Pages

Wednesday, January 30, 2013

Fruit Tart

Ok.. haritu cuti sempena Maulidur Rasul dan pepagi yang hujan lebat gitu ibu buat tart buah2-an. Orang lain sedang enak menyambung tidur ibu plak terlebih rajin sket sebab nak melayan anak tekak teringin makan tart ni. Buat crust dulu sementara buah2 beli kat Urban Fresh, SCM tengahari tu.

Sebab saiz acuan cuma 4.5 cm jadinya kecik jer lah boleh letah buah2-an. Stoberi yang dibeli pulak jenis besar2 terpaksalah potong 4 ada tu 6 sebab nak letak lagi kiwi dan anggur.

Lagi bagus kalau masa nak makan baru letak filling untuk menikmati kesegaran buah.

Crust tu ibu guna resepi kat bawah sementara kastard ibu ikut resepi CMG.

TART SHELL

Bahan A:
200 gm mentega
100 gm gula aising - saya kurangkan sikit
1/4 teaspoon esen vanila 

Bahan B:
1 biji telur

Bahan C:
420 gm tepung gandum / superfine
1 tablespoon susu tepung 


Cara :
 Pukul A hingga lembut.. kemudian masukkan B.
Teruskan pukul hingga gebu & berkrim - saya guna whisk je.
Masukkan C dan gaul rata - teruskan gaul hingga mendapat doh yg lembut & licin.
 Ambil sedikit doh & tekankan ke dalam acuan tart - cucuk dasar tart shell dgn garfu.
Bakar dalam oven dengan suhu 170c selama 12 - 15 minit @ sehingga keperang2an.
Keluarkan dari acuan & sejukkan dahulu sebelum diletakkan filling.
*Adunan ini akan dapat dalam 65 biji shell.

FRUIT TART
By : CMG Dapur Tanpa Sempadan

Bahan Tart
150 gram tepung halus atau tepung gandum
25 gram gula aising, diayak
70 gram mentega sejuk, didadu kecil
1 biji telur, dipukul sedikit
1/2 camca teh esen vanilla

Bahan Kastard
1 cawan susu segar
1 1/2 camca besar tepung kastard
1 1/2 camca besar gula halus
1 camca teh esen vanilla
1 camca besar mentega
ita tambah secubit garam ~ sikit aje

Hiasan
Buah starwberry segar secukupnya
Buah kiwi secukupnya, hiris
Sedikit coklat susu atau coklat masakan ~ dicairkan
Piping jelly ~ untuk mengilatkan buah
Croquant secukupnya (bertih jagung kisar) ~ yg ni ita  ganti gula icing

Tuesday, January 29, 2013

Menyerah diri untuk diurut


Ni gambar Wafi masa dia mengofferkan diri untuk diurut. Masa ni bawak kakak widad yang demam. Sebelum tu Wafi pun cakap dia demam.. siap pakai koyok kat kepala macam kakak dia.

Sampai2 rumah nenek ina, Wafi yang bukak baju dulu. Elok jer terus meniarap mintak urut. Kira menyerah diri lah.
Cuba waktu dia demam, mau meraung2 satu kampung leh dengar dia menjerit.

Gambar Kawi takde lah ibu nak ambik sebab seksi hoooooo....malulahhh dah besar!

Friday, January 25, 2013

Lama dah tak ke sini semenjak ada SCM

Klang Parade.... dulu sebelum ada Jusco Bandar Baru & Jusco Bukit Tinggi juga Setia City Mall tempat kita  mencuci mata dan berjimba2. 

Last week pegi macam dah tak berapa best la.. pegi pun sebab sesaja singgah lepas ke 2 Ply. Giant kat Lower Ground pun dah takde. Mungkin transfer ke Klang Sentral kot.

Kakak di waktu sihatnya.

CNY mood.

Kat tepi stage, tapi masa kami sampai belum ada show lagi.

Ibu pun nak interprem gak.

Kak Widad lagi!

View dari 1st floor. Tak ramai orang pun kat bawah tu.

Harap2 Klang Parade ni masih boleh bertahan. Harga baju kanak2 kat Parkson sini lebih murah dan more variety compared to Parkson SCM.

Kalau nak raya, ke sini lah ibu serbu baju anak2. Masa tu laa sebab Bami & Kawi masih kanak2 lagi. Sekarang kan tinggal Wafi yang kanak2, kurang lah datang sini mencari baju sekadar untuk seorang.

Potty Training

Wafi start potty training masa umur 2 tahun. itu pun on and off jer sebab ibu macam tak berapa nak rajin hehe..
Banyak kalinya ter'pee' dan 2 kali ter'poo'.
Sekali poo tu atas kompang abang mi. last2 kompang tu terpaksa dikorbankan. Kali kedua kat depan pintu. perghhhh melambak2. 
Malam masih berdiaper lagi.


Kat school plak. bila Wafi sudah diasingkan kelas tahun ni, free diaper except waktu nap dia.
Bila tanya pada ummi macamana train anak2 kat taska untuk potty training. Katanya anak2 ni akan ditanya siapa nak ke tandas. So everybody akan angkat tangan dan akan beratur umtuk melaksanakan hajat masing2.. ahhhh senang gitu.

Tapi ibu takleh terpikir macamana waktu poo Wafi kat sekolah. Sebab diaper yang diguna satu jer. Ibu rasa itu untuk waktu nap dia. Ummi bagitau, Wafi akan beritahu bila nak poo poo.

Bila kat rumah, Wafi waktu dah tak menahan baru cakap nak poo.. haiyooo nasib baik sempat.

Banyak gak improvement setakat ni. Ibu harap by umur 3 tahun Wafi dah boleh total free diaper. Boleh?? 

Wednesday, January 23, 2013

Kipas kertas

Masa ambik Wafi tempohari, dari jauh dia tunjuk kertas berlipat kat tangan.
Masuk jer kereta...

ibu, Wafi buat kipas...

sape ajar?

ummi.

ohhhh... pandainya...

Wafi kipaskan ibu tauuu...

OK.


Nak tunjuk kat luar lah tu... bagi orang lain tengok..
Anak kecil ini sangat bangga dengan hasil kerjanya.
Balik rumah tak sabar2 nak tunjuk kat abang dan kakak.
Sanggup tunggu depan pintu.

Tuesday, January 22, 2013

Demam silih berganti

Minggu lepas hari selasa dan rabu, Bami demam. 2 hari siang terbaring kat rumah sorang2. Soh duduk kat rumah atuk taknak. Every hour ibu call dari ofis nak tau keadaannya.

Baiknya Bami, Kawi plak menyusul. Dari malam tadi dah mengadu pening. Hari ni tak ke sekolah. Duduk rumah dengan ayah sebab ayah cuti. Malam ni pun panasnya dah naik balik. Bawak jugak jumpa doktor since stock ubat demam dah habis. Dok menggelepet je lepas maghrib tadi.

Sunday, January 20, 2013

Cheese Tart

Dah beberapa hari teringin nak buat cheese tart ni. Jumaat semalam gigih ke bakeri kat Meru tu nak cari acuan tart juga cream cheese. Ambik dua set mould tart 5 cm dengan harga RM7.95 untuk 10 pcs setiap satu. Bila balik ofis,. rasa macam besar lah pulak mould tu. After ofis singgah balik bakeri tu dan tukar kepada saiz 4.5cm dengan harga RM6.95. Sebab tak boleh tukar cash, ambiklah sebotol esen vanila. Ingat nak tambah lagi tapi stok dah habis. Keciwaaaa...

Jumaat malam tu dalam pukul 10 mula menguli 2 adunan. Simpan dalam peti sejuk semalaman.
Pagi tadi plak ke Kedai 2 Ply kat sebelah Pasar Borong Klang nak beli lagi mould tu. Lebih murah lah... RM5.30 untuk 12 pcs. Beli 4 set. Oklah dah ada 68 pcs.

Macam-macam saiz ada kat Kedai 2 Ply nih... Macam2 nak  dibeli, tapi kena catu kemahuan tu hehe..

Balik dari membeli-belah dan berjalan2 kat Klang Parade, mulalah proses nak buat shell tu.
Sambil2 tu layan Ria, Nasi Kosong Ikan Kering lakonan Jehan Miskin... lawakkkkssss. 2 jam gaklah sebab buat pun santai2 jer hihi..

Bakar sekejap jer pun tapi tulah ada yang terlebih coklat walau dalam satu tray. Masih fail lah control oven baru tu.
Habis bakar 1 tray, lepak plak rumah nenek masi sebab nenek masi tak sihat. Mungkin puncanya buat terapi yang free tu.. tak rasi lahh.

Lepas isyak barulah proses letak filling dia dan juga mendeko2.
Siap semua hampir jam 11 pm. Makkaihhhhh.... 24 jam baru siap semua. adussssss.....

Alhamdulillah... pertama kali cuba.. menjadi walau ambik masa yang lama hahaha...
Dapatlah 85 pcs.




Boleh rujuk caranya di sini. TQ kak.

CHEESE TART
Sumber : Puan Azlita Aziz

Bahan2 untuk crust/shell
170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart

Cara-cara
Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese. 

 Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.
Sediakan filling yg kita suka. Biasa kita boleh gunakan blueberry, strawberry, coklat, kiwi, oren atau jam nenas tuk buat filling cheese tart ni. Bahan2an untuk filing ni boleh kita dapatkan dari kedai2 menjual bahan2an tuk buat kuih dan kek. Kalau rajin boleh juga di buat sendiri.
Masukkan filling tu dalam piping bag utk memudahkan proses kita meletakkan ia dalam shell tadi. 
Lebih banyak filling kita letak bertambah sedap lah Cheese tat kita. Bila dah siap, ketepikan dan kita sediakan  pula bahan2 tuk membuat cheese dia pula.

Bahan-bahan
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
Masukkan filling ke dalam kulit tat. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.

Kemudian boleh lah kita mulakan proses tuk melorek atas cheese tat tadi.
Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yg kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidah secantik yg kita inginkan.
  1. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
  2. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri lebih banyak lebih cantik!
  3. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah  dalam bentuk bulatan untuk mendapatkan bentuk tersebut.
Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
tambahan : ita bakar api atas bawah tapi ita letak dekat rak bawah. 

Untuk resepi ni, 1 adunan shell ita dapat buat dalam  40 biji shell itu pon bergantung kepada besar acuan dan ketebalan shell.
Bagi adunan cheese pula dapat dalam 70 - 80 shell.
Untuk stabilkan adunan buat 2 adunan crust atau shell dan 1 adunan cheese
Cheese tart yang telah siap di simpan dalam bekas kedap udara dan letakkan dalam peti ais untuk ketahanan yg lebih lama... Selamat Mencuba! 


Rasa dia... perghhhhh... sedapppppp sangat! A+

Thursday, January 17, 2013

Family dinner

Ini pun acara makan2 sempena hari jadi atuk.
Kali ni di Nasi Ayam Gemas kat Alam Jaya sana.
Kali ni cik elis payung plak sebab baru dapat bonus yang banyak bulan tu hehehe...

Ambik gambar dulu lepas order makanan masing2.

Keluarga besar kan... meja 3 pun tak muat. eehhhh... restoran tu yang kecik!
Tambah lagi meja kat belakang nenek.

Kak Widad tak puas hati sebab ibu upload gambar ni... tak sedia katanya...

Mak buyong nak makan apa???? order jerr.. tak bayar pun!
Best lah kan kuar ngan cik elis ni... sebut jer nak makan minum apa.
Kalau ngan ibu ayah.. air suam jer lahhh... dengan alasan nanti selsema hohoho...

Monday, January 14, 2013

Makan2 sempena hari lahir atuk

09.01.2013 - Selamat hari lahir abah @ atuk rawiwa yang ke 67.
Semoga diberi kesihatan yang baik dan kesejahteraan didunia dan akhirat.. Amin..
Makan kat Farah Tomyam, FBC
Antara dish yang sedap, udang goreng tepung dan sup ekor.

Atuk dan nenek.

Cik Fatin dan Bami (errrr... tetamu kat tepi mulut tu tak jemput masuk  ker Bami?)

Cik Biela yang hover... order macam dia yang sambut bufday ehekkkk..
9 orang jer.. since weekday kan.. takde lah keluarga lain balik rumah.

Sunday, January 13, 2013

Kudapan


Kopi Klassno
Munchys cream cracker

Perghhhh nikmat!!
Tapi sekarang dah takleh minum kopi lagi.. pening.
Sebenarnya ibu waktu study dulu boleh minum nescafe... kopi tak boleh.
Kemudian bila dah kawin dan ada anak.. nescafe tak boleh, kopi lagilah tak boleh.
Bila peknenkan Wafi dok selalu terbau kopi O yang ofismate buat... so melayanlah kopi O.. kenkadang yang 3 in 1.
Dalam 2 tahun gak lah melayan kopi tak kiralah brand apa tapi yang ibu suka Klassno.
Tapi beberapa bulan lepas dah start pening kepala... terpaksalah stop huhu...
Hilang nikmat yang satu nih!

Saturday, January 12, 2013

Kenapa nama ayah kakak widad lain????

Terkejut dan tergelak bila balik sekolah tu kakak widad tunjukkan muka depan buku latihan karangan.
hahaha... ibu, cuba tengok adik binti sapa???
WIDAD HANANI BT CEKAL


Beberapa hari sebelum sekolah mesti check buku anak2 untuk memastikan buku tulis dan pinjaman teks semua bernama.
Dari kakak widad dan abang mi sekolah tadika, ibu dah siap2kan cop nama penuh bagi memudahkan urusan ibu. eheeee... takde kuasa nak menulis nama semua.

Chop2 atas buku pun anak2 yang buat sendiri sekarang. Semua dah besar2.. cuma ibu make sure nama tu berchop dengan lurus. no. senget2 hokay.

Buku atas tu pun ibu tuliskan sebab jenis buku licin jadi tak boleh guna chop.. karang  comot kalau belum kering dakwat terusik. Tu kes nak cepat dan tersangatlah malasnya nak menulis dan kak widad pun mengada2.. kunun letihlah!!!! hambekkkk!!!!

Sorry yer kak widad.... siap ibu kena mintak maaf waktu bufday haritu... tulis dalam kad uuuuuu.... melampau2 lah kak widad nih!

Friday, January 11, 2013

Mama... nak 'isyu'

Ini aksi kanak2.. yang dewasa tak terlibat yer eheee..
Selalunya abang mi lah yang jadi mangsa kalau wafi nak main2.
Tu wafi mintak Bami pegangkan baby 'patung' dia. Kunun2 baby lapar nak susu.
Wafi tengah nak adjust tempat baring dia... alaaa macam ibu lah tu!

Masa ni Wafi masih tak sedar lagi yang ibu curi2 ambik gambar.
Syiok aje dia bagi 'tetek' kat baby dia tu sambil tengok tv.
Lama gak aksi ni.

Ibu pun sesaja panggil nak tengok response dia.. tu yang senyum bangga!
Bila nak bangun tu, siap cakap 'baby dah kenyang'.. aduhaiiii cumil gitu.
Tapi kalau wafi sendiri.... 'nak sebelah lagi'
Ulang alik.. kiri kanan.. kiri kanan.. sampai kenyang. penat wooooo...
Bila dah kenyang 'susu dah habisss'
eeeee...

Wednesday, January 9, 2013

Snow Cheese Cake

Ni kek yang ibu cuba bila terliur tengok dari dapur mamasya
Gambar entah napa takleh rotate. 

Sedap kek ni... yelah ada cheese katakan.. benda berlemak2 ni kan memang sedap hehe..
Sangat plain atas tu.. takde hiasankan.. lenkali kena bubuh stoberi lah biar nampak lagi menawan!

Bekal untuk Wafi dan juga untuk officemate ibu merasa.
Kek ni tak berapa manis. Manis tang cream cheese tu jer.. tu pun sebab letak susu pekat. Pastu lemak2 masin tang parutan cheddar cheese tu. Kombinasi yang sangat sesuai.

Ni ibu CNP jer kot2 laa.. tq kepada penyumbang resepi.

Snow Cheese Cake 
Sumber: Rahel @ I love Cake dan K.Zai@dapurcomelku.blogspot 
Oleh; Dapurmamasya 

Bahan:mama guna loyang 10'x 10' 
6 biji telur ayam (buang 2 putihnya) 
100g gula halus 
100g tepung hong kong (blue key,super fine boleh juga)- guna self rising flour 
60g tepung jagung (maizena) 
50g air sejuk (dari peti sejuk) 
1 sudu teh baking powder- x letak 
2 sudu makan ovalet 
75g mentega (dicairkan) 
*mama tambah vanila esen 

Untuk krim: 
1 kotak cream cheese philadelphia 
1/2 tin susu pekat manis ->>k.zai letak 1 cawan (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul-ketul). 

Untuk Toping: 
1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan) 

Cara: 
1.Masukkan semua bahan-bahan kecuali mentega cair dan putar. 
2.Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat(mama kacau guna senduk saja takut over beat). 
3.Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang disapu dengan sedikit butter. 
4.Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam dengan kepanasan 150'C. 
5.Bila sudah masak biarkan sejuk.(-telangkupkan kat atas redai kek untuk lebih kurang 5 minit bagi mengelakkan kek kempis).Bila dah sejuk,ambil pisau kek dan potong di tengah2 kek supaya menjadi dua bahagian. 
6.Sapukan cream cheese di atas separuh kek tadi,kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya. 
7.Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek. 
8.Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi ke seluruh kek sebagai toppingnya. 
9.Masukkan dalam peti ais dalam 1-2 jam.Lepas tu baru potong. 

TIPS UNTUK KEK TIDAK MENDAP / TURUN 
-mama jumpa tip ni di Ena Lovely Kitchen
Terus terlangkupkan kek sekali dengan acuan diatas redai sejurus dikeluarkan dari oven. Biar sehingga kek sejuk.satu lagi bila dah masuk minyak hanya gaul dg senduk....jgn over beat. 

Tuesday, January 8, 2013

4 series sudah....

Alhamdulillah.... syukur ke hadratNya yang memberikan limpah kurnia di atas kehidupan ibu hingga ke hari ini. Dah masuk 40s yer tahun ni... tuanya.... bila anak dah masuk sekolah menengah ni barulah rasa  ehhh... ibu dah semakin tua lah!

Pepagi masa nak jerang air, ada kad lah atas dapur! Tq anak2 ... juga Encik Jalan Rebung. Ibu letak kad tu kad ofis yer.
Kat ofis... ada bufday surprise plak... adoiiiii malunyaaa.... huwaaaaaa.. satu UI dah tau lah camnih!!!

Celebrate bufday ibu kat The Manhattan Fish, Setia City Mall since ibu tak pernah makan kat this restoren before.

Order fish n chip, feeesh n cheese, grilled chicken, grilled fish.
Makan pun tak berapalah tenang sebab Wafi cranky, dah tengahari... waktu nap dia. Tu pun ibu makan last, kasi ayah dan Wafi habiskan makanan dulu.

Wafi cuma makan garlic rice jer... lauk semua takmau makan. Tanda protes!

Budak yang macam2!

Kak Widad enjoys her meal.
Bami dah siap makan, kenalah takes turn jaga Wafi.

Terima kasih Incik Jalan Rebung.... sedap.... lenkali bawaklah kami lagi hehe..

p/s : Baru perasan Bami pakai baju yang sama setiap kali keluar.. bila ditanya.. sebab baju tu lipat paling atas.. jadi Imi ambik jer lahhh... adehhhhh.... Bami.. Bami...