* Entri yang panjang
* Gambar2 diambil pada masa yang berlainan.
Penghujung 2005, pada mulanya abah sering demam. Selera
makan berkurang. Bawa ke klinik beberapa kali tapi doctor cakap demam biasa. Muka
dah Nampak bengkak. Sehinggalah bawa ke Klinik AnNur dan masa tu Doktor Zainal
check. Doktor kata ada simtom kegagalan buah pinggang. Doktor bagi surat
rujukan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang. Bawa abah ke Kecemasan
dan Trauma. Tak secepatnya lah masuk wad.. seingatnya masa tu abah dimasukkan
ke wad G3.. masa tu wad G3 ni baru buka. Sangat selesa dan bilangan pesakit pun
tak ramai. Ber’air cond’ dan sangat sejuk hingga demam2 abah di sana.
Ujian demi ujian abah hadapi. Tak ingat berapa hari lah
abah di sana. Masa ni adik beradik menjaga dan melawat abah. Ada satu tengahari
tu nurse bertugas menghubungi saya ketika di pejabat, menyatakan abah asyik
meyebut anak2 sambil meracau2… terus minta kebenaran dari bos untuk ke
hospital. Sampai di sana, pesakit yang berhampiran abah cakap abah meracau2
dari pagi dan menulis sesuatu di atas note pad. Allah… abah demam rupanya.
Kesian abah sebab masa tu takde sapa di sisi abah huhu..
Ada pakcik tu cakap, kesian abah takde sapa jaga… huhu..
Allah datangkan mesej yang terkesan di hati. Kami leka.. maafkan kami abah..
Akhir tahun 2005, abah didiagnostik dengan kegagalan buah
pinggang (chronic renal failure). Doktor cadangkan buat vascular acsess evaluation di GHKL atau di
klinik swasta. Since appointment di GHKL urology pada 7.3.2006, kami mengambil
keputusan untuk buat di Arunamari Specialist Medical Centre atas cadamgan
doctor. Penilaian dibuat pada 17.12.2005 dan pembedahan AVF pada 17.02.2006
dengan kos RM850.00
Sehingga AVF tu betul2 matang, abah buat haemodialisis (HD) di
Caring Dialysis Center (Meru) Sdn Bhd. Dalam masa yang sama, kami menghantar
borang permohonan rawatan dialysis di Pusat Zakat dan MPK. Pusat Dialisis bagi
panduan dan kami isi dan hantar borang yang berkaitan ke Pusat Zakat. Masa
belum dapat bantuan, abah pernah cakap, buat lah apa yang patut.. abah nak
cuci. Kalau duit takde, juallah kebun abah. Ya Allah… begitu kuat semangat abah
untuk meneruskan hidup.
Alhamdulillah permohonan diluluskan. Abah buat dialisi di
Meru sehingga Disember 2007. Masa ni sayalah yang hantar pagi2 dan petang cik
Nora yang ambil. Takpun adik beradik lain yang hantar dan ambil. Kemudia abah
dihantar pula ke Pusat Dialysis LZS (MAIS) di Seksyen 3, Shah Alam selama
beberapa minggu sebelum dihantar ke Pusat Rawatan Dialysis LZS (MAIS), Jalan
Kapar.
Walaupun abah mengalami kegagalan buah pinggang dan
terpaksa menjalani rawatan HD 3 kali seminggu, Alhamdulillah, abah dapat
mengerjakan haji pada tahun 2008. Pelbagai ujian dan rawatan dijalankan sebelum
abah dibenarkan mengerjakan haji. Masa tu bawa mak dan abah pergi medical
checkup di Klinik Kesihatan Jalan Berkeley.
Adooiii, yang tak boleh lupa Doktor Faez dari Arab Saudi telefon minta
surat perubatan abah sebab sebelum buat
prosedur dialysis di sana. Rupanya abah tak bawak surat rujukan doctor padahal
doktor dan nurse di pusat dialysis dah
pesan. Kami anak beranak pulak tak aware. Encik Lutfi dari Tabung Haji Malaysia
juga minta surat yang sama. Agaknya doctor dari Arab Saudi ada hubungi pihak
Tabung Haji. Gigih malam tu juga pergi cari nurse. Nasib baik ada simpan nombor
nurse kalau tak mana nak cari malam2. Minta nurse faxkan ke Arab Saudi dan
Tabung Haji Malaysia.
Alhamdulillah, abah dan mak pulang dengan selamat Cuma
abah dibawa ke Hospital Putrajaya sesampainya di airport. Perjalanan yang
mengambil masa dan abah masa tu dah beberapa hari tak buat dialysis. Syukur semuanya selamat. Cik Ami dan Cik Amir
uruskan masa tu.
Sepanjang 10 tahun abah menjalani rawatan dialysis ada
beberapa kali dimasukkan ke HTAR kerana demam. Biasa nurse akan hubungi ibu
atau Cik Nora, waris terdekat. Gigih bawa ke Kecemasan. Di wad biasa tak lama,
kurang dari seminggu. Ada sekali tu tahun 2013 kalau tak silap, abah dimasukkan
ke ICU. Masa tu beberapa hari selepas kami balik dari bercuti di Johor.
Alhamdulillah, Allah masih pinjamkan abah kepada kami untuk berbakti.
Akhir tahun 2014, sekali lagi abah diuji. Nurse di Pusat
Dialisis MAIS call, cakap abah demam, badan gigil2. Tangan plak bengkak.
Masyaallah, bila tengok tangan abah menakutkan. Merah dan membengkak. Masa tu
abah di wad 8A. Malam tu tukar shift.. adik Wan jaga. Cik Baya dan pakcik Man
yang hantar kalau tak silap. Tetiba darah memancut dari AVF abah. Malam tu juga
buat surgery untuk stopkan pendarahan.
Beberapa hari dihospital abah semakin baik dan tunggu
appointment di GHKL untuk AVF yang baru di lengan kiri. Perancangan Allah tiada
siapa tahu. Abah jatuh pula dari kerusi malas dan tangan kiri abah patah. Untuk
baik akan ambil masa sementelah usia abah yang semakin meningkat. Untuk
meneruskan kehidupan abah masih kena teruskan buat rawatan dialysis.
Doktor bagi option… kiranya takde option lain pun
hahaha.. buat dialisis air Continuos Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD)
bermula akhir Januari 2015. Kateter kena dipasang di lapisan perut. Yang ni
kena wat pembedahan di HTAR sahaja. Since CAPD dilakukan di rumah, kena ada
seorang ‘misi’ tetap untuk pantau. Emaklah jadi misinya. Seminggu emak kena
kursus di Wad CAPD. Mula2 nurse macam tak percaya emak boleh buat.. tengoklah
mak sapa.. sampai nurse cakap kat ‘misi’ lain yang makcik ni buat dengan baik.
Dalam masa yang sama kena beritahu Pusat Zakat atas
pertukaran rawatan HD ke CAPD. Ada surat rujukan kena buat dan serah kepada WAD
CAPD. Mereka akan uruskan semuanya. Alhamdulillah.
Bermulah perjalanan abah buat CAPD di rumah, 4 kali
sehari. Buat CAPD ni mobile, malahan abah boleh pergi konvo Kak Nong di UPSI
bawa peralatan. Juga bercuti2 kemana2.. asalkan ada tempat yang bersih dan
sesuai, insyaallah rawatan CAPD boleh dijalankan.
Abah dimasukkan 4 kali sebelum ini ke Wad CAPD jika
berlaku jangkitan (air kotor). Masa ni antibiotic akan dimasukkan dalam cecair
baxter untuk matikan kuman. Yang terakhir seminggu lepas (Khamis, 26.01.17) apabila kuman masuk
dalam perut. Cik Wada dan Cik Hanis hantar abah ke hospital setelah dimaklumkan
kepada Wad CAPD untuk bawa terus ke Kecemasan. Sampai 2 kali mereka telefon
kenapa abah tak sampai2 lagi. Perihatin nurse2 dan doctor di HTAR. Terima kasih
Ya Allah, kerana bawakan mereka2 yang hebat. Terkesan bila mak cakap Nurse Ju tanya kenapa tak bawa siang tadi.. mak cakap takde sapa yang angkat.. anak2 kan ramai, masing2 kerja huhu 😢😢
Oh ya… Jumaat malam tu saya ganti emak jaga abah. Kesian
emak dah 2 hari di hospital. Tengah malam tu tahun baru cina. Meriah hospital
dengan bunyi bunga api sampai jam 2 lebih pagi. Tidur2 ayam je sebab kejap2
abah kata lengu kaki,lenguh tangan. Betulkan kedudukan kaki, sandal dengan
bantal, dengan selimut. Tangat plak urut2.. bila dah lega abah tidur. Jam 4
pagi bersihkan diaper abah,, masih ada darah.. abah berak darah. Abah kata
teringin makan limo (limau).. gigih 4 pagi turun ke mart beli sebiji.. sampai
atas abah lena.. simpan dulu limau tu.
Pagi Sabtu
28.01.17, doktor pakar nephrology bagitau kena buang kateter dan pasang AVF
sementara untuk HD. Kena buat haritu juga sebab jika buat HD dulu baru buang
kateter akan berlaku pendarahan sebab bila buat HD kena suntik ubat cairkan
darah. Tengahari tu gerak ke KL, Cik Elis baru sampai. Sebelum tu bersihkan
abah dulu.. Cik Zie tolong angkat.. masih ada fresh blood. Inform doctor
bertugas.Jam 7 pm lebih abah masuk OT. Masa ni Cik Biela tunggu. Pembedahan
bejalan lancar, Alhamdulillah. Dan ahad petang abah buat HD di wad 8A. Masa ni
Kak Nong yang tunggu.
Isnin siang Cik Ana tunggu plak.. mak sampai petang tu.
Tunggu sehingga Rabu. Isnin malam tu mak soh sapa2 hantar diapers abah. Sayalah
hantar. Naik sorang2. Inche Jalan Rebung dok dalam kereta sebab bukan boleh
masuk ramai2 pun. Sampai di wad, abah tidur lena. Mak pun sama. Kejutkan abah
jap… salam cium bagai… sembang sket2 dan cakap nak balik. Tetiba abah cakap
BABAI sambil tangan melambai2.. heheh kuat pulak tu sampai patient dan waris
katil depan pun dengan dan senyum2.. kalau lah tau itu BABAI abah yang
terakhir, akan ku peluk cium kuat2 huhu L
Rabu malam sehingga Khamis, Cik Biela pula jaga… Jumaat
malam sehingga Sabtu tengahari pula Cik Fatin. Kemudian 2 jam sebelum abah
menghembuskan nafa, Cik Wada yang temani abah. Kisah terakhir abah pada
penulisan CikWada di FB L
Ringkasan tentang HD dan CAPD dari kacamata anak pesakit.
HD buat di pusat dialysis 3 kali seminggu dengan pantauan
nurse2 dan doctor (10 tahun ). Bila pulang dari HD, abah akan rasa lemah dan
tidur/berehat. Esoknya baru aktif.
CAPD 4 kali sehari buat di rumah dengan pantauan ‘nurse
rumah’. Sebulan sekali kena ambil darah dan jumpa doctor pakar. Kebersihan bilik rawatan perlu sangat diambil
berat untuk mengelak dari sebarang jangkitan. Alhamdulillah, Cik Cha sukarela hantar atuk masa appointment.
Sepanjang 12 tahun abah menjalani rawatan HD & CAPD
abah adalah seorang yang aktif. Pergi kebun, bersihkan kebun, Buat rumah,
bertukang rumah. Pagi pergi medang… petang medang lagi. Kehidupan abah adalah
normal seperti orang lain. Merokok huhu.. bila sakit kat hospital cakap akan
berhenti, tapi bila sihat merokok lagi.. adoii… tabiat yang tak boleh
dielakkan. Ke hulur ke hilir naik motor.
Pergi belanja barang dapur naik motor. Ambil duit pencen naik bas.
Walhal telah ditegah anak2 sebab anak2 boleh hantar.. lambat katanya. Kami memikirkan
keselamatan abah jer huhu.. Kalau sehari abah tak naik motor maksudnya abah tak sihat.
Kegagalan dan rawatan buahpinggang tidak pernah
mematahkan semangat abah untuk terus hidup dan memastikan anak2 cukup makan,
pakai, tempat tinggal.
Ya Allah, terima kasih kerana meminjamkan kami insan yang
sangat hebat..
Abah pergi di usia 71 tahun pada 04.02.2017 (sama hari kelahiran Isyraf)
Bakti kami tak pernah cukup.
Menjaga abah tak pernah habis.
Semoga abah tenang di sana.
Syurga tanpa hisab buat abah.
Al-Fatihah.