Pages

Wednesday, June 30, 2021

Cubaan Kedua Membuat Roti

Kakak Widad memang seorang fighter. Kegagalan pertama membuat roti tidak mematahkan semangatnya. Cerita di sini.
Sebelum ni guna breadmaker yang dipinjamkan oleh Cik Wada. Katanya lambat nak adun. Cik Wada tanya ditunggu ke.. iya lah tu. Ibu pun tak tengok macamana kakak buat. Breadmaker tu pun ibu tak tau macamana kegunaannya. Kakak perlu mahir menggunakan BM tu dulu lepastu carilah mana-mana resepi. Mesti menjadi.

Kali ini kakak menggunakan mixer sahaja. Itupun ibu tak tengok macamana kakak handle mixer tu.

Bangkit kembali dengan resepi yang lain. Ini nak buat roti sarang lebah.

Dengan adunan yang sama berjaya membuat bombolini yang super sedap dan lembut.

Meleleh-leleh coklat dia.
Berebut-rebut adik dan abang makan.

Inilah kejadian roti sarang lebah tu. Loyang terlalu besar hahah.. itupun kakak yang pilih. Patut ambil saiz yang lebih kecil.

Makan dengan sos karamel.

Kalau bombolini gebu dan lembut tapi roti ni tekstur dia bagi ibu tidak lembut sangat. Ia seolah roti yang dibeli dengan harga yang murah berbanding roti jenama Gardenia.

Bentuk ni pula. Ini inti kacang.


Kakak masih perlu belajar lagi.

Ibu?
Belum terfikir nak buat roti.
Beli senang.. tak perlu leceh2 di dapur hahaha..

 

Tuesday, June 29, 2021

Senaskah Suratkhabar

Cerita Sabtu 2 lepas.
Keluar dari klinik, singgah kedai Bismi.. Cadangnya nak cari bahan bacaan. Sekali yang tinggal senaskah Harian Metro dan beberapa suratkhabar lain.

Seperti yang dijangkakan.. masih tiada lagi lagi majalah yang dikehendaki.. 
Tanya taukeh kedai, dah lama tidak terima majalah dari pembekal sebab pengeluar sudah kurang keluarkan majalah. Kadang 3 bulan sekali. majalah Mingguan Wanita yang sebelum ni keluar 2 minggu sekali pun sudah tidak diterima. Apatah lagi majalah yang keluar sebulan sekali.

Jika sebelum ini ada Berita harian, Utusan Malaysia, Kosmo, Harian Metro, Sinar Harian, New Strait Times, The Malauy Mail... sekarang apa sahaja yang tinggal?
Mungkin ramai yang beralih kepada akhbar digital.

Adakah kerjaya sebagai seorang wartawan sudah berkurang?
Atau terlalu ramai keyboard warrior?

 

Monday, June 28, 2021

Pengat Keladi + Pisang + Tepung

Pengat keladi + pisang + tepung ni buat Sabtu lepas. Ada baki keladi yang dibeli dari gerai ustaz. Terjaga dari tidur perut rasa lapar tapi memang dah plan untuk buat pengat. Bila dah siap hantar satu bekas ke rumah nenek untuk berbuka nenek.


Pengat Keladi campur pisang dan tepung

Bahan-bahan
1. 1 biji keladi saiz sederhana
2. 3 biji pisang nangka (belah 2 dan potong 1 inci)
3. 1 mangkuk bancuhan tepung (3 SB tepung gandum + sedikit garam + air macam nak buat cekodok tapi cair sedikit))
4. 1 cawan gula merah
5. 2 SB gula putih
6. 1/2 SK garam
7. 4 cawan santan dari 1 biji kelapa (boleh adjust untuk dapatkan kuah)
8. 3 helai daun pandan

Cara-cara
1. Rebus keladi yang dipotong dadu. Bila dah lembut tos dan ketepikan.
2. Dalam periuk masukkan 1/2 cawan air, gula merah dan daun pandan. Masak dan bila dah mendidih tapiskan dan letak tepi.
3. Masukkan 1 1/2 cawan air dalam periuk dan didihkan. Jemputkan bancuhan tepung saiz syiling 10 sen dan biar tepung timbul menandakan tepung dah masak.
4. Masukkan keladi, gula merah, gula putih dan masukkan semula daun pandan, masak hingga mendidih.
5. Masukkan santan, pisang dan garam dan masak hingga mendidih. Siap.

 

Sunday, June 27, 2021

Nasi Kerabu

Hari ni tiada aktiviti khusus.. going with the flow la gitu kekdahnya. Bami tidur di rumah sewa member manakala Wafi tidur di rumah nenek. Tinggallah kami bertiga. Ibu panaskan pengat petang semalam dan asam pedas pari. Goreng nasi dan minta ayah bawa sekali ke rumah nenek since ada Angah and the gang. Nasi goreng pun tidak pedas.. boleh lah mereka makan.

Untuk lunch ibu minta kakak Widad tolong bantu sekali di dapur sebab nak buat nasi kerabu... agak leceh sikit prosesnya. Jadi bila berdua kuranglah sikit masa yang diambil. Ini kali ke dua ibu buat nasi kerabu. Last sekali buat pada tahun  2014.. adehhh.. lamanya.. tapi pernah cakap ini 1st dan last buat sebab beli lagi cepat dapat makan tapi bila terasa nak buat sendiri gagahkan lah juga.


Ibu masih guna resepi Azie Kitchen. Belum berkesempatan untuk mencuba resepi lain.

Nasi Kerabu Kelantan

Bahan bahan utama membuat nasi kerabu adalah sambal tumis, sambal kelapa, nasi dan sambal selain dari ulam ulaman dan bahan bahan sampingan lain.
 
Kuah Sambal Tumis

Bahan bahan:
10 cili kering
3 ulas bwg merah
1 biji bwg besar
1/2 labu bwg putih
1/2 inci halia
200 gm santan pekat
3 batang serai - ketuk
2 keping asam keping
1 1/2 sb gula
2 sk garam bukit halus
2 sb budu
Minyak masak - agak banyak

Cara cara:
Kisar cili, bawang bawang dan halia.
Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan 1 1/2 cawan air. Masukkan santan. Sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.

Masukkan serai, asam. Bila mendidihkan masukkan budu dan gula. Rasakan sebelum dimasukkan garam supaya tidak terlebih masin. Kacau sehingga pecah minyak dan bolehlah ditutup api.

Nota:
Kuah biar pekat dan masin sedikit. 

Sambal Ikan
Bahan bahan:
1 biji kelapa parut - goreng api perlahan supaya tidak keperangan & tumbuk kasar
7 ekor ikan sardin - rebus, ambil isi & tumbuk
5 ulas bawang merah
5 batang serai
2 1/2 sb gula
2 1/2 sk garam

Cara cara:
Tumbuk serai hingga hancur dan masukkan bawang merah. Tumbuk lagi. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Masukkan isi ikan yang telah ditumbuk dan kelapa goreng yang telah ditumbuk. Gaul rata rata.

Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan.

Nota:
Kena manis sikit baru sedap. Saya suka makan sambal kelapa ini dengan nasi impit. Atau ditabur atas nasi dagang.
  
Sambal Cili
1/2 kg cili - basuh
Garam
Gula
Belacan
Asam jawa
Limau nipis/cuka

Kisar kesemuanya. 

Ulam ulaman
Kubis
Timun
Kacang panjang
Daun kesum
Bunga kantan
Taugeh
Hiris halus dan sedia untuk dihidangkan. 

Nasi 
5 1/2 pot beras
Air secukupnya
Pewarna kuning (atau guna 7 kuntum bunga telang utk nasi kerabu berwarna biru)
2 helai daun pandan

Masak nasi menggunakan rice cooker seperti biasa. 

Bahan lain:
Keropok goreng
Telur masin
Bawang putih jeruk

Kuah Sambal Tumis ini tidak bewarna gelap sebab ibu tak letak budu. Lupa nak beli dan masa ayah pergi kedai pagi tu juga lupa nak pesan beli budu. Tapi mereka tak perasan pun ketiadaan budu sebab tidak biasa makan budu.. hanya makan jika membeli nasi kerabu sahaja.

Nasi pula terlebih pewarna kuning dah macam warna pulut kuning. Tapi tiada effect pun macam makan nasi biasa cuma ini bewarna kuning.

Ini pula solok lada cuma ibu tidak tambahkan santan pekat dan tak campurkan ikan mentah sebelum kukus. Ini resepi dari Cik Baya. 

Bahan-bahan & cara-cara

15 biji cili besar lebih sedap lada solok (belah, buang biji, basuh, tos)
2 cawan kelapa parut yang putih muda (tumbuk sket)
3 ekor ikan sardin (direbus dan ambil isi dan tumbuk)
2 ekor ikan sardin mentah (ambil isi dan tumbuk)
3 ulas bawang merah (tumbuk)
1/2 inci halia (tumbuk)
Garam dan gula secukup rasa
1 SK lada hitam (tambah sendiri)

Campurkan bahan2 di atas dan sumbat ke dalam cili kemudian kukus selama 15 minit
Boleh juga dimasak dengan 1 cawan santan pekat sehingga santan kering.

Ibu bawakan Bami untuk dimakan bersama-sama kawan.. ibu tambahkan telur dadar sebab lauk yang ada basic kan.. itupun Bami tanya takde ke ayam goreng ke? Ibu tak terfikir pun nak tambah lauk lain sebab rasanya yang basic pun dah cukup.

Seronok dengar bila Bami kata kawan-kawan semua suka.. Alhamdulillah. Retak seribu yang dipanaskan semula juga habis dimakan. Petang tadi Bami balik rumah dan tapau untuk diri sendiri sebab tadi tengahari makan tak cukup.. mujur ada lagi nasi untuknya seorang. Ibu masak nasi lagi untuk dinner since bahan-bahan lain ada lagi.

Selepas lunch lewat sambil layar medsoc, hujan pula diluar... guruh berdentum-dentum. Perut pula dah kenyang.. baring atas kerusi tepi tingkap. Aduhh... best betul. Mata pula layu. Terus tertidur.. bila terjaga masih hujan di luar sana. Sambung balik tidur di bilik Wafi. Adeh.. jam 6 lebih baru terjaga. Kena juga buat exercise kalau tak badan lemau je.
 

Saturday, June 26, 2021

Relax Day

Setelah 5 hari bekerja, alhamdulillah hari ni boleh relax-relax. Dari malam tadi dah plan yang pagi ni breakfast nak beli sahaja. Sebelum jam 8 dah keluar sebab sempena PKP ni gerai jualan buka jam 8 am. 

Ibu beli nasi kerabu buat bekalan Bami ke tempat kerja. Laksam dan sedikit kuih muih. Lepastu singgah gerai lauk. Ikan fresh... belilah kembung 10 ekor. Retak seribu sebungkus RM10. Kerang saiz sederhana RM15/kg. Ambil last stok dapatlah dekat 2kg. Belikan nenek kerang saiz besar RM17/kg dan retak seribu sebungkus.

Singgah rumah nenek sekejap. Nenek puasa putih hari ni. Ingat nak breakfast sekali. Tak dapatlah... 

Lepas petik bunga kantan singgah kedai runcit pula. Carilah sayur dan sedikit barang dapur.

Sampai rumah hampir jam 9 am. Exercise lah sekejap atas threadmil.

Jam 11 masuk.dapur prepare lunch.

Kepas tumis halia, pari asam pedas, kerang rebus tanpa air, sambal bacang dan ulam-ulaman.

Atuk usu Turiman hantar/munjong berkat sempena kelahiran puteri kedua Acik Syazwam, sepupu ibu.

Alhamdulillah rezeki hari ini. Masa Bami ambil lauk.. dia cakap macam raya atau kenduri rumah atuk usu.. yup... menu ayam masak palembang ni memang biasa nenek usu masak. Bami kata dah lama tak pergi rumah atuk usu. Yelah.. semenjak PKP ni kita tak dapat ziarah rumah saudara mara.

Semoga covid cepat pergi... nyahhhhh kau dari sini!


Friday, June 25, 2021

Hasil Kretiviti Wafi

Ada je lah yang nak dibuatnya. Belon masa birthday haritu digodek-godek since ia makin mengecil.

Dikupas tulisan kat belon tu.

Lalu ditampal di pintu bilik.
Adehhh... pintu bilik pun dah berhabuk. Tak sempat lah nak cuci habuk... ehh.. bukan tak sempat tapi tak perasan pulak.

Ada nota hokay.

Idea dari youtube kot... takpun tiktok... yang dipanggil TT. Adeh... budak2 zaman sekarang... itu pun ibu tak tau.. banyak sangat shortform sekarang ni.

Fungsi reben??
Apa-apalah asalkan awak bahagia Fi.

 

Thursday, June 24, 2021

Pebble Craft by Wafi

Inilah hasil seni kelas Wafi minggu lepas. Pebble craft. Boleh juga kalau nak buat dari kentang atau kulit telur. Gunapakai apa yang ada disekeliling rumah.

Sebenarnya nak ambil gambar tengahari tapi memandang seharian mendung je, maka gambar outdoor pun nampak agak kelam.





Seronok pula tengok hasilnya apabila dah siap.
 

Wednesday, June 23, 2021

Nenek Yang Rajin


 Macam ni lah nenek.. tak boleh duduk diam. Kalau buat kerja luar seperti mencangkul, menanam pokok, siram pokok, gembur tanah.. tandanya nenek sihat sangat.

Kalau nenek terbaring lesu tu maksudnya nenek tidak sihat. Nenek ni memang seorang yang rajin. Ada sahaja pekerjaan yang akan dilakukan.

Seingat ibu masa ibu kecik dulu nenek pernah menoreh getah di kebun arwah nenek, membersihkan kebun kelapa sawit, membantu atuk di kedai pakaian, mengasuh anak orang dan membuat nasi lemak. Masa ibu bersekolah menengah, nenek mendapat tawaran menjadi guru fardhu ain sebab nenek ada sijil sekolah agama. Lama jugalah nenek jadi ustazah fardhu ain. Bila dah habis kontrak, nenek jadi cleaner pula di SAMNI. Itu pun beberapa tahun juga sehinggalah nenek meberi laluan pada nenek Yati pula.

Bila dah tak bekerja secara formal, buatlah kerja-kerja di rumah. Susah nak tengok nenek berehat-rehat saja di siang hari... kecuali masa tonton sinetron.. ehhh.. sekarang takde dah.. layan pulak youtube.

Tuesday, June 22, 2021

Roti Percubaan Pertama

Beberapa malam lepas kakak Widad ada buat roti. Gigihlah meminjam bread maker dari Cik Wada. Bahan-bahan Cik Wada supply.. ehh.. nanti lah bayar haha..
Rasanya dekat jam 12 pm lah Kawi mula kelentang-kelentung kat dapur.
Ayah cakap dekat jam 4 am baru Kawi tidur.

Pagi dah siap roti berbalut plastik atas island table.
Masa ibu nak solat sempatlah membelek-belek dan picit-picit roti tu.
Nampak fresh dan menggiurkan.

Bami bawa 2 keping ke tempat kerja.
Habislah Bami makan. Itu jelah breakfasr yang ada pun.
Ayah dan Wafi pun makan tapi tak habislah pulak.. makan topping nyer je.

Ibu... maafin lah Kawi hehhe.. ibu rasa sikit je.
Good effort.
Semangat juang tinggi.
Katanya malam ni nak buat lagi tapi guna resepi lain.
Ibu cakap yang penting dapatkan basic buat roti tu dulu. Ibu memang ler malas bab-bab meroti ni.

Oh ya... roti yang Kawi buat.. buat pertama kali tu.. MEMANG KERAS.
Kaler dan rasa dah ada tapi tekstur tidak menjadi.
Kawi pun tak tanya ibu macamana nak guna oven. Tapi dah pesan.. oven kena panaskan dulu. Katanya dah... mungkin adalah campuran yang tersilap atau teknik yang tidak betul

Keep trying Kawi!
Caiyookkk!
Fighting!


 

Sunday, June 20, 2021

Sempena Hari Bapa

Sempena Hari Bapa hari ni, anak-anak buat surprise buat ayah. Ibu pun takde idea bila masa mereka buat plan semua. Masa tengah duduk-duduk sambil layan tv, anak-anak bawa keluar kek dan jambangan bunga yang telah diubahsuai (recycled haha).

Ayah yang terkejut.
Ibu  pun sama.
Menjadilah plan diorang.

Selamat Hari Bapa buat Inche Jalan Rebung.. semoga terus tabah membesarkan anak-anak hehehe...

Bouquet tu kan Wafi punya tempohari.. kakak Widad tambah-tambah. Collect duit sorang sikit... Abang Imi RM5, Kakak Widad RM20 dan  Wafi RM5.. Ibu pun taktau mengapa RM30, mungkin ikut seikhlasnya kot...  ishhh.. patut Bami bagi lebih sebab dah bekerja kan haha..
Patut ayah cakap malam tadi nampak Kawi ada buat kek.. ibu pun tak pasti kek apa tapi Kawi cakap ala-ala Brownies.

Good job kakak Widad!
Mana kad yang ada je eh... kad ni pun dah lama tersimpan. Kawi modify sikit.

Ucapan dari anak-anak.

Cik Ana bagi sup gearbox dan koey teow sup.. sedappp sangat. Lunch ini dulu.
Ibu pula cuma buat nasi ayam penyet.. before Asar baru makan bila Kawi tolong gorengkan ayam. Sambal ibu dah siapkan dahulu.

Hari ni satu hari hujan renyai-renyai dan cuaca sejuk je... jadi melepak-lepak je lah.. hari kemalasan gitu.

Ingat nak keluar isi minyak.. hurmmm esoklah.. harap tak lupa. 





Selamat Hari Lahir Cik Nora & Farewell Amy

Sebelum ke klinik hantar Wafi semalam sempat singgah rumah hantar hadiah hari jadi buat Cik Nora.


Tak sempat ambil gambar pun.. Wafi beritahu Cik Nora ada up status whatsapp, ibu screenshot je. Ibu pun tak jumpa Cik Nora sebab Wafi yang turun beri memandangkan ibu park kereta di tepi jalan je.

Harap Cik Nora suka dengan EO Peppermint dan Karipap O tu hehehe...




Ini pula dari rakan sekerja ibu, Cik Amy... disebabkan PKP takde buat farewell party untuknya. Since kerja pun tak berjumpa di ofis disebabkan hari yang berbeza, sebelum PKP ibu beri cenderamata. Cik Amy ni akan mengikut suami yang bertygas di utara tanahair.
Semoga berbahagia bersama insan yang tersayang.

 

Terung Sambal

Dah lama tak masak terung sambal. Kadang beli terung tak sempat ibu masak ayah dah masakkan ikut resepi ayah... hurmmm..

Kalau makan di restoren atau gerai-gerai dan ada menu terung berlada memang ibu akan ambil. Tapi kali ni ibu masak sambal je.


Sambal Terung

Bahan-bahan
1. 3 biji terung bulat (potong 6 setiap satu)
2. 3 senduk cili kisar
3. 1 biji bawang besar (mayang)
4. 3 ulas bawang putih (mayang)
5. 1 keping asam gelugur
6. Garam, gula dan secukup rasa.

Cara-cara
1. Goreng terung dahulu sehingga lembut.
2. Kurangkan minyak dari kuali dalam 5 sudu.
3. Gorengkan bawang mereah dan putih sebentar baru masukkan cili kisar. Goreng sehingga terbit minyak.
4. Masukkan sedikit air, tambah asam keping, garam, gula dan secukup rasa. kemudian masukkan terung yang sudah digoreng.
5. Kacau rata dan masak 1-2 minit dan boelh diangkat.

Ambil jelah isi dalam tu... minyak tu takyah diceduk karang banyak pulak minyak masuk perut hheheh..
 

Saturday, June 19, 2021

Ikan Siakap Lemak Cili Api.

Dalam perjalanan balik dari klinik, abang Imi mesej samada ibu beli makanan atau masak. Ibu balas masak lah sebab bahan-bahan semua dah keluarkan. Abang Imi mesti lapar sebab setengah hari bekerja. Tak sempat lah ibu beli air kelapa sebab perlu masak dengan segera.

Ikan siakap sudah dibeli beberapa hari yang lepas sebab memang dah plan untuk dimasak ketika weekend jadi tidak perlulah keluar ke kedai.


Ikan Siakap Lemak Cili Api

Bahan-bahan
1. 1 ekor ikan siakap (dipotong 6 bahagian)
2. 15 biji cili api hijau
3. 1 biji bawang besar sederhana
4. 3 ulas bawang putih
5. 2 inci kunyit
6. 1 helai daun kunyit (buang urat tengah dan potong kasar)
7. 1 kotak santan
8. Garam dan secukup rasa

Cara-cara
1. Tumbuk bahan-bahan nombor 2 - 5, boleh juga dikisar
2. Panaskan 2-3 sudu minyak dan masukkan bahan tumbuk. Goreng sehingga naik bau. 
3. Masukkan sedikit air dan bila sudah menggelegak masukkan ikan dan daun kunyit. Kacau sedikit.
4. Masukkan santan dan bubuh air dalam 2 kotak santan tadi dengan mengkocok-kocok. Juga garam dan secukup rasa.
5. Masak sehingga santan menggelegak dalam 3-4 minit. Tidak perlu dibalik-balikkan ikan sebab ikan lembut dan cepat masak.

Sedia untuk dihidang.
Masakan ni tidak pedas pun.
Seronok tengok abang Imi makan. Lapar sangat gayanya.
Ibu masakkan juga terung sambal dan telur dadar.
 

Rawatan Telinga

Isnin, beberapa hari lepas Wafi mengadu yang telinganya berdengung dan tak dengar dengan jelas. Lantas dimasukkan sedikit air ke dalam telinga.. aduiiiii... katanya dah biasa buat begitu kalau termasuk air ketika mandi. Bila telefon ibu dengan nada yang sedih dan menangis. Nak ibu juga bawa ke klinik.

Petang lepas ofis ibu bergegas balik untuk bawa ke klinik. Bila doktor check ada tahi telinga yang mengeras di kedua belah telinga. Doktor membekalkan ubat titis untuk mencairkan tahi telinga tersebut. Kena titis 2 kali sehati 3-5 titis. Datang semula ke klinik pada hari ke-empat.

Pagi tadi seawal jam 11.30 am ibu bawa Wafi ke klinik semula. Oh ya.. sekarang nak masuk klinik pun hanya seorang penjaga sahaja dibenarkan masuk manakali 5 orang patient sahaja di dalam. Masa kami sampai ada 2 orang patient je yang ada.

Dibawa ke bilik rawatan. Nurse masukkan ubat ke dalam telinga. 

Baring ketika dimasukkan ubat.

Anak ibu muka cuak.. sejuk je bila ibu pegang kaki.
Sian anak ibu.

Inilah kekotoran yang keluar dari telinga sebelah kiri. Yang sebelah kanan tak sempat ibu nak ambil.

Ibu pun prnah mengalaminya.. rasanya lebih dari 15 tahun lepas. Sebelum dibersihkan telinga akan rasa dengung.. tak selesa. Macam tetiba tak dengar. Jadi ibu kena tundukkan kepala. Kena jumpa doktor sebab memang ada blockage. Kena spray macam Wafi juga dan kekotoran akan keluar. Bila selesai tu.. rasa lega sangan.. telinga pun rasa lapang.

Masa prosedur rawatan. yang hampir selesai.

Dulu waktu ibu kena spray, doktor yang buat.. waktu Wafi nurse yang buat lepastu doktor akan check semula.

Semoga urusan Wafi sentiasa Allah permudahkan dan diberi kesihatan yang baik.
 

Friday, June 18, 2021

PKP 3.0 - Day 18/28 : Cekodok Pisang Abu

Tiada entry untuk beberapa hari ini. Kekangan masa disebabkan kerja-kerja ofis yang perlu diselesaikan samada ketiak WFH atau WIO. Habis waktu kerja dah flat. Malam pula cepat je rehat-rehat atas katil sambil layan medsos atau Netflix. Kadang bosan sangat sebab benda yang sama je dipapar di medsos. Majalah pula tiada yang baru.. bila ke kedai tiada majalah pula.. entahlah.. mungkin sekarang majalah sudah tiada di pasaran atau waktu pergi tiada stok. Ibu lagi suka membaca majalah sambil duduk-duduk atau baring-baring. Mungkin trend sekarang membaca di medsos lebih popular. Kedai buku pun rasanya tutup... ehh.. dah lama tak ke MPH Setia City Mall.. yelah.. semenjak PKP dan beberapa bulan sebelum PKP pun tidak keluar berjalan-jalan di mall.

Waktu hendak keluar pejabat, ayah ada whatsapp katanya teringin makan cekodok/jemput pisang. Ini gara-gara BFF post cekodok pisang yang digoreng garing. Hurmmmm.. call nenek nak bertanyakan jika ada pisang masak kat rumah tapi panggilan tidak berjawab. Lantas otw  balik tu singgah gerai Ustaz Saibani cari pisang. Mujur ada sesikat pisang abu yang benar-benar ranum. Beli juga pisang abu yang 2-3 hari oleh dimasak dan sebiji keladi. Ustaz ada berikan 2 biji sukun yang sudah ranum dan boleh juga dibuat cekodok. Alhamdulillah... semoga bertambah-tambah rezeki ustaz.

Buat cekodok ni kadang-kadang tidak seperti yang kita harapkan... ada yang terlebih manis, terkeras atau terlalu menyerap minyak. Hari ni cekodok perfect di mata dan tekak ibu. Setiap kali masak kan try & error.

Kebetulan buka blog Azie Kitchen... beliau juga membuat cekodok pisang abu.. jadi ibu letak nama yang sama.



Resepi Cekodok/Jemput Pisang Abu

Bahan-bahan
1. 1 sikat pisang abu (dalam 12 biji besar)
2. 6 sudu besar tepung gandum
3. 2 sudu besar gula putih
4. 1/2 sudu kecil garam
5. 1/2 sudu kecil soda bikarbonat

Cara-cara
1. Lenyekkan pisang dan masukkan bahan-bahan yang lain. Tambahkan sedikit air.
2. Biarkan adunan dalam 10 minit.
3. Gunakan jari dan seakan membulatkan adunan dan masuk dalam minyak yang sederhana panas.
4. Goreng hingga keperangan atau ikut warna yang dikehendaki. Golek-golekkan bagi rata masaknya.
5. Angkat dan toskan dahulu. 
6. Makan apabila cekodok kurang panas/sudah suam.. awas.. jika makan ketika baru diangkat boleh sebabkan lidah melecur sebab gula sudah caramilised.

Penggunaan soda bikarbonat sebabkan ada ruang udara di tepung jadi boleh terbentuk sedikit bulat.

Ibu juga sediakan Indocafe susu.. fuhhhh.. memang terangkat

Tekstur cekodok hari ni rangup di luar dan lembut di dalam.. rasanya pun manis-manis masam.. perfecto.

 

Monday, June 14, 2021

PKP 3.0 - Day 14/14

Hari ni berakhir PKP 1st batch 14 hari... esok bermula 2nd batch tambah 14 hari lagi sehingga 29.6.2021.

Bermula pula penggal baru persekolahan. Anak-anak akan belajar di rumah. PDPR. 

Sebelum ibu pergi kerja dah siap-siap kejutkan Wafi. Kelas google meet bermula jam 8 am. Minta ayah settingkan laptop dulu. Whatsapp mesej ibu dah setkan kerana kelas-kelas Wafi, guru guna whatsapp sebelum berjumpa di google meet.

Ibu sampai rumah dalam 6 lebih sebab singgah di pekan beli sedikit barang dapur.

Wafi cakap ada parcel. Ingat extended keyboard yang cik Wada orderkan dari Shoppee.. rupa tudung yang ibu baru ker order semalam. Cepat betul service... sehari je sampai.

Selom Tieback dari Bujurdaun.
Ibu beli dari dropship acik Wazlina bila beliau up pakai tudung dari Bujurdaun.. nampak lain dan cantik sangat. Tu yang nak try.

Testing. 
Dari plastik terus pakai... tu yang nampak kedut.
Material Premium Chiffon Crepe.
Kain lembut dan tak panas ya.
Ringan.
Terletak elok.
Banyak style boleh pakai tudung ni. Ibu try yang simple dulu.
Insyaallah boleh beli lagi.

#bujurdaun
#bujurdaunlovers