Pages
Thursday, October 29, 2020
Ring Light
Saturday, October 24, 2020
Persiapan WFH
Gigih lah ibu menampal wall sticker ni di bilik bacaan malam.sebelum WFH. Dinding tu penuh dengan hasil karya abang Imi yang pandai melukis.
Barulah sedap mata memandang. Kalau tak serabut je. Sticker ni pun murah je dalam RM3 lebih. Beli 4 rolls je. Tampal bahagian yang perlu je haha... sebab nanti nak makover bilik ni. Nanti tu entah bila lah nak mula.
Hasil karya 3 orang anak. Wafi kata sedih bila nampak tulisan abang Imi "TEMPAT IMI LUKIS" hahaha... syahdu napa ntah.. agaknya sebab abang dia akan meluahkan perasaan di dinding dengan melukis.Wednesday, October 21, 2020
Kerja Dari rumah
Hari ini menerima arahan untuk memulakan kerja dari rumah (WFH). Ini saranan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Pihak MITI pula mengeluarkan garis panduan agar maksimum 10% di kalangan petugas kewangan, perakaunan, pentadbiran, perancangan dan ICT untuk berada di ofis dari jam 10 am hingga 2 pm, 3 hari seminggu.
Bagi mencapai tujuan tersebut, beberapa orang di bahagian pengurusan termasuk ibu akan memulakan kerja di rumah. Seminggu sekali akan masuk ke ofis.
Sekadar hiasan |
Hurmmmm.... setiap perkara ada pros dan cons. Kena tengok dari pelbagai sudut. Secara peribadi lebih suka berkerja di ofis. Demi mengekang Covid 19 ni kita cuba minimakan jangkitan.
Di ofis kedudukan tempat staff juga berubah walau sebelum ini memang sudah ada penjarakkan. Sedaya mungkin mengurangkan contact. SOP juga diperketatkan sebab mungkin ada yang lupa.
Sama-sama #
Sunday, October 18, 2020
Alhamdulillah... Wafi dapat menghabiskan bacaan Al-Quran pada Jumaat lepas. Walau agak lewat berbanding dengan kawan-kawan lain.
Sebelum ini Wafi mengaji bersama ustazah di transit sementara menunggu van untuk bersekolah di sebelah petang. Semenjak PKP ustazah tidak dapat ke transit untuk mengajar. Selain mengaji di sekolah, di rumah kena teruskan juga. Selepas solat maghrib. Itupun kadang2 ada hari yang tidak mengaji... hurmmm...
Seperti yang dijanjikan, ibu buatkan pulut kuning dan rendang ayam juga masukkan juga air kotak. Hantar ke jiran-jiran dan makcik2 Wafi.
Gembira bukan main... ucapan terima kasih beberapa kali dari anakanda ini. Kadang benda yang kita agak simple, sangat menggembirakan orang lain.
Saturday, October 17, 2020
Selamat Hari Jadi Amsyar Haziq
Happy birthday angah.
Semoga menjadi anak yang sentiasa membahagiakan ibu ayah dan semua family.
❤
Makngah
Saturday, October 10, 2020
All the best to Wanie
Jumaat semalam kita buat farewell party di office. Tak dapat spent time di luar sebab PKPB kan. #kitajagakita
Happy.. happy...
Antara staff yang sangat happy go lucky.
Monday, October 5, 2020
Ulangtahun Abang Rahimi ke 20
Ibu - kek, duku langsat/madu, air botol dan roti jala
Cik Biela - puding jagung
Cik Wada - lasagna dan mac n cheese
Cik Baya - nasi lemak
Cik Nora - laksa
Cik Elis - sate
Cik Cha - jajan
Fuhhh... macam2 ada.
Alhamdulillah.
❤❤❤❤❤❤
Semoga abang Rahimi dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa dalam jagaan Allah.