Kawi sebelum UPSR dah request nak pegi jalan2 dengan BFF.
Ibu ok cuma dengan syarat, ibu ayah kena join sekali lah... sebab takkan nak lepaskan anak2 dara ni jalan2 sendiri.. owhh... belum sampai masanya.
Takpelah Kawi, ibu ayah sanggup temankan demi keselamatan.
Ni jalan2 pada 08.11.2014
From left : Azlin, Intan, Widad, Wafi (aikk.. terselit) dan Rabiatul.
Seawal jam 8.30 masing2 dah sampai rumah.
Risau gak sebab pagi tu hujan lebat dan masa kami keluar rumah pun masih renyai2 lagi.
Destinasi tak pasti sebab bergantung pada cuaca.
Alhamdulillah, bila hujan berhenti dapatlah ke Taman Botani.
Kalau hujan, memang kami ada beberapa back-up plan.
Sebelum beli tiket.
RM4 entrance fee dan RM3 ke rumah 4 musim.
Area ni ibu tak masuk sebab temankan Wafi di Pusat Pengembangan.
Di Pusat Pengembangan Kanak2.
Sekarang musim luruh. Tak begitu menarik sangatlah. Except musim salji. Lagi beberapa minggu.
Aktiviti Wafi di Pusat Pengembangan. Luckily ada this place, boleh lah layan budak kecik ni. Kalau tak jenuh nak merajuk je.. Bad mood plak pepagi.
Ada disediakan alatulis dan kertas untuk mewarna. Tempat pun sangat selesa.
Ibu yang sudah mengembang uhukhuhuk... diet please..
Wafi masam je muka.
Tunggu tram. Tak larat lah nak berjalan. Faktor usia.. (ibu la)
Dalam tam/bus. Adoiii.. punyalah ramai orang. Kenalah beratur.
Cool.
On the way ke Klang Parade, singgah untuk lunch. Light jer sebab pagi tu dah makan nasi lemak.
Ni makan rojak ngan cendol bawah pokok tepi jalan.
Tengah makan sedap2, hujan lebat sekali lalu.. adoiii... sambung makan dalam kereta.
Sampai di Klang Parade thot nak tengok movie, sekali panggung tu tak bukak lagi... hahaha...
Jenjalan je lah dulu. Besar betul skrg KP ni. Banyak outlet. Boleh repeat.
Sebab banyak masa lagi... maka kita tengok movie citer melayu, Keramat.
Dah tu je movie yg terdekat.
Habis movie, the girls window shopping, kami 3 beranak ke playground.
Melayan si kecik.
Alhamdulillah, dapat memenuhi hajat Kawi.
Seronok dapat menggembirakan hati anak.
Bami takde lah dia nak join kan hikhikhik...