Pages

Sunday, January 31, 2021

Checklist semasa PDPR

Perkongsian di FB ini menarik perhatian ibu untuk memeriksa tugasan sekolah Wafi selesai pada hari yang sama.
Wafi bila masuk pdpr ibu dah tak sempat nak pantau sebab bila di ofis agak sibuk.

Dikongsi oleh Cikgu Niza dalam FB. Ini bagi memastikan tugasan siap.



 Ini pula dikongsi oleh schoolmate ibu, Wazlina. Beliau akan baca whatsapp dan ringkaskan apa yang anak beliau perlu lakukan pada hari tersebut.

Saturday, January 30, 2021

Sapu-sapu

Inilah aktiviti kalau takde kerja. Nak kata hobi taklah juga sebab kadang-kadang malas juga.
Dari kecik memang suka sangat menyapu dan mengemas-ngemas laman.
Bakar sampah.
Ahhhh... best bila dapat bakar sampah... rasa bersih sangat rumah.


Nak sapu rumah sendiri takde daun sangat sebab pokok kelapa je ada.


Anak-anak buah pun tolong sama.


Masa ni dah hampir jam 7.
Nak gelap.
Bersih dah tepi rumah nenek.
Kalau nak bersih keliling rumah kena dari pagi.
 

Thursday, January 28, 2021

Pesanan daripada doktor muda


Pagi ni masa kemas-kemas ternampaklah nota ni. Ini mesti kerja Wafi.

Malam tadi ada tanya bila boleg makan vitamin ni.. ibu kata bila-bila pun boleh asalkan sekali sehari. Since Wafi makan malam so dia tulislah sebelum tidurπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† 

Comellah awak ni.

Beli vitamin ni pun asal teringat baru beli. Masa mereka kecil-kecil dulu rajinlah membeli untuk kuatkan sistem imun.

Ada baca tablet-tablet ni adalah makanan tambahan je. Kalau kita setiap hari dapat keperluan vitamin yang mencukupi, tak perlu pun suppliment. Buah-buahan yang sangat kaya dengan vitamin C antaranya  seperti jambu batu dan oren tapi since anak-anak kurang makan kita supply je lah dengan tablet ni.


Sunday, January 24, 2021

Roti Popcorn

Semalam Sabtu pagi selepas solat subuh Wafi ada tanya bahan-bahan nak buat roti popcorn. Ibu manalah pernah dengar resepi ni. Katanya dari insta. Since memang nak keluar beli barang dapur carilah bahan yang tiada di rumah. Madu dah expire... rasa beli puasa tahun lepas sebab buat cornflakes madu.

Wafi insist nak buat sendiri. Buatlah nakkk.... dulu ibu darjah 2 rasanya dah masak sendiri.

Roti Popcorn

Bahan-bahan

1. 3 keping Roti putih potong dadu

2. 2 SB Margerin/mentega

3. 1/2 cawan Susu full cream

4. 2 SB Madu


Cara-cara

1. Panaskan kuali

2. Masukkan roti dan kacau bagi agak garing.

3. Masukkan mentega kacau-kacau dan masukkan susu.

4. Tambahkan madu dan kacau hingga rata dan agak garing.

5. Since kegaringan tak seperti diharapkan, maka ibu minta Wafi masukkan dalam.air fryer 180, 5 minit.

Ini spesis yang tak garing sebelum masuk AF.

Ibu lagi suka camni...ala2 roti bakar je.

Since tak pernah makan roti popcorn macamana, bila dah masuk AF dah jadi macam biskut pula. 

Masa Wafi masak kali kedua, mungkin kurang madu jadi hasilnya kurang manis. Lepas keluarkan dari AF dan suam sikit, tabur pula gula ising. Rasa dah sedap.

Wafi bawa ke rumah nenek nak jamu the cousins. Katanya mula2 diorang macam buat-buat tak tahu tapi bila Angah kata sedap barulah yang lain makan. Ada rasa gembira di hatinya. 
 

Saturday, January 23, 2021

PDPR & WFH & UNIFI


Inilah situasi sekarang ini untuk sesetengah keluarga.

Kat rumah ni abang dan kakak masing2 study di bilik sendiri. 

Wafi je kat meja dining sebab situ lebih terang. Ayah di iron/sewing area.. apa yang best sangat tempat tu tak taulah.

Kalau ibu WFH, ada working station sendiri.

Sekarang yang paling penting adalah capaian wifi yang laju baru boleh GM, GC atau zoom tanpa gangguan.

Tq to UNIFI. 

Tq Telekom.

Semoga lebih ramai orang dapat manfaat.

Covid... please go away!

Wednesday, January 20, 2021

Sesi Persekolahan 2021

Hari ni pelajar-pelajar selain Tingkatan 5 dan 6 memulakan sesi persekolahan dengan norma baru. Disebabkan covid19 pelajar tidak dapat hadir ke sekolah secara fizikal. Belajar secara online. Tahun 2020 hanya beberapa bulan je masuk sekolah.

Ada kelas yang dijalankan secara google meet dan ada juga secara offline. Jika secara offline pelajar diminta merujuk pada video yang disediakan kemudian salin nota atau jawab soalan yang disediakan. 

Mujur ayah WFH dapatlah tengok-tengok Wafi.

1st class tahun ni, PJ.
Cikgu gabung beberapa kelas.

Tahun ni lagi tersusun sebab ustazah sekolah agama ikut masa sebelah petang. Pagi untuk SK sahaja. Jadi takdelah serabut sangat ibu bapa nak pantau anak-anak.

Malam sambung kerja yang belum selesai.
Hurm.... ingat ibu nak lepak2... luruskan kaki awal. Kena tunggu.

Pagi tadi cousins Wafi pun ada kelas juga. Mana yang share di whatsapp grouo ibu share di sini pula.

Adnin Tahun 6.

Arissa Tahun 2.

Alma Tahun 6.

Ali 3 tahun.

Adam Tahun 4.

Alya Tahun 2.

Ada plak budak undut-undut.

Nana Tahun 4.

Firas semangat Tahun 1.

Semoga Covid berakhir dengan segera.
Anak-anak dah tak sabar masuk sekolah.


Saturday, January 16, 2021

Phillips SpeedPro Max Aqua Cordless Vacuum

Hari ni nak review sikit vakuum tanpa wayar yang baru dibeli. Sebelum beli dah review dengan beberapa brand lain. Setelah ditimbangtara, brand Phillips yang diedarkan oleh Amway menjadi pilihan. Maklumlah bila baca review dan apa2 electrical appliances yang Amway edarkan ni bagus dari segi performances. Contoh macam PC Noxxa, Air Fryer Phillips, steam iron Phillips dan beberapa yang lain. Sebelum ni ada main kutu atau bayar 4 kali ansuran dari ibu kutu Dhila tapi sekarang beliau dah tak buat. Ada duit lebih sikit, beli tunai je.

Ini pun pinjam akaun Cik Wada.. tq cikwada.. camni camnelah CikWada nak dapat untung🀭🀭🀭 Harga ahli RM1,875.00

Order 14.1.2021, sampai 15.1.2021

Fuhhhh... good service.

Lepas isyak terus unboxing. 

Terus testing vakuum karpet Ikea 2 helai. Masa sampai batteri ada 40%

Vakum bawah meja... lampu tu sangat membantu. Ada 3 speed ya... 1, 2 dan turbo. Lagi tinggi speed digunakan lagi cepatlah bateri tu habis. 

Vakum je lah mana yang dapat sampai habis bateri.

Bila habis, tengok bawah roller tu.. segala rambut, getah rambut juga tersangkut.

2 karpet dan 2 ruang penuh habuk begini. Eeeeiiiii kumannnnnn....

Puashati sangat dengan sedutan/suction camni.
Boleh cabut dan cuci.

Esok bila senang baru guna mop pula sebab nak caj batteri.

Akan review kemudian.

Thursday, January 14, 2021

Kek Coklat Moist Kukus

Petang ni rehat awal sikit sebab WFH. 
Masa tengah layang movie Tamil, Wafi masuk bilik cakap teringin makan brownie. Aduiii mana pulak nak cari. Dia cakap jom lah pergi kedai Cikgu Azlina Ina. Kakak pulak kata boleh je cari dalam Meru Food Channel. Ada ke stok petang-petang camni. Wafi teringin sebab tengok cerita dalam youtube.

Ibu teringat ada lagi serbuk koko dalam fridge. Bila tengok dah expired pulak. Wafi kata ada coklat chip. Ermmmm... bolehlah try. Coklat chip dari rumah nenek masa puasa PKP tahun lepas. Ingat nak buat cookies tapi tak terbuat. 

Kita try je lah.


Resepi Kek Coklat Moist

Bahan-bahan
1. 1 cawan serbuk koko (guna coklat chip sebab serbuk koko tiada)
2. 1 cawan susu pekat
3. 1 cawan susu cair
4. 1 cawan minyak masak
5. 3/4 cawan gula pasir
5. 3 biji telur

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan di atas ke dalam blender.
2. Kisarkan selama 5 minit. Boleh juga guna whisk.

Masa ni dah boleh panaskan periuk kukusan.

Ayakkan bahan-bahan di bawah ke dalam mangkuk besar.

1. 1 1/2 cawan tepung gandum
2. 1 SK soda bikarbonat
3. 1 SK baking powder

Selepas itu masukkan bahan yang sudah dikisar ke dalam mangkuk berisi tepung tadi dan kacau guna whisk. Kalau ikut resepi asal masukkan campuran tepung ke dalam bahan kisar dan gaul guna kaedah kaup balik. Tapi kali ni ibu kacau je terus.

Masukkan ke dalam loyang yang sudah dilapik dengan baking paper. Hentakkan sekejap untuk buang gelembung udara.

Masukkan ke dalam kukusan dan kukus selama 45 minit guna api sederhana sahaja. Setengah jam masak buka tudung kukusan dan lap wap air. Masakkan sehingga cukup masa. 5 minit sebelum cukup masa buka tudung kukusan untuk buang wap air yang berlebihan atas kek.

Keluarkan loyang dan sejukkan kek.

Sementara tunggu sejuk kita sediakan topping mudah.


Topping

Bahan-bahan
1. 1 cawan coklat chip (agak-agak sebab tinggal sikit)
2. 1/2 cawan susu cair
3. 1 SB minyak masak supaya topping berkilat

Cara-cara
1. Campurkan semua bahan-bahan di atas ke dalam kuali yang ditenggekkan atas periuk kukusan masa buat kek tadi.
2. Kacau guna whisk sehingga bahan cair dan likat sedikit.
3. Sejukkan sebentar dan tuang ke atas kek perlahan-lahan

Dah jadi kek lava.
Lama-lama coklat tu akan pekat.

Tekstur kek guna coklat chip ni lagi moist.
Makanlah dengan penuh nikmat.

Dessert lepas berbuka hari ni.
Alhamdulillah.

Saturday, January 9, 2021

Alfatihah

Hari ni ulangtahun kelahiran atuk yang ke 75 jika atuk masih ada.

Semoga atuk tenang di sana.

Alfatihah.
 

Tabung Seronok 2020


Inilah cash collection sepanjang tahun 2020.
Tujuan tabung ni untuk kegunaan beli peralatan sekolah dan yuran Wafi since kakak dan abang punya yuran dibayar pada bulan yang berlainan.

Tabung ini ibu namakan Tabung Seronok sebab duit yang disimpan dalam ni secara "gembira" setiap bulan dan memang sudah tahu tujuannya. Kali ini ibu memilih jenis simpanan 10, 10 iaitu simpan dengan gandaan RM10 setiap bulan  (lihat gambar). Pada bulan pertama RM10, bulan kedua RM20 dan seterusnya sampai bulan duabelas iaitu RM120. Jadi pada akhir tahun jumlah simpanan ialah RM780.00

Pada tahun sebelumnya, 2019 ibu pilih cara Tabung 52 minggu dimana setiap minggu akan masukkan jumlah ikut minggu. Minggu pertama RM1, minggu kedua RM2, minggu ketiga RM3 sehinggalah pada minggu ke lima puluh dua iaitu RM52. Jadi jumlah kutipan pada akhir tahun sebanyak RM1,378.00. Jadi duit yang terkumpul selain beli peralatan sekolah dan yuran, dapatlah ibu topup untuk perbelanjaan semasa cuti-cuti Shohari Clan ke Perak akhir tahun lepas.

Untuk tahun ini ibu ada pilih kaedah yang berbeza iaitu tabung bulanan RM20, RM50 dan RM100.
Kemudian akan masukkan entry tabung seronok ini.

Tabung macam ini senang juga sebab kita ada simpan tunai segera selain komitmen bulanan yang biasa kita buat contohnya simpanan di Tabung Haji, Amanah Saham Bumiputera atau mana-mana institusi kewangan. Kalau terpakai sebab kekurangan tunai, topup/isikan semula dan pastikan kita commit dengan apa yang kita rancang. Mungkin jumlah simpanan tunai cara ini tidak banyak tapi percayalah... ia sangat membantu.

Selamat menabung!

Monday, January 4, 2021

Ulangtahun ke 48

Hari ini.
Bertambah usia.
2 tahun lagi bolehlah keluarkan EPF akaun 2🀭🀭
Surprise cake from officemate. 

Balik-balik dapat surprise lagi. Dari kereta dah honk beberapa kali.. panggil minta ambil barang dari kereta. Dah masuk rumah pun takde sapa menyahut. Geram lah juga. Dapur pun bersih belum ada sesiapa masak untuk dinner. Since ibu puasa, kena masaklah juga. Nak letak beg kerja dalam bilik, pun sunyi je.. cari lah diorang mesti kat living room, sekali mereka nyanyi.
Owhhh... ibu terharu okay..


Kotak kegembiraan.

Table setting. 
Since ibu puasa, tunggu lepas maghrib ya makan. Abang Imi makan dulu sebab tadi tak lunch. Set ni ayah order dari Chinta Cafe.

Salted Caramel cake.

Sebelah kanan.

Kiri pulak... adoiiii...

Ayah hadiahkan jam.

Tq ayah.

Hasil kreativiti anak-anak.

Ini siapa nak makan ni.

Dalam kotak tu ada kad juga... kakak Widad bagi tudung bawal.

Macam-macam ada dalam tu.

Sukaaaaa...

Baru perasan ada teddy bear cute dalam tu.

Tart yummy dari Cik Wada.

Inilah luar kotak kegembiraan.


Ucapan dari anak-anak dan suami.

Mestilah ada yang special dari Wafi. Bab2 kad memang Wafi sangat kreatif.

Cantik sangat.

Jam yang sangat spesial.
Victorinox.
Hahaha.... saje google tengok price🀭

Owhh.... kak widad baca status Cik Wada.... dengki kan hahhahha

Syukur Alhamdulillah di atas rahmat yang Allah kurniakan.
Terima kasih buat anak-anak dan Inche Jalan Rebung kerana beri kejutan dan hadiah harijadi.

Untuk tahun depan nak hadiah percutian ya.. tq😘