Pages

Monday, August 31, 2020

3D 2N Oakwood Hotel & Residences

Day 1

Sempena cuti Hari Kebangsaan yang ke 63, ayah book penginapan selama 3H 2M di Oakwood Hotel & Residence. Melalui booking.com berharga RM120 semalam.

Register lambat sket dalam 30-40 minit gitu since orang ramai dan kaunter ada 2-3 orang je. Yang slow sebab yang ambil pakej breakfast mereka nak order breakfast dulu.

Sementara ayah check in, kami tunggu dalam kereta je. Cuaca panas jadi buka aircond kereta maksimum... bila off kan engine, kipas masih berpusing. Biarkan dalam, rasa tak sampai 1/2 jam bila ayah check balik engin dah off.

Ruang tamu sekali dengan kitchen. Disediakan rice cooker, toaster, microwave dan kettle. Juga pinggan, mangkuk, cawan, gelas, sudu dan garfu.

Ada 1 bilik dengan 2 super single.

Bilik air yang luas.

View dari tingkat 11.

Seberang jalan ada pasaraya. Kami beli makanan kat sini.

Day 2

Lepas breakfast bawa Wafi turun nak mandi pool. Sekali yang bahagian kanak-kanak cetek je.. yang dewasa paras dada. Memang takleh masuklah since Wafi sorang je. Ibu memang malas nak mandi pool. Naik bilik, mandi dalam bath tub air suam.. fuhhh legaaaa....

 Jam 11 am kami keluar ke KLCC menaiki grab  dan dari sana menaiki ke LRT untuk ke Pasar Seni.

Kecewa.
Rupanya Pasar Seni dalam proses renovasi dari 1 Jun hingga 31 Aug 2020.

Plan ke 2.
 Naik bas pink percuma ke Pavilion.

 Nenek mesti dah lama tak naik bas.

 Cik Fatin yang ngelat bayar makanan😅

 Depan Pavilion.
Takde lah ramai sangat kat sini.
Sempatlah masuk butik Niichi dan satu kedai lain belikan blouse dan skirt Wafi.

 Ada pameran kereta sport sempena Hari Kemerdekaan.

 Engin Lotus.

 Sakura ke tewww.

 Berlatar belakangkan KLCC.

 Anak sulung.

Anak bongsu.

Lunch kami di foodcourt KLCC.
Ibu murung hahahha sebab soto tak sedap.
Lepas shopping makanan kat Cold Storage, balik terus ke hotel. Dalam jam 3.30 pm tu dah sampai.

Lepas asar ingat nak mandi pool tapi hujan plak. So kita lepak2 je lah kat bilik.

Lepas maghrib kita keluar untuk dinner.

Jalan kaki je ke restoran Wadi Hadramawt. Dekat sangat.

 Ambik ni.. main course Lamb Madghout 1kg. Tambah sup, mixed grilled, tea dan mineral. Damaged RM151.00
Alhamdulillah.. semua kenyang. Nenek sukalah sebab nasi arab ni kegemarannya. Ibu nasi2 arab ni biasa-biasa je.. maklumlah tekak Melayu tapi kalau makan boleh je.

 Gembiralah tu dapat toast dengan nenek🥰🥰 Gelak lebar gitew.

Cik Fatin sajelah tu nak sakat.

Grup foto lepas kekenyangan. Portion ni just nice. Balance roti dan teh je.. kita tapau balik boleh buat supper nanti.

Baca review rating 4.5

Malam Cik Fatin gi KLCC dengan kawan-kawan. Takde countdown pun.

Kami tunggu dari bilik kot-kot ada pertunjukan bunga api.. takde juga.. ye lah.. dalam PKPP ni kita akur tiada sambutan.

Walau tiada sambutan secara live tapi kita masih raikan secara maya.

Day 3

Rilex-rilex je pagi ni sambil tonton pertunjukan Hari Kebangsaan di kaca tv.  Perarakan tidak dibuka kepada orang ramai.

Jam 11 am check out dan terus ke rumah Cik Elis. Lunch dulu sebelum hantar Bami ke Terminal 17.

Jumpa lagi Bami akhir bulan 9 nanti.
Work smart!

Dirgahayu Malaysia

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 63.

Semoga negara kita Malaysia sentiasa aman dan makmur.

Wednesday, August 26, 2020

Salad jagung dan avocado

Teringin buat salad ni bila video Natasha dari NatashasKitchen.com lalu di FB. Suka tengok video2 beliau kerana bahan yang digunakan nampak menarik dan colourful. Ditambah pula dengan gelagat beliau yang bersahaja dan ceria. Ahhh.. comel sekali.

Boleh check video NatashasKitchen.com
Banyak masakan yang boleh dicuba.


Salad Jagung dan Avocado

Bahan-bahan
1. 2 tongkol Jagung
2. 1 biji Avocado
3. Tomato ceri
4. 1/2 biji bawang besar
5. 1 ulas bawang putih
6. Daun ketumbar
7. Garam
8. Gula (tambah)
9. Lada putih/hitam
10. 1 1/2 minyak zaitun
11. Air perahan lemon/ limau nipis


Cara-cara
Campurkan bahan seperti di atas.  Perasakan garam gulanya.
Kalau ikut resepi Natasha guna limau nipis tapi kat rumah ada lemon je.

Avocado jangan terlalu masak sebab nakkan potongannya tapi since ayah beli yang sudah ripe, its ok je.

Resepi asal takde gula tapi ibu tambah since rasa terlebih masam. Air lemon tu agak2 dalam 1-2 SB je.. takpun letak 1 SB dulu kemudian sesuaikan rasa.

Daun ketumbar memang membangkitkan selera. Ini 1st time ibu beli sebab sebelum ni memang tak suka bau daun ketumbar.

Kenapa tak suka?
Bau songklong (orang jawa kata)
Bahasa Melayu : kelkatu😅

 So ceria. Tomato tu saje tak potong sebab saiz kecil sahaja.

 Simple. Sedap.

 Tengah prepare dinner, nenek Masi datang. Terus la ajak makan sekali. Tapi nenek takmo makan nasi. Makan Burnt Cheese Cake. Nenek kata tak manis.. sedap jadi nenek makan habis. BCC memang tak manis sebab lebih kepada lemak. BCC tu bake dalam AF je malan tadi.

Yayy... nenek jambali/ratah sayur kacang panjang dan salad.
Ok lah tu nenek... asal nenek nak makan.
Kita serve sekali anggur dan buah oren.

Meriah sikit kalau tak ibu dan Wafi je since ayah balik lambat.

Ok lah...
Jumpa lagi.

Sunday, August 23, 2020

1st melawat Kakak Widad

Since Sabtu minggu ni ibu kerja full day dan balik jam 5 pm, maka teruslah gerak ke Sabak lepas fetch ayah dan Wafi di rumah.

Dalam jam 8 pm tu sampai Poli.

Lapar.
Makan kat gerai tepi bas stand.

 Ration untuk kakak dan kawan-kawan. Since kakak ikut tidur di hotel maka kawan tolong bawak ke hostel.

Kawan-kawan kakak yang sangat happening.
Roomates Pahang, Kelantan dan Puncak Alam. Ada sorang dari Saujana Utama pun baik dengan mereka.

Ibu ayah syukur sebab 1st day kakak dah boleh adapt dengan life campus.

Semoga semua akan menjadi pelajar yanh cemerlang dunia dan akhirat.

Sunday, August 9, 2020

Kakak Widad Daftar Politeknik Sabak Bernam

Jumaat 7 pm bertolak ke Sabak Bernam. 2 jam juga perjalanan. Kita overnight di Hotel Sri Bernam.

7.8.2020
Pagi seawal 7.45 am bergerak ke Politeknik Sabak Bernam.
Sebelum tu singgah beli breakfast gerai tepi jalan, buat alas perut.

Hujan renyai2 mengiringi perjalanan pagi ni. Sampai Poli pun masih hujan. 
Tunggu jam 8.45 am untuk masuk register.


Register drive thru je.
Mula2 check temperature kat guard lepas tu register asrama, ambil kunci bilik.
Thats it. Kira setel hehehe.
Takde taklimat ibu bapa dan taklimat student.
Sebab yang lain kita dah register online.


Turunkan barang Kawi yang satu boot tu dan ibu tolong bawak since ayah kena jaga Wafi. @ orang waris je boleh iring.
Itupun sampai kat gate asrama. student kena angkut beg sendiri.
Sian Kawi kena angkut sampai tingkat 4.. dah lah beg agak berat. Kalau ibu boleh masuk, ibu tolong angkat.

Ok.. bila Kawi dah setel angkat barang semua, turun balik.. kita minum-minum dulu.

Ada budak lapar lah.. Kawi minum je.. cam biasa takmo makan.. tak lapar katanya.
Ibu tapaukan nasi goreng ikan masin. boleh makan tengahari nanti.
Sempat lagi beli beberapa barang lain di koperasi.

Jam 10 lebih camtu kita nak gerak balik dah ke hotel. Kawi akan mula program suaikenal jam 2.30 pm. Jadi Kawi ada masa kemas barang dan rehat-rehat dulu.

1st time berjauhan. sedih.
Semoga Kawi baik-baik di sana dan sentiasa dalam lindungan Allah.

Wafi dah mula sedih ni.

Kami bertiga je.. ayah dah tunggu kat kereta.

Masuk kereta dah meraung. walau selalu kena usik dan gaduh dengan kakak, bila tinggalkan kakak, dia pulak terlebih sedih.

Bye-bye kakak Widad.
Jumpa lagi ya.

And yessss.... kita terpaksa jumpa lagi hahahahhaah

Bila terima whatsap....

Tuala adik mana yer?

Masa tu tengah minum-minum kat KFC tunggu bilik siap. Ayah dah hijau dah tu.
Ayah kata, rasa dah 1-2 minggu prepare beg tapi boleh pulak tuala tu tak bawak.

Nak taknak kena lah hantar juga sebab kat koperasi takde jual. Mujur bawah hotel tu Kedai Kain Karnival.

Segala jenis tuala ibu belikan.. sekali dengan selimut sebab Kawi memang taknak bawak. Dia kan spesis darah panas heheheh...

Ok.. dah jangan nak kata tinggal barang lain.
Kami nak rehat kat hotel lepas tu plan nak jalan-jalan kat Teluk Intan.

Jam 1.45 pm kami sampai hotel.. rehat-rehat sekejap.
Jam 3 pm gitu bertolak ke Teluk Intan.

Siap makan-makan dan jalan-jalan, jam 5.00 pm camtu, masuk lagi whatsapp dari Kawi.

Kena guna laptop.
Sebab ada yag kelas online.
Semua bawak laptp tadi, 4 orang je tak bawak.
Minggu depan start guna.

Waaahhh.. ayah jadi hijau lagi sekali.

Terus call kawan kat Poli.
Kalau ikut kelas IT, lab cukup komputer untuk student tapi ada kelas lain yang lecturer akan buat kelas online.
Mereka tak paksa, jika ada student belum mampu boleh jumpa ketua jabatan.

Widad ni kan spesis yang kalau boleh nak juga.. nanti dia sedih, tau sangat perangai anak no 2 ni.. adoiiii..

Terus cari lokasi kedai komputer yang terdekat. Kalau beli kat Klang karang, nak kena hantar balik juga. Oh ya.... yang pasti check dulu bank akaun hahahhhaaa..
Mujur ada cash dalam tu sebab biasa memang tak simpan pun. 
Alhamdulillah... duit refund LHDN jadi penyelamat. Memang niat untuk buat belanja Bami dan Kawi bila mulakan semester baru. Tu yang tak transfer ke akaun lain.

Ambik ni je... within the budget. Kalau ikut ibu nak beli yang i5, 2699 kalau tak silap.. ayah kata i3 memadai.
Ok lah tu harap-harapnya.

Ni kalau kat Klang boleh dapat jauh lagi murah rasanya.
Pejam mata je lah.

Malam ayah test buat google meet.
Kamera semua ok.
Pandai2 lah nanti Kawi belajar.
Kan student IT.

8.8.2020
Pagi sabtu jam 9 am tu bertolak dari hotel ke Poli.

Jumpa sahabat ibu, Dr Mazura TPA kat Politeknik.
Dr NAzura ni unimate ibu kat UUM. After U pun masih berhubung dan kami masih bertandang ke rumahnya samada di Ipoh atau Setia Alam.

Bukan kaleng2 ni.. TPA jadi posment since kita tak dapat jumpa Kawi sebab sedang berorientasi.
Tq Dr Zura, siap bekalkan juga buah tangan.. adehhhh... banyak plak tu.

9.8.2020
Pagi ni terima whatsapp dari acik Mazura dah serahkan beg laptop kat Kak Widad.

Mereka pulak selfie berdua.

Ok Kawi.. panjang pulak entry ni.

Semoga cepat2 berdikari ya!