saya budak baru belajar.. ni fresh cream frosting.
Berlubang sebab Wafi tak sabar dok mencuit2.

Masih mamai.

Lebih kurang jam 6.15 pm. Muka comot, Wafi baru bangun tidur. Topi tu tak buka plastik.

Kakak tolong potong kek. Masa ni kami berempat jer sebab ayah cuci kereta kat rumah atuk.


Ibu sediakan goodie bag untuk kawan2 Wafi di sekolah. Kakak tolong packing.

Tuesday, June 11, 2013

Cerita tentang 2 basikal

Haritu masa kat rumah ummi, Wafi dok berkenankan basikal kuning Isyraf.
Basikal tu 2 roda jer, jadi Wafi tak boleh nak naik lah sebab tinggi.
Tu yang dia mintak ibu pegang belakang dan dia dok sibuk nak mengayuh.
Katanya nak basikal kuning macam Isyraf.

Sekembali dari Tapah, ibu decide lah nak belikan satu untuk Wafi.
Beli hari Isnin, masa tu Wafi di taska. Kira nak buat surprise la.
Beli kat pasaraya.. yang ada warna oren, harga RM95. Tak tengok tempat lain pun.
Letak basikal di boot naza. Kawi & Bami yang akan bagitau.
Bila Wafi dah masuk kereta, kakak dan abang tunjuklah basikal tu.
Wafi ke belakang dan bila dia tengok basikal tu dia cakap " saya nak basikal kuning "
Sambil tu teresak2 dalam perjalanan dari taska ke rumah sambil cakap nak basikal kuning.
Sedih sangat dia tu.

The next day, ibu masih teringat2 keinginan Wafi nak basikal kuning.
Ambik dari taska, terus cari basikal kuning kat kedai lain. Biar Wafi pilih sendiri. Harga dapat RM80. Rupanya ada saiz yang kecik sket.

Bila dah dapat yang berkenan dihati, sukalah dia. Dok nak mengayuh jer.

Bila dah ada 2 ni, menyemak jer dalam rumah. Tak letak luar lagi sebab weekdays malam jer kat rumah. Bolehlah juga main kat luar petang balik dari school, tapi takde lah lama sangat.

Basikal tu kira birthday gift Wafi hari ni 11.06.2013
Selamat Hari Lahir, sayang.

Nanti ibu uploadkan gambar Wafi sambut birthday kat school yer...
itu pun kalau dapat banyak sebab bateri hp yg ibu bekalkan dah low :(