Pages
Friday, May 31, 2024
Makan Malam Di Seteshen@118
Lauk Tengahari
Peria yang panjang dan ia kurang pahit. Wafi taknak makan tapi kalau peria yang dibuat kerepek tu, 1 balang boleh habis dihadapnya.
Masak lemak cili api ketam. Guna cili padi merah je yang ada jadi MLCA warna merah sikit walau dah bubuh kunyit. Lama lah tak masak ketam. Ritu jumpa kat pasar malam sepinggan 4 ekor, RM10. Saiz sedang je.Ibu tanya Wafi dulu nak makan ketam ke tidak, kalau taknak ibu tak mahu masak. Bila Wafi kata ok baru ibu proceed.
Bila makan ibu tunjuklah cara nak makan macamana. Nampak sangat ibu jarang masak ketamπ. Abang Imi suka makan MLCA ketam ni. Ibu masak pun tak berapa pedas.
Wafi suka makan siput sedut tapi ibu tak pernah masak. Kalau makan kat luar ada menu ni pasti Wafi ambil. Ibu bab² menyedut siput tu selalu failed, itu yang takmau masak. Nanti lah.. suatu hari nanti ibu cuba masak.
Ikan ni rupanya ada tulang halus. Beli kat pasar bila tanya kat penjual tu dia ada mention tapi ibu tak pernah dengar. Ada customer lain cakap ikan ni sedap.Ada beberapa keping ibu MLCA haritu. Rasanya ikan air tawar. 2 keping ni yang last. Bila digoreng lagi terasa ikan air tawar.
Hantar Ummi dan Cik Wada Di Movenpick
Santai Jumaat
Monday, May 27, 2024
Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran Sempena Haji
Sunday, May 26, 2024
Menyantuni Majlis Perkahwinan Raf & Fik
Baju yang Wafi pakai tu baju ibu, sebelum ni kakak pakai.
Saturday, May 25, 2024
Briskwalk dan Santai Sabtu
Masa tu kan ada fisio jadi ibu kurangkan aktiviti luar lepastu puasa dan raya. Dah seronok relax² pagi tak perlu briskwalk rasa bersalah pulaπ
Otw balik beli nasi lemak, topup karboπ . Kalau beli kat luar nasi lemak ni antara yang tersedap. Secukup rasa. Kali ni ibu ambil sambal kerang. Beli 2 dan 1 biasa. Rupanya Wafi dah suka kerang.. jadi terpaksalah ayah makan yang biasa. Ibu pun dah lupa sejak bila Wafi makan kerang sebab sebelum ni tak suka as kerang tu nampak macam mata dan terkedip² bila hidupπThursday, May 23, 2024
40 Hari Baru Dapat Jumpa
Monday, May 20, 2024
Ngopi Di Laman Kopi
Ibu takleh minum air pudina lebih ni, terasa curah ubat gigi dalam tu. Ayah sukalah tu air pelik-pelik.
Saturday, May 18, 2024
Berlibur Di i-City Theme Park
Makan Malam Di BBQ Town, i-City Central
Buffet style tapi segala makanan laut dan daging mereka akan hantar ke meja kita. Kalau tak cukup minta je mereka tambahkan sebanyak mana kita mahu.
Santai Sabtu
Thursday, May 16, 2024
Tonton Filem Sheriff
Gambar Abang Imi
Ini pertama kali ibu nampak gambar ni. Biasalah Bami tu, bukan dia nak share pun gambar dia masa jalan-jalan ke Langkawi dengan Abang Imran & Abang Izzat last year.
Ibu suka gambar ni sebab Bami berlatarbelakangkan langit, laut dan bukit bukau.
Ibu beritahu Bami nak masuk dalam blog buat kenangan. Mujur Bami kata terpulanglah sebab muka pun tak nampak. Elehhh... kalau tak bagi pun ibu masukkan juga π