Pages

Wednesday, March 26, 2014

d




d untuk doktor.
Rambut doktor pun kaler pink ke Wafi hoho...

Tuesday, March 25, 2014

Skaf Purple dan Jam Tangan Barbie


Masa ke kedai MyOne Shop, Wafi ternampak skaf bunga2 purple tu.
Katanya, Khalisya ada.. jadi dia pun nak satu.
Pilihan sendiri tu... Bunga besar setompok kat kepala.

Nampak pulak jam tangan Barbie.
Ambik lah satu.. Murah jer ni. Tak sampai RM10 pun.

Pagi bangun awal sebab nak pakai skaf dan jam baru.
Tu yang ceria jer muka.

Monday, March 24, 2014

Tragedi MH370 : Al-Fatihah

Jam 10 pm tadi PM telah umumkan yang penerbangan  pesawat MH370 telah berakhir di Lautan Hindi.
Innalillahiwainnailaihrojiun... 17 hari baru dapat berita yang sangat menyedihkan bagi semua.
Esok pagi baru ada details. Jadi tunggu lah esok.

Sedih hati ini... sedih lagi kalangan keluarga mangsa.
Semoga dengan penemuan ini akan berakhir lah penantian yang begitu menyeksakan bagi semua.

Sesungguhnya apa yang terjadi telah tersurat.
Sama-samalah kita ambil ikhtibar atas kejadian yang berlaku.


Sunday, March 23, 2014

Baca novel

Haha... khusyuk la kunun nya...
Mumbling... pastu apa ntah yang disebutnya.
Comel lah awak nih.

Saturday, March 22, 2014

Dori + Sos Ketam, tq friend :)


Tak ingat lah hidangan ni nama apa. Makan di Secret Recipe, Setia Alam.
Sebab ex-colleague belanja dan dia bisnessman sekarang, maka ibu cakap nak meal yang mahal :)
Sedap meal ni tapi lama2 agak muak mungkin sebab sos ketam kot.
Lepas tu yang tak puas dengan sayur-sayur tu.
Kalau tengok pada gambar, sayur warna-warni, sekali datang.... timun pahit jer.
Hekalaaaaa..... spoilt.

Appertizer, Chicken Lasagna. 
Mabeles....


Strawberry Yogurt.
Nyaman....

Friday, March 21, 2014

My... my...

My Heart

My Soul

My 2nd roomate :)

Thursday, March 20, 2014

To let go

Masa ibu pregnantkan Wafi, rajin lah ibu baca majalah Pa&Ma.
Sehinggalah Wafi dekat 2 tahun, ibu dah jarang baca majalah ni. Ada beberapa majalah lain yang ibu baca.
Simpan lama2 pun buat berabuk jer.
Jadi haritu beberapa minggu lepas ibu whatsapp kat Shohari Clan kot2 ada adik2 yang nak baca. Yer lah... sekarang ni kan masing2 sedang menambah anak.
Nasib baik cik ami dan cik elis sudi nak ambik.
Kalau takde orang nak, ibu akan jual kat besi buruk jer sebab kedai tu pun ambil old newspaper and books.

Wednesday, March 19, 2014

Bosan


Novel ni ibu beli dengan potongan 50% around RM10-12 jer.
Bukannya 2nd hand novel tapi novel sampel.
Biasalah sebab ada background oversea kan... teruja lah dengan harga dia.
Tapi tu lah.... sayang.... sungguh membosankan dan berbelit2 punya cerita.
err... ke ibu yang tak paham?

Not recommend lah.

Tuesday, March 18, 2014

Nasi Goreng Pattaya


Yeayyy.... 1st time melipat telur dadar untuk nasi goreng pattaya.
Kena guna 2 biji telur yang dikocok2 dan didadarkan nipis. Tak perlu terbalikkan telur.
Agak2 dah garing, boleh lah masukkan nasi.
Masa nak letak nasi goreng dalam tu, sukat dengan cawan dan lipat segi empat.
Masa nak keluarkan dari kuali kena hati2 takut lak terburai.

Tadaaaa..... siap dah.

Monday, March 17, 2014

Selipar Kaler-kaler


Hasil kerja kreatif kanak2 berumur 3 yo+
Suka ibu tengok. Kemas Wafi kaler.
Terkejut bila Wafi tunjuk lukisan yang sudah siap sebab ibu tak sangka yang Wafi akan warnakan dengan menggunakan banyak warna.

Sunday, March 16, 2014

Jambu Mawar kenangan masa kecil2 dahulu.


Jambu ni officemate bawa ke ofis. Ramai yang tak pernah tahu kewujudan jambu ni. Bila nampak jer ibu dah tau dah sebab masa kecik2 arwah nenek pernah tanam pokok jambu mawar ni. Dan biasa pun ibu makan dulu-dulu. Jambu ni bau dia wangi dan rasanya manis kalau dah masak. Kalau tak cukup masak kelat lah rasanya.

Sekarang susah lah nak dapat buah ni. Tak jumpa pulak kat pasar2. Ibu ingat nak mintak benih pokok ni lah. Chehhh... konon nak tanam.

Info
Jambu mawar alias jambu kraton adalah anggota suku jambu-jambuan atau Myrtaceae yang berasal dari Asia Tenggara , khususnya di kawasanMalesia . Dinamakan demikian kerana buah jambu ini mempunyai aroma wangi yang keras seperti mawar .
Nama-nama daerahnya di antaranya jambee iye mawar ( Ac. ), klampok arum ( Jw. ), kalampok aeng mawar ( Md. ), nyambu ermawa ( Bl. ),kembes mawar, kembes walanda, kumpasa im Baranda ( Sulut ), jambu jene mawara ( Mak. ), jambu mawaro, kupo mawar, kuputol mawar, gora mawar (aneka bahasa di Maluku ). [1]
Buah ini juga disebut Chomphu namdokmai ( Thai ), cham'-puu ( Kemboja ), tampoy ( Filipina ), rose apple atau Malabar plum ( Ingg. ). Nama ilmiahnya adalah Syzygium jambos. [2]


Hujan membawa jerebu pergi juga perkembangan terbaru

Hari ni pagi membawa ke petang duduk bertapa dalam rumah. Jerebu yang makin menyesakkan membuatkan ibu sendiri rasa nak menyorok bawah gebar. Mata pedih dengan bau asap. Batuk pula bertandang. Dah beberapa hari mengalaminya. Memang seksa bilamana batuk yang membawa muntah.
Jerebu ni pun bukan boleh dihalang dari memasuki rumah sebab adalah lubang2 di atas setiap tingkap sebagai laluan udara. Ibu buka tingkap sedikit sahaja sebab mana mungkin duduk di dalam rumah yang bertutup. Sendat rasanya.

Ayah pula bertugas di UIA kerana konvo kolej diadakan di sana. Menjelang jam 2 baru tiba di rumah. Petang tadi alhamdulillah hujan. Pembenihan hujan dan dengan izinNya. Dekat jam 4, lebat tapi tidak mengambil masa yang lama. Dalam 15 minit jer.

Petang kami decide bawa anak2 ke Setia City Mall. Jam 6 tu hujan kembali. Kali ni dengan lebih lebat dan sebelum tu angin agak kuat. Kali ni lama sikit dan harap hujan tu dapat menambah jumlah air di empangan-empangan yang mengalami kemerosotan kuantiti air.

Tak plan nak makan apa pun sebenarnya. Last decision makan KFC jer lah.
Ada set ayam percik. Kuah percik tu ibu rasa masin sket. Takde lah kick sangat pun.

Bami yang kelaparan. Tengahari tadi pun makan lewat. Ibu sediakan sup ayam untuk dimakan dengan nasi dan juga mi kuning.

 Lepas makan lepak2 di playground. Ibu dan ayah layari internet lah dulu.

2 orang budak yang kegembiraan bila dapat berjalan2. Huhu... 3 weeks ibu kerja Saturday. Hari ni and another 3 more Saturday, adalah off day ibu. hoyayyyy

Where to next week????

Kehilangan MH370 memasuki hari ke-8. Pencarian diperluaskan hingga ke Lautan Hindi kerana ada petunjuk baru.

Ya Allah, permudahkan urusan kami.

Friday, March 14, 2014

Hari ke-7 & Collage Wafi

Sudah masuk hari ke-7 tetapi pencarian MH370 masih belum menampakkan hasil.
Kita usaha, kita doa, kita tawakkal.
Semua aturan Allah.

Setakat hari ini 13 negara membantu misi mencari.
Alhamdulillah... semoga dengan bantuan2 ini kita akan dapat khabar gembira.



Ibu kongsikan gambar2 Wafi semasa kecil hasil dari PicArt.

Thursday, March 13, 2014

Girls Day Out di hari ke 2 kehilangan MH370 :'(

Kakak Widad request nak berjalan2 dengan BFF. Mulanya nak ke Klang Parade. Tapi sebelum tu ibu tanya apa plan hari yang nak jalan2... Tak tau lagi kataya. Aisayyy... camne nak jalan kalau tak tau nak wat apa.
Ibu suggest main bowling.. Pastu makan2 dan jalan2 sekitar kompleks jer. Perancangan lain tengok movie juga.

Last decision pergi Setia City Mall jer sebab one stop centre. Boleh main bowling, movie, kedai buku, makan2 etc.
Kawi bersama Khalida Yasmeen, Intan & Rabiatul. Ayah hantar dan ayah tunggu. Takkan lah nak biarkan budak2 umur 12 tahun dok merayau2. Hishhhh... tak berani ibu nak lepaskan macam tu jer. Mesti ada peneman. Mulanya ibu nak join sekali tapi sebab haritu ibu sakit kepala dan demam, maka ayah jer lah ganti.


Ayah temankan masuk GSC tengok citer Hantu Bukit Cina... haha.... boring betul ayah cakap. Dah tu jer movie below 13 n umum.
Lepas tu mereka ke KFC, MPH n jalan2. Yang ni ayah tak ikut la. Ayah bagi masa beberapa jam sementara ayah melepak lah dulu.

Ibu masa zaman sekolah takde pun keluar2 tapi ibu takde lah halang Bami dan Kawi keluar dengan kawan2, cuma kena pantau pergerakan dan kenali rakan2 mereka.


Monday, March 10, 2014

Bila tinggal berdua


Ni tengahari lepas hantar kakak pergi sekolah agama.
Sebab tinggal berdua, takde lah ibu nak masak.
Makan jer kat kedai makan. Sungguh malas bila hari cuti2 cenggini.
Nak ke dapur pun bercinta hehe....

ishhh... sedap pulak tengok sirap tu.

Macam tak demam jerrr...

Ni kami berdua masa kat Klinik An-nur.
Wafi demam di awal pagi. Biasa kalau Wafi tidur dan bunyi mengerang, memang demam lah tu.
Masa tu pulak takde paracetamol kat rumah.
Pagi2 bawak Wafi jumpa doktor... Tapi sebelum tu ibu dah mandikan Wafi kasi sejuk sket badan.

Bila doktor check memang dah tak panas tapi ibu kena ambik ubat in case panas tu naik balik.
Bolehlah ibu ambik EL dan berehat2 kat rumah sebab bukan senang nak cuti2 macam ni.

Sunday, March 9, 2014

*MH370*


Dunia digemparkan dengan kehilangan pesawat MH370 pada hari Sabtu semalam selepas berlepas jam 12.41 am waktu Malaysia dari Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA menuju ke Beijing, China
Sehingga saat ini, kita masih belum dapat berita mengenai kedudukan pesawat berkenaan.
Pelbagai spekulasi mengenai kehilangan pesawat MH370.

Ya Allah, Kau berilah keselamatan kepada semua penumpang dan krew penerbangan.
Menitik air mata ini bila mengenangkan nasib kesemua mereka selepas lebih dari 24 jam.
Semoga Allah melindungi mereka dan pulangnya mereka kepada keluarga dalam keadaan yang selamat.
Amin.

Saturday, March 8, 2014

Running Man


Dok tengah gilakan siri ni sekarang... tengok dengan kakak Widad.
Ni kami tengok kat TV2 tapi siri lama sket.
Yang latest ada kat Astro Channel 39+

Seronok tengok karektor diorang ni. Sambil2 tu cuci mata tengok negara Korea. Ohhh... I miss Korean Drama right now. Malam masa terbatas dan Cik Amir belum downloadkan lagi :'(

Takpelah... buat masa ni tengok Running Man jer lahhh... Kalau tertinggal siri tak menjejaskan lah sebab dia bukan continuous episode pun.
Ecehhhhh.... nak sedapkan hati.

Friday, March 7, 2014

Kek Coklat


Kek coklat ni takde plan nak buat pun mulanya. Cik Ami plak ada bawak banyak pack strawberi dari Cameron Highland dan suruh ibu bawak balik 2 pack. Sebenarnya jadi 3 pack lah sebab yang satu tu dah selamat makan kat rumah nenek :)
Strawberi ni pun bukan boleh simpan lama dan kemasamannya dah tak boleh nak tahan lah.
Makanya terfikirlah nak dijadikan hiasan atas kek sambil2 tu bolehlah cicah dengan topping coklat.

Resepi ibu dapat dari dapur www.ummizaihadi.blogspot.com

Kek Coklat

1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
3/4 cawan susu pekat
3/4 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak*
2 sudu besar mentega yang dilembutkan* (bahan * disebatikan bersama)
3/4 cawan tepung gandum #
1 sk baking powder#
1 sk soda bikarbonate# (bahan # diayak bersama)
4 biji telur - blend hingga halus

Cara-cara

1. Satukan serbuk koko, susu cair, susu pekat, gula, minyak masak dan mentega ke dalam periuk. Masak sambil dikacau atas api perlahan hingga semua bahan larut. Sejukkan sebentar.
2. Masukkan telur yang telah diblend ke dalam adunan coklat. Kacau sebati.
3. Masukkan tepung dan kacau dengan senduk @ spatula (ibu guna whisk). Kacau sebati.
4. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar secara 'bain-marie' selama 1 jam pada suhu 160C (ibu kukus selama 45 minit.
5. Angkat dan sejukkan.

Topping
1/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan gula
1 1/4 cawan susu cair
1/4 cawan tepung jagung
1 sudu besar mentega

Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak atas api kecil. Sentiasa dikacau. Bila nampak telah pekat sedikit, tutup api dan sejukkan sebentar. Sapu terus di atas dan sekeliling kek dan hias ikut kretiviti masing2.

Topping ni paling mudah, jimat dan sedap.

Ibu suka guna resepi kek ni sebab nak buat pun mudah, juga kek ni moist sangat. Tapi tak taulah kalau dibakar atau guna kaedah bain marie jadi moist ke tak. Sebab ibu kalau dah cuba dan puas hati malas nak tukar2 cara. hihi... nampak sangat tak rajin.

Bawakkan Wafi dan Kakak Widad ke sekolah... habis. Kawan-kawan cakap sedap. Alhamdulillah.
Bila sampai rumah petang tu, Kakak Widad request buat lagi sebab nak bawak ke tuisyen. Huwaaaa....
Tak sampai hati nak tolak. Buatkan lah juga. Tapi kek tak sempat sejuk habis dah tuangkan topping. Masukkan sekejap dalam freezer. Terus kakak widad bawak pegi sekolah.
Balik tengok bekas kek tu licin.

Kawan kakak widad cakap suruh ibu berhenti kerja dan buat kek.
Huhuhu... tidak rajinnnnn... masak pun ikut mood :'(

Thursday, March 6, 2014

ber-4



Wednesday, March 5, 2014

C


Sambil terbaring2 Wafi buat kerja.
Tengah rajin penuh satu buku ditulis :)
Pun biasanya Wafi lagi suka 'mengaler'..
Takpe... lembutkan jari.

Kahwin Campur?


Ni lah jadinya kalau pegi kenduri kahwin.
Bila balik rumah pun nak main pengantin-pengantin.
Sebab takde kawan sebaya kat dalam rumah, maka patung2 tu lah yang jadi mangsa.
Patung baju biru tu nama Siti dan yang macam ninja turtle tu wafi panggil Frog.
Mula2 tu Wafi dok kipaskan sambil nyanyi lagu Kompang Seni Warisan yang sangat popular di kampung kami.

Monday, March 3, 2014

Tanjung Gila? Harapan


Aktiviti makan2 lagi. Kali ni nun jauh ke Tanjung Harapan di Pelabuhan Klang sana.
Cik Wada n Cik Biela yang belanja.

Dah lama tak pergi, rasa macam jauh sangat. Ayah tak join pun sebab outstation.
Nasib baik Cik Wada drive. Malas ibu nak drive jauh memalam ni.

Alhamdulillah..... tq cik wada/biela

Belajar bawak motor sendiri


Kak Widad dah belajar bawak motor since akhir tahun lepas.
Takde sapa nak tolong ajar, jadi dia pun belajar sendiri hasil dari pemerhatian Bami bawak motor.
Tapi tu lahhh... motor Yamaha Sport lama kan...
Jadi bunyinya pun membingitkan telinga.
Belajar kat depan rumah jer.. takde ke jalan besar pun.

Nak beli baru, karang panjang pulak langkah anak2anak ni.
Tunggulah bila Bami dah dapat lesen barulah pikir belikan yang baru.

Sunday, March 2, 2014

Krim untuk kulit kering


Ibu mengalami kulit kering dan gatal di bahagian lutut dan siku.
Rasanya dah beberapa tahun. Kering tu on and off. Adalahh beberapa krim yang ibu guna selepas dapatkan nasihat klinikal dari doktor.
Ada doktor cakap ekzema, ada cakap kudis?, ada cakap kering jer :'(
Krim, lotion.... akan ibu guna untuk mengatasi kmasalah tersebut.

Beberapa minggu sebelum ni, ibu ke farmasi. yerlahhh sebab ubat yang doktor bagi pun dah habis. Bila habis mulalah menggaru-garu.
Bila jumpa pharmasist dan tunjuk bahagian tersebut, pharmasist cakap kering jer.
Jadi pharmasist cadangkan krim Cloderm macam kat gambar. Harga RM18.90
Katanya sapu nipis jer 2 kali sehari bahagian yang kering sahaja.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, dalam masa seminggu kering dan gatal dah takde lagi.
Kulit lutut dan siku pun bertambah licin dan lembut.

Saturday, March 1, 2014

Merah2 CNY

Cerita jalan2 dalam minggu CNY. Ni lepas dari jamuan kahwin anak kawan ofis.
Kami ke Klang Parade yang belum fully open sebab renovation.

Tengok Lion Dance.

Ada gak sale. Tapi tak jengok pun sebab takde apa nak beli.

Lion dancer tour kat kedai2 dalam tu.

Terjumpa plak ex-director Mr NKT.
Nampak dah uzur tapi still jalan2 dengan cucu2 dan anak.
Wafi dan Kawi dapat angpau. Wahhh... seronok lah budak2 ni.
Kawi lah yang hover sebab 1st time dapat kat tangan sendiri.

Selfie laaa konon!