Pages

Wednesday, December 30, 2020

Kek Pisang Air Fryer

Teringatkan pisang rotan bawa dari rumah nenek dah masak dan takde siapa makan, maka carilah resepi untuk air fryer.

Ambik resepi dari grup AF.

Mana yang senang je. Kita tukar dengan pisang rotan sebanyak 6 biji. Pisang rotan ni kurus je.

Sengaja tabur coklat cip sebab ada dalam peti sejuk.


Ni lah hasilnya. Merekah di situ rasanya sebab terlebih tepung. Guna sudu besar je instead sudu metrik sebab malas nak keluarkan. Tapi kek still lembut.



 Keluar je dari air fryer terus potong.

Sedap makan panas-panas. Bila dah jadi kek semua makan kata sedap... kalau suruh makan pisang je... semua tak nak.

Bau pun ada famos amod sebab ada coklat cip.

Tuesday, December 29, 2020

Ambil barang Kawi di Poli

Last week kakak Widad ada bagitau yang barang-barang di Poli setelah hampir beberapa bulan tinggalkan kampus sempena cuti sem. Hanya sempat belajar di kampus selama 2 bulan sahaja. Insyaallah bulan 3 nanti boleh masuk balik kampus. Harap Covid 19 berakhir.

Sepatutnya Abang Rahimi yang kena hantar Kawi berdua je. Fuhhh... sebab mengenangkan hanya berdua je Bami dah risau... yang dirisaukan nak borak apa dengan Kawi.

Sabar je lah.. mereka berdua ni kan tak boleh terlanggar bahu😅. Boleh meletus perang dunia ke tiga.

Lalu dipujuknya Wafi dengan pelbagai imbuhan jika Wafi setuju temankan ke Poli. Siap nak belikan barang yang paling mahal dan apa sahaja yang Wafi nak. Fuhhh... sampai begitu sekali dia janjikan bulan dan bintang😂

Wafi biasalah.. mana ada barang yang dia nak sangat. Cuma casing henfon je yang dia mahu beli di Shoppee.

Bila leave ibu approved, bolehlah ibu follow. Ayah pulak nak ikut. Dah macam tu Bami cakap tak perlulah dia ikut. Lebih rela duduk sorang-sorang di rumah.

Ingat nak gerak pagi2 lepas subuh hari Selasa tu. Ayah pulak jommlah pergi sekarang. Tidur semalam di pekan Sabak. Sebelum tu check hotel dulu di Hotel Sri Bernam. Ada kosong lagi.

On the way tu teringat kat nenek.. soh nenek siap2... lagi 2 minit sampai. Sempatlah ayah booking satu lagi bilik.

4 kali book bilik di hotel ni.. 3 kali dapat bilik yang sama. Takde attached room tapi dapat bilik bersebelahan.

Oh ya... malam sampai jam 10 setelah berhenti dinner di Sekinchan. Ingat nak makan di Abah Ikan Bakar tapi bila tengok ramai lagi pelanggan tak dapat makanan lagi, kita cari gerai lain.

Mungkin lain kali boleh singgah.

Selesai urusan Kawi dalam jam 12 noon. Lepas tu shoot ke Tapah. Sebelum tu call dulu Izzat kotlah mereka jalan ke mana2. Jam 2 sampai... lepas tu rehat. Hujan lah pulak. Sedap tidur. Sedar-sedar jam 6. Enaan😅😅😅


Masih sempat satu round.

Lepas maghrib dan dinner terus balik ke Klang. Dekat jam 11 pm sampai rumah.
Alhamdulilllah.... 1 hari cuti yang sangat manfaat.
 

Monday, December 28, 2020

Buat swab test Covid 19

Petang tadi whatsapp kat bos yg esok nak cuti since beliau tak sign lagi leave form ibu. Bos minta esok datang untuk buat ujian swab covid. Adeh... sebab dah plan untuk hantar Kawi ke poli, maka pergilah ibu mengadap dan explain. Bos kata why not buat sekarang since the doctor dan team masih ada di rest area.

Rupanya hari ni memang ada buat swab test bagi 2 company dari pagi. Ada few +ve cases. Maka main office pun kena buat juga. Ketar juga lah bila diberitahu untuk buat test.

Register dulu dengan petugas HR di situ. Mereka berikan satu tiub dan mempunyai nombor siri. Kemudian bagi pada doktor tiub tu. Masa ni  dah rasa seram sejuk. Doktor suruh lembutkan badan je sebab kalau keraskan badan akan rasa sakit.

Teringa pesanan nenek kalau kita ditimpa kesusahan baca doa Nabi Yunus... Lailahaillaanta subhanaka innikuntumminazzolimin.. masa ni dapat doa untuk lahirkan anak. Tapi doa ni kita bacalah sebab nak kena jolok hidung memang mengerikan. Baca je doa ni banyak-banyak.

Nampaklah batang bud tu... halus dan panjanh gitu. Doktor yanh dilengkapi dengan PPE minta kita dongakkan kepala. Masa dimasukkan batang tu rasa lembut je.... bila dah sampai dinding dalam masa tu lah terasa bud dikorek2 kat dalam tu. Masa ni ada rasa nyilu dan geli sikit. Macam nak bersin pun ada. Ibu takde pulak rasa terkeluar air mata sebab doktor buat smooth je.. tq doc😊

Macam ni lah nak tengok result covid 19.

Tunggulah beberapa minit sehingga kita akan dapat result. Ibu ingat sample ni kena hantar ke lab rupanya boleh dapat terus.

Alhamdulillah -ve.

Whatsapp bos bagitau result.. so yehaa... boleh cuti.

Begitulah pengalaman buat swab test covid 19. Yang nak kena buat jangan risau sangat. Insyaallah semua ok.

Lepas-lepas tu tekak rasa tak selesa... rasa nak telan air liur je. Bila dapat bersin.... fuhhh lega yang amat. Malam ni dah ok tekak.



Saturday, December 26, 2020

Samsung o Samsung, tukar LCD

Hp ni baru lah pakai setahun lebih.
19.10.2019 beli sebelum ke Acheh.

Dah few months asyiklah hang.
Tak tau napa.


Skrin jadi camni.. kadang2 ada cahaya. Kadang2 ada garisan 

At the end jadi blank. Ringing semua ada. Mesej masuk pun kedengaran tapi skrin kosong.

Moody betullah.

Jumaat semalam lah hari kejadiannya.


 Ada sesuatu yang tak kena bila tengok setting dalam Strava.

Napa boleh masuk tasik. Cik Zie kata cuba settingkan balik hp tu. 

Masa nak turn off tu tak boleh. Ibu cuba cari di youtube camne nak on off.. mula2 boleh tapi lama2 blank juga.

Bangun dari nap tengahari semalam cari2 kedai hp yang boleh repair. Base on the situation, kedai cakap mebi LCD. 

OK lah kita hantar kedai tengok.

After checking cakap memang LCD problem.

Since LCD hp ibu jenis Amoled.... maka mahalllll lah bila nak tukar. Ada 3 option kedai bagi... Amoled, Oled dan LCD biasa. Ibu choose Oled lah sebab harga yang affordable. Ada beza range colour compared to the original.Amoled.  Kalau Amoled almost RM500. Almost half harga hp A50 ni.

Kena tinggal 1 hari sebab supplier cuti sempena Krismas.

So lepas maghrib hari ni siap.

Ok ni. Takde nampak beza sangat dari yang original. Ibu pun tak perasan the differences.

RM270, warranty sebulan.
Pejam mata.
Hidup harus diteruskan hahah...



Sambutan Hari Kelahiran Nenek yang ke 71

Birthday kek untuk birthday girl.

Inilah yang dimasak dan dibeli.

The cucus dah tak sabar.

Semua get ready nak nyanyi lagu.. mana cucus yang lain ni.
Semoga mak @ nenek sentiasa sihat dan di dalam kasih sayang Allah.

Hari ni pun nenek tak berapa sihat. HB jatuh sikit. Beberapa hari lepas rasa pening dan ceri beri.

Hadiah dari kami.
Beberapa minggu lepas ibu belikan 2 pasang kaftan sempena hari jadi nenek. Advance birthday gift gitu.

Cincin pulut dakap pemberian kami adik beradik.

Nenek kata kawan sorang ni masa birthday dapat gelang.. yang sorang ni dapat kek yang bila ditarik ada duit dalam tu.

Errrrr...

Kalau nak bagi gelang, kami dah seram sebab gelang2 nenek pun lebih besar dari kami 🤭🤭🤭🤭 kena banyak tahun menabung ni hehe

 

 

Sunday, December 20, 2020

Pulau Pangkor 2020 - Day 2

Malam tadi dah plan nak jog pagi ni.
Seawal jam 7 am kami dah turun. Kak Widad nak join juga tapi jalan je lah sebab dia taknak lari.

Sunrise.
Matahari malu-malu je pagi ni.
Ini di kawasan Tiara Bay.

Cool sangat tempat ni.

Bunga telang di tepi pagar salah sebuah rumah.
Kawasan perumahan cantik sangat tapi banyak rumah terbiar kosong tanpa penghuni. Lebih banyak yang kosong dari yang berpenghuni.



Briskwalk je pun.. since cuaca gloomy rasa tak puas... ingat nak jalan sampai jeti Marina tapi kat roundabout ada anjing plak menuju kami. Macam nak kejar. So kami patah balik.

Rekod hari ni.

Lepas bersihkan diri breakfast roti canai yang ayah dan uncle Zaki beli.

Tengahari uncle Zaki buat bbq kambing.

Tengok pun dah sedap ni.
Prime!

Ibu dan ayah sempat beli buah di Billion masa cari starter oil untuk bakar arang tapi tak jumpa haha...

Patty burger tu pun dah sedap.

Menu of the day!!!!
Ini memang terbaik.

Masyaaallah... sedapnyaaaaaaa
Sorang makan 2 slices kambing.. puas hati sangat.
Sedap plak sos Lingham tu.. lepas ni boleh cari.

Inilah homestay yang disewa.
Penat naik turun tangga.
Ia tidak menyediakan tuala dan toiletteries.
Juga tiada WIFI😎😎😎
Keadaan rumah bersih, perabut sangat basic.

Jam 3 pm kami check out.
Sepatutnya ada lagi 1 malam boleh stay sebab uncle Zaki kan nak late check out hari ni. Nak relax2 keluar.

Mula2 ayah tanya nak balik Monday?
Tak mau lah sebab banyak benda nak buat.. ibu pun ada kerja perlu disetel.

Kami sama2 ke pekan Lumut. Nak beli sedikit ole-ole.

Sekerat jalan dah pengsan.

Solat jamak di Petronas Puncak Alam.
Singgah dinner di Laman Bonda.
Sampai rumah jam 9.30 pm

Alhamdulillah.
Seronok percutian kali ini.

Saturday, December 19, 2020

Pulau Pangkor 2020 - Day 1

Bila ayah bagitau yang uncle Zaki ajak ke Pulau Pangkor 2 minggu lepas.. ibu macam horayyyyyyy
Ye lah.. dah hampir 2 bulan PKPB di Selangor kan. Percutian ni uncle Zaki payung semua kecuali minyak pergi dan balik. 

Jumaat lepas ofis, kita terus shoot. Singgah makan di Sungai Besar dulu. Bila dah malam jalan gelap dan tak berapa menarik. Sampai homestay dalam jam 10.30 pm. Uncle Zaki bertolak jam 4 am dari Putrajaya sebab Amir ada exam.

Kami stay di Tiara Bay. Uncle Zaki sewa 4H 3M, RM1,200.00

Selepas breakfast dalam jam 9.00 am,  kami ke Jeti Marina yang berdekatan dengan homestay. Drive 5 minit macam tu. Ikut perancangan nak berjalan kaki je.... fuhhhh... jauh juga kalau nak menapak.

Sementara ayah dan uncle Zaki arrange tiket feri kami ambil gambar dulu.

Auntie Syaz, ibu, kakak.Widad, Haziq, abang Imi  dan Amir.


Tukang ambil gambar tadi.


Feri kami jam 10.15 am

Ini tambang feri sehala ya.
Dewasa RM7.00
Kanak-kanak RM2.50

Beli siap2 to & fro

AM - adult, tiket pagi
CM - children, tiket pagi
AP - adult, tiket petang
CP - children, tiket petang

Sempatlah kami lepak2 dulu di tepi jeti. matahari pun tak nampak. Cuaca mendung je walau tak hujan.

Tenang je baca buku di sini. Cuaca pun sangat baik.

Sementara tunggu feri.

Feri pun penuh. Tempat duduk tiada penjarakan😬
Perjalanan dari jeti Marina ke jeti Pangkor hanya memakan masa 10 minit sahaja.

Sesampainya di pulau, uncle Zaki sewa kereta Unser RM120. Isi petrol RM15

Ambil pakej bot ke Pangkor Laut, RM400 since kita nak snorkeling

Ahhhhh... akhirnya.... BEACH!
Cuaca sangat elok.. alhamdulillah.
Takde panas dan tiadeea tanda2 nak hujan pun.

Sementara tunggu bot sampai.

Masing2 teruja.
Mula-mula tour pusing beberapa pulau sambil pemandu bot beri terangkan.
Ada batu yang kelihatan seperti buaya, gajah dan penyu.
Ibu tak ambil gambar pun sebab dah pernah ambil.

Wafi suka sangat bila bot tu golek ke kiri dan kanan.

Cantiknya Pangkor Laut. Dengarnya sewa 1 malam RM1,500 dan min 3H 2M. Sekarang mereka ada buat promosi RM900/malam.

Kami snorkeling di sekitar Pangkor Laut. Nak turun ke pantai dia memang tak bolehlah sebab itu exclusively for their guest. Ingatkan boleh thats why la ibu beli kudap-kudapan. Jadi kami makan atas bot je lah. Ibu ada beli kerang sebab Haziq nak... boleh pulak kak Wi dan Haziq pulun berdua. ish--ish.. mujur dapat rasa! Kalau tak ibu terjun dalam laut carik kerang hahaha

Disebabkan bot berhenti di kawasan sedikit cetek ibu terkena duri landak laut. Fuhhhh.... tajam. Sempatlah tarik duri yang melekat di seluar.

EO Lemon penyelamat.

Masa naik ke darat, pekerja di mana kami.ambil pakej bagitau, sapu dengan limau. Wahhhhh... good instinct laaa. Lemon kan ada antioksida.

Uncle Zaki terkena kat tangan. 

Yang ni timun laut aka gamat.
Ishhh... ibu geli.

Kasi Amir pegang... biar berani.

Haziq... haziq..
Dok meraung2 dalam air. Penakut hehe..
Semoga kamu cepat berani. Mulut potpet boleh tahan🌝

Cuma satu lah kat Malaysia ni... bila kita ambil pakej snorkeling takde licensed instructor. Yang bawa bot cuma duduk atas bot je. Kalau ada instructor kita konfiden sikit sebab dia boleh tunjuk ajar.
Mujur ibu ada pengalaman 2 kali di Pulau Sabang. Boleh lah sikit. Itu pun tak lama dalam air.

Spot di Pangkor Laut lebih pada terumbu karang manakala di pulau berhampiran Teluk Nipah ada pelbagai spesis ikan.

Tak jelas sangat sebab sekarang musim hujan jadi air keruh sikit. Tapi boleh lah... 

Lepas tu naik banana bot. Sorang RM15 tapi since kita dah ambil pakej mereka bagi RM10 sorang. Yang ini ayah belanja.
Pengalaman pertama Wafi dan dia seronok sangat.
Amir dah trauma so dia tak nak naik.

Ibu ingat ada aktiviti pantai... boleh lah berendam dan berenang2 di tepian pantai.. sun bathing ke hehehe..
So, kena follow penganjur lah ya.

Wafi kata dia seronok masa snorkeling di bahagian yang banyak ikan.. tapi tak lama kat situ.. kurang puas katanya. Ibutak lama sangat sebab dah sakit belakang.. mungkin postur badan tak betul masa snorkeling.

Lepas naik banana bot, mandi2 dulu di public toilet yang menyediakan shower. RM1.50 untuk mandi. Macam baru je toilet ni.. ke ibu baru nampak sebab sebelum ni kan kalau datang duduk chalet jadi tiada keperluan untuk mandi di public toilet.

Dah siap mandi semua.. kami lunch dulu di gerai tepi jalan. Kali ni datang takde lah pulak peniaga yang jual apam balik mini. Dok teringat2.

Teksi pink yang sangat popular di pulau ni.

Feri balik jam 5.45 pm.
Oh ya..... tiket pergi simpan ye untuk tunjuk di Kastam. Since Pangkor dah jadi duty free maka barangan yang dibeli di duty free shop akan di periksa oleh pihak Kastam di pintu masuk jeti.

Alaa.... beli pun coklat je.. itu pun sikit. Kastam lepaskan je beg plastik kami. Mereka tak tengok pun.

Corelle yang 1 set 16 pcs dijual dengan harga RM199. Tak beli pun sebab design biasa je dan takde niat pun beli apa2 selain jajan2 dan bilis yang dikirim kawan.

Jam 6 dah sampai homestay.
Bersihkan diri dan lepas maghrib keluar semula untuk dinner.
Uncle Zaki bawa ke sebuah restoren tapi nak dapatkan meja kosong perlukan sejam lagi. Itu baru meja belum lagi ambil ordering. Masa nd homestay, Uncle Zaki cuba call untuk buat reservation tapi talian tidak diangkat.

Restoren seterusnya yang dipilih.

Ada siakap 3 rasa, tomyam campur, kailan ikan masin dan sotong goreng tepung 

Alhamdulillah... makanan semua sedap walau kami menunggu hampir 1 jam.

Balik ke homestay setelah membeli sedikit makanan dan minuman.

Ibu sempatlah menghabiskan bacaan novelog yang tertangguh siang tadi.