Pages

Sunday, December 31, 2023

Jalan² di Kurashiku Street

Kawan ibu yang duduk Kulim, Acik Ija share di FB beliau tentang Kurashiku Street ni yang terletak di lorong belakang BSN Kulim. Malam ni kita free jadi sengajalah datang tengok.

Betul² terletak di lorong antara bangunan.

Raikan Cinta Hanim & pasangan

Ahad 24.12.2023 seorang lagi staff depatment ibu buat majlis.
Hanim ni classmate Bami masa F1 -F3 dan mereka masih berkawan.

Ibu bersama MF, FAM.

Bagai pinang di belah dua 😘

Tahniah Hanim dan suami.
Semoga bahagia milik kalian.
Till jannah🥰

Rakan² yang hadir.

Otw nak ke parking terserampak pula dengan officemate yang baru sampai.

Seronok jumpa kat luar with difference colors🤣🤣🤣

Maklumlerrr.. tiap hari pakai uniform🤭
 

Raikan Cinta Officemate Hakimah

23.12.2023
Ibu dan ayah menghadiri majlis perkahwinan rakan sekerja ibu. Plan dengan kawan² jumpa kat rumah pengantin jam 12.30 pm. Tapi ibu lewat sikit sampai dek kejadian kat Hero Supermarket.

Officemate muda² yang ajar ambil gambar di sini.

Gelap lah pula gambar ramai² ni.




Wefie kat luar khemah.. terang sket tapi pengantin tak ada lah pula.

Selamat Pengantin Baru Hakimah dan Syazwan.
Till jannah🥰🥰
 

Sampai Kulim Dah

Alhamdulillah.. kita sudah sampai Kulim jam 1 tadi. Dari rumah jam 7 am. Jalan clear. Macam biasa bawak relax² je. Ibu take over kat Bukit Gantang. Sempatlah tidur dari Ladang Bikam. Breakfast siap² beli kat Petronas Latar. Petronas tu best sebab jual pelbagai makanan untuk sarapan. Ambik nasi lemak, bihun goreng dan mi goreng mamak, kuih bom, popiah goreng dan sandwich. Macam nak berkelah😁. Semua sedap². Makan dalam kereta je sebab makanan semua dalam pack.

Sampai Kulim singgah "bulu²" (machine car wash) dulu kemudian baru lunch. Wafi teringin makan ikan 3 rasa dan tomyam. Adehhh.... mana buka lagi. Mujur pilih Secret Recipe akhirnya. Kasihan pulak kalau tak dapat apa yang diinginkan. Cuti pun banyak masa kat rumah je.

Sementara order sampai.

Friday, December 29, 2023

Check Bill Dulu

Haritu beli barang kat Hero Supermarket dan lepas bayar harga barang dan nak ke kereta baru ibu tengok resit pembelian. Rasa beli sikit je nape sampai RM391. Bila tengok item kenapa ada harga 1 barang RM141. Tak pernah dengar pun Hamadaya Japanese Soy Sauce. Bila google ada rupanya sos gitu.
Tolak balik troli ke kaunter.

Adik yang jaga kaunter check satu². Dia kata ada kemungkinan bar code yang discan tu separuh je. Tapi tengok semua barang ada harga.

Adalah dekat 15 minit nak setelkan. 
Adik tu pulangkan cash RM141 walau ibu bayar guna debit kad.

Hidup ini keras dik..
Banyak ni je RM250.
Padahal barang keperluan harian. 
ehhh... Mister Potato dan jajan² tu barang kehendak Kawi.

Oklah... lepas ni ibu kena berhati² dan check tengok barang yang discan terus dari machine monitor tu.
 

Dinner di Mashigetta

Dinner last week, kakak teringin makan Korean food. Mashigetta lah yang paling senang.

Appertizer. Ibu paling suka jeruk lobak putih tu.

Entah ngapa, asal datang je duduk meja ni😁

Servis Kereta

Otw balik dari bank tadi baru teringat yang KM kereta ada lagi 200 lebih untuk next service. Weekend ni nak ke utara jadi lebihlah pulak KM tu nanti. Beberapa bulan ni kan memang asyik jalan jauh. Ke Terengganu dan beberapa kali ke utara. Memang cepatlah habis 10,000 KM. Terus ibu whatsapp service centre untuk booking esok pagi jam 8 am tapi available jam 11.45 am. Lambat sangat pulak sebab ada event lepastu. Sajelah tanya hari ni jam 2 pm. Ehhh.. ada slotlah. Ok lah macam tu.

Kebiasaannya ayah yang bawa kereta untuk service. Ini ibu kali pertama. Ayah suka je datang sini sebab best katanya😁.

Tunggulah sekejap, nanti ada technician akan entertain. Beliau beritahu akan ambil masa 2 jam. Anggaran 4.30 pm siap. 

2 jam kat service centre ni takde lah rasa bosan, bolehlah ibu update blog dan tonton drama.

Buka Akaun Bank

Hari ni ibu ambil cuti konon nak rehat² kat rumah temankan Wafi. Kesian Wafi, cuti² pun duduk rumah seorang. Tu yang awal² dia cakap kat sekolah best sebab ramai kawan... (awal² cuti🤭). Bila dah beberapa hari mulalah cakap taknak balik asrama😁

Budak² asrama ni kan bila balik qada' tidurnya macam dah tak ada hari esok. Dari ibu mengadap manusia tidur baiklah ibu buat urusan duniawi. Manfaatkan masa cuti. 

Wednesday, December 27, 2023

Family Gathering di BTP dan Sambutan Hari Kelahiran

Cerita weekend lepas. Cik Cha sponsor homestay Uncle Wak Sir di Bandar Tasik Puteri. Seperti biasa cari homestay yang ada pool dan dekat dengan rumah. Dapatlah berkumpul dari hari Jumaat hingga Isnin (22 - 25 Disember 2023). Tak semua family yang dapat join seperti family Cik Ujang (family day di Janda Baik), Cik Ami (Cik Amir +ve covid) dan Cik Nora komitmen keluarga. Alhamdulillah 8 family dapat berkumpul itu pun ada yang on & off sebab dekat dengan rumah kan 😁. Macam ibu Sabtu dan Ahad masih sempat hadir kenduri kahwin officemate.


Seronoklah anak-anak mandi.
Dari pagi membawa ke malam, mandiiiiii je.
Mana yang sempat je lah ambil gambar, padahal ramai lagi anak-anak buah.

Monday, December 25, 2023

Dinner & Movie

Ini cerita Sabtu lepas masa Abang Imi  balik. Awal-awal lagi Bami suggest family outing sebaik sampai Terminal Bas Sani. 
Tempat yang senang Setia City Mall je sebab Bami ajak makan dan tengok movie.
Sampai kat SCM, Bami ke kaunter tiket GSC setelkan issue ticket yang dibeli dari website. Tiket tu declined dan menurut staff sebab terlalu ramai user guna website pada masa yang sama. Duit dah deduct, staff kata ambil masa 3 minggu untuk dapat semula. Terpaksalah beli tiket lain.

Makan dulu di Teh Tarik Place.

Sunday, December 24, 2023

Akhirnya 3 Beradik Berjumpa

Entahlah diorang bertiga ni... macam² drama. Hectic betul.
Abang Imi kan sepatutnya tak balik.. hari Khamis tengah malam whatsapp ibu (pagi Jumaatlah baru ibu baca) bagitau program habis tengahari Jumaat. Jadi malam tu bolehlah balik tapi check ticket semua habis dari Unisza mau pun Kuala Terengganu. Check Sabtu pagi 7.30 am ada tic jadi Bami pun beli. Tic balik minta ibu belikan hari Isnin petang.

Bami beritahu kasihanlah kat Wafi sebab lama tak jumpa abang.

Nampak tu... Wafi lah yang beria jemput abang dia.. rindu sangatlah tu. Delay lah sikit trip Bami, dekat jam 6 pm baru sampai.

Friday, December 22, 2023

Gambar Kelas 1 Allium

Cikgu kelas Wafi share gambar dalam whatsapp grup kelas.
Nanti gambar ni masuklah dalam majalah sekolah.

Ibu simpan sini.

Gaya formal

Anak-anak memakai baju korporat sekolah.

Freestyle 1

Freestyle 2

Guru kelas 1 Allium, Cikgu Fishal.

Tingkatan 1 Tahun 2023/24 menggunakan nama² bunga.

  • Allium
  • Adenium
  • Airis
  • Azalea
Kelas mereka akan menggunakan nama yang sama sehingga form 5. 

 

Wednesday, December 20, 2023

Kakak Balik Bercuti

Petang semalam kakak beritahu lecturer buat kelas online untuk hari ni dan esok. Jadi bolehlah kakak balik sekejap jumpa Wafi. Mujur juga ada tiket bas lagi. 

Pagi tadi jam 10 gerak dari Jerteh. 7.45 pm sampai Klang Sentral. Ibu ingat boleh sampai jam 6 lebih tapi masa tu masih ada di Gombak. Kalau sampai jam 6 bolehlah ibu gerak terus dari ofis. Masa tu kan orang balik kerja jadi trafik slow. Jam 7 ibu balik rumah dulu lepas Maghrib baru keluar semula ambik kakak.

Kakak kata lapar sangat jadi kita makan di Pakli je lagipun kakak ada kelas online jam 8 malam.

Monday, December 18, 2023

Gara-gara Tak Dapat Jumpa Abang Dan Kakak

2 minggu sebelum balik Wafi dok asyik tanya boleh tak abang dan kakak balik sebab dah rindu lama tak jumpa. Hurmm... ye lah tu.. dah lama tak gaduh dengan abang dan kakak kan.. tu sebab rindu. Jadi ibu suggest weekend yang cuti Krismas kalau nak balik sebab minggu ni kan Wafi baru balik dan minggu yang last tu kena balik semula ke sekolah.

Abang beritahu date yang ibu suggest abang ada kerja luar. Jadi tak dapat balik. Kakak ok nak balik walaupun ada quiz tapi boleh manage. Cuma ibu kesian lah kat kakak sebab kalau balik Khamis malam dan sampai pagi Jumaat, takkan malam tu juga nak kena balik U. Kalau balik Sabtu lewat petang baru sampai Jerteh. Nak kena ambil grab sorang-sorang pulak tu. Ibu belum konfiden lah kakak naik grab sorang-sorang. Haritu yang kakak balik mid-sem, ada kawan dan sampai Jerteh pagi.

Bila beritahu situation abang dan kakak, Wafi kata nanti buat video call lah dengan mereka. Muka dah sedih.

Kita nak jumpa kakak sebab nak pinjam Ipad kakak
Aduhhh... hurmmm...

Masa awal2 kakak masuk U ritu kakak ada beli Ipad baru. Itu yang Wafi teringin tengok padahal Wafi pun dah ada Ipad sendiri. Mungkin sebab model lama. 

Saturday, December 16, 2023

Nak Ambil Buah Hati Pengarang Jantung

Lepas subuh ibu ayah sudah keluar rumah. Bawak kereta leklek je ke utara. Kenderaan pun banyak. 

Tujuan utama nak fetch budak omey ni... 

Ya Allah... rindunya.. dah sebulan tak jumpa. Wafi dah balik Khamis petang, makngah pickup dari school. Stay lah 2 malam di sana. Insyaallah tengahari ibu ayah sampai.

Esok boleh balik Klang. Cuti sekolah 2 minggu. Cuti paling lama semenjak Wafi masuk asrama. 

Nanti balik barulah plan nak buat apa. Nak bagi Wafi chill² dulu.

 

Tuesday, December 12, 2023

Mita Cake

Baru berkesempatan makan Mita cake yang dibeli di airport Kuching. Mita Cake ni adalah kek butter dan cheese. Haritu Kak Widad dah siap potong dan masuk dalam Tupperware. Ada dok elok dalam peti sejuk tapi takde sapa makan lepas Kawi dan Bami balik U.

Ibu ambik beberapa keping letak dalam pinggan dan masukkan dalam mikrowave. Panaskan 3-4 saat je. Bila buka mikrowave, makaihhhh... bau butter dia sangat wangi.

Makan panas².. lahaiiii sedapnya. Teksturnya pun lembut.

Dapat pula teh-o panas. 

Medang ketika cuaca sejuk... memang nikmat.

Inilah kotak Mita Cake tu. 
Beli di airport RM23.

Ibu tengok kat Shopee pun ada jual.
Kotlah teringin nak makan lagi bolehlah order.

Tapi kena habiskan yang ada dulu.. ni ayah dah makan malam ni katanya sedap... rasa boleh habis tu kejap lagi😃😃
 

Limau Bali

Jumaat lepas nenek bagi ibu sebiji limau bali yang dipetik di belakang rumah. Katanya kulit dah layu sebab tunggu ibu tak balik-balik. Aiseyyyy... minggu lepas memang tak sempat singgah sebab balik rumah pun dah malam. Jumaat baru sempat singgah bila reporting dah submit.. jadi bolehlah balik ontime, yeeayyyyy

Ibu campurkan
  • 1/2 limau bali 
  • 2 SB serbuk asam
  • 2 SB gula 
  • 2 biji cili padi
  • Kicap cair
Campurkan semua bahan-bahan di atas dan sejukkan.

Ibu terlebih letak serbuk dan kicap.
Hasilnya ada terlebih rasa masin.
Bila nak makan lebihan kicap tidak diceduk sekali.

1/2 lagi ibu kurangkan sukatan bila buat keesokan hari nya.

1/2 biji limau bali
1 SB serbuk asam
2 SB gula
2 biji cili padi

Barulah ngam rasanya. 
 

Yaya Lukis Makngah

12.12.2023
Hari ni hari jadi Yaya.
Nama Sofiah pun sempena 12.12 Shopee sale 😁

Beberapa hari lepas ibu Yaya tunjuk gambar yang Yaya lukis. Bulat-bulat gambar ibu dia.

Ibu minta ibu Yaya cakap kat Yaya lukis gambar makngah pulak.

Ini lah hasilnya.
Hamboiii... kemain mata makngah tu.. mendelik (terbeliak) bak kata Cik Amie.
Sekali tengok dah tau dah... ada unsur kartun Minions 😀

Yaya : Makngah.. takut

Kot ye pun makngah ni menakutkan...  janganlah buat banyak sangat kaki makngah tu, dah macam kaki ketam pulak 😁

Anyway, terima kasih Yaya lukiskan gambar makngah.
Makngah simpan sini buat kenangan.

Selamat Hari Lahir Yaya
Semoga sihat dan menjadi anak yang bijak.



 

Monday, December 11, 2023

Tumis Sayur Lokio

Masa kat Pasar Serikin ibu nampak ada seorang peniaga jual Sayur Lokio. Ibu memang dah lama cari sebab seingatnya masa kecik dulu nenek pernah masak sayur lokio bersama udang. Walaupun dah lama tapi ibu masih ingat masakan tersebut. Lepastu macam tak pernah makan pula. 

Mula-mula nampak tu tak adalah nak beli sebab nampak sayur lokio tu dah ada daun yang kekuningan. Tapi kalau tak beli nanti teringat-ingat pula. Beli lah satu ikat sebab harga baru RM5.

Bila dah sampai rumah bukan nak masak terus pun masa tu sebab pucuk midin pun masih menunggu giliran untuk dimasak. Jadinya Sabtu minggu lepas barulah sayur lokio ni dapat dimasak.

Ibu cari info tentang sayur ni. Jumpa yang Warisan Petani kongsikan tentang Tanaman Lokio.
Terima kasih WP atas perkongsiannya. Bolehlah tengok gambar di blog beliau untuk rujukan.

Setelah dibersihkan, buang akar dan daun-daun kuning dapatlah banyak ni. Ingatkan nak goreng panjang-panjang macam tu, tapi bila search resepi better asingkan bawang dan daun.

Ini bahagian bawang yang telah diasingkan dari daun.

Ibu tumis simple je.
  • Sayur Lokio
  • Udang besar
  • Cili
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Garam
  • Serbuk secukup rasa
Cara-cara : Goreng sebentar udang dan ketepikan. Kurangkan minyak gorengan udang, masukkan hirisan cili, bawang besar dan bawang putih. Layukan sebentar dan masukkan bawang lokio.  
Bila nampak bawang lokio tu layu sikit terus masukkan udang dan sayur lokio. Perasakan dengan garam dan secukup rasa. Terus angkat sebab sayur lokio ni cepat lembut.

Dapatlah semangkuk.
Bila rasa, patut bawang lokio tu tak perlu masuk awal sebab nak tekstur yang crunchy.
Tak ngapelah.. lain kali harap boleh jumpa lagi.
Mungkin nak kena cari di pasar tani 😄

Terlaksana lah makan sayur lokio tumis.

Santai²

Weekend ni dapatlah 3 hari cuti. Hari ni cuti sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor. 3 hari betul² relax. Recharged. Keluar pagi untuk btiskwalk je.

Keluarkan peluh sikit. Solo lagi lah pagi ni macam biasa😁
Hari ni ayah kerja. Gombak belah KL, kalau Gombak belah Selangor dapatlah cuti🙃🙃

Balik singgah Ghulam Rasul. Rasa lama tak makan roti puri. 

Lepas bersihkan rumah sambung KDrama Castaway Diva.

Tak sabar nak jemput omey minggu ni. Seminggu dua ni rumah sunyi sangat 🥺. Ibu ayah balik kerja dah malam. Awal pagi dah ke tempat kerja.

Mujurlah ada si Oyen ni.. entah kucing sapa entah.. Adam ke Nenek Masi. Rajin nongkrong atas motor Bami😃