Pages

Monday, January 31, 2022

Awal Hari Yang Mengecewakan

Pagi ini sempat satu round dengan Kawi dan Cik Elis.

Dah lama tak masuk forest trail semput juga.

Balik dari Hillpark singgah rumah nenek hantar Cik Elis dan nak jenguk Wafi yang tidur kat rumah nenek. Ramai cousin jadi seronoklah dia.

Kucing nenek yang vegetarian... ehhh... tapi rasanya dia omnivor. Ia boleh makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Tak boleh brain... makan cili lepas tu mengiau-ngiau😬😬

Nenek buat lempeng cicah sambal combrang/bunga kantan. Nasi lemak dan kuih ibu beli otw dari Hillpark tadi.

Lepas sarapan dan sembang-sembang ibu balik rumah dan bersiap nak ke sekolah untuk beli buku-buku Wafi dan pekan.

Sampai sekolah guard kata kedai buku tutup. Aikkk... hari ni bukan public holiday.. esok kan.. guard kata datang Khamis. Aiyoohhhh.... bukan cuti tambahan untuk pelajar dan guru je ke... ke untuk semua. Ibu nampak ada beberapa orang guru kat sekolah.

Lepas tu ibu menghala ke Pekan Meru. Nak cari kain ela buat baju dan kain sekolah. Sekali tutup juga. Halahhalah... esok kan baru raya... ye lah.. yelah.. malam ni makan besar.

Harap plan ke tiga menjadi... beli ayam penyet.

Fuhh... mujur kedai makan yang jual ayam penyet beroperasi. Since ibu, abang dan kakak sahaja ada di rumah, beli je lah 3 set. RM5. Ibu suka sambal kat kedai ni. Cuma tak ada tempe dan tauhu goreng.

Bak kata Cik Elis... Allah nak bagi ibu rehat.. 

Rasa kurang produktif sebab cuti yang ada ni nak setelkan buku dan baju sekolah. 

Allah Maha Mengetahui.

Malam order makanan set RM69.90 kat Jadoos. 

Sempena kemenangan jawab soalan kuiz cuti-cuti Cik Amir di Melaka. Ibu dapat jawab soalan pertama... di mana mereka stay... hahaha... easy man.... mesti mereka stay hotel yang kayangan🤭🤭🤭🤭

Hadiah cash RM50 

Walau pagi agak kecewa tapi petang Allah bagi nikmat yang lain.

Alhmadulillah.

Allahuakbar.
 

Sunday, January 30, 2022

Melaka 2022 : Makan Tengahari di Nasi Ayam Malaysia

Kecewa sebab tak dapat makan chicken rice ball di Ee Ji Ban yang viral tu, ibu ajak ayah makan chicken rice ball di Teminal bas Melaka Sentral. 2014 pernah makan di situ.
Bila sampai situ dah tak ada restoren tu.. maklumlah 8 tahun sudah berlalu.. macam-macam telah terjadi.

Mungkin sudah bertukar kepada kedai ni.
Nasi ayam biasa je. Bolehlah untuk makan tengahari. 

Kami bertiga ambil nasi ayam Malaysia.
Kelainannya sebab ayam tu digoreng.

Ayah ambil mi wantan.

Tambah taugeh.

Kakak Widad nak makan sizling mi.

Lepas makan terus gerak balik.
Alhamdulillah jalan lancar. 
Orang masih bercuti-cuti lagi.
Sempat kami singgah Nilai. Dah lama juga tak jejak. Banyak kedai karpet dan langsir. Kedai pakaian kat tengah-tengah je. Mungkin kami tak explore lebih.
Dapatlah beli baju raya siap murah-murah kat situ.

By 6 pm selamat sampai rumah.
Alhamdulillah percutian pendek yang menyeronokkan.
 

Melaka 2022 : Beli Pastri di Hock Kee Confectionery

Lepas check out kami plan nak lunch chicken rice ball di Ee Ji Ban. Bila sampai queue agak panjang. Cancel lah. Cari port lain.

Otw ke Ee Ji Ban Wafi dah terbau egg tart.
Kedai pastri Hock Kee Confectionery.

Masing-masing buat pilihan sendiri.


Beli dalam box je senang.


Abang Imi pilih ni.

Ini inti kacang hijau kalau tak silap.

Masuk kereta terus makan.. semua dah tak sabar.
Sedap betul makan panas-panas.
 

Melaka 2022 : Sarapan Pagi di Hotel Hallmark Crown

Harga hotel termasuk sarapan untuk 2 orang.
Bermula jam 7 pagi hingga 10.30 pagi.
Tambahan harga :-
Dewasa RM18
Kanak-kanak RM12

Ruang makan.

Main course : Nasi goreng, bihun goreng dan nasi lemak.

Ada pelayan yang tolong ambilkan. Kita bagitau nak makan apa... nak semua pun boleh dan berulang-ulang kali sehingga kenyang.

Set breakfast western ada sosej, baked bean, popiah sayur dan telur mata.

Semua hidangan boleh makan berulang-ulang kali cuma ada pelayan yang akan ambilkan.

Roti dan bubur di kaunter layan diri.

Tembikai yang manis.


Satu jenis cereal. 

Kordial oren, kopi dan teh.


Tipikal Malaysian breakfast hehehe...
Sedaplah popiah tu.

Pagi ni kakak tak nak turun.

Kami berempat je lah makan.
 

Saturday, January 29, 2022

Melaka 2022 : Jalan-jalan di Jonker Walk

Lepas dinner ayah cari parking yang lebih dekat dengan Jonker Walk. Di belakang Hotel Cas Del Rio ada public parking. RM6 per entry. Dekat je dengan Restoren Asam Pedas Claypot.

Lalu tepi-tepi kedai.
Suka lalu sini.. bersih dan ia laluan kenderaan.
Kebanyakan laluan sehala.

Kami hanya bejalan-jalan sahaja.


Ada makanan yang dijual tapi tak beli pun.






Meriah sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Ibu beli air kelapa ni je.

Kakak Widad beli putu piring.

Kemudian tengok river cruise.
Ambil gambar sahaja sebab dah pernah naik sebelum ni.


Suka view ni.

Masa ni azan Maghrib sedang berkumandang.

Muzium Melaka dari seberang jalan.
Muzium dan A Famosa pun kami tak pergi sebab dah pernah sampai.
Kali ni memang santai-santai je.

Singgah sekejap di Cendol Jam Besar.
Masa ni kami pelanggan terakhir. Sepatutnya warung ni tutup jam 7 pm.

Order ni je makan ramai-ramai.. Cendol Durian RM7
Hari ni 2 kali makan cendol sebab nak merasa yang viral ahahha

Kelapa yang fresh dan sedap.

Wangi sebab mereka guna gula melaka.



Ibu suggest Wafi beli keychain ni sebab comel.
RM6 sekeping tapi bila beli 2 dapat lah RM10.
Kanan tu ibu punya😁😁😁

Kat gerai cenderahati ni lah pertama kali ibu belajar guna e-wallet. 
Malam sebelumnya ibu dah install dan register e-Wallet TNG dan topup RM100.
Waahhhh... senang je rupanya. Siap dapat cash rebate RM2.80 sebab belanjakan min RM28.00

Rasa dah penat berjalan... by 8.30 pm dah sampai bilik hotel.
Nak rehat-rehat je.
                     


 

Melaka 2022 : Makan Malam di Asam Pedas Claypot

Bila masing-masing dah rehatkan badan dan kembali bertenaga kami keluar untuk dinner. Keluar jam 5.30 pm macam tu. Actually late lunch lah sebab kita pun tak lunch lagi. Cik Wada ada share Restoren Asam Pedas ni. Buka jam 5 pm.

Berdepan restoren ni pun ada asam pedas gak. Tapi tak ada orang kot. Kat situ mention Asa Pedas Claypot 2. Mungkin cawangan satu lagi. Ayah kata pergi yang ramai orang. Parking pun banyak walaupun masa kami sampai tu ada pasar malam/petang depan restoren ni.

Sebelum masuk kawasan restoren, owner (kot) minta scan MySejahtera semua. Sangat strict. Wafi sampai terkejut.. ingatkan owner tu tengah marah. Ayah cakap orang Melaka bahasa memang begitu. Nampak kasar. Habis makan pun Wafi tak boleh terima lagi... dia kata janganlah buat orang terkejut.. cakaplah elok-elok... Wafi.. wafi..

Menu yang ada adalah set nasi bersama asam pedas, nasi lemak dan satu lagi tak ingat plak.

Sudah pasti kami nak makan asam pedas.
Dalam set ada asam pedas, nasi putih, telur masin, kubis goreng dan sambal belacan.

Ada pelbagai jenis ikan seperti kembung, pari, jenahak dan tenggiri.. mungkin ada ikan lain tapi ibu baca menu yang awal-awal je. Oh ya.. juga ada asam pedas daging tetel.

Kawi, Wafi dan ayah ambil ikan pari, ibu pilih kembung dan Bami ibu suggest daging tetel.

Set lengkap.. kalau tak silap harga RM14/set
Bergantung pada jenis ikan juga.

Berpeluh-peluh kami makan sebab matahari petang straight kat kami hahahaha.. 
Outdoor kan.
Asam pedas yang tahap kepedasan yang kami boleh tolerate.