Pages

Friday, July 31, 2020

Aidil Adha 2020

 Salam Aidil Adha.
 Semoga ibadah dan korban kita diterima ALLAH swt.

Beraya di Kulim.

Picture di pagi raya bersama tokwan.
Bami tak salin baju melayu sebab lupa bawa butang baju.. haishhhh... ibu pun.lupa nak pesan.. umur dah 20 pun nak kena ingatkan😬

Wafi merajuk sebab tudung bawal yang dia nak pakai tak beri kerjasama. Adalah yang tak kena tu..
Sebelum ibu naik angin, dia pakai tudung sarung.. senang.
Jangan sebab tudung rosak mood rata haha

Baju gegirl sepatutnya pakai masa raya puasa.. tapi since courier hantar lewat, kita pakailah masa raya haji.

Kakak Widad dan tokwan.

Menu pagi raya.
Ibu buat ayam masak merah dan sayur acar. Maksu Fatin masak nasi minyak. Ketupat dan lemang dari Sik. Makngah dah siap frozenkan rendang ayam

Makan dulu.

Oh ya.... tradisi nenek2 dulu.. keluarkan pinggan cantik dan mahal pada musim perayaan. Barulah meriah😂😂

Cuma dirumah sekarang kita memang hari2 pakai pinggan mahal kahkah...

Alah membeli menang memakai.
Begitulah kekdahnya🤭🤭🤭

Thursday, July 30, 2020

Jalan-jalan Ipoh, Kuala Kangsar dan Taiping

Seingat ibu, sepanjang 21 tahun kahwin, ini kali pertama beraya Aidil Adha di Kulim.
Bertolak malam tadi dari Klang dan seperti biasa transit di Tapah.
Banyak ikut jalan lama since waze suggest... hiway memang tak boleh didangkal.. banyak kawasan sesak.

Seawal jam 7.30 am gerak ke Kulim.
Guna juga jalan lama... saje nak kelainan view walau waze suggest guna highway.. mungkin masih awal jalan lancar.

Mula2 singgah Restoren Capati kat Chenderiang sebab teringin naan cheese.. tapi yang beratur agak ramai. Terpaksa cancel.

Otw baru decide untuk singgah beberapa tempat... sambil menyelam minum air. Balik pun takde rushing sangat.

1st stop : Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Cool je tempat ni. Masih awal kan... orang pun tak ramai.

 Disebabkan PKP, kanak2 tidak dibenarkan menaiki bot jadi kita cancel untuk melihat kawasan sekitar tasik. Kesian pulak Wafi. Tasik sangat tenang.. dalam tu ada ikan air tawar.

 Ambik picture je lah.
Wafi bergambar ada style.

2nd stop : Galeri Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar

 Tapi sayang sebab galeri ni ditutup untuk orang ramai sebab masih dalam renovation.

3rd stop : Muzium Di Raja Perak, Kuala Kangsar

Nak ke sini boleh gaduh laki bini😬 sebab waze dan google bawa ke stesen bas dan pasaraya.
2 kali ke sini.. apa2 lah waze dan google.

So cari yang English version.

Dulu istana sementara Sultan bersemayam sebelum siapnya Istana Iskandariah.

 Juga dikenali sebagai Istana Kuning oleh penduduk tempatan. Binaan ini sangat cantik.. bahagian bawah sejuk tanpa kipas mungkin disebabkan penggunaan lantai marmar.

Tanpa penggunaan paku.

4th stop : Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Istana ni di atas bukit tengah2 Bukit Chandan. Ambik gambar kat situ je lah, mana boleh masuk🤭

5th stop : Masjid Diraja Ubudiah, Kuala Kangsar

 Juga terletak.di Bukit Chandan.
Ambik gambar kat luar je... tak pasti boleh masuk ke tak sebab PKP ni banyak masiid dan surau terhad penggunaannya.

Sementelah lagi belum masuk waktu.

6th stop : Taman Tasik.Taiping.

Ambil gambar dari dalam kereta je.
Ambiance sangat kan view kat sini. Pokok2 ni dah beratus-ratus tahun. Taiping ni tempat yang mempunyai taburan hujan yang paling tinggi di Malaysia.
Jadi kawasan ni agak lembab dan sejuk compared to other places.

 Best ni kalau dapat jog petang2.

 One for the album

 Ibu pun nak menyelit juga.

7th stop : Hotel Seri Malaysia, Taiping

Sebab nak beli pisang cheese. Nampak kat banner.
Yang ni tambah oreo.
1 set RM8/6 pcs.

Lepas tu baru nak cari lunch.
Sampai Doli Kuay Teow ada orang beratur di luar.. cancel.
Cari tempat lain. Ada penduduk tempatan suggest makan di depan mall.

8th stop : Gerai Penjaja

Nampak meriah sebab meja kecik.. rasa sesuai untuk 2-3 orang. PKP kan... banyak meja bertanda "X".
Kita akur PKP kan🥰

Dalam ni banyak gerai2 yang menjual pelbagai makanan.
Tempat memang happening.
Masa ni dah hampir jam 3 pm.

Lepas makan gerak balik.. jam 3.30 pm

Sampai Kulim jam 6 pm.

Fuhhh... 10 jam

But worth lah kan.. dapat jalan2 summore hehehe..

Tuesday, July 28, 2020

Suppliment Sul4zyme Young Living

 Baru berjinak2 ambil suppliment.
Sebelum ni ada try Evening Primrose Oil EPO tapi tak sesuai... muka jadi gatal yang amat sangat.. berbulan juga nak baik.

 Sekarang try ni.

 Makan 2 biji sehari.

Baca instruction.

Sul4zyme ni ialah health supplement yg mengandungi natural Sulfur iaitu MSM. (Methylsulfonylmethane, more commonly known as MSM, is a popular dietary supplement used to treat a wide array of symptoms and conditions)

Suppliment ni juga di infused dengan Copaiba Essential Oil.

Antara kebaikan Sul4zyme ni ialah bagus utk sendi, rambut, kuku, kulit, fungsi hati, mengurangkan keradangan, dan membantu muscle recovery selepas work out.


Monday, July 27, 2020

Roll On YL

Bergamot tu untuk Cik Fatin untuk ermm.. ermmm..
Bergamot ni limau purut. Diketahui limau purut ni digunakan dalam perubatan tradisional setelah sekian lama.

Collect dari teacher Watie since ada stock. Fresh Breeze OOS sekarang ni. Mujur Watie ada. Itu pun stock dari Singapura dan namanya Breathe Again. Kat Malaysia Fresh Breeze. Ini untuk Bami dan Deep Relief untuk nenek sebab teringat haritu nenek sakit pinggul.

Ni screenshot dari FB Shahirah.. minta halal ya dik.

Sebelum ni tak terfikir pun nak beli yang roll on tapi bila join zoom bersama grup Oilylicious macam best je.

Dalam Deep Relief ni ada beberapa pati minyak iaitu :-

Peppermint
Balsam fir
Clove
Vetiver
Wintergreen
Lemon
Helichrysum
Copaiba

Boleh beri kelegaan jika disapu pada tempat yang sakit, lenguh, muscle pain dsb.

Cara guna
- roll kat tengkuk
- tempat yang sakit

Sebab ada wintergreen yang menyejukkan
Kalau ada rasa gatal2 boleh guna LLP (lemon, lavendar, peppermint)

Fresh Breeze
Ia untuk melapangkan saluran pernafasan. Kalau asyik achum2, semput/dada ketat sesak nafas, gatal2 pada hidung, selesema, sinus/resdung, rasa nak demam, anxiety dan rasa lnafas tak cukup.

Cara guna
- roll kat hidung
- inhale
- sapu kat dada
- sapu kat belakang
- vitaflex
- sapu kat perut
- point of lung (tapak kaki)

Saturday, July 25, 2020

2D 1N Holiday Villa Subang Jaya

Short vacay sebelum abang Imi dan kakak Widad masuk poli.
Ayah guna booking.com dapat RM110/night without breakfast. Boleh juga call in RM130 with 2 beeakfast.
Sekarang ada reopening selepas PKP.
Dapat check in awal 1.30 pm.

Luas bilik ni.
Malam semua nak tidur bawah.. haishh..

Perfect view.

 Sampai2 diffuse oil dulu.

Pinjam diffuser Wafi.. beg tu ticer Watie bagi.. sekarang open for sale RM80 but limited.

 View pool dari balkoni.. banyak seksyen kolam ni.. sebelah kanan ada lagi.

Ready untuk jalan2.. kami ke Empire untuk lunch. Naik grab je RM5.

Grup photo bila sampai hotel balik.

Wafi turun mandi pool sorang2, kakak temankan. Dapatlah mandi sejam.


 Lepas maghrib ke Sunway Pyramid pula untuk dinner. Makan kat food court je. Kemudian ke Popular since Wafi dan Kawi nak cari buku.

Sementara tunggu grab car sampai.

Rasa dah penat sangat.
Balik lepas solat isyak semua boommm tidur.
Pengsan.

Puas tidur semua.. solat seawal 6 pagi.
Lepak2 tunggu jam 7.30 untuk breakfast.
Keluar, depan sikit ada restoren Taj Curry House. Masa kita duduk Dorsett, kat situ juga kami breakfast.

 Vadai.
All time favourite.

 Lepas breakfast, kids dah sibuk nak mandi pool.
Kita layankan je lah.

 Kan dah lama tak mandi pool... syioklah mereka.

 Bami mandi tak sampai sejam.

Sunshine😍😍😍

Pool size olimpik ni khas untuk mereka yang nak training. Kena register kalau nak masuk sini sebab ada 8 lane je.

Mujur Bami dan Kawi dapat masuk sekejap sebelum lifeguard datang.

Ok.. nak balik dah ni.
Checkout jam 12 pm
Short vacation yang relax tapi menyeronokkan.

Singgah lunch di Deli Wow (1st day opening),  Citta Mall dan do groceries di Village Grocer.

Balik pengsan mendobi sambil tunggu Wafi buat homework😬😬😬

Wednesday, July 22, 2020

Sekolah semula

Setelah hampir 4 bulan akhirnya sesi persekolahan untuk tahun 1-4 dibuka hari ini.
Cuti (ehhhhh... mana ada cuti... tiap hari ada kerja sekolah) actually duduk di rumah yang paling lama.

Malam tadi pun jam 9.30 dah tidur.. rekod hahahh. Jam 11.30 terjaga dengar guruh kuat.. rasa lama dah tidur. Wafi pun terjaga sama.

Pagi ni agak semangat bangun.
Semoga istiqomah ya Wafi.

Seperti saranan sekolah untuk bawa bekal dari rumah.
Roti sardin, harap Wafi kenyang.
Dah pesan new norm di sekolah.

Sunday, July 19, 2020

Cucur Cendawan Sisir/Kukur

Tengahari ni ibu nak share resepi cendawan sisir/kukur. Orang jawa panggil jamur gerigit. Dulu masa kecik2 biasa kikis cendawan ni bila ada kayu pokok getah yang telah ditebang. Kayu yang terbiar kena hujan dan panas akan mengeluarkan cendawan ni. Agak meriah bila tiba musim hujan.

Resepi ini telah diolah sedikit. 

Resepi cucur cendawan sisir/kukur

Bahan-bahan
1. Cendawan sisir
2. Bawang merah
3. Ketumbar
4. Jintan putih
5. Jintan manis
6. Garam
7. Tepung gandum sedikit
8. Daun sup
9. Cili padi

Bahan-bahan 1-7 adalah yang original ibu belajar masa kecil dari arwah nenek ibu manakala kali ni ditambah dengan cili dan daun sup (bahan 8 & 9)

Cara-cara
1. Tumbuk satu persatu bahan 1 hingga 5

Sebelum tu cendawan perlu direndam dalam air panas untuk melembutkannya. Bilas beberapa kali untuk hilangkan bendasing dan serpihan kayu. 

Cendawan tu tumbuk sederhana je jangan terlalu halus.

2. Campurkan semua bahan di atas dan gaul rata. Tebung tu agak2 bagi adunan melekat. Kalau banyak sangat tekstur cucur akan keras.

3. Kepalkan dan buat bulat-bulat.
4. Goreng atas api sederhana. Hanya balikkan bila sebelah dah nampak garing.

 Dah masak warna cucur ni agak hitam.

Bolehlah dimakan dengan nasi atau nak makan begitu je tambah lah sos yang digemari.

Orang dulu2 memang makan bersama nasi.
Yummy sangat.

Rupa pokok yang ditumbuhi cendawan.

Close up... yang ni dah rendam dan siap cuci.

Dulu free je cendawan ni.. sekarang beli pun agak mahal.

Sekarang ni o

Sepeket RM5.. beli 2 peket dapat hidangan di atas... alahaiiii... dapat 15 ketul je😅😅😅