Pages

Sunday, February 21, 2016

Karya terkini

Ini yang dibawa balik masa cuti 3 hari sempena cuti CNY.
since duduk taska kan... jadi anak2 ada aktiviti seperti biasa.


sooooo colourful.
Untuk anak 6yo, sangat membanggakan.

Saturday, February 20, 2016

Pelamin di awan biru...

Ayah dapat undangan majlis resepsi officemate di Menara KL.
Wowwww.... mesti pergi. Satu untuk meraikan tetamu. Kedua sebab free naik kan hihihi... boleh lah si kecik naik. Sebelum ni kakak dan abang je dah ke sana. Kali ni bagi peluang wafi merasai pemandangan dari atas tower.


Nunnn... jauh di bawah.


Ibu gayat sket hihi..


A happy good girl.

Friday, February 19, 2016

Kidz & Creme

Ni kita makan2 di Kidz & Creme kepunyaan pelakon Aaron Aziz

Dinner actually. Kita solat kat this restaurant.


Sangat cosy.


Tepi tu ada kids zone. Boleh lah anak2 nak main sementara makayah makan2 & sembang2.


Kawi & ayah.

Ayah dapat bergambar dengan bapa mertua Aaron, uncel Halik.
Wife Aaron pun ada baru sampai... masyaallah lawa sangat bila tengok live.
Kawi tak lepas pandang.


Ehhh... ni terselit gambar Wafi dapat beli lego friends di IOI Mall.
Dah lama dia mintak.
Balik main satu hari lepas tu entah ke mana ggrrrr...

Thursday, February 18, 2016

LynnHassan @ Boarders Tea

Kalau peminat kek boleh gi Saujana Utama.

Suka sangat dengan kek lobak ni.


Tu dia... peminat pavlova.
Banyak lagi kek dan dessert di situ. Boleh lihat di FB Lynn Hassan.
Semua menawan hati... dan kena repeat baru boleh rasa yang lain2 plak.


Bakeri Lynn Hassan ni dalam kedai Boarders Tea di Saujana Utama.
Air kat situ pun sedappppp.. nyummehhh!!


Uiii... model sambilan.


Kakak yang tolong mekapkan.

Wednesday, February 17, 2016

Muzium Kapal Selam

Di Melaka, kita stay semalam je kat Equatorial.

Selepas check out tu, kita direct ke Muzium Kapal Selam di Pantai Kelebang.
Antara gambar2 yang sempat ibu ambik.

Perasmian.



Masa ni ada beberapa grup masuk gak. Kecik je tapi ada aircond.
Kalau tak mau jadi daging panggang.


Dek atas tempat tidur.


Next station.


Bilik tidur krew.


Bilik radio.


Bilik rehat.

Bilik kawalan.


Peta kapal selam.


Kita keluar ikut sini. Yang sana tu pintu masuk.
Tapi kapal selam sebenar takde lah pintu tepi. Naik dari atas.
Ini sebab kapal selam pameran dia buatlah pintu tepi takkan nak naik dari atas. Jenuh.


Bahagian ekor.


Wahhh... ni menarik.


Segala ruang penuh. Terror lah designer kapal.


Peta dunia


Info di bahagian bawah kapal.


Pintu masuk. Gersang je kan.. panas ni sebab memang kat tepi pantai dan berpasir.
Entry fee bawah RM5 je.

Tuesday, February 16, 2016

Wet World Resort/Hot Spring Pedas 2016

Ni cuti2 sempena birthday ibu yang ke ehemmmmm kihkih.. 43 la.
2H 1M je pada 16-17.01.2016


Ni second time kita mandi kat sini. Masa tu Wafi tak lahir lagi.. dah lama betul.


Entrance fee.


Tak banyak ambik gambar sebab sibuk nak mandi dengan kids.
Tak ramai orang pun maybe sebab awal tahun dan kebetulan sekolah banyak buat aktiviti.
Sepatutnya pun Rahimi ada merentas desa tapi sebab hari sebelum tu pun dah demam paksa dia cuti gak takut melarat.
Bami ni badan sado (bak kata Wafi) tapi selsema dan sakit tekak senang dekat.

Kita keluar dalam jam 12 lebih lepas tu cari makanan dekat2 jalan nak keluar.
Ada daging salai masak tempoyak yang veri marbeles.
Kedai tepi jalan je.. tak ingat nama.

Lepas makan, kita bertolak ke Melaka plak.

Monday, February 15, 2016

UUM 2015

Seperti biasa, jika balik kampung akan singgah di kawasan air terjun ni, jumpa toklang mereka.

Si kecik je mandi.. huhu.. sejuknyer air.
Since kita nak hantar tokngah ke Changlun, boleh lah singgah di UUM, Sintok.
Pokok dah besar semua.. redup jer sekarang.


Depan Canselori.


Dulu masa study takde plak nak bergambar di sini.


Tangga yang meninggalkan sejarah. Untuk ke library dan Dewan MAS.


Dewan kuliah yang kena pergi setiap hari.


Pintu pun dah kaca sekarang. Takdelah nak jenguk2 sebelum masuk.. ye lahhh..kot lecturer dah masuk hihi..


Depan Dewan MAS yang tersergam indah. So proud as satu2nya dewan yang berada atas bukit dan bila konvo habis masing2 akan bergambar di sini. Penuh dengan para graduate.


Kita gambar berdua...


Tapi ini budak kecik dah jeles dan merajuk.


Ni belakang Kolej MAS blok A. Dulu sungai tu luas sekarang dah rupa longkang kecik jer. Bangunan2 tu dulu takde. Sebelah sana jalan besar kampus lepas tu pemandangan hutan je.. Sekarang semua dan batu.
Dulu sungai tu ler 1st batch guna bila air takde huhu..


Kita makan di kafe Kolej MAS. Dulu kolej lelaki sekarang perempuan dah duduk.

Sunday, February 14, 2016

Penang State Museum 2015 - Part 2

Zaman penjajah.


<no caprion>


Teh tarik satu!


Pinggan mangkuk kegunaan pembesar.


Permainan tradisional.


Overall, muzium Pulau Pinang ni walau tak sebesar mana, tapi very imformative.
Boleh cover semua.

Ok.. boleh bertolak balik. Sementara tunggu feri, mendung nak hujan.


Wahhhh... seremmm... laut bergelora. Hujan lebat masa ni. Terasa feri bergoyang.
Ayah cakap macam cerita Alaskan Crab huhu..