Sebelum ni kan bila pagi Wafi nak singgah kedai Bismi.
Sebab... dia nak beli air soya.
Ok lahhh ibu belikan sebab Wafi nak kuih karipap juga.
Beberapa hari plak tu dia nampak air upin-upin yang berperisa anggur, laici, epal.
Rotate lah flavour yang dia nak.
Hinggakan suatu hari Wafi muntahkan air tu kat school dan ummi pesan
Wafi tak boleh beli air upin-ipin lagi.
The next day nya memang dia tak mau dah. Ingat pesan ummi.
Sampai suatu petang tu masuk dalam kereta, Wafi buka beg dan tunjukkan sebotol Yakult.
Sebotol jerrr... huhu... ibu pun nak.Wafi cakap tadi ada orang datang, bagi Yakult pada semua kawan2.
Wahhhh promote plak.
Wafi cakap, ummi pesan beli Yakult, upin-ipin tak boleh.
Haaaa baguslah macam tu.
Hamboiiii.... asal ummi cakap ok jer.. kalau ibu cakap kadang-kadang tak nak dengar.
Ini saya punya sorang tau.
Ibu tak boleh.
Tak terkata sedapnya.
Bagus susu kultur ni.
Nanti ibu beli tau!!!!