Pages

Monday, November 29, 2021

Dinner di AG Char Koay Teow

Buka puasa tadi ibu minum seteguk air mineral kemudian solat maghrib dan setelkan lagi kerja sikit. Keluar ofis jam 7.30 pm. Sebelum tu nampak whatsapp ayah makan char koay teow balik dari surau dan sementara tunggu isyak.

 Ibu cakaplah nak join sekali.

Char koay teow kerang.
Ayah kata ini antara yang sedap di Bukit Kapar, ayah kan food hunter.
Ibu ok je mana-mana.

Minum pula kopi o-panas.
Fuhh nikmat perut.

Tapaukan juga untuk Bami dan Wafi.

Sebelum ke surau ayah dah siapkan dinner, ayam masak lemak cili api dan sayur tumis.

Ibu dah siap-siap pesan kat Wafi makan dulu since ibu balik lewat.
Lauk lebih ni boleh simpan untuk esok tengahari since Wafi je sorang makan nasi.

Ayah suka sangat hidang makanan dalam pinggan lejen tu.
Puposely ibu ambik dari rumah nenek since nenek pun dah lama guna Corelle je. Yang lama dilupakan๐Ÿ˜๐Ÿ˜

 

Pertandingan Teka Silang Kata Tahun 5

Tengahari tadi ayah share dalam grup family picture ni.

Wafi dapat tempat pertama sempena pertandingan Teka Silang Kata Tahun 5.
Wafi kata ada 2 orang lagi dapat classmate dapat... tempat ke 2 dan ke 3. Mungkin ikut kelas.
Cikgu Akasyah yang serahkan di kelas Wafi.

Kalau tak silap pertandingan ni sempena Bulan Bahasa dan mengenai simpulan bahasa semasa PKP tempohari.

Happy lah sangat nak bagitau ibu, kakak dan abang kan.

Tahniah Wafi.
Kami bangga dengan awak❤❤

Tuala dan hanger pun tak sempat simpan๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

1.55 pm Wafi call nak bagitau yang van belum sampai lagi.
Suara pun macam nak nangis.
halah... halah.. rilex lah.. masuk sekolah kan 2.30 pm.
Kalut sungguh. 
Keluar rumah pun sangatlah awal... 1.30 dah tunggu kat luar. 

Biasa ayah teman tapi sebab ayah ada kelas itu yang Bami temankan.
masalahnya bami teman duduk dalam rumah je buka sliding door. Wafi kat luar sorang-sorang.

Bami ni pun...๐Ÿ˜ž๐Ÿ˜ž๐Ÿ˜ž

Rupanya maklong driver tukar timing dari jam 1.50 pm ke 2 pm.
So esok Wafi jangan kalut-kalut lagi ya.

Saturday, November 27, 2021

Makan tengahari di Warong Soto Ori Kanang

Tengahari tadi keluar dari ofis agak lewat.. hampir jam 3 pm. Perut dah lapar perlu diisi. Ayah kata dah masak. Ibu pulak teringin nak makan soto bila teringat soto yang Amie's Little Kitchen makan di Warong Soto Ori Kanang di sini. Ambil ayah di rumah tapi Wafi tak ikut sebab berada di rumah nenek.  

Dating lah kami berdua.
Perjalanan dalam 20 minit dari rumah. 

Masa kami sampai ada 2 meja sahaja ada pelanggan, tak lama lepas tu hampir penuh meja. Ramai pelanggan warung ni.

Gambar dari google image.
Warung ni terletak di Bukit Cerakah, Jeram.
Adik yang jaga kata ada satu lagi cawangan di Bukit Hijau tetapi tutup buat sementara.
Inilah pertama kali kami ke Bukit Kucing walau selalu dengar nama kampung ni.

Rojak biasa RM4 kami kongsi berdua.

Ini soto super special RM6.
Ada tambahan ayam dan begedil.
Ibu dan ayah masing-masing makan semangkuk.

Sambal cili.

Mula-mula ayah minta sambal kicap lalu pelayan memberi sebotol kicap dan sebekas sambal hijau.
Di sini sambal yang dihidangkan tak guna sambal kicap yang lazimnya disediakan oleh warung soto.

Ais mangga.
Secukup rasa.
Tidak terlalu manis.

Cendol sawit.

Kedua-dua minuman ni ibu tak pasti berapa harga sebab tidak tertera harga.
Mungkin RM3-RM4 semangkuk sebab jumlah keseluruhan yang kami bayar RM22.


Inilah senarai makanan dan harga di warung tersebut.

Boleh juga order makanan bergoreng di situ.

Ibu nampak ada pelanggan makan mi hailam.. uih... nampak sedap juga.

Balik kami ikut waze juga tapi pilih route lain. Jalan Bukit Hijau menghala ke Puncak Alam sebab jalan yang kami pergi tu (Bukit Kerayong) lalu jalan yang sedang dibaiki, berbatu belum diturap. 

Ayah kata menarik juga jalan-jalan cari makan di kampung orang.. boleh cuba masakan lain.




 

Friday, November 26, 2021

Makan Malam di Ink Library Cafe

Hari ni ibu keluar ofis jam 7 pm. Bila entah boleh keluar jam 5. Jenuh nak habiskan report untuk  tax submission due akhir bulan ni. On the way balik tu teringin nak duduk-duduk minum secawan coklat panas untuk tenangkan fikiran. Call ayah nak ajak keluar.. rupanya ayah dah ada appointment lain. Tanya Bami samada nak join sebab kalau Bami enggan, ibu cancel sebab tak nak drive lagi. Bila Bami kata ok maka pergilah kami bertiga. Kita ke Ink Library Cafe, Eco Grandeur.

Bila tengok menu terasa nak minum hazelnut latte (RM12.50) pulak. Bami minum Iced hazelnut latte (RM14.90). Bila minum tak terasa sangat hazelnut tu.. pahit lebih. ok.. next time tak nak order ni lagi. Tak sesuai dengan tekak ibu.

Wafi order nasi goreng ayam (RM18.50).


Ibu ingat nak minum je tapi bila nampak menu Dory fish and chip tiba-tiba perut lapar๐Ÿ˜๐Ÿ˜
Set ni RM18.50
Kalau tambah ikan RM7

Pizza Hawaian Chicken (RM26.80) untuk Bami.
Uihh.. Bami boleh makan 6 slices.

Sweet... sweet time๐Ÿ’ƒ๐Ÿ’ƒ

Susah betul ambil gambar si bujang sorang ni.

Wafi kata tutuplah pipi kita...
ehh.. mana boleh.. pipi tu lah yang mahal๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž

Sekarang dah pandai pakai shawl.
Manis.

Hai Kakak Widad..... 
We miss u (pasti kakak baca blog ibu kan๐Ÿ˜„)

Terlebih cahaya dalam cafe gambar blurr.
Bami bagi suggestion agar ibu beli Iphone sebab ibu suka ambil gambar dan masuk blog.
errr.... belum terfikir lagi sebab ibu jenis lasak.. phone asyik lah terjatuh. Karang phone mahal jatuh ibu murung... so tak perlu susahkan diri.

Kot nanti dah boleh travel jauh barulah boleh difikirkan๐Ÿ˜๐Ÿ˜

One for the album.
Style sekarang ambil gambar tak pandang kamera.

Sebenarnya ada cerita yang mencemaskan masa on the way nak ke Eco Grandeur.
Masa lalu Jalan Rebung ada bunyi kat bawah kereta. Bami berhenti tepi tengok tak ada apa-apa.
Jadi teruskan jalan.. sesekali ada bunyi sesuatu bergeser. Bami kata mungkin batu. Bami bawa kereta perlahan-lahan. Sesekali ada bunyi.

Bila bawa laju bunyi bergeser tu makin kuat. Selepas trafik light Puncak Alam bunyi balik. Ada seorang lelaki naik motor lalu sebelah kereta kami, beliau tunjuk arah bawah kereta kami dan minta kami berhenti di tepi. Masa tu kereta kami kat bahagian kanan untuk ke Eco Grandeur. Bami pasang lampu kecemasan. Penunggang motor ni cakap ada percikan api kat bawah kereta. Allahu...

Beliau minta kami bawa kereta ke tepi since kami berhenti hampir trafik light. Jadi Bami pandu perlahan menghala ke Alam Jaya. Lepas trafic light Alam Jaya tu Bami berhenti di tepi jalan. Penunggang motor tu suluh dan beritahu ada dawai tersangkut kat bawah kereta. Cari kayu kat tepi jalan tak ada pulak yang panjang. Penunggang motor tu kata kalau ada payung boleh juga.. Ehh... tak terfikir. Memang ada payung kat tepi seat depan.  Bami tarik gulungan dawai tu letak tepi. 

Dah lepas baru teringat patut bawa balik dawai tu dan ibu nak komplen kat kedai hardware tepi Jalan Rebung sebab masa lalu depan kedai tu terdengar bunyi geseran.

Masyaallah... Alhamdulillah.. Allah hadirkan seorang insan yang sangat prihatin. Setelah kami ucapkan terima kasih, masing-masing beredar pergi. Bami buat pusingan U dan menuju je Eco Grandeur. Semoga penunggang motor yang tak sempat kami kenali, Allah beri rahmat berganda-ganda dan sentiasa dipermudahkan urusan.

 

Thursday, November 25, 2021

Ayam Bakar dan Kobis Daun Masak Lemak

Petang tadi ibu sampai rumah ayah dah siapkan dinner.
Ayam madu bakar air fryer, kobis daun masak lemak dan sambal belacan.

Wafi pun dah ajak makan sebab lapar.
Bami teringin nak makan telur, dia gorengkan juga untuk Wafi.
Since ada masak lemak sedap kalau pairing/gu dengan ikan masin.
Ibu goreng ikan masin tenggiri jeruk.

Alhamdulillah... nikmatnya makan dikala hujan petang hari. 
Wafi dan Bami memuji-muji ayah masak.

Ok.. lah.. ibu pun puji juga, sedap๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Tinggal makan je kan hahah

Menu esok pleaseeee๐Ÿ˜‚
 

Wednesday, November 24, 2021

Bila sakit kepala datang

Dah 2 hari ibu sakit kepala. Semalam di ofis sudah terasa berdenyut-denyut. Balik makan panadol dan jam 8.30 terus tidur. Ibu rasa sebab tekanan kerja yang berlebihan. Bulan ini banyak report perlu dihantar ditambah pula kekurangan pembantu pula. Bila balik lewat tak cukup tidur pula. Malam terjaga dari tidur teringan perihal kerja pula. Susah pula nak tidur balik. Itu yang tak cukup tidur dan sakit kepala.

Ibu pun tak larat masak. Malam ni ayah beli sahaja. Ini Wafi hidang makanan kat depan TV sebab Wafi tak bagi ibu jalan jauh ke dapur. Lepas makan boleh tidur.

Sebelum balik ofis tadi ambil buah dari HR, pemberian syarikat untuk semua pekerja. Dapat 1 plastik anggur, 3 biji epal dan 3 biji oren. Pihak syarikat nak pastikan semua pekerja sihat dengan makan buah-buahan. 

Alhamdulillah 

Malam ni sapu dan diffuse Pepermint dulu sebelum tidur.


 

Akibat Cecair Sanitiser

Malam tadi masa tidur kedua-dua tapak tangan gatal sangat. Celah-celah jari pun sama. Bangun cepat-cepat cari eo Melaleuca/Tea Tree. Bila pagi tengok dah keluar bintik-bintik. Sambung sapu eo.

Kulit ibu memang tak tahan dengan cecair pembasmi kuman ni.  Ibu guna cecair sanitiser untuk lap meja di ofis tanpa guna glove. Nanti senang ibu buat entry masa tapak tangan ibu kegatalan start tahun lepas.
 

Sunday, November 21, 2021

Syukur. Nak lompat bintang!

Tengahari tadi jam 12 lebih macam tu ibu berjaya merungkai masalah kerja yang ibu hadapi. Hampir seminggu baru dapat jawapan setelah pelbagai report ibu buat dan semak.
Ada hari yang ibu tak sempat tengok apa masalahnya sebab akan menyebabkan hilang tumpuan kerja dan membuatkan stress yang teramat.

Malam tidur pun boleh terjaga sebab belum dapat cari punca sedangkan dateline akan sampai yang mana perlu present report kepada management pada Isnin 22.11.21
Ya... esok harinya!

Bila Allah lorongkan ibu untuk check semula report financial statement yang utama... dangggggggg.... ada formula yang salah!
Allahu....

Sebak

Apa jua masalah... mintalah pada Allah swt
huhu...

Sebagai reward ibu tonton Netflix
Army of Thieves


Gambar hiasan je.
Ini last Friday ibu minta ayah belikan bila ibu tertengok Youtube martabak Nutella Indonesia.
Kat sini kita panggil apam balik.
Ini extra jagung dan satu lagi coklat.
 

Saturday, November 20, 2021

Bila Wafi Ulangkaji Pelajaran

Minggu ni Isnin malam 8.15 sehingga 9.15 pm sehingga Khamis Wafi ada kelas GM bersama ustazah/ustaz SRA. Mereka ada kelas ulangkaji pelajaran untuk MPKAFA pada keesokan harinya.


Terima kasih ustazah/ustaz yang tekun mengajar anak-anak ini setiap hari.
Semoga jasa kalian Allah balas dengan kebaikan dunia dan akhirat.
Masa kelas GM diadakan ibu berada di sebelah Wafi untuk memberi semangat. Sambil itu dapatlah ibu menyiapkan kerja ofis yang dibawa pulang. Kalau nak buat semua di ofis memang tidak sempat untuk dihabiskan.

Habis sahaja kelas GM, Wafi sambung baca semula apa yang tidak difahami.

Wafi kata MPKAFA ni ada 45 soalan lisan yang perlu dijawab.

Macam banyak je.
Boleh habis ke semua.

Bila ibu tanya Wafi betul ke ada 45? 

Takkanlah  kita nak kira ada berapa... dah berdebar-debar๐Ÿ˜„

Wallahua'lam.
 

Cenderahati Kelas PDPR Matematik

Balik dari sekolah kebangsaan semalam, Wafi tunjuk cenderahati yang cikgu bagi.

Ini untuk kelas Matematik Cikgu Azlina.
Murid yang aktif dan hantar kerja semasa PDPR katanya.

Wafi kata tak semua cikgu bagi.
Yelah.. ibu maklum sebab cenderahati begini cikgu sendiri yang akan keluarkan belanja.
Reward murid untuk lebih seronok belajar.

Mungkin subjek lain ada yang Wafi tak aktif๐Ÿ˜•๐Ÿ˜•๐Ÿ˜•๐Ÿ˜•
Nak kena semak balik ni 
Wafi... Wafi...

Handphone stand.
Bolehlah Wafi guna.
 

Friday, November 19, 2021

Plan tidak kesampaian

Sepatutnya petang lepas ofis kami gerak balik ke Kulim. Perancangan terpaksa ditangguhkan dulu.

Nampaknya beg ni akan kekal di situ sehingga 2 minggu lagi

Pagi tadi confirmed officemate +ve covid. Kami yang closed contact diarahkan bercuti selama 2 hari (replace kerja semasa MCO hurmmmm....). Ibu yang dah sampai ofis setelkan kerja sikit dan jam 8.30 macam tu balik dan kuarantinkan diri.

Sebelum tu buat PCR test kat Klinik Oasis di Eco Grandeur. Result esok pagi macam tu. Hati tak tenang samada nak balik kampung atau tidak. Untuk kebaikan bersama, tangguh dulu. 

Klinik whatsap mesej jam 9.30 pm. Alhamdulillah result -ve. 

Untuk rekod.... harga terkini PCR test, RM130 di Klinik Oasis. Klinik ni baru sahaja buka di Eco Grandeur, Puncak Alam.

Sehingga hari Ahad duduk sahaja di rumah๐Ÿ˜

 

Thursday, November 18, 2021

25th Anniversary

18.11.2021
Sempena Ulangtahun yang ke 25 bekerja.

Teringat lagi semasa memulakan pekerjaan di syarikat. 
Setelah tamat latihan praktikum, bos HR beri cadangan agar ibu kerja situ dulu sementara belum dapat pekerjaan lain. Ibu terima cadangan tersebut sebab latihan praktikum ibu adalah di semester yang terakhir jadi tak perlu kembali ke kampus.

Ketika degree, ibu intake Disember kerana dapat masuk kelas elite semasa matrikulasi. Kelas elite ini membolehkan pelajar menamatkan 3 semester (1 1/2 tahun) sahaja instead of 4 semester (2 tahun). Rasanya CGPA kena 3.5 ke 3.75 above. Lupa dah... lama sangat. Jadi batch matrik ibu yang tak dapat lompat kelas akan masuk Julai dan latihan praktikum mereka di semester ke 7. Semester akhir mereka masih perlu menghabiskan pengajian di kampus.

Masa konvo tahun 1997, ibu antara graduan yang telah bekerja. Ada juga rakan yang masih belum bekerja ketika itu. Inilah pekerjaan yang tidak memerlukan interview kerana ibu telah menjalani latihan praktikum. Namun probation period masih tetap 6 bulan. Sepanjang kerja hanya sekali sahaja ibu pergi interview di syarikat lain. Sekadar mencuba. Namun tidak berjaya๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚. Mungkin direzekikan ibu bekerja di syarikat yang sama.

Hanya kerana bekerja sementara telah berlanjutan selama 25 tahun.
Dimulakan sebagai Trainee, Executive, Assistant Accountant, Senior Assistant Accountant dan Accountant.

Masa mula-mula bekerja dulu, terkejut juga sebab ramai yang berkhidmat lebih 10, 20, 30 dan ada yang almost 40 tahun. 
Setianya mereka sehingga hujung nyawa๐Ÿ˜Ž

Cukuplah serba sedikit cerita... tahun depan sambung (kalau masih bekeja situ lagi)๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

Masuk je ofis pagi tadi (semangat lah sikit hari ni) bos awal-awal dah masuk. Beri briefing agar kami buat self test kit sebab ada seorang staff department kami bergejala dan bila buat test pertama +ve dan kali kedua -ve.

Alhamdulillah, semua officemate clear.

Petang ayah dan Wafi ambil ibu di ofis since pagi tadi ibu ayah hantar. Bami nak bawak kereta ibu untuk tonton bola di Stadium Cheras.

Dinner terus di restoren sebelah lampu isyarat Meru.

ABC Tembikai.
Besar betul. Cukuplah untuk kami bertiga. Itupun ada lebih sikit sebab perut dah penuh.

Nasi goreng kambing Wafi.

Ayah ambil Char Koay Teow.

Set kambing bakar ibu punya.

Makanan semua sedap.
Masing-masing pun dah lapar.

Habis dah cerita satu hari...


 

Wednesday, November 17, 2021

Bersama Cik Quzai

Gambar-gambar bersama Acik Quzai semasa kami attend konvo Cik Fatin di Politeknik Nilai.
Acik Quzai ni merupakan coursemate, collegemate dan unimate.

Habis degree Bachelor in Accounting di Universiti Utara Malaysia dan konvo pada tahun 1997, kami membawa haluan masing-masing.
Ibu meneruskan pekerjaan di syarikat yang sama setelah tamat latihan praktikum. Insyaallah esok 18/11/21 genap 25 tahun bekerja di syarikat.

Acik Quzai meneruskan Master dibawah biasiswa KPM/Politeknik (lebih kurang macam tu lah) sebelum menjadi lecturer di beberapa buah Politeknik. Politeknik Shah Alam kemudian ke Melaka sebelum berpindah ke Politeknik Muadzam. Terkini di Politeknik Nilai. Suami Acik Quzai, Dr Fuaad juga seorang pensyarah di politeknik yang sama.

Disebabkan dah beberapa tahun tak jumpa (rasanya jumpa masa kenduri adik Cik Quzai), maka kami mengambil peluang bergambar sakan. 




Menten je lah Cik Quzai ni.
Dari dulu muka dan tumbesaran sama je.
Cuma ada dah wrinkles macam ibu ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜
Nantilah kami buat botox bersama-sama biar muka masing-masing nampak tegang hahahah



Biasa berhubung di media sosial je.. jadi bila berjumpa lebih banyaklah perkara yang dibualkan.




Ibu doakan Cik Quzai sentiasa aktif dan cergas.
Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik.
Sentiasa di bawah kasih sayang Allah.

Insyaallah dapat berjumpa di lain kali.