Pages

Sunday, January 22, 2017

Shohari Clan Trip 2016 - Chenderiang - Part 3

Gelagat keluarga dengan hadiah kemenangan.
 
 



 Lukisan yang dilukis oleh pasangan.


Karya Alma. Alya katanya.

 Juara bertahan.


 Aiman menang hadiah teka teki.

 Ewahh..

 Ibu pun dapat juga hadiah teka teki.

 Pakcik Man memang dok tercongok kat situ.. tak menang pun.

Bami dgn abang Muhammad.. tapi macam biasa pakcik man dok menyelit.

Last sekali, photo session.




ok.. ok.. bersiap2 pula untuk mandi!!!!

Rupanya takde pic kita pergi mandi di Lata Kinjang.
Mandi dalam sejam lebih jer.. sejukkkkkkk
Hujan plak dah nak turun.

Balik2 ummi dah siapkan lunch.
Siap2 dan dalam jam 2 tu kita bertolak balik.

Trip yang menyeronokkan.
Harap2 next time Cik Cha & Cik Ujang dapat join.

*** TAMAT ***

Saturday, January 21, 2017

Shohari Clan Trip 2016 - Chenderiang - Part 2

Lepas breakfast kita ada aktiviti sukaneka.
 
Mulakan dengan regangan... panaskan badan dulu.
Acara tak tersusun kat sini. Tak ingat mana dulu.

 Acara berpasangan, ikat kaki sambil kepit belon air.

 Acara kanak2.

 Pandai2 cari partner.

 Zahirah yang sikit2 nangis hahaha.. tak boleh terima kekalahan.

 Susah betul acara ni.

 Lontar belon air kepada pasangan.

 Isi botol air guna span.

 Lukis muka pasangan.

 Poyos.

 Peserta kecil mendengar taklimat.

 Sorang2 kena buat.. baru Nampak pergerakan belon air.

 Demo.. lahaiiii... sukan tapi pakai jubbah.. orang arab ke tu hikhik

 Bawa bola deodorant dalam sudu.

 
 Pelbagai aksi.

 Yang berpelikat pun ada hahaha..

 sedia..

   
 


Friday, January 20, 2017

Shohari Clan Trip 2016 - Chenderiang - Part 1

Selepas check out dari vila Felda Sungkai tu kita terus gerak ke homestay pakcik Anuar/ummi di Chenderiang.
Sebelum tu lalu di Restoren Nasi Bambu... fuhhh.. punyalah ramai orang. Lenkali boleh singgah.
 
 
Sampai2 jer dah tersedia lunch..
Memang terbaik lah ummi ni!

Atuk yang dah kelaparan. Biasalah atuk tu.. makan kena on time.

 Memang 5 star lah dating sini.

Makan macam biasa... berlonggok2 hahaha..
Hidangan kampong... ada ulam bagai.

 
 Nenek Pahang n Nurul juga turut serta.

Salah satu bilik yang ada.
Semua ada 4 bilik.. 3 bilik air.

Malam tu pulak ada BBQ.
Ikan air tawar dan itik panggang.
Fuhhh... semua orang enjoy the food.
Simple.. tapi really sedap.
Makan ramai2 kan..
 
 

 Tukang bakar.

 Geng kanak2 pun dok meratah ikan.

Sambung cerita makan lagi.
Yang ni plak bekfes keesokan harinya.
Ada cekodok bilis, capati dan macam2 lagi.. Semua order kecuali cekodok made by Cik Elis.

 Ni sesi baru bangun pagi. Tido depan tv jer.

Sedap makan di waktu pagi.. sejuk dan nyaman udara kat sana.

Tuesday, January 17, 2017

Shohari Clan Trip 2016 - Sungkai Hotspring

Alhamdulillah, setelah tertunda 2 tahun akhirnya kami berjaya mengumpulkan sebahagian daripada ahli keluarga untuk bercuti2.
Disebabkan atuk pun tak berapa sihat, jadi trip kita buat dekat2 je.
Kalau tak silap ini kali kedua kita dating sini.
 

 
Mandi.. makan.. mandi.. makan
Macam biasa, makanan kita bawa dari rumah.
Disebabkan kami dating pada hari Jumaat yang keesokan harinya adalah Deepavali, pengunjung pun tak berapa ramai.

Kita ambil vila 2 bilik di Felda Residence berharga RM750.00
Ada private pool dan jakuzi.
Dah puas mandi di kolam hotspring, kita terjun kat sini plak.

 Ni kolam air panas, tapi sebab hujan pun dok mencurah2 dari tengahari, kuranglah sket kepanasan. Just nice lah untuk kami berendam.
Bersih kawasan ni dan sekitarnya. Memang sangat memuaskan.

Malam tu ada yang sampai lambat disebabkan urusan kerja.
Adoii.. dah pesan soh makan dulu... nak juga makan kat sini.
Makan je lah apa yang ada.
Luckily ummi bawak kfc sebab nak gi kedai pun boleh tahan jauhnya.

 The boys punya tempat tidur and lepaking.

 Malam tu kita sembang2 dulu.

 Esok harinya masuk kolam hotspring lagi.

 Macam biasa.... dah jenuh pangil balik sebab nak check out... sambung mandi kat sini plak.

Encem boy.

Ibu macam biasa.. jadi baby sitter dulu sementara cik noa mandikan Syamil.
Lepas tu baru terjun tiruk dalam private pool je.. tak kuasa plak nak jalan gi kolam air panas.

ohh yaaa.. ada pakej bekfes untuk 4 orang... tapi kena berkereta ke dewan makan.
Buffet makanan.. ok lah.. standard hehe.. tak semeriah Cyberview hiksss..

.. bersambung..