Pages

Tuesday, August 11, 2026

Pengat Pisang Untuk Dessert

Balik rumah petang tadi tak ada apa nak buat sebab Kak Widad dah siapkan dinner. Nampak PH buat serawa nangka kita buatlah pengat pisang. Pisang nangka dari rumah nenek sedang elok masaknya. Sementara tunggu Maghrib siaplah menu nan satu ni. 

Sunday, August 9, 2026

Lepak Rumah Nenek Makan²

Pagi tadi masa ibu kemas² rumah, Cik Awie seru soh sarapan rumah nenek. Ibu pun belum ada plan nak masak apa². Jadi balik rumah nenek dengan perut kosong dan bawa keropok kering untuk Cik Ami. Kat Kedai Pertanian nampak jiran ibu Kak Ros ada jual kerepek² jadi ibu beli 2 bungkus kerepek pisang bawa juga ke rumah nenek.

Tiap kali anak cucu balik, 2 menu ni wajib, bihun goreng dan air kesedapan iaitu Indocafe + susu. Indocafe ni macam Nescafe tapi tidak terlalu kuat macam Nescafe. Nenek tau dah air tu lah yang akan ditanya menantu²nya. 

Meghadiri Jemputan Kahwin Anak Adlan & Suraini

Tengahari semalam ibu ayah menyantuni jemputan majlis perkahwinan anakanda uncle Adlan dan aunty Suriani. Dua² unimate ibu ayah. Majlis di Dewan Komuniti Taman Tun Dr Ismail (TTDI).

Saturday, August 8, 2026

Kejadian Pagi Sabtu


Pagi ni awal sikit briskwalk sebab ada nak attend kenduri tengahari. 6.50 dah sampai park.

Friday, August 7, 2026

Makan Malam Di Hock Kee Kopitiam

Cerita hari Ahad. 
Seharian di rumah lemau betul walau pagi ibu dan Kak Widad keluar briskwalk. Petang ibu kumpulkan daun kelapa kering dan bakar. Lepastu macam tak ada apa nak buat. Tak larat nengok Netflix. Bila ayah cakap lakinkali nak ajak minum, teruslah ibu ajak keluar lepas Maghrib. 

Pilih antara Kolumpo Kopitiam atau Hock Kee Kopitiam. Ibu ajak ke Hock Kee sebab menu banyak.

Order sikit² je... kongsi, sebab malam semua tak makan banyak.

Hor Ka Sai (kopi + milo) & Teh C.

Thursday, August 6, 2026

Nampaknya Wafi Sudah Beralih Kasih

Balik PB Khamis lepas Wafi bawa mainan baru.

Tuesday, August 4, 2026

Senang Sangat Teracun

Ini lah bahayanya pengaruh rakan blogger... ehh.. bukan diorang pengaruhi ibu, tapi ibu sejenis senang teracun😅

Petai beli dari Tiktok... baca blog Sis Lin. Sebelum tu Ciknora pun ada beli kat TT, diberinya ibu sebekas.

Monday, August 3, 2026

Bertiga Tonton Spider-Man : Brand New Day

Hari yang Wafi Pulang Bermalam, Abang Imi ada suggest nak keluar satu family. Hari Jumaat je lah yang ada. Ibu tak dapat ikut sebab kerja, ayah pula walaupun Jumaat, masih ada kelas online petang tu. Jadinya mereka tiga beradik outing sama-sama.

Sebelum solat Jumaat, Abang Imi dah pesan, sampai je rumah mesti semua dah ready. Tapi dua adik perempuan ni ada yang baru nak setting spray kat muka, ada yang baru nak pakai tudung. Bersabarlah Bami... kalau ibu memang dah sergah dah, tunggu terus dalam kereta 😆. Cara tu je bagi diorang kelam kabut lepastu masuk kereta dengan mulut muncung 🤭🤭

Diorang nak tengok movie Spider-Man yang baru ditayangkan hari Khamis. Kiranya mereka tonton pada hari kedua ia ditayangkan. Beli tiket jam 3.05 petang sehari sebelum.

Lepas ofis, ibu terus ke Setia City Mall sebab nak dinner sama-sama dengan mereka. Jam 5.45 petang ibu sampai, mereka masih ada dalam panggung lagi. Sementara tunggu mereka kat tempat yang dijanjikan ibu masuk Urban Fresh dulu beli roti ikan bilis Gardenia untuk Wafi bawa balik ke asrama.

Masa ni Wafi merajuk, tu yang muka tak senyum. Mula-mula diorang bertiga nak surprise kan ibu tapi tak menjadi sebab Wafi panggil ibu dari belakang. Dah abang dan kakak cakap something yang buat dia kecil hati.

Sunday, August 2, 2026

Makan Tengahari Di Kafe Olla, Janda Baik

Dalam perjalanan balik dari Kuantan ayah suggest singgah makan di Kafe Olla yang terletak di Janda Baik.

Saturday, August 1, 2026

Habis Dah Cuti Wafi 2 Malam

Pagi ni ibu, ayah dan kakak hantar Wafi ke Stesen KTM. Kak Widad balik dari briskwalk nak tolong drive ke Sungai Buloh.

Friday, July 31, 2026

Satu Malam Di Kuantan


Kami sampai di Kuantan jam 6 petang, perjalanan pun santai² je dari Kuala Terengganu.
Ayah sudah book Kosma Business Hotel dengan harga RM127 termasuk sarapan. Hotel ni betul² berhadapan dengan Kuantan City Mall.

Comforter dari kereta Kawi bawa naik... ayah dan Kawi tidur tepi katil bawah kiri kanan... maka, ibu sorang lah conquer katil😆

Thursday, July 30, 2026

Shopping Makanan Sihat

Hari Selasa Abang Imi whatsapp ibu, ajak ke Jaya Grocer. Katanya nak beli makanan khas (dibaca makanan diet). Balik kerja, ibu singgah rumah ambil Bami. 

Wednesday, July 29, 2026

Makan² Sepanjang Jalan Dari Kuala Terengganu Ke Kuantan

Dari Jeti Merang, kami terus menghala ke Kuantan. Purposely ikut jalan pantai sebab nak tengok laut. Kak Widad drive sepanjang perjalanan.

Tuesday, July 28, 2026

Bye² Redang... Hingga Jumpa Lagi

Hari kedua kami check-out bilik jam 9.00 pagi seperti yang telah dinyatakan dalam itinerary. Jadual bot ke tanah besar dijadualkan dari jam 10.30 pagi.

Pakej Makan Sedap Di Delima Redang Resort

Pakej yang kami ambil include 4 kali makan iaitu lunch, tea time, dinner dan breakfast. Memang tak sempat lapar lah duduk kat pulau ni.

Dalam bilik tidak disediakan air minuman tetapi boleh ambil dari mesin minuman sejuk dan panas yang disediakan di kantin. Disediakan mug, teh dan gula. Bancuh kalau teringin nak minum.

Makan Tengahari

Jam 12.30 makanan sudah tersedia.

Monday, July 27, 2026

Long Beach, Pulau Redang

Hari pertama yang kami sampai tu, sementara tunggu lunch kami berjalan kaki ke Long Beach (Pasir Panjang). Pantai ni paling terkenal dan happening. Banyak resort kat Long Beach seperti 
Laguna Redang Island Resort, Redang Island Resort, Redang Lagoon Chalet dan beberapa lagi. Kat situ Laguna Redang Island Resort nampak paling cantik.

Sunday, July 26, 2026

Terserempak Blogger Yan Journal I Piknik Pagi Di Dragonfly Park

Haaa.. memang tak sangka pula akan jumpa blogger Kak Yan (yan-yantravel.blogspot.com) kat Dragonfly Park pagi tadi. 

Aktiviti Snorkeling Di Pulau Redang

Saturday, July 25, 2026

Chicken Tender Dari Chic Bite

Dinner malam ni ibu dan Kak Widad makan Chicken Tender yang dibeli di Chic Bite. 

Pantai Delima Redang Resort

Pantai Delima Redang Resort ni agak private, tak sharing dengan resort lain. Cuma kena berjalan sikit.

Menginap Satu Malam Di Delima Redang Resort, Pulau Redang

Selepas menurunkan penumpang di jeti Mutiara Redang Resort barulah bot ke jeti Delima Redang Resort.

Kat bawah jeti dah nampak ikan² berenang².


Resort depan tu je. Ada baca lebih baik bawa backpack atau beg galas sahaja nak ke resort ni. Kalau pakai beg beroda susah pulak nak menarik atas pasir. Krew bot bagitau patutnya ada kenderaan pacuan 4 roda resort bawakan beg tapi tak muncul pulak haritu. Tak pe lah.. bawak je.. bukan jauh pun. Lagipun beg ringan.




Daftar kemasukan dulu.
Masa kami sampai jam 10.40 pagi dan bilik pun dah ready untuk dimasuki. Itu sebabnya check out kat resort ni jam 9.00 pagi.

View dari atas bangunan registration.
Serious redup bawah pokok tu dan berangin.

Sebelah kanan kantin resort.


Ayah kata macam asrama SBP😁😁

Ada 3 bangunan hotel. Bilik kami di bangunan tengah.

Pakej untuk 3 orang jadi kami dapat bilik untuk triple.
Luas betul biliknya tapi kosong camtu je.

TV pun takde... memang nak bagi orang pi laut dan dok tepi pantai. Bilik untuk tidur je.

Itinerary pakej 2H1M

Kak Widad tak kasi chance ibu rehat. Diajaknya jalan² kat luar.

Jeti yang kami sampai tadi.

Air jernih betul tapi sini takleh mandi sebab laluan bot.
Ada pantai kat sebelah satu lagi... nanti ibu tunjuk.

Ada laluan untuk ke Long Beach yang terkenal di Pulau Redang. Itu nanti letak entry lain. 
Ni citer kat sekitar Delima Redang Resort dulu.

Bahagian ni pantai dia banyak batu dan kerangan begini.

Laluan ke Long Beach.






Layankan je lah anak dara nak berposing.
Rasanya dia je lah sorang pakai baju rambu-rambu gitu.
Orang lain dari jeti siap pakai baju T atau swimming suit dan berselipar je.