Pages

Friday, September 26, 2014

Asid pembersih lantai


Gambar ni ibu ada share di FB Jom Kita Berhias Teratak Impian.
Asid ni berjaya membersihkan kesan simen yang melekat di tile.
Selama 10 tahun dok mentenyeh kotoran tapi tak hilang.. dengan asid ni.. alhamdulillah 10 minit dah tanggal.
Tapi tak boleh guna selalu sebab ia akan menghakis.. gitu lah sifat asid kan..

Anggota badan pun kena jaga juga sebab boleh menyebabkan gatal dan pedih.
Best sangat sebab lantai dah bersih.
Ibu pun baru dapat tau yang penggunaan asid ni perlu dihabiskan sebab ia boleh sebabkan karat pada kawasan sekitarnya.
Ada sket lagi dan ibu akan guna di bilik air untuk kesan kapur yang degil takmo tanggal2.

Perlu baca label untuk do's and dont's.

Jadual re-sit paper Sc & BI

Jadual baru UPSR.
Science dan English yang kena re-sit.
Harap nya tiada lah ulangan bagi paper lain setelah Math 1 pun akan re-sit pada 9/10/2014.

Semoga Allah permudahkan Widad Hanani dan juga semua anak2 yang akan mengambil semua UPSR.

Thursday, September 25, 2014

Tak terlayan...


Sib baik ada cik ana tolong tengok2.
Masa minggu2 Kawi periksa memang tak sempat nak layan Wafi sangat.
Tu yang bila balik dari skul dan Wafi nak dok kat rumah Cik Ana ibu benarkan.
Kalau dok kat rumah asyik kacau kakak takpun kakak kacau adik.
Geram betul lah dua budak ni.


Wednesday, September 24, 2014

Sepetang di Pantai Remis

Gambar2 Wafi semasa mengikuti family Cik Ana ke Pantai Remis, Jeram.
Kalau tak beberapa wiken memang duduk rumah sebab Kawi kena kuarantin.

Happy :-)
Chubby.
Alamakkk... Wafi tak makan kerang....
Sib baik Cik Ana order satay.. dapat lah makan.

Tuesday, September 23, 2014

Wefie

Bersama rakan setugas.
Sempena annual dinner 2014.
Tak tau ler diorang nak buat macamana.. kami kasi pic jer.
Nak buat slide rasanya.





Monday, September 22, 2014

Perkelahan yang menjimatkan

Hari Ahad 2 minggu lepas, berkelah lah kami di depan SCCC/Setia City Mall.
Perkelahan paling dekat dan menjimatkan hihi..
Sementara menunggu Cik Baya n family juga Cik Fatin dan nenek.
Kat tangga depan Setia City Convention Centre tu biasanya ada pasangan pengantin buat outdoor shooting. Memang cantik kawasan situ.
Ada buskers wat show depan Setia City Mall.
Wafi dok beria nak tengok orang nyanyi.

Ingatkan nak light berkelah2... rupanya Cik Baya dok goreng2 untuk minum petang... rezeki.
Ibu bawak kerepek2 n jajan2 dari rumah nenek jer.

Seronok budak2 ni main bubble. Murah jer.. Beli satu bekas buih sabun dengan harga RM2 sekali dengan pemegang tu. Habis main adalah budak2 kutip bekas tu. Takkan nak angkut balik kan.. kira sewa lah tapi takde lah letak deposit bagai.

Padang yang luas... angin sepoi2 tapi kalau nak main layang2 tak boleh ler.. tak naik hihi...
Buat birthday lepak2 pun boleh.
Cuaca macam sekarang boleh lah nak melepak seawal jam 4, kalau few months ago, jam 6 pm pun masih panas berdeting.

Next time kita leh lepak2 lagi.

Sunday, September 21, 2014

Cinta baru :)

Ada hari sabtu yang tak tau nak buat apa. Lepas bekfes ajak ayah cari bunga kunun nak tanam.
Semangat lebih lah pagi tu.

Nurseri di Sungai Buloh.

Dah bosan tunggu ibu ayah pilih bunga.

Ni yang dibeli... Mula2 jer ibu siram... pastu serahkan tugas pada ayah hihi...

Seminggu tunggu baru keluar bunga.

Saturday, September 20, 2014

Roti Jala

Sebelum ni nampak kawan ibu guna pemanggang ajaib untuk buat roti jala.
Sebenarnya dah lama tak buat since non-stick pan rosak. Hehe.. ada lah alasan tak buat kan.
Haritu bekfes teringin plak nak buat. Guna jer pemanggang ajaib.. yang bahagian atas sebab permukaan dia licin.

Bentuk empat segi jer lah.. tu yang paling senang sebab guna botol muncung dua.

ROTI JALA

Bahan2
1 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan air @ bergantung kepada kecairan yang diperlukan
1 biji telur
1 sudu besar mentega/margerin
1/4 sudu kecil garam
sedikit pewarna kuning/serbuk kunyit

Cara2
Blendkan semua bahan di atas.
Jalakan di atas api yang sederhana.
Angkat bila permukaan atas roti jala garing.
Lipat ikut bentuk yang disukai.

Nampak memang mudah tapi nak menyiapkannya memang ambik masa lah yer.
Sebab bila buat mesti lebih dari satu adunan hihi..

Bolehlah makan dengan kari ayam @ daging @ apa sahaja kuah yang digemari.


Wednesday, September 17, 2014

UPSR & PSRA

Wahhhh... blog tidak berupdate... lamanya...
Kekangan masa..
Dengan ofis workload dan kakak Widad nyer exam UPSR & PSRA.

Lagi tension dengan re-sit paper, Science & BI.
huhu... sabor je lah.

 Kawi di usia 6 tahun, rombongan Taski Firdaus.

Kawi di usia 12 tahun.
Semoga kakak sukses dunia dan akhirat.

Tuesday, September 16, 2014

Fountain. SCM









Tuesday, September 2, 2014

Arif El-Firas


Keluarga baru Cik Elis dan Pakcik Zi.
Arif El-Firas Bin Mohd Sazipon.

Semoga menjadi anak yang membahagiakan.