Pages

Friday, October 27, 2017

Kenduri kahwin dan rakan UUM

Ini majlis kahwin adik perempuan Cik Awi beberapa minggu lepas.
Buat di dewan SIRIM, Shah Alam.
Dewan yang luas, simple dan selesa.

Angah ikut.. dah tak nangis. ok, kalau nangis boleh join.. jangan nak mama nak mama hehe..
Angah kan dan besar.
eee... budak banyak mulut... cubit nanti hahaha...







Nenek tak pakai gincu ke kihkih..


Cik Elis dating kemudian.. lepas tu balik rumah dan akan hantar nenek dan angah.
Kami nak pergi shopink.. buku.. hahaha... cari buku SRA buat revision.. tapi takde plak kat Kedai Buku Marwilis tu.. dah habis stok. Maklumlerrr dah akhir tahun.



Jumpa Tubod (seriously tak perasan) dan isteri, Hamisah Jalal masa kenduri ni.
Tubod ni sepupu ayah Cik Awi. Datang dari Kulai.

Banyaklah yang ayah sembang2.
Boleh plak ibu tak ingat auntie Hamisah ni.. walhal same batch.
Adoiii... factor usia kah!

Wednesday, October 25, 2017

Ayam penyet


Ini juadah weekend haritu.. sesaja try buat ayam penyet.
Resepi from google... jumpa yang best daripada blog asal Masam Manis Azlita Aziz.
Cuma ibu ada olah ikut keseuaian dan apa yang ada di dapur. Nasi putih je, ulam pucuk ubi, ayam goreng berempah, tiada tauhu dan sup ayam. Sambal follow resepi yang diberi tapi ada yang tak letak kihkih...
Sambal ni tak pedas (langsung) so anak2 boleh makan... next time kena asingkan.. satu tambah cili padi lebih barulah best macam beli di kedai.

NASI AYAM PENYET

SUMBER:Azlita Masam Manis
OLAHAN RASA:mamamiasanasini.blogspot

Bahan-bahan:

1 ekor ayam-potong 4 dan cuci bersih.Ayam direbus hingga empuk dan tambahkan kiub ayam ketika merebus ayam.Bila dah empuk angkat ayam dan toskan.
*Air rebusan jangan dibuang kerana kita akan gunakan untuk memasak nasi dan juga untuk supnya.

Bahan perapan ayam :

1/2 sdm jintan manis

1/2 sdm jintan putih
3 sdm ketumbar
Kesemua bahan ini di sangai dalam kuali tanpa minyak 
1 sdm serbuk kari ayam/daging
1 sdm serbuk kunyit
1/2 sdm serbuk lada putih
3 ulas bawang putih
1 cm halia
1sdt garam
1 sdm gula pasir-saya tambah
Sedikit serbuk perasa-saya tambah
Sedikit air untuk mengisar
Minyak untuk menggoreng
1/2 cawan tepung beras-tambahan untuk ayam yang berkeriuk rangup
1 biji telur-tambahan untuk ayam yang berkeriuk rangup


Cara-cara:

Masukkan bahan yang disangai bersama serbuk kari,serbuk kunyit,serbuk lada putih,halia,bawang putih dan garam.Tambahkan sedikit air dah kisar hingga halus.Bila dah halus lumurkan pada ayam yang telah kita rebus tadi.Perap ayam ini semalaman sebelum digoreng.Bagi anda yang nak cepat 2/3 jam perap pun ok.


Baki ramuan perapan ayam jangan dibuang.Anda boleh ambil sedikit dan gaulkan dengan tempe dan tauhu dan perap dalam bekas yang berasingan dengan ayam.
Anda boleh goreng ayam ini bila semua bahan lain seperti nasi, sambal dan sup telah disediakan.Maknanya goreng ayam ini akhir sekalilah ya supaya ia masih panas bila dihidangkan dan keriuknya tu rangup!


Baki perapan ayam atau tempe tu anda campurkan dengan tepung beras dan telur.Tambahkan sedikit garam jika kurang masin.Celupkan ayam tadi ke dalam campuran tepung dan goreng dalam minyak panas secara terendam hingga ayam tu kuning keemasan.Angkat dan toskan.Baki adunan tepung anda boleh renjiskan dalam minyak dan goreng untuk dapatkan keriuk-keriuk yang rangup.


*Sebelum goreng ayam anda perlu goreng tempe dan tauhu dahulu.Baki minyak tu nanti baru goreng ayam.

Bahan untuk sambal:


20 biji cili merah-hiris (10 biji je)

10 biji cili api
10 ulas bawang merah-hiris
3 ulas bawang putih-hiris
5 biji tomato-hiris (4 biji je)
5 cm belacan
2 sdm ikan bilis (tak letak)
3 sdm gula merah-saya guna gula Melaka (gula pasir)
Serbuk perasa-saya tambah (tak letak)

Cara-cara:


1.Panaskan minyak,goreng ikan bilis hingga garing.Angkat dan ketepikan.

2.Goreng belacan seketika.Angkat dan ketepikan.
3.Masukkan bawang merah,bawang putih dan cili.Setelah layu masukkan tomato.Gaul rata dan tutup api.Angkat dan ketepikan.
4.Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
5.Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu.Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
6.Masukkan semula bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan,masukkan gula merah,serbuk perasa dan gaul rata.
7.Rasa sambal yang terhasil,tambah gula,garam jika perlu.

*Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian.Simpan dalam peti sejuk.Panaskan sambal sebelum disajikan.

Bahan-bahan untuk Nasi Ayam


3 cawan beras-cuci bersih dan toskan

3 ulas bawang putih-hiris nipis
1 batang kulit kayu manis
2 kuntuk bunga lawang
4 biji buah pelaga
Sedikit butter
Secubit garam
6 cawan air rebusan ayam-sukatan air ini bergantung pada beras yang anda gunakan.
1 helai daun pandan -simpul

Cara-cara:


1.Cairkan butter.

2.Tunis bawang putih,kulit kayu manis,buah pelaga,bunga lawang dan daun pandan hingga harum.
3.Masukkan beras dan masak sebentar 3-5 minit.
4.Kemudian masukkan air rebusan ayam (anda boleh campurkan denga air sejuk sekiranya air rebusan ayam tidak mencukupi),perasakan dengan garam,masak nasi hingga sempurna.


Monday, October 23, 2017

Abang tolong

Sekarang kan musim exam akhir tahun.
Wafi dah start buat revision beberapa minggu lepas.
Memang ada je lah alas an nya untuk taknak buat... nanti lah.. nak makan lah... rehat kejaplah..
Pening mak!

Ada je bantuan yang dicari.
Nampak je abang.. mintak tunjuk ajar.
Kurang keyakinan lah gitu.

Petang tadi dah start exam sekolah agama.. Fekah dulu.




Ya Allah... Ya Allah...
Permudahkan Wafi ketika menjawab soalan peperiksaan.
Dapatlah Wafi dan kawan melengkapkan jawapan dengan betul, lengkap dan seperti yang diingini dalam skema jawapan.

Thursday, October 19, 2017

Kunjungan Acik Fauzan & keluarga dari Tanjung Malim

Sempena cuti Deepavali kita duduk2 rumah je.
Dapat mesej dari acik Fauzan mereka berada di SCM. Hoyaayyy.. boleh singgah rumah.
Sambil2 bertanya khabar boleh lah kita minum2 dulu.
Godek2 chest freezer.. nak tengok apa yang ada.
Jumpa ketupat palas frozen, rending ayam dan temosa ikan... ehhh.. ada plak kuah laksa.
Adoiii... sebelum ni main bubuh je sbb mmg nak frozen kan.. tapi masalahnya lupa ggrrrr...




Makan2... ada bihun goreng.
Yang ringkas2 je.
Besar2 dah anak dara auntie pojae ni.. 


Semoga ketemu lagi dan ukhuwah sentiasa berpanjangan.
Sangat seronok bila dikunjungi rakan2 tersayang.




Wednesday, October 18, 2017

Menang hadiah Teka Silangkata



Sebagai kenangan...
Ini pic wafi dapat hadiah teka silangkata Tahun 1, sempena Bulan Kemerdekaan 2017
Dia ada cerita kawan kata wafi mana ada pandai buat silangkata bila ada kawan lain nak tiru jawapan..
Alahaiii anak.. kesian nya awak.
Takpelah... ini bukti awak boleh jawab kan.
Percaya pada diri sendiri.

Set mekap Mary Kay

Hari tu ada invitation ke kelas mekap2.
Actually ada beautician aka promoter aka penjual produk yang  buat demo.
Kita follow je lah since it is free.

 Ni salah satu rangkaian penjagaan muka yang ada.

 Juga yang ini.

 Lipstik pun best.
Adalah beli seketul dua hihi..

Ni lepas cuci2 muka.. boh foundation dan lipstik.
Cheh.. nampak flawless gitu.

Ni anak2 dara selepas make over.
Kelas ni di Sabarinah Spa.
Ada pakej urutan, lulur, mandi bunga, gunting rambut dan bermacam jenis lagi.

Lepas kelas kita cari makan di Alam Jaya.
Western lah gitu.
Minum petang dan dinner terus je lah.

Yang best... tak berapa lama dari join this class, ayah belikan beberapa set mekap, brush dsb.
Hoyayyyy..
Dengarnya parah gak nak keluarkan wang beli set Mary Kay ni.
Kata sayang bini hihihi..nak bini lawa

kihkih

Birthday ibu di Seri Pacific Kuala Lumpur

Ni pun kejadian dah lama.. 28 & 29.01.2017
Sambut birthday ibu aka belated lah gitu. Actual date 04.01.2017 yang ke 44 ehhhhh.. tuo dah ehh hihi..
Kalau tak silap ibu kerja pagi tu. Ayah ambil di ofis dah kita terus shoot ke KL.

Sampai2 ibu ambik nap sebab sakit kepala.. maklumlah cuaca alahaiii panas ya hamat..
Masa ibu tido ni lah wafi n the geng buat projek dekorasi bithday ibu.
Tapi sayang... gambar mebi dalam album ayah..tak dapat nak tunjuk.
Ayah ke Lulu Hypermarket beli kek, makanan dan few stuffs.

Petang lepas makan2 tu... apalagi.. anak2 dok nak turun lah mandi pool.
Ibu layan kan je lah..
Pool kat sini tak besar sangat.. ala2 pool lama.. tapi mereka pantau dengan baik sekali.. kejap2 dengan wisel hahaha.. ada life guard yang cantik.. badan fit macam instructor gym.

Bami yang bermalas-malasan. Nak lepak je katanya.

 Nampak kepala je si kecik ni. Kakak dah ke mana ntah.

Dekorasi di lobi hotel... haritu kan Tahun Baru Cina.

Rooster Year..

Sebelum balik kita singgah di Sunway Mall aka The Mall.

Semalam di E&O Kuala Lumpur

Belek2 album dalam PC di rumah.. rupanya ada entry yang tak up lagi. Adoiii... banyak sangat album.. ada di pc ofis, di hard disk, hp dll.. jenuh nak ingat mana save pictures.
Ini kesinambungan dari jalan2 di Tugu Peringatan Negara di sini dan Pusat Kesenian Islam di sini.
Habis buat lawatan di Pusat Kesenian tu, kita makan aka piknik di taman. 

Cool dalam ni.

 Bami entah di mana.. jalan depan kot cari port.

Perut lapar.... ada masak lemak cili api ayam, sayur capur, telur masin, sambal belacan dan ulam.
Ringkas je tapi bangkit selera sebab tengah lapar pun kan.

Settle semua.. kita ke E&O Apartment.. di tengah KL. yeayyyy
Cuti macam orang have2.. tapi sebenarnya ikat perut dulu beberapa bulan sebelum ke sana kihkih..

 Ruang tamu yang luas.

Ni dapur... bersih, besar dan moden.
Ada washing machine dan dryer.
Complete lah kalau duduk sini.
This time around, memang tak ada aktiviti masak2 pun sebab short vacay dan kita memang nak jalan2. Sayang kan... periuk semua kilat2 tak guna hahaha..

Gambar bilik, bilik air dan swimming pool ambik.. tapi tak ingat savekat mana. Sebab dah selalu sangat ambik pic kadang2 macam tak pe lahhh...
Lepas tu menyesal cari tak jumpa padahal ni antara apartment paling cantik dengan kemudahan moden.

Malam tu kita jalan2 di Bukit Bintang.... jalan2 means jalan kaki.
Tunggu teksi ntah.. macamana semua taknak berenti.
Jalan ok je.. sebab ramai orang.. cuma bila balik kaki dah melecet huhuhu..

Ok.. setakat ni dulu..

HAPPY DEEPAVALI
Hari ni kita cuti lepak di rumah je ye..

Tuesday, October 17, 2017

Ini kasut siapa?


Malam masa nak susun kasut terpikir... apesal lah kasut wafi ni kotor sangat.
Belek2 lama.. hujan pun tidak.. takde lecak.
Bila tenung lama2... laaaaa ini bukan kasut wafi.
Kasut wafi baru sebulan ibu tukarkan yang baru sebab yang lama dah tak ummphhh..
Ini mesti kes tertukar sebab siangnya wafi ada join aktiviti mandi kolam di sekolah sempena Hari Usahawan.
Kasut ni plak besar sedikit.

Malam tu gigih whatsapp cikgu minta tolong tanyakan kat kawan2 sekelas kot ada yang tertukar.
Memang tak tulis nama since dah nak akhir tahun kan... masa awal tahun memang tulis nama di kasut.
Tengahari tu cikgu balas takde yang tertukar..
Means tertukar dengan murid bukan kelas wafi lah ni..

Takpelah... dah bukan rezeki wafi.
Ingat awal tahun depan tak perlu lah beli kasut.. jimat.
Cuma... heheh.. terdetik gak kat kepala.. mak murid tu tak perasan ke kasut anak dia baru haha..

ok.. ok... redho.

Monday, October 16, 2017

Limau Purut & Lemon

Beberapa minggu lepas, ibu ada tanam pokok lemon & limau purut.
Puncanya sebab beli lemon kat pasaraya tersangat lah mahalnya.. ada yang RM2, ada yg RM1.80 sebiji dsb.
Masa tu memang pasang niat nak tanam sendiri.
Daun limau purut pula RM1/pack
Memang wajib beli bila belanja barang dapur.
Kebetulan pakcik Rasul ada jual... minta dia hantar ke rumah.. pesan.. nak yang gebu2.


Pokok lemon.. masa beli ni RM30
Dah keluarkan bunga sekarang.
Pakcik Rasul cakap ni lemon panjang.



Limau purut.
RM15 sepokok.
Dah ada buah ni.

Petik daun selai dua je sebab masih kecik kan.
Ada bubuh baja dan racun organic.
Racun tu tak nak kasi ulat jengok.. tapi ada juga lah yang datang.
Kena cepat2 buang.. tu pun kalau rajin jengok.

Baja plak bubuk 2-3 sudu je.. biar kuat dan sihat hehe..
Semua tu pakcik Rasul yang suggest. Beli kat Kedai Pertanian Malaysia juga.

Nantikan kemunculan lemon... ahhhh tak sabar rasanya.

Thursday, October 12, 2017

Kawi, PT3 & Donut

Hari Selasa ibu belikan anak2 donut leleh dari Abam Donut. 4 pack semuanya.
Sampai rumah 1 pack bagi kat jiran kecik2 yang datang main kat depan rumah.
Kakak Widad cakap.. sedekah lah kat kanak2.

Kawi kan suka sangat donut.. malam tu cakap esok (Rabu) nak 2 pack.. makan puas2 sempena habis PT3.

Semalam pagi barulah ibu order dari Abam Donut since malam2 tak best pulak nak order.
Tapi bukan rezeki kawi, habis pulak pagi tu. Ok lah.. esoknya boleh lah dapat.

Sekali.... tengahari dapat mesej dari Kawi.. adoiii...
Ibu lah yang bersalah.
Ni ibu screenshort luahan Kawi.
Semoga Kawi bertabah.














Oh yaa... itu FB messenger Bami punya since Bami yang akan login FB.
Bila anak2 di rumah dan hp tiada data... FB messenger lah penghubung.

Balik kerja risau gak Kawi tak ok..
Petang tu zasss ibu ke KFC kunun2 nak pujuk si dia.

Alhamdulillah.. balik semalam kakak dah ok... tak sebut apa2 pun.

Bila fikir balik.. susah sangat kot PT3 ni.. nak jawab KBAT PAI & KH.
Sampai stress tak dapat makan donut.

Alahaiii anak ibu.. tunggu petang nanti tau.
Abam Donut cakap nak bagi extra special untuk kakak sebab tak dapat penuhi permintaan kakak semalam.

*******

Monday, October 9, 2017

Kawi dan PT3 2017

09.10.17 : BM & Maths
10.10.17 : BI & Sains
11.10.17 : Kemahiran Hidup & Pendidikan Agama Islam
Minggu2 exam ni bak kata ayah, ruang tamu jadi bilik gerakan PT3
Malahan di bilik ibu pun sama... mana yang sempat je kakak Widad ni study.
Ibu redha hehe... walau malam terpaksa bersempit tidur bertiga.. ibu, kawi & wafi.
Demi keselesaan Kawi.. ibu n wafi bentang toto.. tidur di bawah hehe..
Sakit tau tulang temulang ni..
3 hari je tau.. janji.. lepas tu tidur bilik sendiri.

Gigih pagi2 6.30 kami hantar kakak (berjalan kaki je hehe) ke depan tunggu van sekolah... Wafi pun bagi sokongan buat kakak.

Semoga kawi tenang ketika menjawab soalan.
Dapat jawab soalan dengan betul, tepat dan lengkap seperti yang dikehendaki oleh skema jawapan.
Semoga kakak beroleh kejayaan dunia dan akhirat.
Ibu, ayah, abang dan wafi sentiasa doakan yang terbaik buat kakak widad.


Ya Allah, Kau permudahkan urusan Widad dan rakan2 dalam menjalani peperiksaan pada hari ini dan hari2 seterusnya..


Aamiinn... aamiin Ya Rabbal Alamin.






Thursday, October 5, 2017

Ulangtahun kelahiran Muhammad Rahimi


Tetiba rasa ehh... dah 17 tahun dah anak ibu ni.
Abang yang penyayang tapi kadang2 buatkan adik2 geram.
Semoga Bami sentiasa sihat.
Mendengar kata.
Membahagiakan kami semua.
Kami sentiasa doakan Bami beroleh kesejahteraan dunia dan akhirat.

Aaamminnn...


Oh yaaa... pic ni diambil pada 28.09.2017 untuk acara graduasi pelajar2 Tingkatan 5 SMK Meru.
Pertama kali memakai baju kemeja berwarna selain putih dan berslack.
Begitu kacak sekali Bami.. kalau tidak... terlalu simple... hanya round neck t-shirt dan jeans pilihan hati. Anak yang tidak banyak memilih... terima apa yang ibu ayah belikan.. t-shirt pun tak boleh ada corak, berbelang dan berkolar.. haishhhh..