Pages

Tuesday, June 30, 2020

2 beradik perempuan

Adik beradik nenek ibu ada 7 orang.

1. Wak Long (Haji Ardani) - almarhum
2. Wak Bar (Haji Bordani) - almarhum
3. Wak Masi (Hajjah Masiah)
4. Wak Asri (Haji Asri)
5. Nenek (Hajjah Ngadinah)
6. Cik Leh (Haji Muner)
7. Cik Usu (Haji Turiman)

Nenek Masi... ini lah satu-satunya adik beradik perempuan nenek.
Mereka sangat rapat.
Cubit2 tu dah biasa.. biasanya nenek Masi lah yang cubit nenek🤣🤣

Ibu bersama nenek.. ini gambar raya.

Tetiba hari ni nak share picture nenek Masi bila nenek tadi cerita, nenek ke rumah nenek Masi.

Banyak lah yang disembangkan sebab dah lama tak jumpa semenjak PKP lagi.

Nenek jumpa sebab diberitahu yang nenek Masi merajuk sebab dah lama nenek tak bertandang.  (Semalam bagitau Cik Cha) Orang tua kalau merajuk pun nak kena pujuk kan... Wak Ana pun ada bagitau yang nenek Masi tak berapa sihat.. on and off kesihatannya.

Nenek kata dah bersedia untuk dicubit hahaha.
Mujur tak kena🤭

Alhamdulillah.. semoga nenek dan nenek Masi dikurniakan kesihatan yang baik.




Saturday, June 20, 2020

New look dengan cermin mata 👀

Petang tadi lepas kenduri rumah sepupu ibu Syafiqah, pergi ke Kedai Kacamata Nur Kaseh di Klang. Rupanya famous kedai ni. Sekarang ada promosi viral RM50 (bingkai + cermin).

Memang dah plan nak buatkan Widad sebelum dia register Poli. Memang dia cakap malam silau.

Bila check doktor, hambekkk... silau dia 120 & 160
Tak tau lah camne nak kira tapi ia agak tinggi lah.

Untuk rekod.
Cermin mata Widad dapat RM50 since guna cermin biasa.

Dah alang2, ibu pun buat juga.. cermin mata pun dah lama.. rasa lebih dari 3-4 tahun.
Ingatkan nak check bacaan je.

Power pun bertambah sebelah kiri huhu..
Ibu punya RM250 since untuk rabun jauh dan dekat.
Tambah lagi RM150 untuk kanta photochromic di mana ketika keadaan panas ia akan bertukar menjadi gelap.
Total RM400 rasa berbaloi2 sebab masa buat sebelum ni pun lebih RM500.

Siap nanti dalam 2/7. Itu paling lewat.
Tapi mereka cakap biasa dalam 3 hari dan mereka akan call dulu.

Tak tau lah pilihan ni ok ke tak sebab banyak sangat kan... ni choice yg ke 3.
Umur dah kilauan emas ni janganlah berangan nak ambik yang fancy sangat hahah..


Sunday, June 14, 2020

Roti Puri tanpa yis

Assalamualaikum wbt.
Hari ni nak share resepi roti puri tanpa yis.. google je boleh dapat resepi ni.
Mujur ada tepung.. ngam2 almost 2 cawan.. (lupa pula nak topup tepung haisshh)
2 cawan ni dapat dalam 15 keping.
Sebelum ni buat yang ada yis.. resepi di sini.


Roti Puri Tanpa Yis

Bahan-bahan
1. 2 cawan tepung gandum
2. 3 SB minyak masak
3. 1/2 SK garam
4. 1/2 - 3/4  cawan air

Cara-cara
1. Panaskan minyak masak dan tuang dalam tepung.
2. Gaul rata guna garpu
3. Satukan garam dalam air dan tuang sedikit demi sedikit dalam adunan
4. Jadikan doh yang tidak melekat kat tangan
5. Amik doh sebesar syiling 50 sen dan bulat2
6. Rehatkan dalam 15 minit
7. Gelekkan jadi leper
8. Goreng dalam minyak dan api sederhana je.
9. Minyak tu tak perlu lah banyak2 cukup sekadar masukkan sekeping doh.
10. Lepas masukkan kepingan foh tu terus jirus2 guna minyak dan terbalikkan untuk bagi gelembung. Tepuk2 sikit.
11, Bila dan gelemung dan sedikit keperangan boleh angkat dan toskan.

Puri ni sedap makan dengan sardin, kari pekat dan sambal juga apa jua pencicah yang digemari.

Hari ni kami makan dengan sambal bawang dan ikan bilis sebab sambal nak makan sampai tengahari.


Thursday, June 11, 2020

Ulang tahun kelahiran Wafi ke 10.

Hari ni birthday Wafi yang ke 10.
Waaaahhh... dah besar la anak ibu ni..

 Surprise!!!!

Chenta hati kami❤




 Picture kiriman surprisebyhh.
Tq dear!

Her favourite colour (pelikkkk)
Ibu know you really like it.
Sorry... there is no blue black but this one almost similar🤭🤭🤭

Terima kasih kerana menjadi anak yang sangat membahagiakan.
Kami semua sayang awak tau!

 Untuk awak.

Hadiah dari Denin... Adam jadi posmen.
Tu untuk barbie doll. Nanti bolehlah main sama (macam biasa).

Wednesday, June 10, 2020

Kuih masalodeh/vadei

Kuih ni banyak nama.. ada yang sebut kuih masalodeh ada yang sebut vadei.
Tapi vadei ada pulak bentuk lain yang lubang tengah2 dan dari kacang yang berbeza.

Kuih ni dari kecik memang favourite.. kalau nenek buat mesti cakap letak bawang banyak-banyak.
Lepas tu nenek cakap nanti susah nak bentuk.. bawang terkeluar.
Haaaa... yang tu lah yang sedap.

Resepi ni memang keeper... zaman2 kecik2 nenek dah ajar... sampai sekarang guna resepi ni je.


Resepi kuih masalodeh

Bahan-bahan
1. Kacang dhal (katanya yang dari Australia lagi sedap)
2. Udang kering (lagi banyak lebih sedap, rendam dan tumbuk/kisar)
3. Bawang merah besar (hiris nipis)
4. Cili kering (gunting nipis)
5. Jintan manis
6. Daun kari
7. Garam

Cara-cara
1. Rendamkan kacang sekurang-kurangnya 2 jam.
2. Blend dan toskan.
3. Masukkan dhal yang ditapis dalam mendapan dari air tosan.
4. Campurkan bahan-bahan yang lain dan garam tu secukup rasa. Kena ada rasa masin kalau tak kurang lemak.
5. Masukkan dalam senduk kecil sebagai acuan dan goreng.
6. Balikkan jika warna dah kekuningan/nampak garing di sebelah untuk elak pecah.
7. Api sedang je untuk bagi elok masak bahagian dalam dan garing di luar.


Bahan-bahan yang simple.. baru perasan kacang dhal tak tunjuk.

Toskan macam ni.

Ni air yang keluar selepas ditos.


Ni lah mendapan setelah dibuang air.. ia bertindak sebagai gam.. kalau takde ni adunan agak berderai.

Campurkan semua bahan dalam mendapan.

Gaul dan rasa dulu... 


Masuk acuan begini.... tepek sikit2 je.. jangan kuat-kuat sangat.. nanti susah nak keluar bila masuk dalam minyak.

Sunday, June 7, 2020

Berakhirnya sebuah penantian

Masa tengah2 sembang dengan maksu Fatin, dapat call dari ABX Express.
Courier guy ni cakap ada dekat simpang surau sebelum trafik light... jenuh gak lah nak imagine dia kat mana.

So kena bagi direction yang betul.. dan signboard merah ikan haruan kampung cik awie memang penyelamat.

Apalagi announce kat penghuni kat rumah mah nenek yang sedang enak menikmati durian musang king. Suruh diorang tunggu jangan sampai terlepas hahaahah...

Ambik kauuuuuu...
1 bulan 7 hari baru sampai rumah.
28.4.20 pickup dari seller.
30.4.20 sampai di Subang hub.

Dok call dan email CS tapi tiada response.
Lepas raya baru dapat cakap kat CS. So mereka akan cari

Dah dapat baru lah hantar keluar... begitulah kekdahnya...

Done... done juga email dari Tracking bagitau out for delivery.

Geram... ada..
Marah.... marah2 lah gitu sebab PKP kan... takdelah sampai nak piket depan bangunan dia.

Jadi inilah baju raya PKPP, sama waktu PMnya announcement❤❤❤

Alhamdulillah.

Saturday, June 6, 2020

Jadual kerja berubah

Semenjak 4 hari lepas jadual kerja sempena PKPB mula berubah.
Untuk main office masuk kerja jam 8.00 am dan pulang 5.00 pm (sebelum ni 8.30 - 5.30)

1st day nak rasa juga balik awal jam 5.. lewat sikit la sebab nak tunggu laluan clear.

Ok.. 13 minit je sampai rumah.
HEAVEN!!

Hari seterusnya lewat juga sebab kerja macam tak habis2 hurrrmmmm

Jumaat balik jam 4.30 pm sebab rehat hanya 1 jam je since solat jumaat tiada.
Again... tak balik awal pun.

Start 13.5.2020 very hectic sangat.
Year end audit
Closing Feb
Closing Mar
Closing April

Sekarang closing for May pula.

Di ofis pun akan ada perubahan.
Transferring
Retrenchment
Reschedule

Semoga semua baik2😑