Pages

Sunday, August 31, 2014

Teknik Raya Gathering 2014

Ini acara Raya Gathering anjuran rakan2 Teknik yang tinggal di Rawang yang diadakan pada Syawal ke 28.
Bertempat di Bandar Tasik Puteri.
Konsep potluck.. tapi tuan rumah ada sediakan nasi kerabu yang sangat lah sedapnya.
Ibu bawa kuih ketayap dan popiah sira yang ditempah lebih awal.

 Kebetulan geng2 Dorm 2 (D2) yang ramai.

Bersama Eny yang tinggal di Seksen 26 Shah Alam.
Ayah dan Khairi Jalal (Bondry), rakan sepermainan masa di Kem Polis semasa di Ipoh.
Co-host, Eyma dan Haslipah.
Juga co-host, Won dan Yusuan.
Sambil makan dok menyembang jer. Bila balik baru perasan itu tak makan.. ini tak makan. Yang penting perjumpaan dengan rakan2.
Juga rakan se-dorm, Faridah Sidek yang sangat lah soft spoken.

Posing lagi...
Wafi yang mula cranky.
Makja dan Eyma.
Tu Wafi dok menunggu ibu suap tapi ibu sibuk berposing plak hihi...
Lagi...

Bedmate, Ina @ Waz .. 25 tahun baru dapat berjumpa.
Ibu, Boboi, Ina dan Has.
A'a, Rohana & ibu.
Zety dan Abdul Hai yang tiba paling lewat.
Tak dapatlah bersembang lama sebab dah nak balik.
Gambar sebelum ibu meminta diri.
Masa ni ramai yang dah bergegas pulang untuk urusan yang lain.

Semoga ada lagi majlis seperti ini pada masa akan datang.

Friday, August 29, 2014

Bami yang malu2 meraikan rakan yang kurang dikenali.

Ni gambar2 kunjungan rakan Bami yang membawa rakan2 lain.
Bami kata tak kenal. Kenal sorang jer.
Adoiii Bami... tak kenal, berkenal-kenalan lah nak oiiii...
Datang pun dah lewat mereka ni.. dekat jam 10 malam gitu. 

Kuih raya tak banyak dah... rezeki mereka dapat makan kuih ketayap dan popiah sira.

Akif, rakan Bami.
Ishhhh... budak2 ni... banyak gaya nooo..

Wafi pun sibuk melayan kawan2 Bami.
Dia yang terlebih seronok.

Tuesday, August 19, 2014

Kunjungan rakan-rakan ofis

Syawal 21.
Hampir sepuluh tahun barulah rakan2 ayah dapat berkunjung ke rumah. Ibu pun ambil kesempatan menjemput rakan2 department ibu.
Majlis minum2 petang sebenarnya dan bermula jam 2 - 6 pm.

Ibu sediakan bihun sup. Juga ada kuih ketayap dan popiah goreng yang ibu tempah dari Ana... sedap dan puas hati.

Juga order roti jala.
Ibu masakkan nasi impit bersama sambal sotong. Mulanya nak buat kuah kacang tapi kena ada lauk lain pulak. Jadi, jalan terbaik buatkan sambal jer.

Cukuplah untuk rakan ofis, keluarga atuk dan jiran2 sebelah rumah.
Juga ada rezeki lebih dari Cik Ana, spagheti. Disebabkan baraan Cik Ana tak ramai, jadi banyaklah lebih. Rezeki tetamu.

Selfie bersama Cik As, ofismate ibu yang sama2 berkhidmat hampir 18 tahun.


Ini pula Cik Kamisah, accounts UVISB, tetamu pertama ibu.
Cik As bersama keluarga keciknya.

Cik Rahmat bersama isteri dan anak2, Sofia dan Syawal (tiada dalam gambar).
Kawi bersama Pia yang cheeky.
Kawan Kawi tak dapat hadir pula.

3 orang jer ofismate ibu yang dapat hadir. Yang lain ada komitmen.
Insyaallah lain kali boleh datang gather2 kan...
Rakan2 abang Imi.

Officemate ayah. Lecturer2 muda.
Juga sebahagian dari rakan2 ofis ayah.

Nenek, keluarga Cik Elis dan Cik Ujang.
Cik Baya yang makan tak habis2 hihi... mak buyung lah katakan. Si cumil Alya entah ke mana... dok meronda dalam rumah.
Keluarga Cik Cha tiada dalam gambar sebab ibu dah terlelap sekejap.

Juga, ayah menjemput abi2 dari tahfiz berdekatan tapi seorang sahaja yang dapat hadir.
Selepas maghrib keluarga Pak Tam dari taman sebelah sampai.
Sembang2 sehingga 8.30 mlm.

Baru boleh mengemas dan mencuci2.
Alhamdulillah... majlis kecik2 jer jadi dapat berbual2 dengan rakan2 yang hadir.

Isninnya... ibu cuti untuk berehat2 dan bersantai2 dengan Wafi yang memerlukan kasih sayang.
Hahaha... masa hari kejadian kan dia dok main dengan kawan2 jadi tak dapat ibu nak peluk2.
Alhamdulillah

Thursday, August 14, 2014

Syawal 14

Ahad, Syawal ke 14 :  keluarga Uncle Zaki beraya ke rumah pula. Datang dengan 4 heroes dan sorang heroin, anak buah mereka. Meriah sungguh rumah. 

Amir Faishal dan Amir Syahmi.

Haziq dan the cousin. Suka tengok Haziq makan... sup pun nak kat sebelah sebab nak cedok sendiri. Dah besar lah Haziq ni.
New hero dalam family, Danial. Cumil.
Seronok lah Kawi jaga... sebab budak takde kerenah... kendong ke sana ke mari.
Dah kenyang makan, ke main diorang lari masuk keluar rumah...Jangan masuk parit sudah. Luckily cuaca redup sangat petang tu, bolehlah mereka main kat luar rumah.

Rezeki syawal, dapat buah2-an pulak dari jiran baru, Pakcik Rasul.
Sebelum Uncle Zaki pulang, keluarga atuk Jep pulak sampai. Beraya ke rumah anak2 buah. Dok kampung kan... bagi salam je lah. Rezeki atuk Jep sebab lauk2 masih banyak lagi.
Jannah dan Anuar.
Lauk2 kampung je tengahari tu.
Nazurah... selera kamu yer... kira makcik bagi Bami la walaupun umur sebaya.
Selfie... tapi goyang ler plak.

Petang tu plak keluarga cik ujang dan cik baya sampai.
Masa tu ibu tengah buat minum petang.. ada lah rezeki mereka.. kalau tak kuih raya je lah hihi..
Alya dan keropok tak dapat dipisahkan.. mentang2 lah  mix Kelate.
Alya... saya memang comelll...

Kerenah anak beranak bila dapat senapang mainan. Buat kenangan hihi...

Ain dan Adam pun nak juga.. tapi malu2 plak dua budak ni.

Alhamdulillah... dapat meraikan tetamu2...
Malam boleh rehat.